Tuesday, October 20, 2015

Apa itu demam kepialu

Misti ramai yg dapat msg pasal demam kepialu ni kan. Sebagai seorang yg tak pandai sangat bab bab nih terus laju je tangan google pasal demam kepialu nih. Sebab mmg bukan kita biasa dengar kan.

Kadang bila dapat msg whats app nih sebelum kita share kita kena periksa dulu kan. Yer lah zaman sekarang nih kadang benda tak betul pun laju je org spread.

So semalam gigih cari pasal demam kepialu nih dan jumpa berita ni kat Astro Awani


Belum lagi hilang kebimbangan pasal jerebu yg melanda....dah risau pasal demam kepialu nih plak.

Nak share jugak apa yg Moon baca di Dettol


Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Demam Kepialu (Tifoid)

Apakah itu Demam Kepialu ?
Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan
  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?
Jumpa doktor anda segera

2 comments:

JunAina said...

Elok juga kita ada pengetahuan mengenai tanda2 awal penyakit ini sekurang-kurangnya kita boleh pantau anak-anak.

Sha Mohamed said...

Nice sharing...
Dugaan.. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...