Tuesday, January 12, 2016

Langsir murah di Sarah Hughes Globe, Kuala Lumpur

Ni adalah gambar masa sale event sempena jualan akhir tahun 2015. Jualan ini adalah ekslusif utk pembaca blog Moon. Pembaca blog Moon yang hadir masa hari jualan akan dapat VIP badge yang membolehkan mereka membeli kain kain langsir pada potongan harga yang sangat best dan murah.

Sabtu, Day 1 

Jualan berlangsung selama 2 hari. Dari pukul 11 am hingga 4 pm . Pada hari tu juga, Moon ada slash lagi harga utk korang semua. Macam gambar kat atas...Moon slash n jual pada harga RM10 semeter.

 Sarah kecik pun ada pada hari tuh. Dia pun dah biasa sangat kat lvl 7 nih hahahha.

Antara tetamu tetamu VIP Moon pada hari tu

     
     
  Masa awal pagi agak sesak. Sebab semua pun datang awal sebab nak beli kain. Moon tak sempat nak snap gambar banyak sangat

Dengan member sekolah yang datang dari Terengganu. Tauke bakeri di Kemaman ni.

 Ada org terus beli 1 kayu...senang. Kalau hari sale, mana kain yg berkenan memang kena cepat cepat ambik. Kalau tak memang habis.

 
 contohnya rail ni. Kain gondol terus sebab ada customer yg beli banyak terus. Katanya mana nak dapat kain upholstery yg tebal pada harga RM25 semeter. Mmg susah nak jumpa. Tapi di Globe ada ya u ols. Tapi pada hari sale Moonpunyerblog sahaja baru harga menjunam macam ni.


Sarah dah jumpa geng dah.

 Kain yg RM8 semeter, Moon slash harga jadi RM5 semeter...terus jadi ramping2 je semua rail langsir

 Sutan dengan d famous cake maker from Rizqcakes...Mr Poek

Blog : Rizq Cakes
Facebook : Rizcakes
IG : Rizqcakes



Day 2 , Sunday


 Mr Ketan n Mr Azam,.. Moon with Deejay Mida


with Shae, tukang make up yg sangat happening. Baru 1st time jumpa Shae, tapi macam dah lama kenal...


 
 Seronok sembang ngan mak ayah Shae. Bak kata ayah Shae, susah nak cari tempat yg jual langsir ngan harga murah. Lepas tuh dapat makan makan plak tu



 
 Kalau bawak anak anak pun tak apa kat atas nih. sebab ruang pun luas ...cuma para bapa la kena tgk anak anak kejap sementara mak mak pilih kain hahah

 Ramai yg beli kain macam langsir Peej...kiranya mmg top seller la kain tu. Ada yg nak kain macam langsir Filla beli hari tu. Tapi kain tuh semer dah sold out.

Owner kata lepas u publish pasal YES sale, ramai yg dtg beli kain printed bunga bunga tu. Mmg semua dtg beli banyak. Yerla dari harga RM139 jadi RM30 je...mmg la org berebut nak beli....yer dok.

 Ada reader yang datang dari Sabah juga

 
 Ramai yg dtg adalah first timer. Memang duk selalu nampak Moon update pasal sale kain langsir tapi tak berpeluang nak join sebelum ni. Tapi bila dah berjaya datang kali ni, semua memang puas hati n terkejut tgk harga kain. Tuh la kena dtg sendiri

Kadang Moon tak dapat nak share semua jenis kain yg ada kat atas ni

Sama juga seperti memilih kain baju...anda perlu datang sendiri dan lihat serta pegang kain kain ni semua


 
Tq sudi datang jauh jauh dari Sabah ni. Lepas sopink nanti kain kain tu semua akan masuk dalam kotak dan naik kapal terbang balik Sabah.

 Hope semua happy serta puas hati sopink kat lvl 7 , Sarah Hughes Globe with Moon



 Shae, jangan tgk kain yg sama macam umah akak. Lepas akak upload je gambar langsir umah akak tuh. Semua org pergi naik lvl 7 kata nak kain sama mcm kak Moon. Owner bgtau, warna hijau la yang habis dulu.

Kalau u ols nak kain yg dlm katalog ni pun boleh. Tapi kena order n tunggu dalam seminggu. Sebab kadang kat kedai mmg laju je habis



With the famous blogger ...u ols misti kenal kan ....Suraya Sulatin. Dia dtg ngan MIL dia...banyak hari msg bgtau dia nak dtg hahahha

Mula mula harus lah kena bagi VIP badge dulu. Dia sebenarnya baru balik dari kedai langsir juga. Mintak quote semua...tapi sangat mahal. Tuh yg Su ajak MIL dia dtg sini.

Tak apa...korang boleh pusing2 dulu n tgk n tanya harga. No problem..kalau berkenan boleh beli.


MIL Su mmg suka n puas hati sangat ngan harga kain kain kat atas ni. Mmg terlajak murahhhhh


Pada mereka yang terlepas jualan VIP Moonpunyerblog di Sarah Hughes Globe, jangan susah hati. Moon akan sentiasa umukan tarikh sale di blog Moon dan juga di Facebook Page . Boleh pergi like siap siap....so nanti kalau ada sale boleh dapat notification kan .

Lvl 7, Sarah Hughes Globe, Jln TAR KL



Tq pada semua yang dtg. Hope semua berpuas hati dengan pembelian masing masing....nanti kita jumpa lagi ya

Entry di akhiri ngan ucapan terima kasih dari Sarah

Auntie Auntie semua ...nanti jemput dtg lagi ya ke lvl 7 Sarah Hughes Globe k .












13 comments:

nanisha said...

Salam Moon,

Saya silent reader Moon selama ni. Bila baca pasa sale langsir ni, perasaan membuak-buak nak beli jugak. Hahahahaha. Bila Moon nak buat next sale? Nak borongggggggg....

Noni said...

kak moon, sale untuk raya bila pulak? Kita dok geram je tgk kain ni ha. Kalau orang sabah terengganu semua boleh datang, kita pun kena pergi jugak ni. Tak boleh jadi ni.

Unknown said...

Salam Kak Moon,

Tengok gambar-gambar dalam post nyesal tak dapat ke Sarah Hughes that weekend. Geram tengok all the langsir. Insya Allah, next time, I will try to make it and boleh lar jumpa Kak Moon sekali.

Happy 2016 Kak Moon dan sekeluarga!

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Jika menarik macam ni, boleh pergi tengok juga.

Julia Johari said...

TQ kak moon...abah mama julia senyum sampai ke telinga hehhee

Mommy ayen said...

syok dapat p sale kak moon hihi. Rugi sgt sbb dah terbuat langsir sebelum tu huhu....kain cantek2 gila. Byk kain yg berkenan bila nk beli xcukup stok.

Unknown said...

Melepassss.. 😭 Sedihnyaa

ketawariang said...

Kak moon, tau tak tihah dari JB, bersemangat nak pergi sales dekat globe ni...


tapi rupanya SALAH date! sedihnya x de rezeki

Unknown said...

Assalamualaikum wbt kak moon...
Next sale bila dear kak moon...

Unknown said...

Assalamualaikum wbt kak moon...
Next sale bila dear kak moon...

Unknown said...

Assalamualaikum wbt kak moon...
Next sale bila dear kak moon...

Unknown said...

Assalamualaikum kak moon...
Tengah mencari langsir... Penat da dr Nilai 1 dan 3 mencari langsir...mahal2 smua.
Bila lagi ada sales 2017 ni... Nak badge vip la

Rumah baru da duduk setahun tp xberlangsir lg...

Unknown said...

assalam kak moon
bila lagi ade sale vip ye
sales merdeka ke
nk cari langsir
tapi tggu sales dulu
maklum la bajet x besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...