Friday, August 23, 2013

BSP sbulan sekalik je pas ni

Lega rasanya lepas 3 kali sessi BSP ...doc decide utk buat sebulan sekali aje hahahha walaupun tinggal 3 bulan aje lagi pun kan tapi lega la . Kalau tak every 2 weeks kena gie amik darah kena 4 kali cek sugar ..letih hokey .


8 am- 4.8

10 am - 4.8
2 pm - 5.9
8 pm - 4.5

kalau boleh jgn lepas 6.3 kata nurse tew

tew la time kena dapat bacaan darah . Nyaris jugaks la nak beli mesin test tew seketol ...cek kat umah je . Nasib tak sempat beli hahhahah . Kemain la jaga makan kurang kan gula semer


Doc kata diabetis masa pregnant sangat common n normaly lepas bersalin ia akan hilang but ada case jugaks kekal . So tak mo la kekal kan ...so kena la jaga makan minum semer . Utk kebaikan ibu n anak ..

Bacaan cantek ..yer la pas amik darah kol 8 am tew ai mkn telor hanco 2 biji ngan fresh milk ..tgh hari mkn la nasik sket ngan lauk yg banyak ...lapa hokeyyy ...then petang tew amik la wholemeal bread ngan air ke apa . Kalau boley that day jgn la plak pie minum milo ais kaw ke ..air manis2 bagai .

Tapi tew la kena disiplin sket la kan . Jgn hari test je jaga mkn n control gula . Hari lain pun kena limit kan pengambilan gula ...kang lebih gula baby jadi besar sangat susah plak nak branak kan .

HbA1c pun dah amik 2 kali utk tgk rekod gula dlm darah utk beberapa bulan lepas ...berat pun naik 1 kg ...so doc puas hati ...hahah yer la ari tew kan bulan poser mmg la drop ..plus sebelum tew duk asek muntah mana nak naik badan nye ...tunggu la sok sok ...bagai di pam pam laaaaaa

jenuh gaks la kena cucuk amik darah . Tambah plak ai spesis urat payah nak jumpa mmg tadah je la lengan tew kena cucuk 2 3 kali sudah nya lebam lebam la ....seksi apa lebam cenggitu ...muahahhahah adehhhhhhhh

Now ai dah 23 weeks pregnant ...baby pun duk gerak all the time . Ke kali nih ai pay more attention pada movement dia tew kot ai rasa dia paling banyak gerak ...erm . Tapi bagus la gerak kan ...kang dia diam je bahaya juger ...gerak la wahai baby ...lot perut mummy kamu nih lot banglo ...so luas la kamu nak joget2 dalam tew

Pagi tadik gie intai baby ...tapi kemain rapat la kamu kepit kaki ya ...doc kata nampak cam ...tetttttt tapi tak nampak jelas sangat . Tak pa la ...mebi baby nih pun nak ikut Abg Isk n Kakak Yaya yg sampai sudah tak tahu laki ke pompuan ...tahu tahu je kuar baru nampak boy ke girl ...

Misti org kata asal sibuk2 nak tahu laki ke pompuan ...well skrg dah ada kemudahan ..pakai je la kan . Lagi pun senang nak plan apa apa . Plus nak beli baju ke nak buat persiapan apa apa senang .

Kalau bb girl , bilik paling besar ley share ngan Kakak Yaya . Tapi kalau boy bilik besar tew dapat kat Abg Isk n baby ha cenggitu ...sempat la mak nya nak nyebuk2 cat bilik alih perabut bagai ....hahahhaha verangan tew .

wahai baby ..jgn la malu malu ...nanti tunjuk la kat mummy n daddy .. tapi tadik uri cam duk bawah ..so doc kata nanti naik balik la tew . mana tak nya ...kemain dia duk joget lambak dalam tew ...gegar2 perut ...tak pa la nanti dah besar sket ...sempit sket mebi kurang sangat tarian dia tew hahahhaha


Persiapan cam na ?

Tak der persiapan lagi pun ...baju baby semer dah tak der . Semer dah di turun kan pada Rafiq n anak buah . Sebab rasa cam tak preggy dah kot ...tup tup Allah bg rezeki lagi ..syukur Alhamdulillah .

Beli pun baru 3 helai ...pastuh semer benda tak der ...lampin tarak ..kain bedung x der ..kain barut x der ...pendek kata semer tak der ....ewahhh baby nom 3 nak semer baru ke .

Pastuh pagi tadi breakfast , ada sorang makcik nih pas bisness card ...tukang urut bertauliah hokey ...Kak Ruby nama nya . Dia mmg mengurut n jaga org dlm pantang ...so sempat la sembang ngan dia tadik . Dia akan jaga ibu n anak , minimum 5 hari . Dia mandikan n jaga kan baby ...at the same time siapkan si ibu , mandikan ..urut , tunggku n pakai kan bengkung semer ...termasuk masakkan makan utk ibu dlm pantang . Sounds intresting kan ... so relax la sket kan . Plus masa tew cuti sekolah ...gamak nya kalau ai pantang sendiri ley ke ai duk diam ...rasa nya silap silap time baby tido ai gie basuh baju n jemur baju semer hahahhaha

Nanti ai kena amik quotation dari kak Ruby tew ...rezeki tew ley jumpa ngan org ley jaga dlm pantang . So kalau korang ada contact jugaks please share with me ya .

Thursday, August 22, 2013

tetiba


duk tgk stat blogspot ...cam naik tinggi semacam je utk semalam

skalik smalam ada org cc kan moon ada Konvensyen Al-Fatihah share pasal kisah Allahyarhamah

sama sama la kita sedekah kan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Normawati . Semoga rohnya tenang di sana .

Syukur Alhamdulillah , sepanjang rentetan kisah tew kami di temukan ngan ramai insan insan yang berhati mulia . Yg tak kira penat n jemu membantu n menghulurkan bantuan . Ya Allah syukur sangat sangat kerana menemukan kami dengan mereka mereka ini .

Walaupun kisah nih dah tahun lepas tapi harap apa yg di kongsikan dapat la kita amik pengajaran nye . Amik iktibar so that kita akan jadi better person dan menghargai dengan apa setiap kurniaan dan rezeki yang Allah berikan

Kita kadang rasa kita la susah kita la yg bermasalah tapi kadang kita blok diri kita utk tgk masalah org sama . Bukan kita nak compare ...ok la aku lagi better n senang dari dia ...bukan itu cara nya . Tapi kita kena tgk ...Ya Allah aku rasa aku susah tapi tgk dia tew Allah uji lagi teruk ...kenapa dia tak patah semangat . Allah hanya bagi ujian yg amat kecik bagi aku tapi aku dah give up ...so benda tew ley bantu kita bangkit

Bila kita di atas kita jangan lupa ...sentiasa berpijak pada bumi yg nyata . Lihat kekurangan org bukan utk bermegah tapi utk mensyukuri setiap nikmat yg kita ada sekarang

Adik adik yg lom kawen ...please , cari la teman hidup yg akan sentiasa senang dan susah akan sentiasa bersama ngan kita . Sulam kan hubungan tew ngan kasih sayang dah saling hormat menghormati antara satu sama lain ...jangan sulami ngan benda kemewahan n duniawi yg kadang boleh mengaburi mata kita

Ya kita manusia kadang kita lupa ...siapa yg sempurna bukan . But kita kena tgk sama kisah org ...selami n amik benda2 yg positif supaya kita ley praktikkan dlm kehidupan kita seharian

sayangi pasangan anda n hargai mereka kerana kita tak tahu bila Allah akan menjemput mereka

tetiba ai klik entry terakhir moon post - Dalam Ingatan Semua n suddenly ai cam sebak sangat . Ntah cam na kami ley kuat masa tew n cam na Talib sendiri pun jadi extra strong ..thanks semer yg sentiasa n tak putus2 doakan utk mereka . Sesungguhnya itu semua telah di tentukan oleh tuhan . Jodoh Normawati hingga akhir hayatnya adalah Talib kerana Allah tahu hanya Talib yg terbaik utk Norma  . But Lib , kena teruskan hidup Lib utk Rafiq ...insyaallah pasti Allah akan temukan Lib ngan perempuan yg sebaik Allahyarhamah . Kerana ajal maut serta jodoh pertemuan semua nya di tangan tuhan .

Al-Fatihah buat insan insan yg kita sayangi yg telah meninggalkan kita termasuk la Allahyarhamah Kak Gee ..sesungguhnya masih ada suami yg baik baik - Warkah Buat Isteri

tetiba ai plak semendung cuaca kat luar 



Regards
Moon

Posisi tidur yg betol masa hamil






Sumber : Pa & Ma here

Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.

Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.

Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.

Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.

Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...