Ibarat meja buffet , semer dah terhidang . Antara nak pegi amik atau tak
Tapi mebi jugaks ada org tak tahu ...ooo rupanya ada meja buffet ...ini perumpamaan hokey
My auntie mmg slalu dtg umah n she is a single mother dan dia tak pernah sekali pun rasa malu ngan status dia . Infact ai respect sgt kat dia sebab dia slalu bawak rakan rakan atau mana mana ibu tunggal yg dlm kesusahan ke tempat yg sepatutnya . Sebab dia sangat cekap n pandai cari tempat2 yg menyediakan bantuan utk ibu ibu tunggal , asnaf ( org yg berhak dpt zakat ) atau org miskin . Kalau time raya dapat bantuan baju sekolah n kelengkapan skolah ...time bulan poser mmg dapat pegi mkn sana sini n dapat bantuan ...dapat duduk umah yg sesuai n bayar pada harga yg sangat berpatutan ...monthly lagi dpt elaun . So antara bijak berbelanja atau tak je . Sebab secara lojiknya my aunt kata mmg semer tuh sangat cukup .
Dia tak susah pun . Mmg la makan dia cukup2 utk dia 2 beranak . Every month dia akan dapat bantuan bekalan beras n etc . dia kata kadang tak habis makan pun n kadang kalau ada lebih lagi dia tak pegi amik pun kat Baitulmal . Ai plak yg melopong sebab tak tahu rupanya benda2 nih ada . Siap dia plak yg tolong pegi apply kan utk org lain sebab kesian la kan . Bantuan ada tapi duk jugaks cam tuh n tak apply .
Pernah sekali dia citer . Ada pasangan muda nih duk mintak sedekah atas jejantas kat KL . Dia berenti n soal pasangan tuh . Dtg dari mana napa tido sini ...tak der umah ke ...mak bapak mana ...family mana . Siap budak lelaki tuh cerita la ...dia org kawen n ibu bapa tak restu so dtg ke KL konon nak keja tapi kena tipu dengan org n tak tahu nak pegi mana .
Terus my aunt bagitau dia org suruh pegi ke area masjid India kot kalau ai tak silap . Sebab kat sana dia org akan bantu sapa yg ada masalah ...tolong carikan kije semer n bagi makan utk few days . Nanti moon konpom kan balik ngan dia . Sebab masa dia citer tuh moon ngan sutan mmg mcm terlopong la kejap sebab mmg tak tahu pun benda2 cam nih ada .
Ok ...jom kita tambah pengetahuan sama sama ...
LEMBAGA ZAKAT
So Moon yg mmg zero knowlegde nih teringin jugaks nak tahu . Atleast kalau ada org tanya , walaupun kita tak la tahu sangat tapi kita tahu nak nasihat kan dia org utk pergi ke saluran mana kan . Moon rasa tuh la yg patut kita buat kan . Kalau kita kenal mana mana la atau sesiapa di kawasan kita yg perlu bantuan , apa kata kita bantu dia org ...tuh je la sekecil2 bantuan yg dpt kita bagi . Mudah mudahan bantuan kita tuh akan jadi besar buat mereka yg amat amat memerlukan .
Sebab Moon pun tak arif sangat apa kata kita baca sama sama .
Ada 8 asnaf zakat iaitu:
-
Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya. -
Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fakir & Miskin dengan lebih lanjut ] -
Asnaf Amil
`Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan. -
Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Muallaf dengan lebih lanjut ] -
Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Riqab dengan lebih lanjut ] -
Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Gharimin dengan lebih lanjut ]
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
-
Asnaf Fisabilillah
[ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fisabilillah dengan lebih lanjut ]
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. -
Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan
ooooo baru tahu rupanya banyak jenis Asnaf n zakat yg kita bayar tuh akan di salur kan pada mereka mereka ini .
Hikmah di sebalik kes Adik Firdaus maka ramai antara kita yg sudah mula cari apa jenis jenis bantuan yg ada yg di sediakan .
So kita kena kurangkan merungut ...kurang kan banding membanding ...kurang kan nak rasa tak puas hati kat org tuh org nih ..syukur la dengan rezeki yg Allah berikan utk kita .
Moon nak paste kat sini cara pengiraan Kifayah tapi bila copy n paste dia jadi pelik alignment dia . so u ols ley pegi tgk kat sini . LEMBAGA ZAKAT - CARA PENGIRAAN kIFAYAH
Pengkelasan Fakir atau Miskin
Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.Tapi utk mendapat bantuan bantuan ini maka seseorang tuh hendak la pegi daftar kan . kalau tak daftar macam mana org nak tahu betol tak . Kita nak sesuatu misti la kita kena usaha utk dapat kan . CARA MOHON DI SINI
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Ni adalah piagam pelanggan dia org