Thursday, June 08, 2017

Apik Bambam

Moon ada upload gamba Apik kat FB n IG beberapa hari lepas . Ramai yg sonok tgk gamba Rafiq aka Apik . Rafiq sekarang dah 6 tahun dah besar n badan dia mmg berisi dah sama besa ngan Kakak Yaya dah .

Aktiviti dia kat Taiping adalah makan ...n ronda naik moto petang petang dekat umah ngan Bapak
( gamba Umi slalu whats app kat group family )
 
 
Minggu pertama cuti sekolah Rafiq ada kat Taiping seminggu. Hilang rindu Nani dia dapat main ngan Apik. Isnin baru ni Mama n Umi bawak Apik balik sini tapi singgah umah kita org dulu berbuka puasa. Besoknya bawak balik Apik ke Balakong umah Mama ngan Papa dia .


Malam tu kita org duk layan Beauty and The Beast . Semer pun duk bergolek2 hahahha Rafiq pun sonok mai baring jugak kat Pak Sutan. Dia suka kalau kena geletek. Kemain kuat dia ketawa .. Rafiq sampai umah kejap terus gie bukak peti ice amik limau nipis ngan lemon . Dia mmg suka pegang benda bulat bulat ni. Mama kata buah limau purut mama kat Taiping habis kena cabut ngan Rafiq. Nanti dia pegang je limau tu sambil main .

Rafiq ada mild Autisme and mmg ke sekolah khas n setiap Rabu gie PERMATA . Sekarang dia banyak sangat improve . Semua bentuk dah kenal ...ABC pun kenal . Memori dia mmg sangat kuat . Skrg dah boleh cakap 3 perkataan ...jom makan semer ..walaupun sleng bunyi mat salleh gitew . Good job Apik n good job mama n papa Apik sebab gigih ajar . Mama dia pun rajin ajar Rafiq siap buku khas sendiri utk ajar ....syabas Mama Baqis .

Sekarang nak bagi dia bukak mulut n bercakap  serta bagi dia dengar arahan . Benda ni kena buat slowly n konsisten la kan. Tgk dia pun dah nak main ngan Isk n Yaya serta Sarah  ....role play pun dah pandai ...main baby baby ngan patung Sarah . Tapi kejap kejap baby nak berak ....hahahhaha sebab nya suar anak patung tu tertanggal hahahhaha . Baby nak berak pun boleh la Apik .

 Ni namanya koya tahap gaban . Dah jadi kucing belon dah hahahhahah sebab syok Pak Sutan main n garu garu kepala dia hahahhaha siap tutup mata terus syok punya pasal . Lawak la kamu ni Apik hahahha .

Abaikan perut bonceh Apik tu ya ..Mama dia siap pesan jgn naik badan sangat duk kat Taiping tu takut tak muat suar raya hahahhahahhahaha .

Mama citer kat Taiping kemain berselera makan ,....ikan kena 2 ekor n nasik mmg bertambah tambah . VVIP betul layanan hahahahha . Tapi Apik ni mmg sedap di peluk dia gebu gebu gitew . Uniform dia di umah hanyalah seluar . Dia tak suka pakai baju....sebab berpeloh peloh ...

Ok hope hilang windu Auntie Auntie semua tgk gamba terbaru Apik . Biasanya Apik lg handsome ..tak tahu napa mummy saja sabotaj letak gamba Apik yg tak berbaju ni. 

Monday, June 05, 2017

Im Pregnant

Yes, tajuk tu amat benar sekali. Im pregnant anak ke 4 sekarang . Macam tak caya je sebab ni mmg tak disangka sangka. Rezeki dari Allah tu dtg dari pelbagai bentuk kan...rezeki ni mmg la amat seronok didengar walaupun Moon mcm ...eh eh betul ke ni . Rasa mcm baru je hari tu buat entry masa tahu mengandungkan sarah.

Ingatkan Sarah la yang bongsu. Rupanya dia asyik bahasakan diri dia kakak tu ada makna tau .

Sebelum Moon pregnant lg ramai yg duk tegur...eh pregnant ya . Soalan yg amat menusuk kalbu sebab masa tuh tak pregnant pun

Nope im not pregnant im just fat muahahahha 

atau 

im just buncit 

or 

its just my baju sangat besar 

Makan dalam menghiris jiwa ok. Terus rasa pukul perut laju laju . Masa tu tak preggy la just mok mok je

Sekali masin kot semer jadi doa . Isk Yaya n Sarah pun duk cakap nak adik . Bila nak ada adik ni . Mummy nak adik ...tup tup ada.

Moon perasan n decide nak amik test urine masa sale kat Globe hari tu . Moon kan pergi sendiri naik ERL semer. So hari last kot, masa dlm ERL tu Moon rasa pening semacam. Padahal sebelum tu elok elok ada je. Macam org baru pusingkan kita n lepas bagi kita jalan. Ha cam tu la rasa dia . Moon dah cuak dah sebab sorang2 . Asal jadi gelap mata ni ...kalau aku pengsan ni mcm mana . Laju tulis nom phone pak sutan atas kertas dlm beg . Yer la kalau tetiba pengsan kat situ mcm mana kan.

Sampai KL sentral terus g farmasi beli air n panadol actifast terus . Tapi hati cam kuat je nak angkat pregnancy test . Tapi period baru lambat 3 hari kot. Tapi mungkin instict tu kuat terus capai tester yg 10 hengget tu .

Duduk jap n makan panadol ...book Grab car n terus ke sale langsir Globe. Kepala dah kurang dah pening ....so masa last day tu Moon sampai lambat sket sebab kepala pening kan. Tp masa tuh org dah ramai nak jumpa Moon n sopink langsir. Dah reda sket org baru la Moon g tandas n test . Tapi tak jangka apa apa pun .



Sekali hamekkkkkkkkkkk ada 2 line . Walaupun line 1 lagi tu cam tak terang sangat pun ni 70% sah ni. Msg pak Sutan ....boleh plak dia gelakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Petang tu tgk balik tester tu ...dah terang dah. Patut la masa 2nd day sale gie lunch ngan Madam Sarah, Moon rasa lain macam. Walaupun hanya cross jalan, Moon berpeluh kaw kaw hokey. Tetiba Moon nampak sangat unfit sbb jalan sket mengah yg amat . Peluh kemain la kat kepala ni . Ok ni mmg lain macam . Rupanya ...mmg dah boleh rasa . Padahal masa tuh baru yg amats amats sgt laaaaaaa.


Lepas dlm seminggu tu gie klinik sebab pompuan ni kan tiap kali mengandung mmg dia punya excited lain mcm kan. Walaupun sebelum ni kata taknak dahhhhhhhhh sakitnya beranakkkk tipu semata mata . Bila ada satu lg dlm perut tu rasa berbunga bunga n happy tak dpt nak explain mcm mana.

Tp Doc tak nampak lagi masa scan. Moon mmg tiap kali pregnant mmg akan scan dulu tgk ok ke bentuknya ...konpom ke ada . Tapi masa ni doc detect cyst je 4cm mmg nampak bulat gete' dlm tu terang benderang but baby lom nampak. So doc bg refer letter je utk ke hosp utk cek lebih lanjut . Masa preggykan Sarah pun Moon ada cyst tapi as the baby grew the cyst shrink. So masa kandungan 5 6 bulan cyst hilang terus. Lepas beranak pun clear . So doc suspect Cyst Moon ni muncul time mengandung shj .

So Moon g ke Hosp Putrajaya je sebab senang rekod semer dah ada dah 3 kali beranak kat situ . Doc sana terus refer kan ke EPAU . Pusat bersalin risiko rendah tu . Rupanya early pregnancy below 14w mmg akan direfer kat situ . Sampai je terus kena scan ...tp tak beberapa nampak. Terus doc tuh kata

kot atas tak beberapa nampak ni, saya scan kot bawah la 

Terus sengal tulang cinonot mak ....apa ni saya tak pernah kena scan kot situ, nko baring plak nampak scanner batang panjang tu terus rasa cam nak cabut lari je . Tapi nampak je scarry rupanya tak sakit ...doc tu buat lembut je. Rasanya pap smear lagi tak selesa kot . Ke sebab sambil dia buat tu kita ley nampak kantung baby kat screen....sebab tu kurang rasa tak selesa kot.

Ada ni tp masih kecik lagi . Saya ukur cyst ni dulu n kita keep close monitor k. Dlm rekod pun nampak ada previous pregnancy mcm ni kan....n puan pun ada kes keguguran maka kita tgk dulu. Puan dtg balik 2 minggu


After 2 weeks dtg lagi n mmg kat situ rasanya mmg dia suka scan kot bawah je kot sebab nampak lagi jelas. Kali ni nampak jelas kantung tu n cyst tu dah jadi 3.7cm kecik sket. Doc kata jgn risau la kadang cyst ni bantu baby besar dia cam bekal la...nanti bila baby besar dia akan supplykan makanan extra pada baby ha cam tu la teori senang nya kan. So dtg lagi 2 weeks

Kalau ikut tarikh period kandungan umor dia lain tp bila scan size dia tak sama . So doc kata jgn ikut tarikh . Kita tgk size dia utk tentukan due date dia . Dtg lg 2 minggu kita tgk dia membesar mcm mana

Masa ni mabuks dah start menjenguk ....pening , mabuk n loya n muntah dah datang dah. Tetiba hidung jd super sensitif ...duk atas pun boleh bau sampah kat dapo ..kadang Pak Sutan pun kita suh dia gie mandi hahahha .

After 2 weeks dtg balik utk scan . masuk je scan tu ....cakkkkkkk terang benderang nampak baby. Duk elok je dlm kantung tu bulat elok n nampak heartbeat sudah . Membesar elok je doc kata . Cyst tu dia ukur dah 3.2 cm . Slowly mengecik but they will keep monitor utk tgk but doc keep ckp jgn pedulik cyct tu tak ada apa la ni cyst during pregnancy je ni.  Doc ukur size n baby umor 10 minggu.  Due date Insyaallah 1 Jan 2018.

Next week boleh g bukak buku pink kat kinik kesihatan. Moon tak tahu kenapa tiap kali ngandung mmg suka g kinik kesihatan. Walaupun org kata tak best tak bagus but for me servis A1. Pantang nampak pelik sket laju je dia refer ke hosp ...tiap kali cek up doc pun bagus . Dr zaman Isk, Yaya n Sarah ...Moon mmg amik sessi petang sebab tak ramai. Tiap kali pregnant juga mmg kena minum air gula ......so far servis bagus nurse pun ok . KK yg moon pergi la kan. Ada kwn tanya napa tak g specialist ....ntah la . KK ni lagi senang kot dekat n umah n mungkin personal preferences n pengalaman lepas yg ok buat Moon nak continue ke KK je. But ni bergantung pada keputusan masing masing kan.

Pengalaman mengandung kali ni 

Mak lembik u olsssssssssssss . Mula mula start muntah malam hari ....ni dah beralih ke subuh hari n pagi hari . Tadik baru je elok duk siap kan kids n nak g kerja boleh plak termuntah makanan sahur. Letih muntah ni rasa cam tertarik semer isi perut...kadang kuar yg masam masam tu lagi la .

Bila malam je flatttt. Perut dah nampak dah sebab dah sedia buncit kan n dasar perut tebal hahahhaha so mmg nampak jelas dah baby bump. Suar jeans semer dah simpan dlm almari.

Makan ok la tp tak lalu sgt nasik kadang makan oat ke nestum ke biskut ke atau buah . Nasik pun tgk masa juga la ...terasa ngada ngada plak hahhahah tapi dlm mulut ni rasa payau je. Rasanya kali ni kot paling mabuk kepayang ....tak pun sebab faktor usia muahahah

Jerawat adalah benda yg paling awal naik. Naik yg besar besar tahap nak pegang pun sakit. Ada 1 masa tu naik kiri n kanan  pipi n dagu sebiji n atas hidung sebiji. Serentak naik....rasa sama cam pregnantkan Isk dulu ...Sebab masa Isk dulu muka mmg horror ngan jerawatnya ngan hitamnya.  Masa ni plak gie tgk fashion show FV ...mmg takder muka akak ni sebab takmo tgk muka ada jerawat. Tp yg lawak masa g show tu habis je show terus lari g tandas n muntah kat situ . Dekat 15 minit duk kat tandas sebab meloya lain macam. Baru ingat nak masuk slot show sampai malam....dah mabuk cam ni balik je laaaaaa.

Sarah adalah org paling seronok. Kakak Sarah tu....tiap hari cium perut siap ckp ngan baby. Tinggi imaginasi kakak Sarah ni. Kalau dia makan biskut dia paksa Moon makan jugak

Mummy makan ni 

Mummy tak nak la ..Sarah makan la 

Sarah bukan bagi kat mummy, Sarah bagi kat baby...baby lapar tu . Sarah nak bagi dia biskut . 

Ok la ok la mummy makan sket 

Ok good girl mummy 

aikkkkkkkkkkkkkkkk dia plak good girl kan kita . Tapi skrg tak larat nak jawab soalan yg satu ni ...kebiasaan dia bangun pagi dia akan tanya

Baby dah kuar ke ...mana baby 

Lambat lagi laaaaaaaaaa 

La bila dia kuar ...esok ke ......pukul berapa 

Bertambah mabuk mummy kamu Sarah oooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

ok tu je update dr Kak Moon. Kalau yg tertanya masa la Kak Moon ni diam je tak update blog . Akak mabuks u olssssssssssss kdang kat opis ni kalau tak der org time lunch break selamba je akak take a nap 15 minit bawah meja sebab mmg tak tahan sangat sangat .

Doakan yg baik baik for us kay n harap semua berjalan lancar






Iklan :

Inteemor Buy 1 Free 1 , Free Makeup Bag n Free postage RM50
Ephyra Lips RM30 only eash
www.wasap.my/60133995265

 


Wangian Inspire Dr Sheikh and Desire Dr Halina 
RM 49 each 
RM 90 couple set + free makeup bag pink/black

ok tq semua

Friday, June 02, 2017

FV Gaya Koleksi Raya 2017


Tahun ni Moon berpeluang ke Fashion Valet Gaya Koleksi Raya 2017 . Fashion Valet sekali lagi bergabung dengan Andrews Model Malaysia untuk menganjurkan  pertunjukkan Fesyen Raya Terbesar iaitu Gaya Koleksi Raya 2017 . Fashion Show ni  berlangsung di Black Box, Publika bermula dari 11 - 14 Mei 2017 . Acara empat hari ni adalah platform untuk pereka fesyen dan jenama tempatan untuk menampilkan koleksi Raya masing masing .



Sebelum show bermula, boleh la kita tengok tengok dulu apa yang menarik di Fashion Valet Pop Up Shop di White Box . White Box dan black Box sebelah sebelah je .

 Ada light refreshment utk tetamu yang datang


 

  Acara pertunjukkan fesyen ini terbahagi kepasa 5 sessi sepanjang hari bermula dari pukul 2 petang hingga 9 malam.



1) 2.00pm
- Matase Sutera
- Cahaya Lily
- Merah Cinta Hati
- Merah Jambu
- Larney
- Clothersology
- Ira by Twenty3
- Eclectic by Carven Ong
- Lana

2)4.00pm
- Calaqisya
- Minaz
- Tudung People
- Poplook Premium
- Emel by Melinda Looi
- LKW Fashion Club
3) 6.00pm
- Locka
- FZK by Fitri Zainal
- Laguna Sydney
- Kree
- Arared
- Schmiley Mo

4)8.00pm
- Love To Dress
- Aere
- Afiq M
- Syaiful Baharim
- Alia B
- Fizi Woo
5) 9.00 pm
- NH by Nurita Harith
- Mimpi Kita
- Khoon Hooi
- Rizman Ruzaini
- Sapto Djojokartiko
- Studio 133 Biyan


Moon pergi ke session last day, pukul 4 petang .  Ada Calaqisya, Minaz, Tudung People, Poplook Premium, Emal by Melinda Looi dan LKW Fashion Club.

Jom kita tgk baju baju n shawl yg cantik


Calaqisya

Koleksi Raya Calaqisya nampak sangat modern. So kita boleh gayakan untuk raya dan juga untuk menghadiri majlis majlis. For me kalau buat pergi kerja pun nampak segak sangat kan . Warna pun lawa , plain n sweet.

 
 


 Minaz

Minaz pun menampilkan koleksi yg simple dan modern. Sesuai utk orang org muda . Potongan pemplum yang kembang dan flowy sangat menarik .  Warna pun warna warna lembut dan pastel.

 
 


Tudung People

Moon mmg suka usha tudung tudung di tudung people dan kali ni koleksi raya dia org sangat lawa 



warna biru ni sangat lawa . RM 128 satu . Moon sempat pegang n rasa kain shawl ni sangat lembut n best . Berkenan kat Diamant motif on the crown. Masa model ni jalan , nampak elok je shawl ni jatuh n flowy


nak tgk lagi koleksi Tudung People ni boleh klik link kat FashionValet/TudungPeople


Poplook Premium 

Moon suka Poplook sebab Poplook ada keluarkan koleksi utk plus size hiksssssssss dan banyak pilihan . Sesuai utk daily wear dan juga ke majlis. Klik link untuk more koleksi Poplook Premium for Fashion Valet

 


Emel by Melinda Looi

Bila tiba show untuk Koleksi Raya Emel by Melinda Looi terus mata jd segar kembali. Sebab tadi ada banyak koleksi pastel n warna warna lembut. Tapi Emel menampilkan warna yang ceria dan terang.  Semua koleksi adalah dalam bentuk 2 piece . Potongan biasa yang diberikan suntikan moden dengan detail pada pinggang dan juga padanan warna.

 
 


LKW Fashion Club 

Lim Kok Wing Fashion Club mmg tampil berbeza, menampilkan koleksi yang sangat elegan dan mewah. I really enjoy looking at this collection. Padanan warna hitam yang tampak mewah dengan labuci dan kilauan warna emas . Mmg nampak sangat mewah. Rasanya koleksi ni bukan sahaja boleh dipakai masa raya, malahan kalau ada perlu hadirkan diri utk majlis pun sangat sesuai ....glamor but simple and elegant.

 
 

Koleksi Raya Fashin Valet adalah dalam lingkungan harga RM 199 hingga RM399,manakala untuk harga premium adalah dlm lingkungan RM700 hingga RM1900 . 

Anda boleh dapatkan baju raya pilihan anda dengan melayari FASHIONVALET.COM atau berkunjung ke  rangkaian kedai Fashin Valet di Pavilion KL, Bangsar Village II dan 313@Sumerset, Singapura





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...