Tuesday, September 13, 2011

Baby Aida Eirdeena at IJN

Update 15 9 2011 - Pembedahan adik Eirdeena berjalan lancar dan skrg Eirdeena di tempat kan dalam ICU di IJN utk pemerhatian rapi . Eirdeena stabil



Dear readers n friends

sama sama kkita doakan agar semua nya selamat dan berjalan dengan lancar . Besok at 8 am ..baby Eirdeena akan di bedah

Moon sempat melawat Eirdeena kat IJN petang tadi dan sesungguhnya pasanga muda nih sangat tabah ...kowang stay strong ya .

Insyaallah nanti pas operation kami dtg lawat lagi

Ya Allah.hanya padaMu aku mengadu..sembuhkanlah anakku..lancarkanlah pembedahannye.kepade Engkau aku memohon pertolongan..aminnnn((Eirdeena..please be strong syg..mummy n ayh sayang eirdeena..))


damai je hati ini tgk baby yg sangat cantek nih tido


dia nanges pun sangat sopan ...pelan je ..and according to mummy n ayah dia Eirdeena nih sangat behave ...and tak banyak meragam .

and wanita ini sangat tabah ...kasih ibu mmg tiada tolok banding nya

begitu juga kasih nya seorang ayah





Eirdeena kena kuat tau ...begitu jugaks ngan Mummy n Ayah

yer seperti biasa tangan ku mmg akan nampak spt tangan giant hahha ...cepat sembuh ya sayang nanti kaki kecik nih ley berjalan n berlari ....muahs muah dr Abg Isk n Kak Yaya buat Eirdeena



Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah apabila mencintai suatu kaum, Ia menguji mereka (dengan musibah). Maka barangsiapa redha terhadap musibah itu, maka ia berhak mendapat keredhaan Allah. Dan barangsiapa murka (tidak redha), maka baginya juga kemurkaan Allah”. (HR Tirmidzi).



Kejayaan semanis madu takkan datsng tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Allah uji kita kerana Allah sayang kpd kita. Dia hendak melihat sejauh mana keimanan dan ingatan kita thadapnya dan dpt mendekatkan lagi kita dgn Sang Pencinta yang Maha berkuasa. Firman Allah swt:Apakah manusia mengira bhw mrk akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “ Kami tlh beriman dan mrk x diuji”. taken from wall Heliza Helmi

American Boy and Malaysian Boy

uiks ....sama la plak kan ...erm ....cam no neh ....mak baru je start suka lagu Malaysian Boy tew

Version Estelle n Kenya West



Version Altimet



apa komen kowang

Doakan utk Baby Eirdeena

Thanks Aida n Saiful sebab mms kan gamba Eirdeena ...nanti Auntie n Uncle sampai ke IJN kay

Eirdeena akan di bedah dalam kol 7 am besok ...sama sama kiter doakan agar pembedahan itu berjalan lancar dan Eirdeena sentiasa di lindungi Allah

Ive spoken to Saiful just now and dia sangat calm and menerima semua ini dan menganggap ini adalah ujian buat dia dan Aida . Saiful n Aida ...kowang kena kuat semangat tau ...kami semua doakan kesejahteraan keluarga kowang .

Saiful kata nih adalah pembedahan pertama n Eirdeena mungkin akan di bedah lagi in few years time .

For those yg tak tahu ...nih adalah petikan dr Harian Metro

BERTAMBAH kebahagiaan dalam rumah tangga Saiful Nizam yang juga pembaca berita TV3 dan Aida (juara Gadis Melayu musim pertama) dengan kelahiran anak sulung mereka yang dinamakan Aida Eirdeena, kini berusia dua bulan.

Namun baru-baru ini rakan CAK yang juga baru melahirkan anak keenamnya terserempak pasangan suami isteri itu bersama si kecil di Institut Jantung Negara (IJN) ketika menemani suaminya membuat pemeriksaan kesihatan di sana.


Ceritanya pada CAK, menerusi pemerhatiannya, nak kata Saiful atau Aida yang sakit, tak mungkin kerana kedua-duanya nampak cergas.

Hendak dijadikan cerita, dua tiga hari selepas itu CAK terserempak dengan Saiful di TV3 dan terus bertanya perkara berkenaan kepadanya.


Dia mengesahkan Eirdeena ada masalah jantung dinamakan Truncuss Arterious Type 1, di mana ada lubang pada saraf jantungnya.


Menurut Saiful, doktor dapat tahu mengenainya sebaik lahir dan untuk mengelak penyakit itu merebak pada paru-paru, Eirdeena perlu dibedah segera iaitu sebelum umurnya tiga bulan.

Katanya, Eirdeena baru keluar wad IJN kerana demam. Walaupun demamnya tidak teruk sangat, doktor memantau kesihatannya sebelum dia menjalani pembedahan pada 12 September ini.


Saiful dan Aida menerima berita mengenai penyakit anak mereka dengan tenang dan berharap Eirdeena dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, kata Saiful, Eirdeena cergas dan tak nampak macam sakit. Sekurang-kurangnya mendengar tawanya dapat meredakan keresahan suami isteri itu.


Awal Syawal lalu, Saiful dan Aida hanya beraya di Kuala Lumpur dan menghabiskan masa mereka di rumah kerana bimbang kalau dibawa ke tempat ramai orang, kesihatan Eirdeena terganggu dan akibatnya pembedahan itu terpaksa ditangguh.


Kos pembedahannya tinggi namun kata Saiful, yang penting kesihatan anaknya. Insya-Allah, duit boleh dicari.


Patutlah selepas kelahiran Eirdeena, apabila media mahu mengabadikan wajah comel anak itu di lensa kamera mereka, Saiful terpaksa menolaknya kerana kesihatannya tidak mengizinkan. CAK doakan Eirdeena segera sembuh.

Aida n Saiful ...kami semua berdoa utk Eirdeena ... sesungguhnya ujian ini amat hebat ..Insyaallah moga kiter semua kuat utk melaluinya dengan tenang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...