Monday, July 03, 2017

Memasukki 2nd Trimester


Kalau org pompuan ni mmg tahu la bab bab trimester ni kan

Alhamdulillah, dah melepasi 13 minggu . Rasanya loya loya n muntah muntah dah berkurangan. Mual kadang kadang tu masih ada tapi tak la muntah teruk macam sebelum ni .

Baru baru ni balik beraya kat Taiping pun still boleh buat kerja n masak masak bantu mama . Kalau tak mmg sebelum ni lembik je . Sampai kadang terpikir adakah sebab faktor usia hahahhaha . Mama pun banyak kali suh gie rehat . Tapi tak sampai hati la pulak nak gie baring baring sementara semua org duk sibuk kan .

But malam still ngantuk awal. Pukul 9 malam tu dah mmg nak tido dah. Mata macam kena gam. Nak bukak pun payah .

Makan ok je cuma kurang minat kat ikan. Dalam peti ice kemain banyak ikan....tappi semua belum dikuarkan utk dimasak. Nak persiang ikan pun cam tak lalu ....hover kan . Padahal kemain dulu suka ikan ....nak nak ikan masak sambal .

Jerawat kat muka naik teruk masa minggu Raya . Raya ke 2 dia dah naik bapok besor kat pipi ....kiri kanan plak tu . Redha je la kan sebab masa mengandungkan Isk dulu lagi teruk naik jerawat. Siap naik kat badan ....ni nasib dia naik kat muka aje . Bertabahla mungkin ini pembawakkan budak.


Hari ni dah masuk 14 minggu . Perut pun makin membesor . Spesis perut tebal, tahu tahu mengandung je terus nampak obvious buncitnya . Sekarang mmg pakai seluar n kain yg getah je .

Ni lega seikit sebab hanyut hanyut n pening kepala tu macam dah kurang .

Entry raya bakal menyusul ya . Semalam baru sampai umah . Terus kejar setelkan kain baju semua ...selagi baju kotor tak dicuci , selagi tu la tak aman hidup akak . Sambil menjemur kain , sambil membayangkan cam na la idup aku lepas ni anak 4 tak ada maid. Moga diri ini dapat kurus n ramping muahahhahahahhaha .

ok u olsssssssssss jangan malas malas kat opis tu .......cuti lama kan . Akak cuti seminggu tauuuuuuuuuuu hahahhaha . Seminggu kat Taiping, mama bagi makan macam macam . Naik seriau nak pijak penimbang

Tuesday, June 20, 2017

Baju Boboiboy

Ni adalah persiapan last minute betul sebab baru gie cari baju budak budak. Yaya plak bgtau nak baju Boboiboy. Apa lagi ke Sarah Hughes Globe la kita .

Mmg bagi dia org pilih sendiri baju apa dia org nak


masa ni baju kurung Yaya Bobouboy ada special offer. Jadi RM89

 sudahnya dia org pilih Jubah Yaya Boboiboy warna pink ni . Nasib la kan ada 2 girls . Abg Isk terus tanya ...habis tu Isk kena baju Pink jugak ke

Well Isk kita amik pink  yg tak pink sangat la ....sweet apa warna pink


siap ada zip kat lengan ...amboiiii bergaya sakan la korang nanti kan . Lengan ada rambu ramba lagi. 


Kakak Yaya dan Jubah Yayanya . Si Sarah plak kemain la happy dapat baju sama ngan Kakak Yaya . Yaya is wearing size 12 sebab dia panjang. Size 10 utk umor dia jadi sangat senteng . Sarah plak pakai size 4 thn



Abg Isk dan baju Melayu pink nya hahhaha . Ok apa Isk ...Abg Isk tetap handsome la pakai baju apa pun . Nak amik Baju Melayu Boboiboy 12 thn tapi tak muat sebab dia kemain la mengalah panjang kan. Last last amik baju melayu size dewasa S . 


Sempat la mummy gie beli towel besar 1 sebab towel kat umah dah berlubang dah hahahhaha kang terlalu seksi plak pakai towel berlubang ahaksssssssss .

Nanti dah raya kita amik gamba elok elok sket pakai baju raya k . Ni baju raya ni kena sorok dulu sebab kalau tak , Mek Sarah akan mintak nak pakai gie sekolah  .

So kalau u ols nak cari baju melayu Boboiboy utk anak 1-12 tahun, boleh terus ke Sarah Hughes Globe Jln TAR KL k. Harga bermula RM 69 

Wednesday, June 14, 2017

Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat



Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

 




Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.



Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®,” katanya.

Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!

Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.
 
Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!

Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” sambung Teo.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”


Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.

Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.



 Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air. 


Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:



Rangkaian Produk Neutrogena Deep Clean



Neutrogena® Deep Clean®, rangkaian cucian mendalam oleh jenama ini dikenali ramai, menawarkan pelbagai jenis pembersih muka dan penanggal solekan bagi kegunaan pelbagai jenis kulit serta bagi menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Setiap wanita adalah berbeza, dan olehsebab ini, setiap wanita berhak mendapat produk yang menepati keperluan kulitnya.





Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil, 200ml, RM51.70
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Pembersih ini yang menyegarkan, bertukar menjadi emulsi yang menghapuskan kotoran, dan juga solekan kalis air dalam satu langkah sahaja, menjadikan kulit lembut dan gebu. Produk ini turut mengandungi kompleks penjagaan kulit botani yang mengekalkan kelembapan kulit.



Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil to Foam, 142ml, RM44.90
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Lembut pada kulit namun berkesan, gel-minyak ini bertukar menjadi emulsi, dan kemudiannya menjadi buih bagi cucian yang mudah. Mengandungi ekstrak daun Oleifera yang menghilangkan solekan, kotoran, dan minyak dengan hanya satu cucian, menjadikan kulit sihat dan berseri.





Neutrogena® Deep Clean Foaming Cleanser, 100g, RM21.70 
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Hilangkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati secara menyeluruh dengan pencuci muka yang efektif dan menyegarkan ini. Buihnya yang mewah memastikan kulit anda kekal segar, sihat dan bebas cela dengan mengurangkan minyak pada permukaan kulit namun mengekalkan kadar kelembapan asli kulit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...