Thursday, November 30, 2017

Majlis majlis di akhir tahun

Dah hujung tahun ni mmg meriah la ngan majlis majlis akhir tahun yg di organized oleh pihak sekolah. Tambah plak anak sulung akak dah darjah 6 kan. So ada macam macam...majlis Graduasi, amik result UPSR n sambutan hari kecemerlangan. Kiranya 2 minggu lepas mmg penuh ngan aktiviti di sekolah .

Majlis Graduasi murid tahun 6

Bagi akak usaha cam ni yg dibuat oleh pihak sekolah mmg patut diberi pujian. Walaupun ada yg berbunyi mcm apa la budak sekolah rendah pun nak bagi pakai robe bagai cam grad University ...tapi look at the bright side la . For me ia macam pencapaian kecik .

When my son asked me ....apa majlis graduasi tu . Konvo tu apa .

Moon explain je . Biasanya konvo dibuat bila org tamat pengajian peringkat universiti . Tapi ni pihak sekolah buat utk meraikan tamatnya peringkat sekolah rendah. Cam dulu tamat Pra atau tadika pun ada buat kan. So ada peringkat2 dlm pembelajaran kita ...sekolah rendah , sekolah menengah dan insyaallah kalau ada rezeki boleh sampai ke Universiti . So baru lepas tahap 1 ni .

For me akak ok je ngan majlis2 mcm ni . U ols tak happy ke tgk anak anak happy ?

Kecuali la majlis ni sampai buat kat hotel n mintak bayar mahal mahal. Tu mmg tak patutla kan .

semua pun kemain segak lagi berpakaian lengkap baju melayu ngan sampin. Yg pompuan kemain baju merelip relip ...tudung glamer mak korang pun korang rembat kan ( atau mak yg bagi pakaikan aahahhahah)

 
 walaupun ni hanyalah majlis kecik utk darjah 6 ...mak pun happy hokey . Cam dah lepas dah 1 peringkat sek rendah . Sebab anak sulong, makanya ni la pengalaman pertama merasa cam ni.

Moon ckp kat Pak Sutan, harap kita panjang umor dpt tgk majlis konvo betul dia nanti .

Petang nya dia ke Sekolah Agama plak . Ada hari anugerah plak . Masa petang amik dia org dr nerseri , dia tunjuk la dia dapat anugerah Pelajar Paling Berdisiplin . Wahhh kemain ya

Isk ni pendiam sket . Kalau org main lari lari dia bukannya follow . Nak kata skema idok la pulak kan . Tapi dia kata cikgu semua calonkan dia utk terima anugerah ni . Bagus la Isk . Tak sia sia Daddy awak selalu tanya soalan cepu mas tiap kali hari perjumpaan ibubapa dan guru . Without fail la ....Pak Sutan misti akan tanya

Cikgu, anak saya ada kurang ajar tak . Dia ada lawan cakap tak . Kalau ada cikgu marah la...pukul la dia atau bagitau saya .

Masa cakap tu anak kenala ada kat situ jugak. So biar dia tahu bapak dia sendiri bagi green light kat Cikgu. So nko jgn nak mandai2 nak camseng atau nak lebih kurang ngan cikgu ....


Cikgu plak yg cuak ...eh tak ada Encik ....dia ok . 



 

Hadiah yg dia dapat . Awal2 makanan n gula gula si Sarah rembat dulu ....Yaya dah rembat buku nota. Balance tu mmg dia tinggal kan ke abg dia . Si abg ni pun bagi je la ...

Yaya pun seronok sebab dia dapat naik kelas . Sekolah kebangsaan pun naik kelas ...sekolah agama pun naik kelas 

Hari Kecemerlangan 

 Ni kena dtg jugak utk majlis anugerah kecemerlangan . Isk ngan Yaya dua dua naik stage utk amik anugerah .
Hari ni semua anak anak terima anugerah. So anugerah dan pengikhtirafan bukan sahaja diberikan kepada mereka yg cemerlang akedemik sahaja. Tapi those yg cemerlang budi pekerti, disiplin , sukan dan banyak menyumbang pada sekolah juga terima pengikhtirafan. So for me ianya sangat bagus . Sebab anak anak kita cemerlang dlm pelbagai bidang. Kadang dia bukanla pandai sangat belajar n selalu dpt nom 1 ...tapi dia pandai tang lain. Terrer bahagian sukan ke ...koko ke ...n etc . So kita sebagai parents kena tahu apa minat n kecenderungan anak anak kita . So takder la nak paksa ...nko kena dapat nom 1 ..kalau nko dapat nom belas belas ni nko bodoh nko tak guna .....dont do that tau .

 Kasi can mak pak pun nak enterframe jugaks . hahahahh bosar dah anak omak. 


 Ramai yg komen kata tinggi nya la Abg Isk ni . Nak wat cam na u ols ...u ols tgk la printer dia besar mana ( mummy dia ) .

 Kakak Yaya pun dapat anugerah sebab jadi penolong kelas . Nasib la kawan kawan kelas Yaya . Tiap kali cuci baju sekolah dia ni kan misti akan ada kertas nama org . Nama org buat bising hahhahaha . Mummy risau je kot penolong sendiri yang buat bising ....acaner .

 Habis majlis ...terus dia org ajak g makan nasik kat Ummiza. So apa lagi ...moh la kita .

Result UPSR 

Masa amik result ni kta org pergi kejap tgk Isk . Sonok tgk anak anak semua bersorak bila cikgu panggil nama sorang sorang tu amik result kat depan . Amik slip aje .

Mak pak plak yg heran ...korang ni semua score 6A ka .  Tapi semua sgt sonok .

Moon ngan Sutan tak letak high expectation pun kat Isk . Sebab like I said before kita as a parent kita tahu tahap anak kita mcm mana . So terima seadaanya baru la kita tak frust . Mmg la semua mak pak nak anak score tapi kalau tu je tahap dia ....redha la  , ia lagi membahagia kan korang .

Moon slalu cakap ...mummy tak kisah Isk dpt berapa A pun janji tak ada E atau Fail .

So dia lari ngan senyuman kemain lebar ....dr jauh dah senyum n dtg kat kita org

Mummy ....Daddy Isk tak ada E tak ada Fail....yeyyyyyyyyyyyyyyyy

Nampak tak dia punya tahap happy tu . Mak Pak pun happy . Kalau org tgk misti assume anak dia ni dapat 6A ni . Padahal 1 A aje u ols . Math ngan Science dapat B ...tu pun Moon happy sangat sangat sebab malam sebelum periksa sains tu Moon ada ulangkaji n tanya soalan ala ala happy n ala ala quiz ngan dia . Nak jadikan cerita 80% yg Moon tanya n dia boleh jawab mlm tadi mmg kuar dlm kertas 2 science . So dia mmg la happy kan. 

Tgk anak awak tu kemain happy dia ...saya tgk pun happy 

Terus mata mak berkaca je . Yer la kan badan je besor budak tu . Jiwa kanak kanak lagi .

Tahniah buat anak anak semua ...........anda semua cemerlang hokey . UPSR bukannla segalanya . Ia hanya la tiket utk ke tingkatan 1 . Cabaran anda adalah di sek menengah nanti . All the best buat semua ...n syabas buat semua parents . Anda pun terbaik

3 hari sale langsir

Sale selama 3 hari sudah tamat ya u ols ...semalam akak balik cam seret kaki je hahahhahah tapi puas hati dapat jumpa anda semua ....readers n follower yg sangat awesome semuanya . Siap ada yg dtg awal pagi pm n dm bgtau dah sampai n membeli ....tq sangat sangat tau . Walaupun ada yg tak sempat jumpa tapi akak tau u ols dtg .

Perjalanan dr Salak Tinggi ke KL terasa amat jauh ngan muatan lebih ni hahhaha. But kerana u ols n komitmen pada tugasan yg diberikan , akak gagahkan diri juga . 

Jangan ada yg mintak harga murah n pergi mintak harga Moon plak next week ke apa sebab like i said before , harga ni mmg khas utk 3 hari aje .


Banjir my FB n IG ngan gambo kain langsir . Mostly kain yg Moon bergamba n up kat FB n IG yg tu la sold out dulu . Day 3 makin banyak gondol kain ....ada yg frust bila dtg tgk kain yg akak posing day 1 dah habih ....tu la akak kan dah kata siapa cepat dia dpt ....siapa cepat mmg rezeki dia org la kan .

 Dari rail kain gumuk gumuk ....terus gondol semuanya . Tq sangat sangat sebab tolong habihkan kain tu semua sebab mmg owner dia takmo la simpan lama lama sangat kan. Sebab kita kenala make way utk kemasukkan kain baru plak tahun depan.


 Sampai hari terakhir pun masih ramai yang dtg memborong . Ada yg dah dtg hari jumaat tapi dtg lagi the next daynya .



 

 Best seller sudah tentu la si kain velvet / kusyen ni . Ni siap ada org book by roll terus . Sebab jatuh RM10 kot ....pusing la 1 Mesia , mmg tak dapat harga ni .

 kat atas ni luas n selesa . So ramai yg 1st time dtg sini mmg terkejut ....sebab dia org pun tak sangka ada kedai langsir yg best n murah cam ni kat KL


Boleh la akak bersalin n berehat pantang ngan tenang pas ni hahahhahaha . Kalau tak mmg ramai yg duk tunggu bila la tarikh sale niiiiiiii .

Bila plak next sale?

Akak tak berani sebut la u olsssssss kalau ada rezeki u ols ada la .

Monday, November 20, 2017

Jualan Langsir murah KL

Assalamualaikum semua . Nak announcekan benda yang ramai tgh nanti nantikan. Sale langsir u olssssssssssssssss

Last Kak Moon buat sale adalah awal thn hari tu . Since then, mmg ramai yg PM n email tanya bila plak next sale . So ni sale sudah muncul .





Moon dah announce di FB dan di IG . U ols boleh cekidout ya sebab semalam pergi sana . Sempat amik video sket . Moon ada letak di my IG


IG : @moonpunyerblog

ley tgk kat sana k.Kali ni kain velvet n upholstery mmg murah kaw kaw....mmg harga yg buat kita tertanya tanya BETUL KE NI????

yer ini betul betul punya . Bukan cobaan.....so jom bantu dia org clearkan lvl 7 tu hahhahahhaha




Highlight : 
 
1- velvet yg tebal n cantik n elok yg sebelum ni near beratus jadi rm10 . Mmg sukar utk dipercayai....tapi percayaaaaa laaaaaa.

2 - kain langsir bidang 110 pun jd RM 10 . Mmg jimat hokey. sebab boleh save tang berapa banyak meter kain nak pakai. Mmg berbaloi...baik call mak kat kampung tanya mak nak berapa meter.

3- Kain sheer atau day curtain yg jarang tu jadi Rm15 per meter n FREE JAHIT. Sila peratikan rail langsir yg ada kertas hijau n tulis FREE JAHIT. Ini hanya apply utk day curtain sahaja tau . Kang ada plak assume semer free jahit pitam makkkkkkkkkk .


Apa itu Velvet atau Upholstery Fabric 

Ia adalah kain tebal dan bertekstur yang tahan lasak. Biasanya kain ni digunakan utk balut kerusi n sofa anda . Ada yang lembut cam baldu dah ada bertekstur . Biasanya kalau kita tgk wingchair atau stool atau sofa hotel. Kan cantik kain yg balut dia kan. Ha tu la kain upholstery ....mak mak kita panggil kain kusyen la senang kata .

Kain ni mmg mahal hokey.

Pernah ada customer dia beli kain n bawak gie kilang perrabut sebab nak baiki sofa lama dia ...Org tu siap tanya you beli berapa ratus semeter ni. Takder tanya berapa puluh semeter. Terus di tanya berapa ratus . Sebab kain ni mmg mahal .

Cust senyum je sebab masa tu dia beli Rm25 je semeter hahahha ...curlassssssss

 Ni contoh hasil balut sofa cust ..terus cun melecun woooo

 utk balut kerusi cam ni pun boleh

ni plak jenis cotton tebal . Pn boleh buat cam ni


Buat jadi sarung bantal kecik kecik yg kita campak atas sofa tu pun boleh . Sarung bantal besar yg selalu kita campak atas karpet depan TV umah tu pun boleh .

Nak buat langsir boleh tak akak ?

Boleh ....tapi please take note yang kain ni sedikit tebal n berat . Jadi rail anda kena la kuat . Kalau sebelum ni rail ada 2 tangan kiri n kanan pegang rail . Kena la tambah jadi 4 atau 6 tangan . TBaru la tak roboh atau bengkok atau patah rail korang .

 Ni rupa dia kalau jadi langsir ...pergggggggg terus cam hotellllll
 Ni juga adalah contoh langsir yang menggunakan kain upholstery . Mmg smart sangat .


Apa kain upholstery yang available kali ni Kak Moon ?

Semalam akak pergi tgk u ols . Mmg banyak sangat kain velvet n upholstery kali ni . Rasanya the biggest collection ever la n paling murah .............omg . Percaya tak the lowest is RM10 . Tak kisah la sebelum ni harga dia beratus ke apa . Mmg jadi FLAT PRICE RM10 . So sesiapa yg sebelum ni dtg main gosok gosok je kain velvet ni kali ni ley rembat dah u olsssssssssss.



nampak tak ketebalan dan tekstur yg ada . Most of this velvet adalah import tau ....dont play playyy


nak buat jadi karpet pun boleh niiiiiiii .



Ni kalau jadi sarung kusyen mmg terbaik ni ...


Day Curtain / Sheer curtain / Organza

Ni adalah kain yg selalu kita letak kat belah belakang . Kalau siang mmg kita tolak yg tebal n ada yg nipis je . Kita ley tgk org luar n kadang org luar tak nampak kita . Sebab tu la nama dia day curtain . Ia juga membantu mengawal cahaya yg masuk . So takder la togel sangat tingkap atau sliding door umah kita kan .

Most of kain day curtain bidang 110, RM 15  , akan ada FREE JAHIT OFFER . So sila peratikan kertas hijau di rail yaaaaaaaaaaaaaaa



ni adalah antara nya ya . Ada banyak lagiiiiiiiiii so u ols kena la dtg n tgk sendiri ...hehehehhe

Kain black out dan kain plain pun ada 





Akak, saya dah excited dah ni . Macam mana nak jadi VIP akak ni ?

Senang aje sayang sayang semua . Just dtg je ke Lvl 7 Sarah Hughes Globe Jalan TAR KL pada 3 hari tersebut

24 - 26 Nov 2017 
Jumaat, Sabtu Ahad 
10.30 am hingga 8.00 pm 


Bila dah naik ke atas just inform ke staff  " saya dtg utk sale VIP Moonpunyerblog " janji ada mention tahu pasal sale ni dr Moonpunyerblog . Nanti dia org akan inform harga special utk u ols tau . Jgn diam plakkkk kang kena bayar harga lain nangis tak berlagu laaaaaaaaaaaaaa SILA MENTION MOONPUNYERBLOG

senang aje u olssssssss sebab kalau u ols tahu pasal sale ni harus la dr Blog ni , IG Moonpunyerblog atau FB Moon atau FB Page Miera301 at Sarah Hughes Globe 

Moon pernah buat entry macam mana nak jadi VIP Moonpunyerblog. Boleh baca di sana ya



Sarah Hughes Globe ni kat mana akak ? 

Sarah Hughes Globe adalah Globe Silk Store dulu . Kalau mak mak korang misti tau tempat ni kat mana . Ia area Sogo n Semua House Jalan TAR . Kalau berdiri depan sogo tu mmg boleh nampak Sarah Hughes Globe bangunan 10 tingkat . Jalan menghala ke Dataran Merdeka .

Boleh naik train berhenti di Stesen Bandaraya n jalan sket turun kat SOGO . Atau stesen Masjid Jamek pun boleh tapi kena menapak sket la kat Jalan Masjid India tu


ni gamba bangunan belah depan n kalau kat belah belakang . 


Nanti Kak Moon ada tak kat sana 3 hari tu? 

Akak akan dtg cuma tak sure hari apa . Akak skrg dah sarat naw naw dah ha pregnant. Tunggu masa je ni . Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa k . 

Biasa sebelum sebelum ni mmg Kak Moon ada kat sana utk assist u ols . Cuma kali ni kena tgk keadaan diri yg rasa seperti penguin obes dah ni hahahha . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...