Friday, July 01, 2011

Update Norma

got this from a dear friend thanks dear ...cantek sangat
you may share this in your blog . Many many thanks

From my dear friend Ila n Poek ( copy paste from her wall)

JUALAN AMAL FOR Talib and Family - rasa nya ramai dah tau yang adik ipar moon (Norma) sekarang sedang sakit dan memerlukan bantuan . 1 would like to sponsor 10 choc moist cake with a min design, those interested utk turut sama membantu moon, can purchase the cake from us at a price of RM50.00 each. ALL money from the 10 cakes will go to TABUNG NORMA. let me know if any of you out there intersted marsilas@yahoo.com - Please visit Rizq cake
(4 pm, Saturday 2nd July - 10 cakes sold out)


Charity Sales by I Know You Love Scarf Too
Portion of the sales made , will be donated to Norma


Summary:
Brain Cancer stage 4

5 kali operation




Hari nih hari terakhir Norma buat Radiotheraphy di Unit Onkologi HKL ..kali nih hanya 3 X session je but a very high dose punya ...

Dulu 1st session pihak Onkologi buat 10X but dose sket2 sebab Norma sangat lemah kan so dia org tkt Norma tak ley terima ...but after 10X tumor yg cancer tew tak mengecil pun tp makin besar sket adala .

Talib dah ckp ngan Doc Chan yg jaga Norma . Doc tu pun pelik sebab canser Norma nih sangat aggresif n dia org pun tak pernah jumpa kes cam nih plus keadaan Norma sangat sangat lemah . Lagi la Talib susah hati bila dengar doc ckp cam tew

According to the Doc nama cancer Norma nih Medulloblastoma . Biasanya cancer nih tak seagresif nih plus keadaan Norma sangat la lemah ibarat kan canser tew dah melumpuhkan n melemah kan semua anggota Norma .

"Medulloblastoma is a highly malignant primary brain tumor that originates in the cerebellum or posterior fossa."
Dah lama sangat Norma tak bangun

Dah lama sangat tak dengar suara lembut n manja Norma

Rindu sangat Norm.................. ( paused ) sori ai tetiba sebak

-
-
-
:(

:(


Insysaallah mebi hari nih boleh balik umah tak pun besok .

Besok Moon akan ke sana . Kalau Numa masih di HKL moon ke HKL kalau dah balik Moon akan ke Balakong.
Apa apa i akan apdate u

Since skrg Numa dah habis treatment kat HKL ...doc pun dah surrender now kami akan usahakan rawatan lain ..ikhtiar cara lain ...harap usaha kami nih di permudahkan dan di rahmati Allah .

Sabar yer Lib ...kami semer akan bantu Lib . Bila Talib call...ai try my best utk advice kan dia . Hari tew Sutan bgtau Talib ..

" Hang mai la tido umah abg mlm nih ..boley kiter sembang sembang " sutan tahu adik dia sangat tgh susah hati

Malam tew Talib dtg ...sempat la Moon masakkan utk dia, dapat la dia makan ngan Sutan . Sian budak tew cam na la makan minum dia . Hari tew mama ada ..ley la tgk kan Talib . Ni mama terpaksa balik Taiping ada urusan ...so Mama bawak Rafiq balik sekali . Moon suh Mama tinggalkan Rafiq sebab siang bibik ley tgk kan Rafiq ..malam moon bawak Rafiq tido ngan Moon . Tapi Mama kata tak pa la dia lagi senang hati tgk Rafiq dpn mata dia

Kesian + sedih sangat tgk Talib . I know deep inside his heart dia susah hati memikirkan apa yg akan berlaku ...begitu banyak what if this n what if that ...hari tew dia ada ckp kat Moon n Sutan . Abg kalau la apa apa berlaku kat Norma cam na Lib ngan Rafiq . Boley ke Lib jaga Rafiq ....dangggg aku nanges time tew jugak ...kowang ada jawapan yg bagus nak bg dia ...koz i dont ...yeay know i can ask him to bersabar but ive said it so many times ...but seseorang tew tak patut berputus asa kan

Semua sakit ada ubat nya kecuali mati ...insyaallah

Selepas nih setiap kali mau berubat kat mana mana ....Norma kena naik ambulan since dia tak ley duk lama and kami pun dah servey bayaran ambulan ...tew semer benda yg Talib kena pikir kan .

Kami akan proceed ngan B17 injection that cost sangat tinggi . Yup its mmg mahal but jika ia mampu menyelamatkan Norma apa salahnya ...apa la ia berbanding ngan nyawa insan . FYI B17 adalah sari biji aprikot . Keadaan Norma sekarang biji aprikot dah tak beri kesan so hanya injection je boley ngan stage dia skrg .

Kami jugak akan ke Pusat Rawatan Al-Hidayah . Ustadz tew kata tak pa dtg je andai kata dia perlu rawat Norma dalam ambulan dia akan buat ..tak der masalah . But he still need to see Norma . So kami akan arrange ambulan utk ke sana . Appointment bulan 6 hr tew tak dpt pegi sebab Norma masih di hosp

Kami still proceed ngan TF Advanved Plus and ada hamba Allah beri Monavie utkNorma

Kami jugaks tgh ikhtiar berubat ngan few rawatan alternatif . Nih ada hamba Allah yg kenal kan sebab dia sembuh ngan bantuan dia org ...insyaallah . Yeay this may sound feliks but tew semer ngan kuasa Allah kan.... . lagi pun ini pun semua kuasa Allah kalau Norma nak sembuh ke apa . Kita bukan rugi apa pun kan .

Lepas nih insyaallah kami akan pergi ke tempat2 yg kowang kenal kan ...insyaallah . Ada yg bagitau org yg ley sembuhkan pakai duit siling , transfer ke pokok , perubatan cina and many many more tak dapat ai nak list kan satu satu sebab dalam keadaan nih bagitau la apa apa pun kami mmg tgh desperate n mmg akan pergi ...its juat a metter in susunkan aje . Thanks to all for all ur support n banyak share apa yg kowang tahu . Kami sekeluarga amat amat la menghargainya .

So ive talk to few friends and moon berat ati sangat nak bgtau nih but moga usaha Moon yg kecik nih dapat membantu Talib . Talib tak tahu pasal nih n dia kalau boley tak mo bgtau org . Its ok Lib ...akak cuma nak bantu Lib sebab Moon tahu ada insan insan yg mmg nak membantu n menghulurkan bantuan pada Norma its just that they dont know how .

I know Norma hanya la adik ipar ai but ai anggap dia more than that . She is part of the family and ai anggap dia mcm adik sendiri dunia dan akhirat.

Moga usaha kiter yg kecik nih dapat membantu .

cimb





Noormawati Mohd Rasif






Saya terlebih dahulu memohon maaf pada keluarga Norma sebab tak mendapat kelulusan dr mereka but ketahui la this is the least that i can do to help . Ive discuss this with Talib before n dia kata dia malu n dia tak mo org ingat dia menagih simpati ...No Lib ...Lib tak buat apa pun ...akak cuma nak bantu Lib . Moon suh dia buat acc ut Rafiq tp asek tak sempat je Talib nih ...so acc Norma pun will do .

please note this dia org tak pernah sekali pun suruh ai buat nih ....sila jgn salah paham ..ini hanya la sumbangan ikhlas dr kowang tew ye .

Thanks to Fillanie for your support . Thanks dear sebab support aku

And Mr Ben Ashaari blogger terkenal satu malaya for his entry

And Kami Blogger Utagha

And to Mrs K for sharing this

And Lady Rara for sharing this

And Kak Ai for sharing this

And Gadis Kampung Separa Bandar for sharing this

And Ain Azahar for sharing this

And Trigy

And lovetasya

And Puan AGS

And Angah / Elyies

And Cik Puan Nurul

And Ayu

And Safiyyah Osman


and banyakkk lagi maaf kalau saya tak dpt track ...thanks kowang sebab the list grew bigger n bigger more than my expectation . Thanks to all bloggers out there . Many yg share kat FB and Tweet n banyak sangat ..thanks kowang



Any bloggers yg nak share kan kisah nih dlm blog kowang pun tak pa ..saya dahulukan ngan jutaan terima kasih .


Moga sumbangan kiter ini dirahmati Allah n di suburkan rezeki kita . Amin

Tejemahan Al-Waqiahh 1 - 74

Kadang kiter baca ayat ayat quran tp kiter tak faham maksud nya . So meh la kiter sama sama baja terjemahan surah nih n fahami nya ...Bahagia nya bila baca golongan yg di depan dan di kanan n sangat takut dan ngeri bila baca mengenai golongan di belah kiri

sama sama kiter renungkan di hari jumaat yg mulia ini


[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
[4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15] (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
[18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

[21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24] (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25] Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;
[26] Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).
[27] Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30] Dan naungan yang tetap terbentang,
[31] Dan air yang sentiasa mengalir,
[32] Serta buah-buahan yang banyak,
[33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

[40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41] Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43] Serta naungan dari asap hitam,
[44] Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
[45] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47] Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48] Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?
[49] Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

[50] Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum.
[51] Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53] Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54] Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55] Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.
[56] Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

[60] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61] (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62] Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[64] Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65] Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66] (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67] Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?

[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71] Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72] Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?
[73] Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74] Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75] Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran;
[76] Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya.
[77] Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

[80] Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82] Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83] Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
[84] Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.
[85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

[86] Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);
[87] Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
[88] Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin",
[89] Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

[90] Dan jika dia dari puak kanan,
[91] Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.
[92] Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93] Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94] Serta bakaran api Neraka.
[95] Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96] Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.


Taken from HERE

Thursday, June 30, 2011

Yarn lagiks

Ai telah terjebak n mengorder ini ....aiyooo ...benang spesis berbulu


nampak cam meriah je bulu buluan dia kan tp nampak hasil dah siap cam tervaek je

kannnnnnnnnnn dia cam fill in the gap ...cuns ...nih ada 8 ketol ....so sapa nak share ngan ai ....tinggal komen

juga telah terjebak ngan benang yg ala ala kenteng kenteng kaler kaler

suweeettttt kan ...nih ada 4 aje ...mak harus la rembat 2 ...ada sapa lagi nak another balance 2 tew?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...