Saturday, January 16, 2016

Mintak air n biskut

Budak ni sekarang mmg dah pandai dah mintak macam macam. Bila lapar ke atau haus mmg main order je.

Mummy nak milo

Mummy nak biskut

Mummy, Sarah lapar, Nak nasik

Nak pisang

Mmg bangun pagi n turun bawah mmg terus dia pergi dapur n tunjuk kat rak pinggan ( nak pinggan pink dia ) dan periuk nasik. Pak Sutan kata mmg ikut mummy betul...sebab pagi2 dah cari nasik.

 Ni dia duk enjoy minum milo sambil tgk tv. Minum pulak nak pakai sudu...habis meleleh sampai ke dagu n leher.

Meja kecik nih sangat berguna ...Sarah pun suka. Kadang just letak je pinggan n air kat sini, nanti dia automatik dtg duduk n makan.


Bila dia kurang nak minum susu ni, mula la dia mintak macam macam . Petang semalam masa pergi ambil dia kat nerseri, cikgu dia kata tunggu sekejap sebab Sarah tgh duk makan. Moon pun intai la dia...punya elok dia sorang je duduk bersila depan cikgu n cikgu duk suap dia makan bihun. Panggil dia ajak balik....langsung tak bergerak. Tak mo bangun langsung.

So kena la tunggu dia kejap . ...tapi mmg dia makan banyakkkk

Masa dalam kereta, Isk kata bihun tuh sebenarnya bihun cikgu. Tapi Sarah mintak jugak hahahha separuh pinggan Sarah makan. Sian cikgu...sekali kena pau ngan budak da hahhahah

ni la budak yg kuat makan tu.

Cikgu dia kata kalau buat susu memang akan buat sikit je. Bila time nak tidur je dia akan minum. Tu pun sikit aje. Most of the time mmg tak habis. Kalau dia haus mmg dia akan terus ke dapur n mintak air

Moon masih belum berjaya cerai susu lagi ngan si kecik ni. Tapi dia dah faham dah yg dia takley dah mintak...cuma kadang tu di waktu malam dia nak jugak kejap...ubat tido hahah.  Tapi kalau budak yg susu botol misti lagi senang kan.

Cuba korang rekemen sikit susu apa yg best...dah try dah Dugro...Dutch Lady..and all susu coklat semer dia puek lepas tuh dia kata tak sedap...

Mummy dia pun gigih mintak free sample susu tepung semer. Yer lah nak beli bukan ada kecik2 kan. Kadang bukak, buat sekali dia takmo dah....agaknya berapa banyak kena cuba utk dia jumpa yg dia suka.

Tapi yg dia paling suka adalah susu kotak dutch lady perisa coklat tuh...kalau yg tu bukan Sarah je suka. Mummy pun suka juga. Moon ingat lagi masa pregnantkan Sarah mmg susu kotak tuh la Moon duk slalu beli hahahha terasa puas je minum susu coklat tuh hahah.

8 comments:

Anis Azalea said...

cuba try susu kambing. kan susu kambing hampir menyamai susu ibu. tapi ya susu kambing agak mahal sikitla...

Nana said...

kak moon mungkin boleh mix susu dgn milo kot kalau tak pun susu dengan sirap merah tu siket. cuba try tengok reaction dia nak ke tak. sbb dulu adik time nak cerai susu mak buat mcm tu berjaya gak ar hehehe. harap boleh mebantu

Anil said...

hiihiih.. saya pun suka ratah milo...

saimaria said...

takpe tak guna susu formula.... bagi je susu kotak... asalkan dia minum susu or mkn benda2 berkalsium lain...

Unknown said...

Selain cuba jenis susu, cuba ubah kepekatan dan kepanasan. Anak sy kalau panas, laju jer.kurang panas minum sikit pastu kata kenyang.

cplud miera said...

kak cer try ssu kambing. anak sy lepas cerai ssu badan sy trus bg minum ssu kambing.

NORSHUHADA KAREEM said...

cuba bagi minum susu kambing sis...sekarang ni susu wildan yang paling famous

ketawariang said...

sy bagi anmum step 3 tp lepas tu tukar dugro Alhamdulillah ok..
cuma kadang2 mlm mmg dia mintak upah.. umur dah 2thn lebih nak mengempeng lagi..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...