Saturday, September 03, 2016

Perbarisan 1000 kanak-kanak & seni gerak tari Jalur Gemilang

Moon dah lama tak ambil gambar ni tau. Setakat amik gambar sendiri boleh la kan. Zaman zaman jd photographer dah bertahun ku tinggalkan....chewahhh

Tapi masa amik anak anak kat nerseri, owner nerseri tanya boleh tak join jd AJK. Moon jd AJK amik gamba utk sambutan kemerdekaan kat Stadium mini kat umah ni

So pagi pagi dah kuar ...Sarah tak join pun sebab tu dia syok je tido kat umah hahahha


Ini merupakan Program perbarisan 1000 kanak-kanak & seni gerak tari Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan, Acara ini juga dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record

Peserta peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak yg berusia 3 - 5 tahun dari 3 daerah.




Budak ni punya la seronok. Tapi pening juga kepala cikgu cikgu nak layan budak budak. Ada yg main gaduh gaduh...kejap ada plak yg menangis. Lepas tu tak habis habis lepas sorang ...sorang nak ke tandas.





Sementara tunggu giliran nak masuk padang tu, macam macam hahahhaha. Sebab Moon duduk skali bawah khemah ngan dia org mmg boleh tgk gelagat masing masing. Yang pakai suar putih boleh plak selamba duduk atas rumput siap merangkak rangkak. Pening kepala cikgu tgk hahahhaha . 

Tapi cikgu cikgu nurseri ni mmg sabar betui la layan anak anak



 bila dah susun jadi bentuk bendera...anak anak ni buat persembahan. Mcm menari beramai ramai....cute sangat hokey, Nasib la lense tele masih ada...so zoom muka n tgk gelagat masing masing mmg best, buat Moon sengeh2 sorang diri kat belakang kamera.

Siap ada yg boleh bergaduh main tolak tolak masa duk menari....tak kurang juga yg menangis kat tengah tengah tu hahahha




cute kan dia org ni 



ramai parents dtg tgk anak anak buat persembahan . The best thing bila ada kamera tergantung kat leher adalah org mmg bagi laluan hahahahha. Siap ada parent yang tanya ni dari surat khabar mana hahahha


Bila dah selesai ...semua keluar baris n balik ke khemah masing masing . Lepas semua parents dah ambil anak masing masing terus amik gambo cikgu cikgu nerseri. 


 Cantek gambar ni tapi baru perasan bendera terbalik hahahhah. Cikgu cikgu ni pun semua pemalu hahahha nak suruh amik gambar tengah org ramai ramai mmg dia org segan hahha



Mmg panas dit dit u ols, Walaupun dalam gambar nampak cam sejuk n nyaman, hakikatnya terbako 

Tapi mmg sonok sangat lepas dah lama tak buat aktiviti pikul kamera. balik umah mmg penat n pening kepala. Nasib Pak Sutan kata takyah masak n kita gie makan kat Ummiza Cafe aje, Petang tuh mmg Moon pengsan hahahhaha manja beno kan



Iklan 



INSPIRE by Dr Sheikh 
DESIRE by Dr Halina 
RM 49 each , 30 ml 

Whats app Moon : 011-3999 0764
Email : moonpunyerblog@yahoo.com


Tuesday, August 30, 2016

Prisma

Mcm best plak Prisma ni sebab ia buat gambar jadi macam lukis lukis gitu n nampak sangat artistic







IKLAN


Monday, August 29, 2016

FASHIONVALET X HATTA YUNA DEBUTS “NUOVA FLORA”

Moon berkesempatan ke majlis pelancaran Hatta x Yuna by Fashion Vallet di Le Meridien Hotel last week.




Ia adalah gabungan 2 nama besar yang tidak asing lagi iaitu Yuna Zarai dan juga pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Hatta Dolmat. Masa Yuna memberi ucapan masa pembukaan majlis dia kata koleksi ni terhasil atas minat mendalam dia org terhadap fesyen.


Nouva Floral adalah gabungan warna dan corak serta motif yang edgy serta menyerlahkan watak feminin seseorang. Warna warna ia adalah terang tapi di tampilkan kepada soft and dreamy sillhouettes.

Koleksi ni ada banyak maxi skirts yang cantik cantik. Ianya kembang dan flowy bagi anda rasa mcm princess ditambah pula dengan corak bunga yg cantik. Gabungan warna pun sangat lawa.



Tgk la skirt ni ...sangat cantik n terasa feminin sangat. Bila model ni jalan atas runaway tu mmg skirt tu kembang n flow dia cantik sangat


* picture credit to Sizzling Suzai 


Koleksi ni ada banyak maxi skirt, bomber jackets dan cardigan/outerwear dari chiffon dengan corak yang terang dan bold prints. Kebanyakkan koleksi ni boleh dibeli berasingan dan boleh di sesuaikan dengan koleksi pakaian yg kita ada. 
"Nouva Flora" ini didatangkan dalam size S to L dan berharga dalam lingkungan RM249 to RM 490. Koleksi ini boleh dibeli secara online di www.FashionValet.com atau anda boleh terus pergi ke physical store di Bangsar Village II 
Terus Moon yg bersize XL ni nangis tak berlagu tepi rail koleksi baju ni hahahha



Cantik sangat skirt yang kembang tu kan. Moon dapat tgk n pegang collection ni n skirt ni sangat kembang serta kain dia mmg elok sangat.

Corak corak koleksi ni pun sangat terang dan berani tapi dalam masa yg sama nampak macam alam fantasi pun ada...bold tapi feminin.



Cantik sangat kan 
Apa yang Moon boleh simpulkan adalah koleksi ni adalah sangat Yuna. Setiap helaian n design tu mmg present Yuna. Hatta n Yuna mmg menzahirkan Nuova Floral ni dalam setiap selaian yang dihasilkan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...