Friday, January 22, 2016

Cheesekut sedap

Cheesekut sedap ...extra toping n extra cheese sampai meleleh leleh. Sedap sangat bila di makan waktu ia sejuk sejuk. Nyaman je lalu anak tekak ...

Sebenarnya sepupu Pak Sutan duk kat JB . Dia nih mmg kaki buat kek n semua yg related ngan cheese ni. Slalu sangat nampak si Farah ni upload kek la...cheesekut la n mcm2 kat FB dia. Even kalau ada sedara kawen, mmg dia la tukang buat cheesekut. Sampai berebut2 nak hahah sian pengantin dpt makan sket je. Yer la pengantin kena kaver, takley makan banyak2...kena utama kan tetamu hahah. Nasib la kan sebab tetamu perut capasity 1 terabyte semua hahhaha.


Dia skrg dah duduk Johor, tapi sebab dia cam bosan je duk sana dia pun suka2 buat cheesekut ni ....sekalik ramai org suka n meletop2 plak. Siap ada special day di mana dia akan hantar cheesekut ke KL. Pitam dengar ...

Slalu je tak sempat nak selit juga order . Tup tup nampak dia update done delivery kat Shah Alam la kat KL la. Akak frust tau....terus whats app bgtau napa tak cakap nak dtg .....huk huk terus peluk kaki meja opis.

So hari tuh dia dah bgtau nak dtg. So terus order siap siap. Tak pedulik nak jugak...dia baru je open order terus fully booked. Melampau sangat la kamu ni. Ramai peminat la sangat kan.

So last week husband dia dtg hantar kan ke Cyberjaya. Sian sangat sebab jauh nak hantarkan. Sampai pun, masih sejuk lagi. Tuh pun husband dia ada nak kena hantar few places lagi n si Farah plak ada di umah mak dia kat Sungai Penchala sana duk siapkan order utk di hantar malam nanti plak. Gigih sangat u olsssssssss



Ni yg Moon order ,

Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs. Moon order 2 sebab 1 utk Moon n Sutan n 1 utk kids hahahha

Yg Large tu ada member opis tumpang order juga


masih sejuk lagi ...


Tahap cheese banjir musim tengkujuh tu. Yg peliknya biskut still kekal rangup ...ada rasa coffee sket. Terus rasa ni mkn cheesekut ke makan tiramisu sebab sedap. Cheese nya pun tak la muak n tak terlalu manis. 


Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98

Yg ni la yg sedap . Makan je terus pejam mata ...sedap nyaaaaaaa. Moon bukan la peminat cheesecake sangat sebab pernah beli kat SR 1 slice n makan dlm kereta. Sampai opis kepala pening sampai petang hahahhahah. Tapi mkn yg Fara ni ok plak. Ke hari tuh silap pilih yg heavy sangat ....ermmm

 

terus makan kat opis ...terus rasa segar bugar dapat benda manis n sejuk muahah


Gambar2 macam nih la yg buat Moon geram n nak rasa jugak. Mmg kat JB semua main order banyak2 mcm nih. 



Ni harga yg dia ada whats app ke Moon hari tu. Alang alang share je la ngan korang 

1) Mini Home made Melty Cheesekut RM4/pcs. minimum 5 pcs

2) Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs.

3) Large Home Made Cheesekut Super Extra Cheese & Topping RM30

4) New York Cheesecake RM8/pcs. whole cake 2kg ++ RM80

5) Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98. 

PM/whatsapp 0193731978-fara
PM/whatsapp 0137061977-emran. 

private fb : Fara Aimira Mohamed



Tempahan dibuka untuk warga johor di area JB, skudai , senai , kulai . tempahan di area selain dari yang tertera akan dibuat dengan minimum order tertentu.

juga mengambil tempahan goodies seperti mini cheesekut & mini cheesecake untuk majlis seperti wedding, birthday dan aqiqah ( sekitar JB )



Tq Fara, sebab dah berjaya montelkan akak yg sudah sedia montel ni ngan cheesekut n cake yg sedap tuh . Kalau korang terliur buzz dia org sendiri la ye. nih pun dah ada member pesan dah...kalau sepupu nko nak dtg KL bgtau...nak order jugak.


Kat office, Moon dan Sutan dah habis kan sebekas. Bawak balik umah 2 org budak nih plak makan n habis kan sebekas. Kemain la si Sarah tuh suka. Tambah plak bila kakak dia suap...lagi la dia mengada ngada kannn


Kemain happy lagi 2 orang nih kan. ...TQ Fara, nanti akak nak order lagi sebab anak anak suka sangat

2 comments:

Othman Zan said...

Assalam. Ciskut simple je nak buat. Simple pun kalau takat nak makan sikit, beli je lah.. hehe..

MiaAngie said...

cheesekut tu memang sedap...pernah try buat guna nestum
Happy wiken sisi :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...