So semak kat sini
http://apps.moe.gov.my/esppsel/
1.0 Tatacara Permohonan Murid Tahun 1 secara Online
1 | Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPMSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa atau penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2011 hingga 30 April 2011 melalui laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor melalui pautan di URL seperti berikut: http://apps.emoe.gov.my/esppsel |
2 | Ibu bapa atau Penjaga yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Ibu bapa atau Penjaga adalah diingatkan agar membaca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal. |
3 | Setelah mengisi permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak bagi tujuan Perakuan Permohonan yang perlu dibuat di sekolah yang dipohon. |
4 | Pemohon perlu mendaftarkan nombor MyKid anak. Sila masukkan Tarikh Lahir, Daerah Dipohon dan Jenis Sekolah (bertanda *) sebelum meneruskan permohonan. Semakan nama sekolah dan di mana Daerah PPD Dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php |
5 | Setelah pendaftaran dilaksanakan sistem akan memaparkan maklumat permohonan termasuk Id pengguna dan No Pin. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. Sila simpan noPin tersebut bagi tujuan pengemaskinian dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. |
6 | Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja. |
7 | Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Atas Talian eSPMSel ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut. |
8 | Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak. |
9 | Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid atau menghubungi meja bantuan melalui telefon atau mengemukakan pertanyaan melalui alamat email yang disediakan. |
So kalau nak semak masukkan saje nom My Kid anak
So pas nih kena la daftar kat sekolah ....patutla nampak kat sekolah Isk ada kain rentanng pendaftaran murid darjah 1 di buka sekarang
SOoooOOOOoooo kowang cek sekarang yaaaaaaaaaaaa