Friday, April 14, 2017

Print Online di Gogoprint Malaysia

Next week Moon akan ada event kat Globe. Lepas tuh baru teringat name card semer dah habis. Gelabah jugak la memikirkannya. Pastu ada nampak Gogoprint ni. Apa lagi terus la gie usha . Lepas tgk tgk terus terplace order hahahhaha.

Gogoprint Malaysia 

Ada macam macam u ols boleh tempah utk di print kat sini . Antaranya adalahseperti kat bawah dan banyak lagi. U ols boleh refer di laman web Gogoprint ya

  • Bussiness Card 
  • Leaflets 
  • Presentation Folder
  • Gift Voucher
  • Tags
  • Flyers
  • Digital Booklets
  • Table Tents
  • Sticker
  • Greeting Cards


Dlm masa 48 jam kita akan dapat kad yang kita tempah. Ni Moon sendiri test n mmg cepat hokey. Pagi pagi lagi dah ada org call bgtau your card is on the way . Kagums hokey

Moon tempah ni last week sebab nak pakai utk event ni kan. So just nice je ia sampai. Sebab ni barui 1st time placed order ngan gogoprint, Moon tak letak hight expectation sangat. Tapi bila sampai akak sangat kagums ....wow not bad. Nanti kalau name card akak habis....mmg akak akan tempah kat sini je. Takyah pening pening.

 

Cara nak place your order 

 

1- Choose your Option

Format 

nak size apa . Standard bussiness card adalah 9cm  x 5.4cm

Print 1 side atau 2 side


Yang ni Moon pilih both side . Nampak comey sket depan belakang kan hiksss

Paper Type

260 g ArtCard
310 g Art Card

Finishing

  • None
  • Round corner
  • Laminate Matte
  • Laminate Glossy 
  • Laminate Matte with round corner
  • Laminate Glossy with round corner

 2- Choose Quantity and delivery Speed


masukkan poskod kita. Sebab ia akan kira delivery semua tu


 Ni adalah my actual order . Name card, 310 g Art Card , Print depan belakang , Lamination Matte & round corner.

Moon pilih utk deliver dlm masa 48 jam.

RM 40.59 utk 100 pcs ok la kan. Terus sampai pada anda

* kalau yg biasa dlm RM20 something aje utk 100 pcs

3- Finalise your option




Design card ni Moon reka sendiri kat photoshop . Save kan sebagai jpeg semua n convert pada pdf and upload ke gogoprint.


Moon ada buat 2 jenis sebenarnya ni. So total RM 81.18 utk 200pcs

Kat sini juga anda boleh download quotation quotation semer jika anda dari company kan.


Pastikan delivery address anda betul semua . Total bayaran n proceed payment ya




selesai ...n tgu sahaja utk kad u ols sampai


amik template dr internet sahaja n edit accordingly hahahha

yg paling simple muahahha

Apa pendapat Moon tentang print online di Gogoprint 

Ia nya mudah dan user friendly

Nak order pun senang . Kita nak pilih pun senang

Sangat mudah kalau kita dah ada design sendiri. Kalau tak ada just get one sama ada hire someone atau buat sendiri macam Moon buat. Make sure design dah cantek cantek utk printing terus . Sebab bila dah ada design n soft copy, kita boleh print anytime .

Penghantaran pun cepat. Sama seperti apa yang dia org nyatakan kat web. If its 48 hour mmg 2 hari sampai kat u ols .

So Moon sangat puas hati dan boleh repeat lagi print kat gogoprint ni. Lepas ni nak test benda lain plak .







Thursday, April 06, 2017

Awana Skyway Genting Highland

Ni aktiviti masa cuti sekolah baaru baru ni . 1 day before Sarah disahkan chicken pox. So naik atas duk dlm bilik aje,,,tak gie mana pun . Jiran Moon ada bagitau, dia kata Genting skrg bosan sket sebab indoor shj. Dia pun baru balik dr Genting. Tapi sebab dah janji ngan kids nak gie sana naik cable car...maka pergi la.

Ni adalah gamba tahun 2008. Lama sangat sangat kan. Skrg jaket tu Sarah plak pakai 

Last pergi Genting masa Isk kecik lagi n Yaya umor 4 bulan. Sekarang Yaya dah 9 thn .Kebetulan mama pun ada , maka kita paksa mama naik juga ....naik Genting naik cable car.

Drive kereta separuh ke tempat cable car. Kita org ikut je banner kat jalan tu. Tempat baru cable car pun masih dlm pembinaan. Tapi boleh park kereta kat situ. Masa kami masuk parking free. Tak tahu la in the future nanti kena bayar ke apa .

 Masa ni line amat panjang tapi bergerak la . Since area ni pun masih dlm construction, ianya sedikit berhabuk n panas.

What is the price of a ticket?
For the standard gondola, tickets are RM8 per person or 5GP for Genting Rewards Card members. An express boarding pass can be purchased for RM40. For the glass-floor gondola, tickets are RM50 per person or 40GP for Genting Rewards Card members.

Yang kami naik ni adalah yg baru . Awana Skyway

 Awana Skyway 


 Masa ni mama dah cuak sangat sangat . Sebelum naik cable car ni 2 3 kali mama gie tandas buang air. Dia punya nerves tu...bila kat dlm tu langsung dia tak bergerak. Muka je senyum tapi dlm kecuakkan.


 Lalu plak atas atas pokok ni...nampak plak jalan raya n kereta duk lalu kat bawah...mmg bagi sengal je tulang cinonot hahhaha

 Ni la keadaan outdoor park Genting Highland. Mmg ditutup betul n construction besar besaran. Masa org kata Genting wat renovation, ingatkan sikit sikit. Tapi dr rupa ni mmg buat baru terus semuanya . 

Kami ke First World hotel . 1 bilik masa tu sangat murah....dapat RM62 1 malam. So amik 2 bilik baru RM 124 cam tu. Ok la kan .

Check in at 3 pm . Kalau daftar masuk awal kena charge RM5

 Image di amik dr SINI

Semua guna self check in. Masukkan IC kita dlm mesin aje . Nanti dia akan auto detect reservation kita. Moon book under booking.com . Mungkin last minute booking dpt harga tu kot. Rezeki mama dpt ikut kita org naik Genting.

Sutan kata mama dr dulu lagi cakap nak naik Genting....dr belum kita org kawen lagi . La ni baru dpt naik

Dapat connecting room lvl 22 . Tapi bilik jauh la dr lift...jenuh nak jalan . Bilik pun ok walaupun tak la besar but sgt selesa compare ngan kita org dtg thn 2008 dulu . Puas hati la kan.

Tapi boleh plak tertinggal segala charger. Maka tak dapat la nak snap gambo semua sebab semua phone bateri dah weak.

Petang turun gi makan . Mmg makanan mahal kat sini . Kita org plak tak reti sangat nak cr makan ...so pusing je kat dlm mall tu n makan je. Nasik goreng RM 12.90 ....air gas RM 6 satu gelas kecik. Teh tarik pun RM6-RM7.

Dinner kita org beli Mary Brown aje hahah

Bila dah naik tinggi harga pun tinggi ....tapi kalau naik Cameron harga ok lagi kan bab bab makan ni


to be continue..baru nak update blog malam , si kecik dah panggil dah ajak tidur ngan dia . Nak kena tepuk2 sket nak kena garu garu belakang sket . Ok besok akak sambung k . 






Thursday, March 30, 2017

Sarah kena chicken pox

Mek Sarah kena chicken pox . Start hari Sabtu hari tu dah start naik merah kecik kecik tapi tak banyak. Tapi dlm minggu sebelum tu, pihak nerseri ada kuar kan memo to parents.. chicken pox alert di nerseri. Since mama n Umi ada di rumah maka tak hantar la Sarah ke nerseri pada Jumaat. But still kalau nak kena, mmg akan kena juga

So pada Sabtu tu ramai parents dah start bagitau yg anak dia org pun kena chicken pox . Mostly yg kena adalah Sarah n the geng. Kids yg umur 3- 4 tahun .

  ni muka dia masa Ahad

Maka mmg rancak la perbualan parents kat group whats app ... pihak nersei banyak kali mintak maaf. But for me kadang ni bukan dlm kawalan pihak nerseri. Kita org found out that ada parents anta anak yg chicken pox. So mmg owner nerseri sedikit marah la kan sebab ramai budak budak kena lepas tu. I tak tahu sama ada nak kata selfish ke apa atau mungkin dia pun dlm keadaan terpaksa pergi kerja atau cuti habis ke apa...I dont know . But pasrah n redha je la bila kena ni .

 Sarah start naik kat dagu dulu n few small red dots on her neck. Hari Isnin baru those red dots timbul n ada air. Nasib la badan dia tak panas n dia lasak aje. Cuma dia kata sakit n dia takmo tengok cermin. Dia kata Sarah takut tgk muka Sarah.


So Moon amik cuti utk tgkkan Sarah. TM lom ada cuti utk anak sakit penyakit berjangkit cam HFMD atau chicken pox cam gomen . Boleh apply cuti ehsan kalau anak warded....so ni tolak aje annual leave mummy. Apa apa pun anak lebih penting kan. Can do my work remotely from home.

Moon ada banyaaakkkk pending entries tau. Akan cuba utk kejar n update

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...