Friday, November 20, 2015

random


So sempena cuti sekolah nih nak ajar dia org basuh kain 
gosok baju 
kemas dapo 

agaknya mummy dia boleh goyang kaki tak? hahhahaha


yuppppp sangat betul dan sama sama la kita berusaha menjadi yg terbaik utk anak anak kita

ini mmg terbaik.....saya mempunyai kaki yg agak kembang kat depan. Jadi, amatlah mustahil utk pakai kasut muncung mcm ni ...buat masa tuh kuku ibu kaki panjang sket mmg sakit wooooo. Mmg kaki terpenyek kat dalam tuh ...

Nampak org pakai mcm cantik. Tapi bila cuba sendiri aduiiiii cam na la dia org jalan pakai kasut nih auchhh


Memasang lampu dan mengecat

Ni la lampu pilihan hati. Sampai sakit leher nih sebab duk tgk lampu lampu yang cantik kat House Of Lighting tuh.

Last skali amik lampu kerawang kerawang nih

Rupanya berat la sangat lampu ni. Dia mcm besi yg padat tu. Tali dia plak boleh di adjust ikut panjang n pendek yg kita suka

 Hajat di hati nak tuka semua lampu di umah jadi warna putih ....tapi bila letak putih cam tak beberapa comey plak. So letak balik lampu kuning..skalik sebijik tu plak rusak mentol nya. Takpa nanti boleh pergi beli. Tapi bayang yg dihasilkan oleh lampu nih sangat cantik. Mmg penuh kat siling

Boleh plak kami jadi rajin plak nak cat bahagian foyer tuh. Tukar jadi warna kelabu gelap

Pintu coklat tukar jadi warna putih

balik kije terus mengecat hahahha tak sampai sejam siap cat. Mmg gigih laki bini. Kita org mmg suka tukar2 warna umah nih...sebab tuh umah takley berwallpaper sebab kita org cepat busan. hahahah. Kalau dtg sawan mengecat tu, tengah tgh malam pun boleh tolak perabut semata mata nak cat dinding.

 Hasilnya ..ok la kan. Tak la gempak pun tapi berubah juga rupa n warnanya

Sopa tuh lama sangat. Tapi tempat duduk dah pecah2 sebab masa kecik Yaya pernah amik pen n tikam sopa tuh ...nangis mummy tgk sopa ada kesan tikaman ballpen. Tapi lama lama mmg koyak n pecah la kan. Nak balut juga sopa nih tapi kena cari tempat balut yg harga berpatutan sket, Kain balut no problem kat Sarah Hughes Globe ada banyak.

Sopa tuh mmg sedap lagi tak lembik langsung...rangka n span masih elok sangat sangat. Tu yang sayang nak buang tu.

Selagi ia boleh pakai kita pakai aje

Cat tu adalah cat dalam yg kilat jenama MCI. Kita pergi je kedai tgk catalog n pilih warna. Dia org akan bancuhkan . Utk 3 keping dinding ni Moon beli yg 5 liter ( RM 85 ke RM87 cam tuh ) Tapi ada banyak lagi balance cat. Cat ni plak kalau kotor boleh lap aje.

Sebenarnya warna kelabu senang nak match n dia masuk ngan hampir ngan semua warna. Tapi kalau ngan maroon lagi dia smart kan ...

 

Antara contoh2 color scheme yg boleh campur ngan kelabu

 Since langsir umah pun ada banyak kaler hijau n biru n kelabu jugak. So warna kelabu gelap nih pun should blend in well la kan
tapi bila dah cat kat foyer ...terus geram n rasa nak cat dinding kat cermin meja makan tuh plak hahahha

takpa next project hahah









Tuesday, November 17, 2015

Cili Cili KL


haaaaaaaaa siapa makan cili dia yg rasa pedas

kecik kecil cili padi.

tetiba plak kuar peribahasa melayu yg menggunakan perkataan cili . Ni sebenarnya nak cerita pasal satu produk keluaran Bumiputera kita. Nama dia Cili Cili...cute je nama dia kan. Masa Moon buat sale kat Globe hari tuh sempat la Moon order juga. Kebetulan dealer Cili Cili KL ada jugak nak join sale ...maka elok bebenor la kan. Boleh la hantar kan sekali Cili Cili yg Moon order  tuh. Lepas tuh boleh sopink langsir ahaks


Ha siap bergambar berlatarbelakangkan langsir lagi ....hahahhaha 





Ni la antara ramuan yg di gunakan. Kita panggil cili bengala kan...Moon plak panggil cili mat salleh hahahah

Sedikit info mengenai Hot Sauce CiliCili



CiliCili Hot Sauce dihasilkan secara "HOMEMADE" mggunakan bahan-bahan segar

Tanpa bahan pengawet & pewarna tambahan

Warna setiap batch kadang kala sedikit berubah disebabkan oleh
 - Warna bahan mentah yg digunakan
 - Perubahan suhu bahan mentah

Mild Hot Sauce 
-boleh berubah menjadi warna "Creamy Orange" , "Striking Orange" , "Red Orange"

Green Hot Sauce
- boleh berubah menjadi "Creamy Green"  "Moss Green"

- Antara Minyak & Air
- Hanya perlu goncang semula
- Jgn risau... Rasanya tidak berubah

Sos Beku / Pekat
- biarkn seketika pada suhu bilik
- rendamkan botol sos ke dlm air panas
- Sos sedia dimakan

Cili Cili tidak mggunakan bahan pengawet
Tanpa pewarna tiruan
Dijamin selamat & semula jadi


Moon cuba 2 jenis terus...yg Mild dan juga yg Green yg sedikit pedas. Cicah ngan ayam goreng panas panas mmg sedap


Kalau kita dah pernah rasa hot sauce kat Nando's ...rasa dia mmg lebih kurang. Ada rasa masam2 cuka and heat dari cili tuh. So ianya mmg berbeza ngan sos cili biasa


Kalau ada buat BBQ pun sesuai hidang ngan sos ni

 botol dia pun comey aje kan.


Cili Cili nih berharga RM12 sebotol 
( Offer, harga asal adalah RM15 )

 Leeza, pengedar Cili Cili KL bagitau...sos nih pun boleh di pakai utk buat marinate. So Moon pun cuba la perap dada ayam ngan Green Sauce ni n besok nya bakar atas pemanggang ajaib tuh. Perg rasanya sedap. Moon tambah garam n gula sket kat ayam tu then curah je sos.

Ada rasa tangy sket ...masam masam.

malam tadi ada buat wanton....ada 2 jenis. 1 tu Moon goreng dan 1 lagi Moon steam. Harus la nak cuba ngan dipping sauce Cili Cili nih

percubaan kedua nampak lagi elok wanton ni kan. Gigih la buat ngan Cik Yaya


Moon lagi prefer Green Hot Sauce sebab dia ada rasa pedas sket. 

Maaf la kalau ada org terliur hahahhaha . So ni Moon dah cuba dan juga dah rasa...anda bila lagi. just buzz je Leeza atau mana mana agent Cili Cili KL k. 

Boleh juga diletakkan dalam masakan. Dekat page dia org ada ramai yg share pelbagai cara utk guna Cili Cili ni



Facebook : CiliCili KL
IG :  @Cilicilikl
Whatsapp Leeza : 01123115105
Email: cilicili.kl@gmail.com 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...