Tuesday, July 01, 2014

Sapa nak berbuka puasa percuma ?




Assalamualaikum ,

Selamat berpuasa semua dan selamat menyambut bulan yg mulia , bulan Ramadhan ...pagi pagi kita tgk gamba kambing yg duk bergolek2

Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort Restaurant


so ramai yg dah tahu kan pasal coupon utk berbuka puasa buffet di Bangi Golf Resort kan sebab last week moon ada tanya sapa yg nak kan kan kan . 5 pasangan bertuah akan dapat mkn percuma .....sapa tak suka percumaaaaaaaaaaaaa

Tapi Moon tak ley la suka suki nak bagi kan ...so korang kena la buat something utk dpt kan kupon nih . Each copon berharga RM 50 ...so pemenang akan dapat 2 kupon jagi RM 100 la kan ....tu dia ...makan sampai kenyang kat Bangi Golf Resort tu ...




Cara cara utk menang coupon  :

“Why do you want to dine in Bangi Golf Resort Restaurant?”

----------------------------------------------------------------------

" Kenapa anda ingin menjamu selera di Bangi Golf Resort Restaurant ?"

-----------------------------------------------------------------------

Sila komen ya ....tarikh tutup 1 july

Jawapan /  komen yg paling kreatif akan memenangi 2 kupon berbuka puasa di Bangi Golf Resort restaurant 

Moon akan pilih 2 pemenang dari blog n 3 di FB


Voucher: open date from 2nd – 26th July
Number of vouchers: 5 pairs (10pcs)

---------------------------------------------------------------------------------


 yantz-yeem

dan

 a.m.a.l.l.e.a


sila email pada kak moon email address korang

moonpunyerblog@yahoo.com

tq korang sebab sporting yg amat n sangat bersungguh2 join . Tak sangka korang sgt best ...kalau boley ai nak bagi semer kat korang tapi apakan daya

#kuponitubukanmiliku

kannnn so ai hanya ada utk 5 pair aje .....

tq korang semer jom group hug

korang mmg best mmg sporting n rajin sebab bg effort yg sangat mengagumkan ...

muahsssssssss

Monday, June 30, 2014

aktiviti buat puree utk sarah

puree tuh adalah makanan baby yg di kisar halus sehingga berkrim ...nih translation moon ya .

Sarah kan dah ley mkn kan . So mak dia sangat la excited nak bg dia makan . Cam Abg Isk n Kakak Yaya dulu mmg semer benda dia org try sampai la sehijau2 puree hhahahhahah .

Nih baru terpikir nak wat entry and share . Masa dia masuk 6 bulan tuh dah try semer so la nih dah vley campo2 sekalik ..kadang walaupun rupa ntah cam hapa hapa tapi rasa dia sedap n Sarah suka ...kadang si kakak Yaya pun nak jugaks mkn makanan baby .

ni antara nya ...so nak masak banyak terus ley simpan ...so nanti boleh suap kat dia bila balik umah

Moon baru tahu lepas ada org komen kat FB bagitau rupanya bila nak beli baby carrot kena tgk jugaks . Sebab ada certain baby carrot adalah dari carot besar n dia org potong bg kecik . Nih 1st time cuba baby carrot sebab pegi tesco ari tuh cam geram plak tgk carrot2 comey nih . 

Lepas baca komen cepat2 pegi tgk plastik baby carrot tuh n nasib nih original baby . Tak pa pas nih pakai mak carrot je takyah baby baby ya mummy nya .

 So moon blend la ikut mana yg sarah suka ... mak berkenan sangat kat baby bullet . Tapi sebab dah ada magic bullet , kita pakai je la mana yg ada . Hasil nya pun sama je kan ...mmg tervaek ...terus moon plak jadi sonok nak buat puree nih semer

 hasil kentang + brokoli

 keledek , carrot , keledek + carrot


So buat baby food nih sangat senang just rebus atau kukus je n takyah letak garam atau gula pun . Bila dah lembut blend je sampai halus .


so mcm mcm kita boley buat ...ada cara cara n recipe from Annabel Karmel

Ada jugaks moon tgk kat Barely Supermom , Dr Harlina

n jugaks dari Mimie Hamid

So bila org tgk duk buat baby puree misti tertanya kan ...habis tuh tak mkn nestum ke hapa ....eh mkn jugaks . Tapi ada variety sket la kan ...biskut farley rusk tuh pun Sarah suka  ...so moon bg je semer . Tapi kalau kita ley buat sendiri lagi bagus .

Nak buat banyak banyak terus , pastuh beku kan dlm ice cube ke ...pastuh kuarkan dari cube n masuk dlm ziploc bag pun vley


 
gamba di google ya ...nih cara nak beku kan n simpan puree baby anda . So bila kita balik kije n nak bagi anak mkn ...amik je yg kita dah beku kan ...n kukus balik atau microwave kan utk bg cair ....senang jugaks kan 

puree bayi yg di bekukan tahan utk 3 bulan yer . tapi rasanya kita tak la simpan lama cam tuh kan . Sebab hari ahad kita akan buatkan baby food lagi kan . 

 

Saturday, June 28, 2014

Apa itu Fidyah

sumber dari sini 

 

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.



Taksiran Fidyah


(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:


RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.

Friday, June 27, 2014

Sni By Kas Tailor

Sesapa  yg nak beli baju melayu yg special sket tahun neh ... maka ley la usha usha baju by Sni yg di custom made khas n di jahit oleh Kas Tailor


Modern Cut Baju Melayu SNI by KAS TAILOR. Masih mengekalkan konsep baju melayu asal & kekal klasik. Cuma kelainan di tampilkan atas rona berbeza di bahagian "POKET". Thats our "signature" for BAJUMELAYU SNI by KAS TAILOR. 


Jahitan nya kemas n terletak

 
 pilihan warna
 Material : Qasheera Italian Silky 
Price : RM299 free postage ( Semenanjung )
RM299 + RM12 postage ( Borneo )


Sila la ke page CitrAida utk beli yer  

And sapa yg tgh cari bawal yg besar n tak jarang ley try Bawal Airbrush bidang 60 neh . Moon dah beli n suka la sangat sebab mmg dapat menutup dada dengan sempurna . Skrg aida tgh buat promo sapa nak beli banyak terus kan . Nak share ngan mak ke adik n kakak ke ....baik beli banyak sebab sangat la untung n menjimatkan 

 SALE SEMPENA RAMADHAN Bawal Air Brush Bidang 60' .. Hanya RM45 free postage. Wholesale : 10 pcs RM 260 free postage. TERHAD!!

 
 
 


Thursday, June 26, 2014

Baby Friendly Herbs n Spice n Natural Flavoring

Baby-Friendly Herbs, Spices and Natural Flavors



When you cook with herbs, food tastes better and smells fabulous. Plus they add a nutrition boost to meals. Herbs contain beneficial phytonutrients and antioxidants to keep the body strong.
Introducing herbs to your child at an early age helps to develop their sense of taste and can make foods more interesting.  Start out by adding an herb or spice to baby food purees.  Simply add a small pinch of one herb or spice before cooking the food. The flavor of herbs, spices and natural flavors becomes more subtle when cooked.  Once the food is cooked, puree it.

Here is a list of baby friendly herbs, spices and natural flavor enhancers and the foods that pair well with them:

Sweet Herbs and Spices:
  • Cinnamon:  Sweet potatoes, Winter Squashes, Apples, Bananas, Peaches, Pumpkin and Cherries
  • Clove: Apples, Sweet potatoes, Pumpkin and Pineapple
  • Ginger:  Sweet potatoes, Winter Squashes, Pears, Peaches, Pumpkin, Black Beans, Carrots and White Beans
  • Nutmeg: Apples, Apricots, Nectarines, Peaches and Blueberries
Savory Herbs and Spices:herb
  • Oregano: Yellow Squash (Crooked Neck), Zucchini and Eggplant
  • Dill: Peas, Yellow Squash (Crooked Neck), Zucchini, Asparagus, Broccoli, Carrots, Cauliflower and Beets
  • Tarragon: Peas, Carrots, Snow Peas, Sugar Snap Peas, White Beans and Corn
  • Basil: Yellow Squash (Crooked Neck), Zucchini, Green Beans and Eggplant
  • Cumin: Black Beans, Carrots and Pinto Beans
Other Natural Flavors:
  • Garlic: Black Beans, Broccoli, Garbanzo Beans (Chick Peas), Spinach, White Beans and White Potatoes
  • Lemon or Orange Zest:  Winter Squashes, Asparagus, Broccoli, Brussels Sprouts, Carrots, Cauliflower, Garbanzo Beans (Chick Peas), Green Beans, Beets, Blueberries and Strawberries.
  • Sweet Onion: Peas, Yellow Squash (Crooked Neck), Cauliflower, Pinto Beans, Spinach, White Potatoes and Corn
  • Vanilla: Apples, Pears and Peaches
mak tepek terus kat sini ...nanti senang bila nak buat makanan sarah ley refer sini . 




1st time anta

hahahha for the first time in forever .... tetiba kuar lagu dari citer frozen

dari zaman Isk hingga la yaya tak pernah hokey nak anta anta gamba gie majalah ke contest ke apa sebab cam malas pun ada ...segan pun ada muahahah

Tapi kali nih dah tua cam mak mak kan terus la nak anta . Lagi pun skrg main email je kan ....so hari tuh Mastura ada bgtau suh cek gamba dlm majalah ...bahagian baby tuh

nampak tak budak cepet tuh hahahha

masa nih dia baru masuk 4 bulan 

 ada jugaks  kisah Kathy Jem pegi ke Bali ..

Ada readers suh masuk johnsons baby ...pun akak anta jugaks . Mana la tahu kan ...suka suka pastuh kalau ada rezeki ley la menang adiah kan

so sila la share ngan akak ya kalau tahu pasal mana mana contest ...mana tahu menang adiah bekalan diaper setahun best jugoks


Wednesday, June 25, 2014

Anak anak demam

Alahai ...anak anak demam la plak . Rupanya mmg musim budak budak demam . Yer la tgk la kat luar tuh panas macam mana kan . Pegi klinik pun penuh bebudak duk demam n batuk

Cik Sarah bila dia tak sihat mmg menempek je la kije nya . Start hari sabtu dia dah nampak cam selsema sket ..mlm nya mmg dia buat konsert la . Mana tak nya hidung tersumbat ...tapi nak minum susu ...pastuh sebab serba tak kena la .. tiap tiap  sejam bangun mintak di dukung .

Isnin tuh masa amik kat nerseri cikgu dia bagitau 2 3 kali dia muntah . Suap ubat je muntah ..minum susu pun muntah ...alahai anak omak .

mlm tuh mmg merengek je ...sora pun kemain serak . Malam nyer panas ...kakak Yaya pun join demam sekalik .

So semalam tpaksa la cuti jadi  nurse utk 2 org budak nih . Mmg kena ikut time mkn ubat kena mandi n makan semer . Nak tak nak mmg kena paksa jugaks , nak bagi baik cepat .

 ni muka lepas bangun tido petang ...kemain happy je dia ...bila duk agah agah dia kemain ketawa terkekek kekek ....

lepas tuh terus flat balik ... ngan Yaya pun panas balik

Pak sutan ajak pegi beli brg dapo sebab mmg dah kosong dah kabinet ..n banyak benda dah habis ...so mmg berjaket la budak2 nih ...diam je dia duk dlm nih ...masa nih yaya cam ok je siap gelak2 cam tak demam ..tp bila time nak bayar terus jadi lembek tiba2

 sampai umah badan dah panas ...so mmg lencun la dia kena lap ngan air sejuk oleh mummy nya ...bg makan ubat semer ...mandikan terus ..n suh tido . Alhamdulillah temperature turun ..merasa la dia tido ngan mummy .

Isk n Yaya kemain sonok musim bola nih sebab daddy mmg berkampung kat bawah so dia org buat special req nak tido bilik mummy ...

meh la anak anak , mummy pun geram kat daddy kamu duk layan bola je . Rasa nye semer para bini stress kot ...
 get well soon kakak Yaya ..

Pagi nih Isk masa duk bersiap pakai baju skolah

Mummy mana aci Yaya sakit tak pegi skolah . Isk nak jugak 

Isk nak sakit ke atau tak nak pegi skolah

Isk tak nak pegi skolah . Yaya tuh tak pegi pun 

Isk sakit ke tak ? Kalau tak sakit baru tak boleh pegi skola ..kalau sihat kena pegi .


terus jln hentak kaki kuat 2 ...nice try Isk ..tuh  misti dia ingat moon akan ada kat umah la tuh .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...