Thursday, April 21, 2016

Sushi depan Tesco IOI City Mall

Hari tuh ada ke IOI City Mall. Lepas tu nampak ramai sangat org beli sushi kat satu tempat ni. Betul2 depan tesco tu.

Moon mmg fail makan sushi ke apa. Kadang ke AEON, nampak banyak sangat dia jual sushi yg kiut2 n dah di pack cantik-cantik. Tapi mengenangkan pernah cuba rasa beberapa tahun lepas n tak sedap, terus sampai sekarang tak berani nak cuba lagi. Tapi masa tuh beli yang kat Carefour ke apa. Ramai org kata sushi kat AEON pun sedap.

Tapi cukup geram bila tgk cerita korea kalau dia org buat Kimbab tu. Kalau dia org makan tuh nampak mcm sedap je kan .


Picture credit to Here . Geram kan tgk kaler kaler macam ni. Moon siap dah beli beras utk wat sushi n seaweed tuh. Tapi tak sempat lagi nak cuba hahahha. Tu pun PAk Sutan dah sindir2 dah tanya....bila la mummy nak cuba buat Kimbab tu .......terus Moon pusing ke lain pura pura tak dengar hahahaha

ok sambung pasal empire sushi tu

Pergi la intai2 ...sebab nampak banyak sangat sushi kat dlm tuh. Lepas tu tak la mahal sangat kan. Harga takat RM1.10 ok la kan ..

Lepas tuh duk gelak2....sebab tgk nama tuh. Parah la macam ni...lepas makan, kije nak maki org je laaaaaaaa hahahhaha




Tgk semua org duk beli kemain banyak....so try la juga 2 3 yg tak nampak pelik sangat. Rupanya rasa dia sedap...macam beras pulut je. Tak ada rasa pelik ke apa pun.

Boleh diterima la. Ada beli 1 yg bentuk 3 segi tuh inti dalam tuna....sedapnyaaaaaaaaaa. Lepas mkn tuh terus ckp ke Pak Sutan

Saya nak gie daiso beli benda alah 3 segi ni la nak buat mcm ni

Terus dia plak buat buiat tak dengar ,,,,,,,,,,,,,pftttttttt

Kadang kadang dlm kepala ni macam macam nak buat...macam macam nak cuba. Resepi kemain banyak simpan. Tapi tak berkesempatan aje...maklumla bz tuh mengalahkan menteri ahaksssss


Tuesday, April 19, 2016

Teh Daun Belalai Gajah

Dulu Moon pernah share gambar daun belalai gajah belakang rumah yg sangat gemuk2 n daun tetiba jadi besar gajah hahahha. Lepas trim pokok daun belalai gajah tu, terus jadi terang kat belakang. Daun pun banyak sangat n Moon dapat share ngan rakan rakan di FB yg memerlukan daun ni.

Siap ke Penang n Johor lagi daun daun yg Moon cantas hari tuh. Nak pakai utk sendiri macam banyak sangat.

Ramai jugak yg PM nak daun tuh tapi tak sempat daun tu nak kuar n bg kat org. Rupanya susah juga nak cari daun ni. Moon ingat lagi masa nak guna utk Allahyarhamah Norma dulu. Merata cari ...nasib baik ada reader yg juga customer Moon yg umah nenek dia betul2 tepi ladang daun belalai gajah dapat belikan utk kita org. Siap belikan anak pokok lagi...anak pokok tuh la yg duk ada sampai sekarang. Batang pokok pun dah besar n keras cam ranting pokok dah. Menjalar tinggi sampai ke atap.

besar n sihat je pokok ni . Kadang Moon amik je rendam air panas minum ...kalau rajin ley la blend ...kadang bila dah ambil banyak2 simpan dalam peti ice atas bagi beku. Bila nak pakai rendam je. Daun punya la besar kan. Ada reader Moon yg mmg tanam daun ni dia kata 1st time dia tgk daun besar cam ni. Tuh la sebab tanam bawah atap n mmg tak kena panas sgt. Tu yg dia jadi beso cam tuh

So ni nak bagitau good news . Bagi mereka yg susah nak dapatkan daun belalai gajah atau nama org puteh dia Sabah Snake Grass ni, korang boleh beli yg kering dan yang sudah dijadikan teh. So bila nak minum boleh rendam macam buat teh tu je. 

Yeyyyyy 

So takyah la korang susah susah nak email Kak Moon tanya ....daun akak tuh dah cukup besar ke belom. Sedangkan seladang daun belalai gajah boleh habis dalam masa yang singkat, ini kan plak sepasu daun yg akak tanam hahahahhaha. Mmg non stop org tanya pasal daun ni. 

Ni akak nak share Teh Herba Daun Belalai Gajah keluaran Bumiputera. Kawan Moon yg duk kat Temerloh la yang bagi. Dia selalu pening2 n ada tekanan darah rendah. So dia la yg cuba dulu Teh Daun Belalai Gajah tu. Lepas tuh dia msg Moon bgtau dia dah tak migrain sangat dah ...lepas tuh health dia sangat banyak improve. So kebetulan masa tuh Moon tak tahu kenapa pun selalu je pening ( bukan mengandung ) . So si Farah is so kind to send me sekotak Teh Daun Belalai Gajah ni. Walaupun dia tahu Moon ada tanam, but dia bagi jugak. Sebab dia tahu Moon ni kadang bz n tak sempat nak gie petik n blend n etc. Tq so much Farah sebab nko ingat kat aku ....terharu mak 



Farah dah bagi lama dah ...n skrg tinggal dlm few sachet lagi. Moon paksa Pak Sutan minum. Dia ni liat sket nak minum benda2 yg tak sedap ni. Kalau nak minum yg sedap je tu dah bukan ubat namanya betul tak?

Moon kalau bau daun ni ok la lagi boleh terima. Fara kata kalau nak sedap kena perah lemon sket.

Tapi kalau mengkudu memang Moon tak tahan. Bagi la yg pahit mcm mana pun boleh lagi telan...but mengkudu tak boleh sebab bau dia busuk. Tapi tgk pekerja Indonesia selamba je petik buah mengkudu n makan . ....acanner tu


Teh ni memang Moon tinggalkan kat opis je. So bila nampak je terus boleh minum

Daun belalai gajah ni sangat bagus utk org yg sakit kanser 



Cara penyediaan
*******************

Untuk Hidangan 1 Cawan
  1.  Masukkan 1 uncang ke dalam cawan
  2.  Tuang air panas ke dalam cawan dan biarkan selama 10-15 minit
  3.  Biarkan uncang dalam cawan dan sedia untuk dihidang
Untuk Hidangan 5-6 Cawan
  1. Masukkan 2 uncang ke dalan teko
  2. Tuang 1.2 liter air oanas ke dalam teko
  3. Tutup teko dan tunggu 10-15 minit
  4. Biarkan uncang dalam teko. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum

CARA PENGAMBILAN

  1. Bagi Pesakit tidak kritikal- Minum sehari 1 uncang.
  2. Bagi Pesakit kritikal- Dimana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 uncang sehari (1 uncang diwaktu pagi dan 1 uncang diwaktu petang/malam). 


KHASIAT DAUN BELALAI Belalai Gajah Asziemi Herb's
*************************************************************
.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
.
Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
.
#asziemi
#belalaigajah
#temerloh


Bagi mereka yang susah nak mendapatkan bekalan daun belalai gajah yg segar, ini adalah alternatif yang terbaik dan daun yg dikeringkan mcm ni tahan lebih lama.

Kalau nak order boleh contact my dear friend Fara


Whats app
Fara 012-624 6374

Harga RM50 tak termasuk pos



Monday, April 18, 2016

Penikahan adik

genap 2 minggu adik Moon kawen. Tapi baru kakak dia upload hari ni. Tapi kat FB n IG mmg dah up awal awal. La ni mmg lambat je up kat blog hahahhaha. Skrg mmg tengah sindrom malas n liat update blog.

ok lompat bintang 20 kali bagi cergas balik

Majlis pernikahan berjalan ngan lancar sekali. Moon punya bz macam mak kawen kan anak. Adik Moon yg last kawen ni . Moon ada 2 lagi adik pompuan yg lom kawen ( abah kawen lain lepas mak meninggal ) . Since sekolah men mmg Moon jaga sampai la habis SPM. Mmg pengalaman sangat hahahha tapi bila dikenang balik benda2 cam ni la yg mematangkan kita. So ley bayangkan tak si kakak ni sibuk cam na

Hantaran semua Moon buat sendiri aje. Mmg Moon minat bab bab wat benda cam ni. Asalnya bgtau Pak Sutan, saya nak buat simple je utk adik saya. Sekali kemain jd meriah. Sebab pengantin perempuan nak warna pink n hijau sket sket. So excited lebih sket la si kakak ni nak deco2 .

Semua berkumpul kat umah Moon. Abah n Mie, adik adik, sepupu n makcik mmg gerak semua dari umah .

masa ni semua baru sampai ...dalam gambar nampak mcm nyaman je kan . Hakikatnya panas terik sekali hahahha

 My adik ipar Umi n adik Moon, Nina. Dua dua ni single hahhahah ( ampun Umi n Nina, sempat lagi akak pomot u ols hahahhah ) Sorang kat Uitm sorang kat UIA.

Sireh tu malam Moon buat . Biasanya mama yg buat sireh ni. Tapi kali ni kena buat sendiri la . Penat pusing cari bunga pink semua tak ada ....ok la pakai je apa yg ada hahah

Barang hantaran semua letak dalam bakul...senang dan mengelakkan barang tercampak merata rata hahah

My Abah yg kecik je orang nya ...tapi anok anok semer besor besor hahahha

 Amir yg nerves. Dah la malam tuh masa pakai baju nampak baju melayu dia kecik. Dah nak kena pagi2 gie amik baju yg lain. Nasib ada n dipermudahkan. Tapi masa nak pakaikan sampin dia tuh nampak juga la muka dia cuak hahhaha.


sementara nak tunggu nikah.


Kalau dah jodoh mmg tak kemana . Pusing2 kahwin ngan member masa zaman semolah juga. Masa sekolah tak kawan sangat tapi bila dah bersar jumpa balik...boleh terus jatuh cinta gitu

 2 kali lafaz juga. Sebab kali pertama dia tak sebut perkataan ringgit tu

kali ke dua baru ok .

 Alhamdulillah

Tahniah buat Amir n Akma. Moga berbahagia sentiasa dan selamat menempuh alam rumahtangga. 
 
Makan lauk pauk yg sangat sedap. Isk 2 ekor ikan keli masak lemak tu dia makan. 

Selesai je makan makan n jumpa keluarga perempuan ...kami semua pun balik .Majlis kenduri akan diadakan bulan 12 nanti. Kedua dua pihak pun dah setuju utk nikahkan dulu. Janji kita halalkan dulu perhubungan dia org.

Syukur sangat semua berjalan lancar dan dipermudahkan Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...