Lama menyepi blog ni kan . Almaklumla tuan tanaha kedaung tak sihat . Memula jaga Pak Sutan , Yaya n Sarah yg demam ...Lepas tuh, Moon ngan Isk plak yg jangkit n demam plaks .
Memang merasa la seperti duduk di rumah sakit .
Insyaallah nanti Moon akan update kay .
Sarah plak bila tak sihat neh mmg asek menempel je kije nya . Malam pun dia duk nangis sebab hidung tersumbat ....pagi nya , mummy terus jadi zombie kacuk beruang panda mata lebam sebab tak cukup tido hahaha
Wednesday, February 25, 2015
Tuesday, February 17, 2015
Dia dah start tanya dah
Rasa nya semua ibu bapa misti akan lalui saat saat nih . Saat di ajukan soalan yg kadang kita rasa susah nak explain dengan lebih lanjut .
Malam tadik terdengar perbualan anak ngan ayah hahahha ...masa tuh moon kat tandas duk cebok kan si kecik Sarah tuh ...skrg rutin dah bukan berak di kala waktu pagi , tapi skrg berak sebelum tido .
Daddy apa bulu pubis
eh Isk dengar dari mana
Hari nih Isk belajar kat sekolah . mata pelajaran kesihatan . Ustadz pun ada ajar pasal baligh . Isk tahu pasal baligh tapi bulu pubis apa
Ooo nanti kalau Isk dah baligh ...Isk akan mimpi pastuh cam terkencing tuh kan ...pastu Isk tumbuh bulu kat ketiak ...Isk kuar misai sket2 ..badan Isk pun membesar n akan kuar bulu kat bebird tuh . Tuh tanda2 dah nak besar la tuh
Apa bebird ada bulu jugak ke ....euuuw ....hishhh pelik pelikkkk
Perbualan di akhiri dengan gelak yg kuat giler ....nasib baik dia tanya bapak dia . Kalau dia tanya mummy aduuu cam na nak explain ...kalau yaya tanya ok la lagi kan nak jawab . Teringat plak masa kecik2 dulu pun suka tanya soklan kat mak ...bila boleh pakai modes jugok cam org beso ...tgk pad pun ley rasa kagum . Ntah hapa hapa ...
Sempat la Moon tanya Sutan ...dia tahu ke baligh tuh apa .Pak Sutan kata ...tahu dohs sebab tadik dia explain n dia faham hahahhahahah
nih la soklan yg bakal akan di tanya . Mungkin masa cikgu explain semer segan nak tanya ....bila balik umah terus mintak di explain kan . But still dia org lom tahu baby kuar kot mana hahhahaha . Nanti korang dah besar sket korang tahu la sendiri ya . Baru korang tahu cam nak tercabut nyawa nak lahir kan sorang2 .
credit to puberty101
5 Stages of Puberty for Boys
With questions and answers below.
- Normal Age Range: 9-12, Average: about 10
Male hormones are becoming active, but there are hardly, if any, outside signs of development. Testicles are maturing, and some boys start a period of rapid growth late in this stage. - Normal Age Range: 9-15, Average: 12-13
Testicles and scrotum begin to enlarge, but penis size doesn’t increase much. Very little, if any, pubic hair at the base of the penis. Increase in height and change in body shape. - Normal Age Range: 11-16, Average: 13-14
Penis starts to grow in length, but not much in width. Testicles and scrotum still growing. Pubic hair starts to get darker and coarser and is spreading towards the legs. Height growth continues and body/face shape look more adult. Voice begins to deepen (and crack). Some hair around the anus grows. - Normal Age Range: 11-17, Average: 14-15
Penis width increases, as well as length. Testicles and scrotum still growing. Pubic hair begins to take adult texture, although covers a smaller area. Most boys have first ejaculations. Underarm hair develops. Facial hair increases on chin and upper lip. Voice gets deeper and skin gets more oily. - Normal Age Range: 14-18, Average: around 16
Nearing full adult height and physique. Pubic hair and genitals have adult appearance. Facial hair grows more completely and shaving may begin now or soon. During the late teens and early twenties, some men grow a bit more and develop more body hair, especially chest hair.
Monday, February 16, 2015
Sebaknya baca nih
Moon copy n paste dari blog Emas Putih n Sinar Harian too
menitik air mata baca nih . Luahan seorang isteri ...mcm mana la keadaan kita andai kata suami pergi dulu sebelum kita .
Innalillahiwainnalillahirojiun , moga rohnya di cucuri rahmat dan semoga keluarga nya tabah .
PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.
Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.
Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.
(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).
Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.
Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.
Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.
Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.
Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.
Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).
Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.
Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.
Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.
(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).
Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.
Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat. Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.
Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.
Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.
Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.
Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.
Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.
Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.
Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.
Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.
Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.
Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”. Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.
Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.
(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.
Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.
Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
sedey ....

Subscribe to:
Posts (Atom)