Friday, January 08, 2016

Spritzer Eco Park, Taiping

Kita orang pergi ke Spritzer Eco Park ni masa cuti sekolah hari tuh. Kebetulan balik umah mama kat Taiping hantar Isk n Yaya utk stay kat sana 2 minggu. Mama ajak pergi masuk ke Spritze Eco Park ni. Sebab sangat dekat lahai. Kalau duduk atas buaian kat luar, memang boleh nampak lori2 Spritzer masuk.

Mama kata sekarang dah ada boleh main golf. So pagi pagi lepas makan terus ke Spritzer Eco Park tu. Sempat la Pak Sutan cerita masa zaman dia kecik2 dia masuk hutan tepi umah nih la. Pergi cari biji getah. Lepas tuh ada anak sungai dia org suka berkubang. Masa tu rumah mmg betul betul tepi hutan. Sekarang baru lapang dan nampak jalan.



Abg Isk masa hantar ni dah bulat...tapi lepas amik lagi bulat, Baju sekolah yg beli awal pun sendat hahha


Best awal awal pagi kat sini sebab sejuk je . Budak budak pun tak mandi hahahha sebab tepi umah aje pun Spritzer Eco Park ni




18 holes mini golf. Kayu golf tuh berat dan padat ya. Moon ingat budak2 dapat yg plastik ringan tuh. Rupanya yg berat...so mmg best la budak2 nih ketuk. Bola pun bola golf betul ya

Adult RM12
Child RM 8 

* Lepas pulangkan kayu golf tu, kita akan dapat air mineral dan bola yg kita main tadik, kita boleh bawak balik. 


Kita bergerak dari kawasan nom 1 hingga ke kawasan nombor 18. So sambil ketuk2 bola golf sambil jalan makan angin. 


Landskap pun cantik. Terus rasa menyesal tak bawak SLR , kalau tak boleh la sessi fotografi jap


me and my MIL



Berpeluh peluh la si kecik nih berjalan. Sampai nak pegang kayu golf pun tak larat dah hahah

Tapi mmg best kat dalam ni. Nanti kalau balik kat Mama memang kena singgah masuk dlm ni. Dekat pun dekat.


Panas panas ni dapat minum air yg sejuk2 mmg best sangat


Bola ni dapat bawak balik. Air mineral dlm golf bottle tuh pun dapat percuma

Thursday, January 07, 2016

Soft Matte Lip Cream


Mula mula nak ucapkan jutaan tahniah buat Fillanie, Elly n Peej utk new baby dia org neh. Penat tunggu. Duk asyik teaser teaser je. Orang dah mengeletis nak beli dan nak pakai. Tapi Filla kejam suh I tunggu sampai Jan. Penat pujuk ...nyampah tau u ni Pillanie

So ni tak sabar nak gie amik. Katanya suh dtg amik kat dia je. Takyah posto2 bagai . Boleh la jumpa n hughs hugs sket kan ..


Moon order 2 , Nude n Fuschia

Tak sabar nak gie amik nih n nak try juga. Nanti Moon share mcm mana rasa n feel pakai

Yg klaka nyer, Filla siap whats app suh jgn share atau pomot kat mana mana. Sebab stok habis licin n yg order masuk waiting list. Nasib yg Moon punya ada kalau tak pasti Moon akan majuk hahahha.

Masalahnya mak tak tolong pomot pun. Baru je share 1 gambar kat IG...rupanya ramai sangat org order. Hebat la Fame ni. 

Agaknya kalau tolong pomot ley dapat tak 2 3 batang lagi free hahahahh cabutsssssssss. Harus Filla petirkan aku nanti.  



ok la lunch nanti nak gie jumpa Pillanie amik lip cream 

yey yey

3 video rancangan Terlajak Putih Nampak

Kecoh la kan semua org duk bercakap pasal 3 ikon yg cukup glamer di negara kita. Siapa lagi kalau bukan

Dato Aliff Shukri Terlajak Laris
Dato Seri Vida Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh...mmmuah
Rita Dato' Sosilawati Nampak cantek nampak lawa, dia pakai NV

Mmg syiok tgk rancangan ni. Tambahan pula ianya dihoskan oleh pengacara yang hebat seberti Pak Nil. Mmg best la tgk Pak Nil bawak kita masuk meronda rumah jutawan jutawan nih.

Sebab kadang malas nak cari 3 episod nih kat u tube. Maka Moon letak je semua kat sini. Senang nanti bila bila nak tgk



Terlajak Putih Nampak Part 1 - Dato Aliff Shukri



Bila tgk kolam ikan talapia Dato ni teringat IG post dia. Masa barang makanan dalam peti dah habis. Dia pergi ke kolam tuh tangkap ikan talapia dia n persiang ikan...kagums ok.

Pergi hotel pun bawak periuk nasik ekekek



Terlajak Putih Nampak Part 2 - Rita Dato Sosilawati



Moon paling enjoy tgk Rita nih sebab dia kaki gelak. Sikit sikit dia gelak

Bak kata Pak Nil...ooooo orang kaya pun makan sambal belacan hahahhaha itu klaka hokey. Moon pun sama, duk bayangkan org kaya nih makan guna sudu garpu bagai. Makan pun ala western, Pengaruh TV kuat sangat Moon ni. Rupanya dia org sama aje cam kita kita nih

Rita nih plak pergi wat rambut kat saloon dekat umah je hahah sempoiii



Terlajak Putih Nampak Part 3 - Dato Seri Vida



Kagum ngan umah 22 juta dia tuh....siap bilik ada panic room. Ibu nih plak dah siap kan terus 4 biji umah fully furnish utk anak anak dia. WWahhhhh

Crown dia toksah ceritalah. Korang ada tgk tak parodi Miss Colombia tuh...yg Dato Vida konon kata jgn sedih,,,nah amik crown lain saya buwi  hahahha


Apa pendapat Moon mengenai rancangan ni

For me, ianya sangat bagus . Kita tgk rancangan kejayaan mat mat saleh atau bangsa lain kita akan rasa bangga. Rasa macam sangat kagum sebab kerana usaha dan kerajinan mereka, mereka mampu cari duit yang banyak serta sangat berjaya. Kalau la bangsa kita ada macam ni juga...

Well, sekarang dah ada. Mereka mereka ini sangat berjaya dan saya sangat kagum sebenarnya. Wah bangsa ku ada yg berjaya tahap ni....wah wah wah.

Rasanya tak perlu la nak kutuk kata dia org nih riak ke...berlagak sebab tunjuk kemewahan. Sebab mmg tuh apa yg dia ada . Yang kita nak sibuk2 sakit hati n dengki serta menyampah tu kenapa. Ada mendatangkan kudis gatal kat kita ke. Ha macam tuh la Moon rasa.

Rasanya kita patut berbangga dan patut jadikan mereka ini contoh. Betapa mereka gigih berusaha dan melalui pelbagai rintangan dan cobaan. Namun begitu mereka sangat berjaya. Apa yg baik dari mereka kita amik contoh ..mana yg buruk kita jauhkan.

Barang2 tu semua dia org mampu beli...beli la kan. Rasanya kalau kita pun sama kot. Even dapat duit lebih sket pun macam macam kita teringin nak beli. Cuba kalau duit dah banyak sampai berapa balance dlm bank pun kita tak tahu, maybe kita sama juga,

Kita kena cuba tanamkan dalam diri jgn berburuk sangka dan ada hasad dengki pada org.

Moon pernah kenal sorang nih. Dia sewa umah pada harga RM6000 sebulan. Memula tuh rasa cam eh napa dia sewa. RM6000 tuh boleh bayar umah sendiri tuh

Tapi terpikir pulak

Contoh:

Gaji RM 2000, bayar sewa umah RM600
Gaji RM 20000, Bayar sewa umah RM6000

so macam sama je sebenarnya skala nya betul tak. RM6000 tuh mungkin ibarat RM600 kita. Dah rezeki dia kan. Kita pun kena la rajin usaha kalau nak mcm dia juga. betul tak

ok nak repeat tgk lagi sekali



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...