Thursday, January 07, 2016

3 video rancangan Terlajak Putih Nampak

Kecoh la kan semua org duk bercakap pasal 3 ikon yg cukup glamer di negara kita. Siapa lagi kalau bukan

Dato Aliff Shukri Terlajak Laris
Dato Seri Vida Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh...mmmuah
Rita Dato' Sosilawati Nampak cantek nampak lawa, dia pakai NV

Mmg syiok tgk rancangan ni. Tambahan pula ianya dihoskan oleh pengacara yang hebat seberti Pak Nil. Mmg best la tgk Pak Nil bawak kita masuk meronda rumah jutawan jutawan nih.

Sebab kadang malas nak cari 3 episod nih kat u tube. Maka Moon letak je semua kat sini. Senang nanti bila bila nak tgk



Terlajak Putih Nampak Part 1 - Dato Aliff Shukri



Bila tgk kolam ikan talapia Dato ni teringat IG post dia. Masa barang makanan dalam peti dah habis. Dia pergi ke kolam tuh tangkap ikan talapia dia n persiang ikan...kagums ok.

Pergi hotel pun bawak periuk nasik ekekek



Terlajak Putih Nampak Part 2 - Rita Dato Sosilawati



Moon paling enjoy tgk Rita nih sebab dia kaki gelak. Sikit sikit dia gelak

Bak kata Pak Nil...ooooo orang kaya pun makan sambal belacan hahahhaha itu klaka hokey. Moon pun sama, duk bayangkan org kaya nih makan guna sudu garpu bagai. Makan pun ala western, Pengaruh TV kuat sangat Moon ni. Rupanya dia org sama aje cam kita kita nih

Rita nih plak pergi wat rambut kat saloon dekat umah je hahah sempoiii



Terlajak Putih Nampak Part 3 - Dato Seri Vida



Kagum ngan umah 22 juta dia tuh....siap bilik ada panic room. Ibu nih plak dah siap kan terus 4 biji umah fully furnish utk anak anak dia. WWahhhhh

Crown dia toksah ceritalah. Korang ada tgk tak parodi Miss Colombia tuh...yg Dato Vida konon kata jgn sedih,,,nah amik crown lain saya buwi  hahahha


Apa pendapat Moon mengenai rancangan ni

For me, ianya sangat bagus . Kita tgk rancangan kejayaan mat mat saleh atau bangsa lain kita akan rasa bangga. Rasa macam sangat kagum sebab kerana usaha dan kerajinan mereka, mereka mampu cari duit yang banyak serta sangat berjaya. Kalau la bangsa kita ada macam ni juga...

Well, sekarang dah ada. Mereka mereka ini sangat berjaya dan saya sangat kagum sebenarnya. Wah bangsa ku ada yg berjaya tahap ni....wah wah wah.

Rasanya tak perlu la nak kutuk kata dia org nih riak ke...berlagak sebab tunjuk kemewahan. Sebab mmg tuh apa yg dia ada . Yang kita nak sibuk2 sakit hati n dengki serta menyampah tu kenapa. Ada mendatangkan kudis gatal kat kita ke. Ha macam tuh la Moon rasa.

Rasanya kita patut berbangga dan patut jadikan mereka ini contoh. Betapa mereka gigih berusaha dan melalui pelbagai rintangan dan cobaan. Namun begitu mereka sangat berjaya. Apa yg baik dari mereka kita amik contoh ..mana yg buruk kita jauhkan.

Barang2 tu semua dia org mampu beli...beli la kan. Rasanya kalau kita pun sama kot. Even dapat duit lebih sket pun macam macam kita teringin nak beli. Cuba kalau duit dah banyak sampai berapa balance dlm bank pun kita tak tahu, maybe kita sama juga,

Kita kena cuba tanamkan dalam diri jgn berburuk sangka dan ada hasad dengki pada org.

Moon pernah kenal sorang nih. Dia sewa umah pada harga RM6000 sebulan. Memula tuh rasa cam eh napa dia sewa. RM6000 tuh boleh bayar umah sendiri tuh

Tapi terpikir pulak

Contoh:

Gaji RM 2000, bayar sewa umah RM600
Gaji RM 20000, Bayar sewa umah RM6000

so macam sama je sebenarnya skala nya betul tak. RM6000 tuh mungkin ibarat RM600 kita. Dah rezeki dia kan. Kita pun kena la rajin usaha kalau nak mcm dia juga. betul tak

ok nak repeat tgk lagi sekali



4 comments:

lieyalatif said...

lieya tgk sambil mulut ni tak renti2 cakap "wow" ajekkk hahaahaha...bangga ade anak melayu yg berjaya n kaya gini...tapi tu laa tak naik plak name dieorg kat senarai 10 terkaya di malaysia....bygkan kaya gitu pun tak tersenarai...yg tersenarai tu kaya mcm mane laa agaknyer hhuhuhuhuhu.....tp dlm 3 tu rita jek yg ala2 humble sikit....n berpada2 bile jawab tang harga bile pak nil tanye...

Acuyuhan said...

hi, menarik taw perkongsian ni. btw done follow, follow me back :)

yaya cendana said...

assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

tq ^_^

Miss Moon said...

Lieya

betul....sama la ngan Moon bila tgk ni Lieya. Semua cam wahhhhhhhh wahhhhhhhhhh beg ....wahhhhhhhh ada piano tapi tak reti main. Lawak hokey hahahhaha

kaya kan. juta juta nih ibarat ratus ribu je kot bagi dia org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...