Monday, January 11, 2016

Isu breastfeed dan Amran fans

Org punya la dah lama ckp pasal isu BF yg duk viral skrg . Moon baru terkulat2 mlm tadik sebelum tidur bukak n tgk phone. Kalau tak duk baca isu Restoran Fizomawar dan Uzu Emas Putih je hahahha

La pasal ni ke korang duk marah...alahaiiii


Relax ya para ibu yang amat gagah perkasa, yg mampu melahirkan nyawa ke dunia dan mampu menahan kesakitan paling sakit di alam semesta hahahhah ha mukadimah punya panjang.

Rasanya tak ada apa isu pun dan both side adalah betul dan ada point yg nak di sampaikan .


Yg dia marah adalah bila BF -- > Selfie  - - > post ke FB



Moon jarang nak kupas isu2 cam ni, sebab kadang kita sensitip sangat benda benda cam ni. Sebenarnya ni atas penerimaan kita sebenarnya. Sama macam org pas pas kan msg whats app. Kita kena la selidik dahulu sebelum laju laju nak share. Ni tak, laju je share...lepas tuh kadang kita jugak kantoi sebab benda kita share tuh tak betul. Padahal kita main tekan share je pun kan.

So Moon share ni sebab Moon support breastfeed. Syukur Alhamdulillah, Allah bg rezeki utk mampu menyusukan anak. Walaupun tak 100% but still mampu. Kalau org yg tak mampu nak menyusukan sendiri atas sebab sebab tertentu pun tak apa.Bukan menjadi kesalahan pun ...bukannya susu formula tuh tak bagus ke apa....




Kadang kita suka nak besarkan isu antara :

Siapa beranak normal dengan orang beranak ceaser

Siapa pakai stroller dan siapa babywearing 

Siapa menyusu badan dan siapa bagi susu botol 

Siapa tidur kan anak pakai buai dan siapa letak atas tilam 

Siapa housewife dan siapa yang bekerja

Siapa hantar anak ke nursery dan siapa hantar anak ke pengasuh

Siapa laki dia kerja besar dan siapa laki tak kerja

Anak siapa pandai dan anak siapa tak pandai



see.......ada banyak isu sekarang nih. Tambah plak zaman social media nih macam macam ada. Sebenarnya banyak perkara +ve yg kita boleh share tapi kita  pilih juga nak tak puas hati nak juga besarkan benda.

Ada benarnya apa yg Amran nak sampaikan. Bila Moon baca yes I get it. Apa yg dia nak bgtau..n Moon pun rasa cam alamakkkk aku ada wat cam tuh tak . Tercetus rasa cam ehhhhhhh adakah aku ada buat benda yg sama tanpa aku sedari ...ha cam tuh

Cuma mebi cara dia sebut tu sedikit cam kasar . Tapi mmg kalau kat umah ke kat kampung ke mmg kita sebut tu pun ...anak nak tekkkkk kannnnnnnn hahahha. Skrg je up sket,  anak nak BF hahahhah including me...


"Kepada ibu-ibu muda dekat luar sana, kalau tak tau cerita jangan nak serang membab* buta..
Tercetusnya perbalahan pasal mene**k ni bukan lah sebab Amran anti orang yang mene**k anak. Wei b , Amran lahir pun isap susu te**k jugak lah. Tak kan lah Amran nak hentam semua orang yang bagi anak mereka susu te**k.
Yang Amran hentam adalah sikap segelintir mak mak muda zaman skarang yang tak rasa malu mengupload gambar tengah mene**k anak dekat media sosial. Mene**k dekat tempat public pun kadang-kadang kita sorok sorok dari orang nampak, tapi kau dah elok mene**k kat rumah, kau selfie lepas tu kau upload pulak dekat facebook kasi orang semua tengok. Itu yang Amran marah. Faham ?.
Isu ni mulanya tak ada berkaitan pun dengan group mene**k tu, cuma yang jadi berkaitan bila ada sorang manusia b yang post dekat group tu berpakat ramai-ramai suruh report page Amran. Pompuan b  tu pun satu, dia tak faham jugak sebenarnya. Dia ingat Amran hentam semua ibu yang menyusu anak. Walhal Amran hentam ibu yang menyusu anak lalu diupload ke facebook. Apa kau susah sangat ke nak faham dua perbezaan tu ?.
Skarang tak payah nak bising bising, perbuatan menyusu bayi tu memang perkara baik. Amran tak nafikan.
Perkara yang tak baiknya ialah menyusu anak, lepas tu sendiri upload bagi orang tengok..
Yang ni non muslim tak payah masuk campur. Kerja kau hanya nak persoalakan garis panduan aurat je nanti. Bab aurat ni luas, kalau nak Amran kupas sampai esok pun tak habis. Cukup kau ambik point awal tu jela. Kau fahamkan beza mene**k biasa dengan mene**k lepas tu tayang kat facebook..
Harap semua pihak boleh panjangkan status ni agar tidak membuatkan mak mak muda yang otak dangkal tu cepat bertindak membab* buta."

Reply dari Coach menyusu nih sangat bagus. Dia reply pun sangat bagus dan tak melenting. Pujian utk dia...ni moon amik sket2 k. Sebab komen dia pun panjang. Boleh la korang pergi baca kat Amran Fans tuh sendiri la ya. Nasib baik la Moon tak mimpi kena kejar ngan hantu susu malam tadik sebab duk baca macam macam pasal isu nih hahahahhaha. Yang tak pernah tahu pun jadi tahu


CoachAsiah Maharam
TQSM Amran sebab menegur kami ibu2 muda yg suka selfie bila menyusukan anak dengan niat nak tunjuk kami dapat susukan anak
Post gambar dengan niat sebegitu memang tak patut



Thats y coach educate utk menyusu di khalayak ramai
Bukan kerana kami dah hilang malu!!! Tapi keadaan masa itu yg membuatkan kami terpaksa melakukannya of coz dengan adanya nursing cover bukan main tayang selak nampak sana sini
Jadi mommies takdela rasa stress bila nak menyusu je kena lari2 macam pelarian pulok nak cari tempat terselindung setiap kali pergi berjalan
Setuju sangat2 Amran tegur yg upload gambar selfie menyusu sebab nak tunjuk saje2 tengah susukan baby. Coach pon kurang setuju
Tapi kalau gambar tersebut post dengan ayat untuk educate perkara yg lebih memudahkan ibu menyusu nampak terlampaukah?



Kesimpulannya 

1- Jangan rasa terbeban sebab kena susu badan. Ianya sangat indah n nikmat Allah bg pada kita. So tuh mmg rezeki anak anak kita. Mana yg tak dapat susu badan pun jgn susah hati...adalah rezeki kat lain Allah bagi utk anak kita. 

2- Jgn kita nak BF n selfie n up to social media. Please remind me cepat kalau ada Moon terbuat mcm tuh juga. Kadang kita tengah excited kita terlupa kejap kan. But rasanya setakat nih lom buat. Matik kena sembur ngan Pak Sutan. 

3- Kalau boleh kaver sket. Jgn bg nampak sgt. Mebi kita sama pompuan nih tgk cam tak ada apa tapi kalau org lain canner. Nak nak lagi kalau kat luar . Anak nangis terus kita selak baju haaa sampai tang dada kita angkat....... 

Tapi kalau tetiba nampak org anak dia menangis tahap nak hilang suara n mak dia punya susah payah nak susukan anak hope kita faham n semua alihkan pandangan. Sebenarnya mencabar bagi si ibu hokey. Only a mom understand

4- Sekarang ada banyak dah kemudahan utk para ibu. Nursing room pun dah ada banyak. Nursing cover pun ada. Shawl n tudung pun skrg dah banyak yg besar2 n labuh2...so boleh la nak kaver n tutup betul .  Baju pun siap ada yg nursing friendly dan ada zip tang dada so kita tak perlu nak selak baju nampak pinggang n perut.

5- Takdak apa la ni. Isu akan stop bila kita stop sreading

chill everyone ya

I support breastfeed sebab saya pun bagi anak susu badan. Tak pernah rasa susah bila susu kan anak. I choose tempat yg ada nursing room. Skrg Malaysia dah bagus n semua shopping mall ada baby room yg cukup selesa. Husband n anak anak pun dah faham. Ok mummy kena susu kan adik kejap. Kalau tak sempat punya cari tempat tersorok sebab saya sgt malu orgnya.

Apa yg Moon tulis ni pun adalah pendapat Moon semata mata. Mungkin ada yg tak setuju mungkin ada. 

Assalamualaikum....jgn marah na. 


2 comments:

Julia Johari said...

hmmmm...mcm2 dunia sekarang kak moon...pasal isu-isu kontroversi ni julia tak suka masuk campur sgt...cuma lebih suka apa2 pun kita buat kalau boleh hati-hati...sekarang ni org guna medium sosial utk upload video dan gambar yg belum tentu sahih...dan ramai mudah sentap...

Miss Moon said...

betul Julia...mmg skrg nih mcm mcm

akak cuma share pendapat akak yg juga seorang ibu yg tgh BF anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...