Thursday, April 06, 2017

Awana Skyway Genting Highland

Ni aktiviti masa cuti sekolah baaru baru ni . 1 day before Sarah disahkan chicken pox. So naik atas duk dlm bilik aje,,,tak gie mana pun . Jiran Moon ada bagitau, dia kata Genting skrg bosan sket sebab indoor shj. Dia pun baru balik dr Genting. Tapi sebab dah janji ngan kids nak gie sana naik cable car...maka pergi la.

Ni adalah gamba tahun 2008. Lama sangat sangat kan. Skrg jaket tu Sarah plak pakai 

Last pergi Genting masa Isk kecik lagi n Yaya umor 4 bulan. Sekarang Yaya dah 9 thn .Kebetulan mama pun ada , maka kita paksa mama naik juga ....naik Genting naik cable car.

Drive kereta separuh ke tempat cable car. Kita org ikut je banner kat jalan tu. Tempat baru cable car pun masih dlm pembinaan. Tapi boleh park kereta kat situ. Masa kami masuk parking free. Tak tahu la in the future nanti kena bayar ke apa .

 Masa ni line amat panjang tapi bergerak la . Since area ni pun masih dlm construction, ianya sedikit berhabuk n panas.

What is the price of a ticket?
For the standard gondola, tickets are RM8 per person or 5GP for Genting Rewards Card members. An express boarding pass can be purchased for RM40. For the glass-floor gondola, tickets are RM50 per person or 40GP for Genting Rewards Card members.

Yang kami naik ni adalah yg baru . Awana Skyway

 Awana Skyway 


 Masa ni mama dah cuak sangat sangat . Sebelum naik cable car ni 2 3 kali mama gie tandas buang air. Dia punya nerves tu...bila kat dlm tu langsung dia tak bergerak. Muka je senyum tapi dlm kecuakkan.


 Lalu plak atas atas pokok ni...nampak plak jalan raya n kereta duk lalu kat bawah...mmg bagi sengal je tulang cinonot hahhaha

 Ni la keadaan outdoor park Genting Highland. Mmg ditutup betul n construction besar besaran. Masa org kata Genting wat renovation, ingatkan sikit sikit. Tapi dr rupa ni mmg buat baru terus semuanya . 

Kami ke First World hotel . 1 bilik masa tu sangat murah....dapat RM62 1 malam. So amik 2 bilik baru RM 124 cam tu. Ok la kan .

Check in at 3 pm . Kalau daftar masuk awal kena charge RM5

 Image di amik dr SINI

Semua guna self check in. Masukkan IC kita dlm mesin aje . Nanti dia akan auto detect reservation kita. Moon book under booking.com . Mungkin last minute booking dpt harga tu kot. Rezeki mama dpt ikut kita org naik Genting.

Sutan kata mama dr dulu lagi cakap nak naik Genting....dr belum kita org kawen lagi . La ni baru dpt naik

Dapat connecting room lvl 22 . Tapi bilik jauh la dr lift...jenuh nak jalan . Bilik pun ok walaupun tak la besar but sgt selesa compare ngan kita org dtg thn 2008 dulu . Puas hati la kan.

Tapi boleh plak tertinggal segala charger. Maka tak dapat la nak snap gambo semua sebab semua phone bateri dah weak.

Petang turun gi makan . Mmg makanan mahal kat sini . Kita org plak tak reti sangat nak cr makan ...so pusing je kat dlm mall tu n makan je. Nasik goreng RM 12.90 ....air gas RM 6 satu gelas kecik. Teh tarik pun RM6-RM7.

Dinner kita org beli Mary Brown aje hahah

Bila dah naik tinggi harga pun tinggi ....tapi kalau naik Cameron harga ok lagi kan bab bab makan ni


to be continue..baru nak update blog malam , si kecik dah panggil dah ajak tidur ngan dia . Nak kena tepuk2 sket nak kena garu garu belakang sket . Ok besok akak sambung k . 






Thursday, March 30, 2017

Sarah kena chicken pox

Mek Sarah kena chicken pox . Start hari Sabtu hari tu dah start naik merah kecik kecik tapi tak banyak. Tapi dlm minggu sebelum tu, pihak nerseri ada kuar kan memo to parents.. chicken pox alert di nerseri. Since mama n Umi ada di rumah maka tak hantar la Sarah ke nerseri pada Jumaat. But still kalau nak kena, mmg akan kena juga

So pada Sabtu tu ramai parents dah start bagitau yg anak dia org pun kena chicken pox . Mostly yg kena adalah Sarah n the geng. Kids yg umur 3- 4 tahun .

  ni muka dia masa Ahad

Maka mmg rancak la perbualan parents kat group whats app ... pihak nersei banyak kali mintak maaf. But for me kadang ni bukan dlm kawalan pihak nerseri. Kita org found out that ada parents anta anak yg chicken pox. So mmg owner nerseri sedikit marah la kan sebab ramai budak budak kena lepas tu. I tak tahu sama ada nak kata selfish ke apa atau mungkin dia pun dlm keadaan terpaksa pergi kerja atau cuti habis ke apa...I dont know . But pasrah n redha je la bila kena ni .

 Sarah start naik kat dagu dulu n few small red dots on her neck. Hari Isnin baru those red dots timbul n ada air. Nasib la badan dia tak panas n dia lasak aje. Cuma dia kata sakit n dia takmo tengok cermin. Dia kata Sarah takut tgk muka Sarah.


So Moon amik cuti utk tgkkan Sarah. TM lom ada cuti utk anak sakit penyakit berjangkit cam HFMD atau chicken pox cam gomen . Boleh apply cuti ehsan kalau anak warded....so ni tolak aje annual leave mummy. Apa apa pun anak lebih penting kan. Can do my work remotely from home.

Moon ada banyaaakkkk pending entries tau. Akan cuba utk kejar n update

Monday, March 20, 2017

Sale Langsir di Sarah Hughes Globe

Assalamualaikum semua

Moon dah start terima banyak PM n DM tanya pasal sale langsir. Bila cek rupanya mmg dah tak lama dah nak puasa n Raya. Patut la ramai dah mula survey n usha usha langsir. Pastinya pilihan utama harus la langsir kat Sarah Hughes Globe kan

Langsir cantik 

Banyak pilihan 

Tempat selesa

Harga kebabom 

Ramai yang dah datang masa sale Moon buat semua puas hati. Semua pun cam konpius betul ke kain lawa mcm ni harga murah cam ni....which mmg susah nak dapat kat tempat lain. Siapa yang sebelum ni mmg suka pegi beli kat N3 atau mana mana semua dah beralih arah ke Sarah Hughes Globe ....ha jangan kata akak tak payung.

Nak langsir murah ke ...nak langsir sedang sedang n even langsir mahal pun ada tau. Sebab Sarah Hughes Globe ni ada utk semua org n budget u ols .


Sarah Hughes Globe Member Sale 

Sekarang tengah berlangsung jualan utk member card tau . So siapa yg ada member card, boleh dtg....sale ni bermula Jumaat lepas lagi tau sehingga hujung bulan ni.

Siapa yang tak ada card jangan risau atau nangis di tepi langsir umah. Sebab u ols boleh apply member card kat lvl 7 Sarah Hughes Globe. Just bayar RM 10 sahaja. Then u ols terus boleh nikmati harga member....gitewwwwww

Harga pun sangat murah hokey . Siapa yang nak buat persiapan raya awal n nak chop tailor, boleh la dtg shopping time ni . Kalau kebetulan u ols dtg KL time cuti sekolah ni ...make sure dtg Sarah Hughes Globe , Jalan TAR KL sekali tau. Naik ke lvl 7 utk tgk langsir yg cun melecun....se cun harga nya

** member card ni amat berguna tau sebab kalau setiap kali lvl 6 n 7 buat special offer utk card member....u ols boleh dtg je time tu n harga harus la harga kasih sayang kan. So masa sale member card pun u ols boleh dtg ...masa Kak Moon buat sale pun u ols boleh dtg . So u ols jadi pembeli yg bijak betul tak . Orang lain beli langsir mahal mahal ...u ols juga bijak sebab dapat beli langsir murah...Hi 5 sekali ...yeyyyyyyyy


 


Antara day curtain yang ada.
Day Curtain / Sheer RM 15 - RM20 semeter ( * member's price )
Bidang 110



 

Velvet and Upholstery Fabrics 
Bidang 54' RM 15-RM20 semeter ( *member's price )


  

NEW! 
Imported Velvet and Upholstery Fabrics

 

Kain plain 





Upah menjahit 

Sarah Hughes Globe pun ada terima tempahan langsir u ols. So takyah risau kalau korang susah nak cari tukang jahit....atau kak Tipah adau Kak Bedah dah tak terima tempahan....sebab Sarah Hughes Globe terima n ada tailor dia org sendiri . Last terima adalah sebelum bulan puasa tau. Kang kalau 15 hari puasa baru nak tempah utk pakai raya mmg tak sempat la sayang sayang sekalian. Yg tu boleh ....tapi pakai utk raya haji la jadinya hahahhaha.

Upah jahit langsir adalah RM 9 sekaki utk french pleat and RM 18 sekaki utk eyelet . Kalau nak design cantum cantum atau scallop bagai harga lain ya . Ni boleh consult ngan staff di lvl 7. Nanti dia org akan kirakan utk u ols. Yang penting, u ols bawak ukuran tinggi x panjang langsir atau tingkap u ols .



Datang dan ukur di rumah

Team Sarah Hughes Globe juga ada menyediakan perkhidmatan dtg ukur dan pasang tau. Nanti u ols boleh contact Mida.

Ia adalah untuk KL n Selangor. But do please contact Mida 017-656 1624 for arrangement ya dan juga utk cek sama ada dia org boleh dtg ke tak yer.






Moonpunyerblog VIP Sale 

Ni adalah acara yang di nanti nanti kan. Sampai u ols pun tanya kat team Sarah Hughes Globe bila sale Kak Moon kan. Sale ni Insyaallah akan dibuat hujung bulan / awal bulan depan ni sempena memenuhi permintaan u ols. Sebab ramai yang baru jumpa blog Moon n ramai juga dapat reccomendation dari kawan kawan n sedara yang pernah beli langsir murah kat Sarah Hughes Globe masa Moon buat sale .

Phone ni pun penuh ngan whats app reader yg tanya bila lagi sale ni kak moon weiiiii

Tarikh ni Moon akan announce kemudian k once Moon dah dapat tarikh sebenar dr pihak management....so harap bersabar ya

Bagi org TM yg dpt bonus tu ....boleh la dtg jumpa ai nanti kay ahakssssssssss

Biasanya sale VIP ni akan di buat dalam 2 hari. So kalau nak dpt harga special...kena dtg masa hari Moon buat la yer. Ni 2 3 hari lepas pun ada ramai yg gi Lvl 7 bgtau dia reader blog Moon ...n mintak harga VIP. Mmg tak dapat la sayang .

Konsep dia sama mcm JJ atau Sogo buat sale special . Hari tu je dpt murah ....ha cenggituuuuuu hope semua faham ya . Biasanya kalau Moonpunyerblog VIP Sale , Moon akan ada di sana utk assist u ols...kiranya mcm sale n meet n great jugers hahhahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...