Monday, October 05, 2015

Ummiza Cafe, kedai makan best di Jenderam

Pejam celik pejam celik nih dah masuk 6 tahun dah bergelar warga Sepang. Dulu masa mula mula beli umah area sini cuak gaks sebab nampak cam sunyi je. Pastuh kedai kat depan2 sana semua mcm kosong je. Lama lama tetiba je terus kawasan nih jadi penuh. Dulu pasar malam yg senang je nak dpt parking, skrg dah susah dah. Kadang tak jadi singgah ke pasar malam sebab parking tak ada.

Rupanya dah ramai dah beralih ke arah sepang nih. Kebanyakkan yg kije Putrajaya beli umah area sini. Ada jugak yg kije KL.

So selama 6 tahun lebih jugak la kita org mmg guna jalan belakang nih...lalu kot Jenderam Hulu ke Jenderam Hilir, masuk putrajaya n kuar ke Cyberjaya. Kalau dayung sampan mmg dari hulu ke hilir la ahaks.

Ada satu kedai nih mmg Moon ngan Sutan mmg slalu singgah. Kadang kalau time cuti sekolah misti bawak anak anak dtg sini. Sebab tempatnya bersih n selesa. Kedai tu nama dia Ummiza Cafe



Kadang tuh on the way nak gie kije singgah jap makan ke, minum ke atau tapau makan sesiap.
 
Breakfast standard la kan, ada nasik lemak n bihun serta kueh mueh. Kadang tuh pagi pun dah ada dah lauk utk tengahari yg di masak. Fav Moon harus la ayam masak merah dia. Sedap..harga pun ok tak la mahal, kira mmg standard kedai nasik berlauk. Yg penting, tempatnya sangat selesa


 Kadang tuh kalau lambat sket mmg kuar dah lauk tengahari. Mana boleh nak makan bihun je kan, Terus mintak nasik putih hahahha sebab tergoda ngan lauk pauk. Lauk pauk dia simple tapi mmg best, Rasa cam balik umah n bukak tudung saji tgk lauk apa mak masak hari nih. Ha cam tuh la feel dia hahahha

Makan plak ngan tenang....sambil hirup udara segar kampung. Tgk plak kiri kanan depan semuanya hijau n banyak pokok. Kalau musim durian tuh mmg Moon duk mengintai berapa biji durian ada atas pokok org hahhaha.

Alamak ter excited plak cerita kan. Kita org mmg jarang dah breakfast kat Cyberjaya sebab stress kadang susah nak parking. Kita org neh ala org prg tua sket. Suka relax...takmo serabut2 kepala. So ada tempat best, makanan best dan tak mahal sangat. So baik singgah je makan sesiap. Kadang tuh tapau terus makanan so lunch takyah sibuk2 nak kuar dah.

ok back to the story

weekend hari tuh join KKBA utk makan makan kat sana. Mana boleh tak join, kedai fav tuh n pastinya makanan mmg sedap sedap semua.


mmg meriah sgt.  kedai ni pulak besar n open

2 kemah di sediakan utk menyambut kedatangan semua .

 Kueh mueh juga di sediakan utk sesiapa yg masih belum bersarapan.


17 Lauk pauk Ummiza Cafe antaranya ialah:
  1. Ayam masak merah
  2. Ayam kicap berlada
  3. Ayam masak lemak cili api
  4. Ikan kembung berlada 
  5. Ikan keli berlada
  6. Asam pedas ikan 
  7. Udang sambal
  8. Sup cendawan
  9. Gulai ayam kampung campur kentang
  10. Gulai rebung
  11. Gulai pucuk ubi
  12. Kari daging campur kentang
  13. Gulai siput sedut
  14. Ayam goreng
  15. Sambal ikan bilis
  16. Sayur campur
  17. ulam ulaman 
Wow...banyak nyer. Semua pun sedap sedap. Untuk hari biasa, menu nya akan ikut turutan.

 
  
  
 
 
 Lauk semua sedap sedap..org kata kalau makan tuh mmg 'berasa' la semua.

Semua lauk pauk di masak oleh seorang ibu. Tu la kan air tangan ibu nih mmg sedap...nak nak plak ibu yg mmg suka masak. Bila makan tuh mmg terasa la ..bak mat salleh kata cooking with love.

Hai Nadia


 Ni la owner Ummiza Cafe ni. Usahawan melayu muda yang muda muda dah pandai mulakan perniagaan sendiri.Tahniah..

Ummiza Cafe ni adalah perniagaan keluarga yang di usahakan oleh anak anak muda di atas dengan ibu dia org. Semua tugas2 membeli bahan, memasak dan mengemas mmg dilakukan oleh mereka anak beranak.

 Semua pun makan ngan berselera la hahha. Sempat bergamba ngan blogger lain Rara n Julia

perhatikan sign board ni ya. kalau dari jenderan hilir ke jenderam hulu, MIAT akan berada sebelah kanan korang. depan je sikit lepas surau belah kiri korang akan nampak kedai ni di sebelah kiri.

Kalau dari Salak Tinggi atau Nilai plak, kedai nih akan berada belah kanan

Nanti boleh la datang cuba mkn kat sini utk sarapan atau makan tengahari. Insyaallah puas hati.

Waktu urusniaga


Sebab lauk dia sedap, kalau dtg lambat mmg habis. Kalau org yg slalu lunch lambat cam kak moon nih mmg nangis la kan kalau dtg kedai dekat2 pukul 3. Tapi kalau ada rezeki adalah kan.

Bila tgk balik gambar siput sedut nih terus rasa nak nangis sebab tak sempat rasa. Semua duk puji n menambah siput sedut nih. Tapi tak apa sebab dapat makan lauk lain yg sedap sedap. Walaupun masa berdiri nak amik lauk tuh, duk tergaru kepala....nak amik mana dulu nih

Teampahan

Ummiza Cafe juga ada menerima tempahan tau. Max order adalah untuk 300 org untuk majlis seperti majlis makan keluarga/pejabat atau harijadi ke...majlis doa selamat.

Namun demikian peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan. So kalau sesiapa yg nak pempah tu boleh dtg ambil di kedai


Ummizacafe
No 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Dengkil

Instagram: UmmizaCafe
Waktu operasi:
Isnin sehingga Sabtu
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.
Hubungi:
Puan Nor - 0196682069
Ain - 011-10602569

Sunday, October 04, 2015

Jerebu, sekolah ditutup besok dan lusa


Kerana jerebu teruk, sekolah akan di tutup besok dan lusa

Whats app sekolah n nerseri semer tak berenti bunyi la sebab semua taknak sesapa pun missed out news nih.

Hope jerebu cepat la hilang

sumber dari ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya hari ini.

Tambah beliau, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah.

"Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.

Situasi jerebu pada pagi Ahad semakin kritikal dengan lima kawasan setakat jam 11 pagi tadi mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tengah hari Ahad mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan ipu 308, iaitu bacaan IPU berbahaya.

Sebelum ini, Mahdzir berkata, sekolah akan ditutup apabila IPU mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan serta JAS.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100, sederhana, 101 hingga 200, tidak sihat, 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.



Friday, October 02, 2015

Rozita Che Wan kekal jelita bersama Rysya

Siapa tak kenal artis tersohor dengan kecantikan dan kejelitaannya..tak lain tak bukan Che Ta kita la. Selain dikenali ngan trade mark bulu matanya, dia juga terkenal kerana kejelitaan dan awet mudanya. Siapa sangka pada usia 40 an Che Ta nampak seperti 30 an sahaja. Mmg membuatkan semua wanita kat luar sana jeles la...termasuk Moon sendiri. Misti kita pun tertanya tanya macam mana la dia boleh kekal cantik dan menawan macam tu kan.


Moon rasa sangat bertuah sebab dapat join An Evening of Beuty Hi-tea bersama Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare di Ruang SS18 Subang. Acara ini adalah majlis ramah mesra yg dijalankan secara santai dan fun.

Ini adalah majlis santai yang pertama diadakan selepas pelancaran produk Rysya Skincare  pada 19 Mei lalu.

Tak sabar plak rasanya nak dengar petua kecantikan dari Che Ta sendiri serta dari pengasas produk Rysya Skincare sendiri

 Sempat bergambar dengan Pakar Perunding Imej Rysya iaitu Wawa Idris. Biasa tgk tips sharing dari Wawa Idris di internet. Kali nih dapat jumpa face to face. Bak Wawa kata masa sidang media, tak kisah badan kita besar ke kecik ke janji kita feel good about our self, tu yg penting. Tugas Wawa utk membuatkan wanita wanita menyayangi diri mereka serta berkongsi tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk Rysya.

Hope boleh jadi yakin dan hebat seperti Wawa Idris. Tak sabar nak tunggu tips-tips dari Wawa dan Rysya

 Tu dia , yang di tunggu tunggu sudah tiba. Sungguh cantik dan menawan sungguh la Che Ta ni. Mmg terasa aura dia bila dia melangkah masuk. Yup bunyi macam melebih lebih plak Moon nih kan..tapi mmg betul. Dari mula dia masuk sampai la dia duduk kat depan tuh mmg semua mata org tertumpu kat dia la. Dah la kelaka plak tuh. Plus dia jawab semua soalan dengan tenang n sangat jujur.


Majlis di mulakan dengan sidang media. Pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina memberi penerangan tentang kelebihan dan kehebatan 5 jenis produk Rysya Skincare iaitu Ly Facial Cleanser, Ly Facial Toner, LY 24K Gold Serum, LY 24K Gold Cream dan Ly Bird Nest Body Scrub.

Beliau juga menerangkan kandungan kandungan bahan semulakadi yang terdapat dalam produk-produk Rysya di antaranya adalah sarang burung walet, Pitera dan kolegen yang dapat membantu menjadikan kulit anjal, cantik dan berseri 

Che Ta pun berkongsi bagaimana dia menjaga kecantikan. Bak kata Che Ta kalau nak cantik jangan malas. Kita takmau la nanti tetiba pipi dah jatuh kat dada ( terus semua org gelak la sebab cara dia ckp tu secara berseloroh je) Sambungnya lagi, semua orang akan tua, tapi kita dapat melambatkan proses penuan tu  dengan bantuan dan pemakaian produk yang betul dan berkualiti tinggi. 

Sebelum bersetuju untuk menjadi duta produk Rysya, Che Ta sendiri mencuba ke lima lima produk Rysya ini untuk beberapa bulan. Betul juga kata Che Ta, kita kena rajin dan sabaq serta konsisten. Mana boleh pakai hari nih nak cantik teruih besok. Bila dah rasai sendiri produk Rysya baru la dia bersetuju untuk menjadi duta. Tambahan pula Rysya Skincare hanya menggunakan bahan bahan yg bermutu.


Masa nih mmg semua duk berebut la nak amik gamba Che Ta. Memandangkan ada media dari tv dan majalah maka kena la selit2 juga hahahha. Nak amik gamba Che Ta punya pasal. ( omg ai kan peminat Che Ta ....wink wink )


Che Ta di interview oleh para wartawan. Masa nih mmg dia org duduk betol2 belakang Moon. Apa lagi kan...kita pun turut sama dengar interview dan boleh dengar macam mana petua dia jaga kecantikan semua. Sambil tuh snap gambar banyak banyak hahah.



Tak sempat Che Ta nak makan yer 

Mmg tak sempat nak amik gambar bersama sama ngan Rozita Che Wan. Ni dah kena interview TV plak. Tapi ada juga yg sempat berselfie lagi tau...jeles nya I .

 
Para tetamu juga boleh mencuba sendiri produk Rysya. Mmg gentle sangat rangkaian produk Rysya nih. Tapi Ly Bird Nest body scrub tuh mmg best. Sebab ia ada 2 side. 1 side yg licin dan satu lagi yg sedikit kasar utk kita scrub badan serta membuang kulit mati. Bau dia wangi dan lepas tuh mmg kulit badan akan rasa lembut je ( sebab dah cuba sabun body scrub ni )





LY Facial Cleanser - Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semulajadi kulit. Ia tidak akan akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas

LY Facial Toner - Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan yang konsisten membolehkan kulit wajah tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

LY24K Gold Serum - Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit

LY24K Gold Miracle Cream - Mengandungi ramuan anti-penuaan untuk yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Ia membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya jadi lebih muda

LY Bird Nest Body Scrub - Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung Walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. Ia merupakan formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Sesuai untuk kulit sensitif.



Moon bersama rakan rakan blogger yang turut sama hadir untuk majlis An Evening of Beauty Hi-Tea bersama Rozita Che Wan dan Rysya Skincare.


Untuk keterangan lanjut, korang bolehla rujuk ke 

Webpage: www.rysya.com

E-mail: sales@rysya.com

Instagram: @rysyaskincare #rysyaskincare


Whatsapp: 019-738.8866

Office: 03- 7831.8669

Alamat: Thames Skincare Sdn. Bhd, D10-9-1, Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...