Saturday, December 19, 2015

Malika Confinement Care



 Khas untuk warga Kl, Selangor dan Nilai. Malika Confinement Care boleh dtg terus ke rumah anda. Senang bukan ...anda hanya perlu tunggu di rumah sahaja dan nikmati waktu pantang anda. 


Ada org ingat waktu pantang nih tak susah pun ...takyah nak kalut2 jaga jaga nih. Anda silap ya...masa ni la kita nak kembalikan balik kesegaran dan kesihatan tubuh badan. 9 bulan kita  mengandung. Badan kita pun alami pelbagai perubahan. Segala lenguh sana sini tuhan je yg tahu. Lepas tuh sakit melahirkan lagi. Berpeluh jap bila terkenangkan saat tu. 

Kalau yg ada mak ayah dekat ok la kan. Tapi kalau mak jauh macam mana. Kita ngan sakit lagi kat 'situ' lepas tuh nak bangun duduk susukan anak semua. 

So kalau ada org yg jagakan kita masa pantang alangkah bestnya kan. Moon masa pregnant mmg dah save duit letak tepi utk peruntukkan lepas bersalin. Dah ready siap2 utk mengurut dan penjagaan lain. Bukan sokmo sokmo pun kan. So kita boleh duduk diam2 kat umah n tgu confinement lady dtg, Tapi kalau husband nak belanja n bayarkan lagi bagus kan kan kan hahhahaha.

Dapat plak kena tunku lepas diurut mmg best la

So kalau anda tgh pregnant skrg dan tgh tercari2 servis penjagaan pantang yg dtg kerumah utk jaga mummy dan baby...ni Moon nak share 1 ni. Malika Confinement Care


DETAIL PAKEJ

Home to home service, penjagaan pantang selepas bersalin

Ada pakej dari 3 hari hingga 30 hari

Pakej merangkumi utk mama dan baby 

Datang harian. Setiap visit cover 4-5 Jam

Cover area KL, Selangor dan Nilai 

Confinement lady yg berpengalaman ( 100% Melayu dan Islam)

Untuk booking pakej penjagaan bersalin seelok-eloknya 3-4 bln sebelum tarikh bersalin

Bahan-bahan yg digunakan dari segi mandi herba semuanya adalah daun fresh, sama juga bahan bahan utk tangas

Tidak hanya tertumpu pada pakej penjagaan pantang sahaja, ada juga buat traditional massage, pre-natal massage ( ketika mengandung). Semua ini boleh ke rumah


***Bersedia memberi perkhidmatan di luar Negara, those org kita yg berhijrah disana. Inginkan rawatan penjagaan pantang. Kami sedia memberi perkhidmatan. Bulan 5 2016- Melbourne, Australia.



 UNTUK BULAN DECEMBER ADA PROMO PAKEJ. TILL END DEC. BERMINAT BOLEH BOOKING DATE N TIME (HANYA AREA KL N SELANGOR SHJ)





Promo Pakej untuk akhir tahun 2015...jom rebut promo ni



Facebook : Malika Confinement Care


Whatsapp : 016-2078091 ( Noorish )

Friday, December 18, 2015

Harga tambang baharu ERL



Motip letak kat sini ...yer la senang nanti nak refer. Kalau nak tgk tambang bukak masuk blog sendiri je hahah semua sumbat 1 tempat senang. Kadang kalau nak ke KL malas nak drive , mmg Moon akan naik ERL je dari Salak Tinggi ni . Naik n duduk je diam diam sampai ke KL sentral. Last time RM12.50 je ...la ni dah RM 18.30 ke. Adakah sebab ada bangunan baru tempat letak kereta tepi stesen Salak Tinggi tuh dah siap n tambang naik hahahhaha .

*image from blog Mawardi

Lepas ni kalau sorang je nak ke KL ok la naik ERL

kalau 2 org n bawak anak anak lagi, baik naik kereta je la ...botak kepala mak nak bayau tiket ERL [ergi dan balik. Baik isi minyak kereta aje senang n jimats

Masuk web KLIA Transit Fare n tenung harga ni lama lama sebab im surely gonna miss u bebeh. Tapi Moon yg jarang2 naik pun tenung lama je harga tu. Bagaimana la org yg mmg hari2 pergi kerja naik erl...siang nya

Monday, December 14, 2015

Ameera Maisarah sudah 2 thn

Happy Birthday Sarah

 Si Sarah masa baby ...Sarah ni jaundice dia yg paling lama. Bacaan tak tinggi tapi melebihi 14 hari. Mcm2 buat ikut petua org bagi tapi bacaan turun pun sgt perlahan. Sekali, bg susu formula terus bacaan turun ngan laju nya sebab dia berak n kencing banyak.

Tapi still jugak kena ke klinik amik darah semua. Siap refer ke pakar ...amik urin dan juga buat test utk tiriod.

Alhamdulillah tak ada apa apa. Walaupun sgt risau ngan budak kecik  nih

 Pengalaman melahirkan Sarah masih segar lagi dalam ingatan. Baby yg mmg yg dinanti nantikan. Lepas Moon lahirkan kakak Yaya, Moon ada keguguran sekali...lepas lama.....baru boleh dapat Sarah. Mmg excited n perasaan rindu nak pegang baby tuh mmg sangat sangat menebal.

Alhamdulillah semua dipermudahkan. Nak lahirkan si kecik nih pun amat mudah. Pergi hosp lepas subuh ...rupanya laluan dah bukak 4cm. Masuk labour room n doc pecahkan air ketuban. Masa tuh la sakit yg amat la ...contraction tuh mmg terasa seperti org pintal2 isi perut kita. Baru je nurse panggil pak sutan masuk dewan bersalin, Pak Sutan baru je letak bag baby atas meja...Moon dah bgtau dia saya rasa nak terberak pun ada nih. Skalik pak sutan tgk dah kuar kepala dah. Terus doc masuk n plup si Sarah keluar.

 Dia pun sangat behave n senang dijaga. Maybe sebab dah ada pengalaman so handle baby tuh menjadi sedikit mudah. Moon dijaga oleh MIL dalam 2 3 minggu lepas tuh berpantang sendiri aje.

 Si Abg n Kakak pun sangat membantu dalam menjaga Sarah. Rasanya semua duk berebut nak dukung si kecik tuh

 Kali ni Moon amik opsyen berpantang selama 3 bulan. Mmg seronok la sangat duduk umah ngan baby. Adalah masa mummy nak snap gambar Sarah banyak banyak

Maisarah masa umor 2 bulan


Masa umor 4 bulan . Masa ni dah meniarap.

Ni masa nak masuk umor 5 bulan ++ budak nih mmg gigih la nak merangkak

 Rambut pun manja manja je tumbuh hahhaha

 Masa ni 6 bulan

7 bulan

8 bulan ...masa ni kemain ya suka main air liur tuh


Sarah 10 months.

Sarah umor setahun .

 umur setahun sebulan

 setahun 3 bulan

 Ni masa raya hari tuh

Ni je gambar latest yg ada. Lepas nih mummy kena snap gambar Sarah banyak2 lagi . 

Sarah sgt senang dijaga...suka cakap banyak. Suka ikut apa kita cakap ..cepat sedih n keluar air mata. Pak Sutan kata sama juga macam mak dia hahahha.

Suka sangat kat kucing tapi bila kucing dtg mmg akan menangis bagai nak rak la

Suka makan nasik. Bangun pagi turun ke bawah terus tuju ke dapur. Tunjuk periuk nasik ..." Nak nasik nak nasik, lapa'

 
Selamat hari jadi ke 2 amoi...mummy, daddy abg n kakak sayang kan sarah ...

muahhhhhhhhhh

nanti kita gie beli kek kay


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...