Monday, October 05, 2015

Ummiza Cafe, kedai makan best di Jenderam

Pejam celik pejam celik nih dah masuk 6 tahun dah bergelar warga Sepang. Dulu masa mula mula beli umah area sini cuak gaks sebab nampak cam sunyi je. Pastuh kedai kat depan2 sana semua mcm kosong je. Lama lama tetiba je terus kawasan nih jadi penuh. Dulu pasar malam yg senang je nak dpt parking, skrg dah susah dah. Kadang tak jadi singgah ke pasar malam sebab parking tak ada.

Rupanya dah ramai dah beralih ke arah sepang nih. Kebanyakkan yg kije Putrajaya beli umah area sini. Ada jugak yg kije KL.

So selama 6 tahun lebih jugak la kita org mmg guna jalan belakang nih...lalu kot Jenderam Hulu ke Jenderam Hilir, masuk putrajaya n kuar ke Cyberjaya. Kalau dayung sampan mmg dari hulu ke hilir la ahaks.

Ada satu kedai nih mmg Moon ngan Sutan mmg slalu singgah. Kadang kalau time cuti sekolah misti bawak anak anak dtg sini. Sebab tempatnya bersih n selesa. Kedai tu nama dia Ummiza Cafe



Kadang tuh on the way nak gie kije singgah jap makan ke, minum ke atau tapau makan sesiap.
 
Breakfast standard la kan, ada nasik lemak n bihun serta kueh mueh. Kadang tuh pagi pun dah ada dah lauk utk tengahari yg di masak. Fav Moon harus la ayam masak merah dia. Sedap..harga pun ok tak la mahal, kira mmg standard kedai nasik berlauk. Yg penting, tempatnya sangat selesa


 Kadang tuh kalau lambat sket mmg kuar dah lauk tengahari. Mana boleh nak makan bihun je kan, Terus mintak nasik putih hahahha sebab tergoda ngan lauk pauk. Lauk pauk dia simple tapi mmg best, Rasa cam balik umah n bukak tudung saji tgk lauk apa mak masak hari nih. Ha cam tuh la feel dia hahahha

Makan plak ngan tenang....sambil hirup udara segar kampung. Tgk plak kiri kanan depan semuanya hijau n banyak pokok. Kalau musim durian tuh mmg Moon duk mengintai berapa biji durian ada atas pokok org hahhaha.

Alamak ter excited plak cerita kan. Kita org mmg jarang dah breakfast kat Cyberjaya sebab stress kadang susah nak parking. Kita org neh ala org prg tua sket. Suka relax...takmo serabut2 kepala. So ada tempat best, makanan best dan tak mahal sangat. So baik singgah je makan sesiap. Kadang tuh tapau terus makanan so lunch takyah sibuk2 nak kuar dah.

ok back to the story

weekend hari tuh join KKBA utk makan makan kat sana. Mana boleh tak join, kedai fav tuh n pastinya makanan mmg sedap sedap semua.


mmg meriah sgt.  kedai ni pulak besar n open

2 kemah di sediakan utk menyambut kedatangan semua .

 Kueh mueh juga di sediakan utk sesiapa yg masih belum bersarapan.


17 Lauk pauk Ummiza Cafe antaranya ialah:
  1. Ayam masak merah
  2. Ayam kicap berlada
  3. Ayam masak lemak cili api
  4. Ikan kembung berlada 
  5. Ikan keli berlada
  6. Asam pedas ikan 
  7. Udang sambal
  8. Sup cendawan
  9. Gulai ayam kampung campur kentang
  10. Gulai rebung
  11. Gulai pucuk ubi
  12. Kari daging campur kentang
  13. Gulai siput sedut
  14. Ayam goreng
  15. Sambal ikan bilis
  16. Sayur campur
  17. ulam ulaman 
Wow...banyak nyer. Semua pun sedap sedap. Untuk hari biasa, menu nya akan ikut turutan.

 
  
  
 
 
 Lauk semua sedap sedap..org kata kalau makan tuh mmg 'berasa' la semua.

Semua lauk pauk di masak oleh seorang ibu. Tu la kan air tangan ibu nih mmg sedap...nak nak plak ibu yg mmg suka masak. Bila makan tuh mmg terasa la ..bak mat salleh kata cooking with love.

Hai Nadia


 Ni la owner Ummiza Cafe ni. Usahawan melayu muda yang muda muda dah pandai mulakan perniagaan sendiri.Tahniah..

Ummiza Cafe ni adalah perniagaan keluarga yang di usahakan oleh anak anak muda di atas dengan ibu dia org. Semua tugas2 membeli bahan, memasak dan mengemas mmg dilakukan oleh mereka anak beranak.

 Semua pun makan ngan berselera la hahha. Sempat bergamba ngan blogger lain Rara n Julia

perhatikan sign board ni ya. kalau dari jenderan hilir ke jenderam hulu, MIAT akan berada sebelah kanan korang. depan je sikit lepas surau belah kiri korang akan nampak kedai ni di sebelah kiri.

Kalau dari Salak Tinggi atau Nilai plak, kedai nih akan berada belah kanan

Nanti boleh la datang cuba mkn kat sini utk sarapan atau makan tengahari. Insyaallah puas hati.

Waktu urusniaga


Sebab lauk dia sedap, kalau dtg lambat mmg habis. Kalau org yg slalu lunch lambat cam kak moon nih mmg nangis la kan kalau dtg kedai dekat2 pukul 3. Tapi kalau ada rezeki adalah kan.

Bila tgk balik gambar siput sedut nih terus rasa nak nangis sebab tak sempat rasa. Semua duk puji n menambah siput sedut nih. Tapi tak apa sebab dapat makan lauk lain yg sedap sedap. Walaupun masa berdiri nak amik lauk tuh, duk tergaru kepala....nak amik mana dulu nih

Teampahan

Ummiza Cafe juga ada menerima tempahan tau. Max order adalah untuk 300 org untuk majlis seperti majlis makan keluarga/pejabat atau harijadi ke...majlis doa selamat.

Namun demikian peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas faktor kekurangan kakitangan. So kalau sesiapa yg nak pempah tu boleh dtg ambil di kedai


Ummizacafe
No 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Dengkil

Instagram: UmmizaCafe
Waktu operasi:
Isnin sehingga Sabtu
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.
Hubungi:
Puan Nor - 0196682069
Ain - 011-10602569

7 comments:

Hanim said...

nangis tengok makanan-makanan dia ... semua feveret saya tu kak hehehe

LYSSA FAIZUREEN said...

Lyssa singgah sini yee.. cantik akak ambik gambar :)

ain.ya.nun. said...

Sambal ikan bilis tu kan main menggoda lagi!

anazarin said...

Jom ada masa kita repeat makan di sini lagi

Mummy Julia said...

perghhh tgk Masak Lomak Siput Sedut..ish menitiq ayaq liuq mummy..huaaaa

Azlinda said...

Nice to meet u ...hehehe

Mrs. A said...

Hurmm.. semua kelihatan dan sedap dan banyak yang Mrs. A suka makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...