Sekarang mmg pakai baking soda utk almost everything. Dalam The Pulze Cyberjaya ni plak ada kedai hardware n ada baking soda ni....terus je beli. Bawah RM10 aje.
Moon beli yg mcm ni la . Tapi kebanyakkannya Moon pakai utk mencuci .
Ada member bgtau kalau kita basuh baju guna mesin basuh, tambah sesudu baking soda dlm air basuhan . Hasilnya baju akan jadi lebih bersih. So hari tu cuba dengan baju sekolah budak2 ni yg kadang bau macam sambal belacan tu hahahhah. Hasilnya not bad.
Kadang Moon tenyeh kolar baju n lengan yg ada daki daki tu dengan sabun fruitale....pun berkesan. Takyah nak memberus dah...campak masuk mesin basuh je. Tapi kalau hitam legam sangat mmg puas hati kalau dapat berus...yer dak. Kalau takat daki manja manja ok...
So boleh tgk video kat atas, mcm mana senang nya.
Sepatutnya dia kena tepek paste tu semalaman. Tapi biasalah, akak ni tak sabar nak tgk hasil....dalam sejam dah pergi tenyeh...tapi still kuar hokey. Hasilnya habis kuku mak hitam....tp dont wory, amik je berus gigi lama lama tuh letak baking soda n tenyeh kuku....walllaaa putih balik auw
campur baking soda dengan air ...jadikan paste n tepek je kat belakang periuk.
hasilnya berkilat u ols ...yg tinggal tuh mmg takley kuar tapi periuk mak terus licin cam baru dapat facial treatment . Habis je sental periuk, habis sink sink tu pun mak sental u ols. Keluar segala daki
Bila periuk dah bersih, baru la tak segan kalau mak mertua mai umah. Betul dak....
So nanti korang boleh la try lepas tuh share ngan Kak Moon tau. Macam mana ok ke tak ye
Apa beza baking soda dan baking powder. Ni akak bgtau simple n apa akak paham je la k. Kalau nak tahu detail kena gie baca kat tenet hiks
Apa itu baking soda :
Baking soda adalah Sodium Bicarbonate atau Sodium Hydrogen. Ia ada rasa masin sket..kelat n pahit ( akak tahu sebab hari tu pernah sekali test tenyeh gigi konon nak bagi gigi putih la kan ) Rupa dia dlm serbuk putih yg halus tu. Biasa dijual dalam kotak
Apa itu baking powder:
Baking powder pun dari baking soda jugak. Tapi ada campuran lain yg acidic sket mcm cream of tar tar. Kesimpulannya ikut resipe korang hahahahha kadang ada biskut dia org mintak baking soda. Tapi biasanya utk kek, kita pakai baking powder kan hahahha
* pic credit to simplyrecipes , anda boleh baca juga kat Simply Recipe k
sila google the use of baking soda. Rupanya mmg banyak kegunaannya .
Ni yg mmg tried n tested n mmmg slalu buat
1 - Moon letak dalam peti ice sebab peti ice bau cam busuk je. Kadang letak arang seketul utk hilangkan bau. Kadang letak sepinggan baking soda. Mmg berkesan n peti ice tak bau busuk lagi. Kadang perahkan sikit lemon dalam baking soda tu...so bau dia akan fresh je tiap kali bukak peti
2- Clearkan sink tersumbat.
Ni mmg Moon dah buat n selalu buat. Hari tuh air dari sink dapur keluar kat lubang lantai bilik air. Macam macam la Pak Sutan cuba buat...korek la...pam pakai pelocok tuh. Satu pun tak jalan. So Moon pun google n nampak org rekemen suh guna baking soda n cuka.
Bukak kabinet nampak ada cuka sebotol. Terus masak air panas seperiuk besar. Masa tuh dlm sink ada air ...moon cebok bagi cetek sket. Dlm u tube tunjuk sink penuh air....tapi moon cuba kurangkan air yg bertakung tu. Sebab nak tgk punya pasal....
Moon pun letak secawan baking soda tuh n tuang cuka. Terus ia berbuih buih ....lepas lama sket jirus ngan air panas. Pergggggggggg terus jalan semua n air yg dalam bilik air tuh pun surut jugak. Pergggggggggggggg
Nak puas hati lagi jirus lagi sekali air panas seperiuk besar. Bunyi lancar je air lalu bawah lantai ...puas hati sangat .
Boleh baca kat SINI