Monday, July 10, 2017

report Card Day

Last week ambil report card sekolah agama. Minggu ni amik report card utk sekolah Kebangsaan plak.

Moon dulu kemain takut nak tunjuk kad kemajuan kat abah. Bukan apa malas nak dengar dia bebel. Walaupun dapat nom 3 ke nom 4 tetap kena bebel. Pernah jugak beberapa kali sign sendiri je buku rekod hahahahha . Kadang abah takley dtg...mak ayah org dtg je sembang ngan cikgu ...kita gaks alih alih amik je buku sendiri bawak balik ...Tu akak dulu dulu la kan kisah dolu dolu.

Tapi bila tiba turn anak sendiri mmg walau macam mana pun kita tetap akan luangkan masa g sekolah anak n jumpa ngan cikgu. Sebab cikgu la org yang tahu macam mana prestasi pembelajaran anak kita n perangai anak kita kat sekolah .

Pak Sutan benda pertama dia akan tanya cikgu adalah

Cikgu anak saya macam mana dlm kelas . Ada dia cakap kurang ajar ngan cikgu tak . Ada kelakuan dia tak elok tak . Dia dengar cakap cikgu tak ? Kalau ada cikgu marah aje dia tegur dia kalau dia buat salah

Dari Isk darjah 1 sampai la darjah 6 sekarang. Without fail misti dia akan tanya kelakuan anak dia dulu. Sebab dia cukup tak suka budak melawan cakap nak nak lagi ngan guru guru dan orang tua . Sebab dulu mak dia pun rajin gie sekolah siap pesan kat cikgu , kalau anak saya buat salah marah la dia ..pukul pun boleh. Tapi jgn bagi cacat sudah . Tu dia mak cakap cam tu . Cer sekarang ada tak mak ckp cam ni lagi hahahha . Kita dulu punya takut kalau mak tahu kita buat perangai kat sekolah kan kan kan .

Ok back to report card .

Alhamdulillah result ok . My kids tak lag ultra genius yg semua dapat A . But im still proud of em dan tahu dia org dah cuba sebaik mungkin. Sebab kita parents mmg tahu kemampuan n kekuatan anak kita macam mana kan.

So Moon pesan kat ISk ...its ok u tak dapat A tapi jangan la fail any subject  . Hahhahah tapi yg klaka nya dia score giler utk subject lain selain subject teras utk UPSR tu hahahhaha urut dada je mak kamu Isk .

Budak kecik tu sibuk nak ikut jugak . Siap tanya bila dia nak sekolah ni. Sarah suka sekolah ni. Habis semua kawan kawan kakak dia jadi kawan dia . Siap kawan kakak dukung dia lagi ...hover nanad kamu ni semek .


Yaya plak dalam duk asyik nak tidur awal ....pukul 9 dah lembik n nak lena . Dia punya result sangat bagus . Cuma dr sekolah pra sampai la sekarang darjah 3 cikgu kata dia banyak cakap kat kelas . OMG tu mmg mummy dah ready utk dengar dr cikgu kamu Yaya

 Sarah siap ajak kakak pergi kantin . Kemain lagi dia lepak ngan kakak kakak darjah 3. Amboiii ....kemain bahagia lagi dia sebab Kakak yg belikan air dan nasi lemak . Dah la makan 2 pinggan nasik lemak


Nanti mummy hantar Sarah dtg sekolah lagi ya Mummy . .sebab Sarah suka la sekolah ni best . 

Kemain lagi bahagia dia dapat ikut gie sekolah abang ngan Kakak . Thn depan dah kena anta awak masuk sekolah dah la Semek oooiiii . Hope semangat seronok nak gie sekolah ni dikekalkan sampai bila bila hahahhahahah





Tuesday, July 04, 2017

Isu chef Wan tegur Ibu Bapa

Tulis Chef Wan:-
Setiap Hari Raya saya pasti ada masalah all this Rendang atau kuah kacang yg leave a stain on my dining chair.

My bro kata ada guests tadi anaknya jatuhkan di atas kerusi.

Over the years mcm2 tetamu yg ziarahi kami at times yg anak2 mereka yg kecil main2 ramas kueh dan tabur2 atas lantai mak bapak kisah pun tidak.

Off course saya akan tegur mcm saya tegur some guests yg ambil cakes dan cookies and left on the plate with out eating them.

Saya tegur mereka and said jika tak nak makan jangan membazir makanan mcm tu.
This goes with adults mau pun kanak2. Ramai lagi yg nak menjamunya lagi. Emak pernah tegur saya tegur anak2 tetamu as she said nanti mereka kecil hati. I told my mother guests yg behave that manner need to be told otherwise that bad habits mereka bawa ke rumah orang lain.

I dont believed in sweeping all that issue under the carpet and later mengata behind mereka kerana kita tak suka apa yg mereka laku kan.
Saya suka tegur depan2 secara baik.

I rather not have such a guests that does not learned how to menghormati rumah tetamu mereka. Segala adap nak masuk kerumah orang mereka mesti pelihara dgn baik. Saya pantang juga org bila datang kerumah saya suka meraba itu dan ini. Ada yg sering suka tanya berapa harga itu dan ini.

At time ada yg tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antique itu dan ini? Pasti saya bahasa kan” Nak tolong bayar kan hutang ke sibuk menanya itu dan ini harga berapa. Its so tacky to do that.
Yg guna tandas tetamu tak flush

atau kencing bertabur pun ada. Mcm2 manusia yg tak ambil kisah. Baik apa pun tak la semua yg perangai mcm tu. Ini hanya segelintir sahaja that u see also di mana2 juga. Yg anak lari sana sini mcm di rasuk dik pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Kena jerit dgn saya a few years ago langsung tak dtg lagi.

Mana tidak emak bapak boleh pandang mcm tunggul lagi. Jika cucu2 saya lama dah kena tangan mcm my arwah dad did to us masa kecil.
Emak cubit adik2 sampai lebam yg saya ingat. Pelik bila kita jadi mak bapak tak boleh lentur anak2 sejak kecil lagi.

Anak2 pagi2 kena lepas masjid beri peluang pada Tuan rumah untuk bermaafan bersama keluarga dahulu baru after 10.30am nak ziarah rumah tetamu itu.

NI la yg jadi isu ...omg . Sampai siap ada org naik angin la . Sampai akak naik pening baca statement korang, bagi akak ni hal kicik je pun kalau anak kita tak buat cam ni syukur la kan tapi kalau anak anak kita mmg peel sama cam di atas kalau gie umah orang. Maka amikla ikhtibar supaya kita dapat amik langkah pencegahan . Amik la dari sudut +ve



So semalam Kak Moon pun up la status menyatakan apa pendapat saya sendiri based on kenyataan Chef Wan yg Moon rasa sangat sangat la betul .

Napa la ada yg nak sentap ngan status Chef Wan tegur budak budak yg extra melasak di rumah org ( tu pun dia ulas budak melasak di rumah dia ) . Chef Wan tu cakap jujur u ols .
Cuba u ols ada anak tetamu dtg ramas ramas biskut atas karpet u ols yg berbulu tebal ....tumpahkan sirap atas sofa putih u ols . Atau main lompat lompat dari sopa ke sopa di kala u ols tengah bersembang ngan mak pak dia org . Keyek kenyek kan nasik himpit atau ketupat kat dinding umah u ols ...
U ols boleh tenang n sabar ke ....boleh ke urut dada n cakap " biasa la budak budak " ngan IKHLAS n JUJUR ? Tanpa rasa marah langsung ? wahhhh suci murni sungguh u ols.
Misti kat hati terbakar kan ....mata pun panas nak berdarah . Nak tegur kang ....risau mak ayah budak tu kecik hati n terus balik . 

Cam tu la ....yang jd point semua org tahu budak budak mmg melasak . Tapi ada limit dalam bergurau main sesama anak anak n melasak tak tentu hala .Budak budak mmg ada yg behave ada yang tak .

Tapi cam na cara mak pak tu handle tu yg penting . Kena la mak pak tegur suh anak anak duduk diam sikit . Kalau berlari dalam umah org cam berlari di padang kekdahnya ...tahan la anak tu suruh bertenang . Mengucap nakkkk mengucapppppp

Cam na kelakuan anak anak di rumah sendiri dan dirumah org kena la kita bagitau kat dia org . Kat umah nak panjat ke nak melompat sampai runtuh kerusi pun tak apa . 

Apa Chef Wan ckp tuh takder salahnya pun for me . Dia ada point nya . ....n dia jujur kan .
Dia cakap pun time beraya ....time ramai org n buat parents yg nampak anak buat salah, tapi diammmmmmmmm je tu yg tak betul .

Moon ingat , Saiful Nang pun pernah tulis dulu pasal cara ajar adab anak anak bersalaman ngan org org tua . Ajar dia org hormat n salam sambil duduk . Bagi kita nampak cam elehhhh hal kecik tapi tuh la cara yg betul . Kalau anak buat salah time tuh jugak kita kena betulkan dia . Takyah tunggu besok ke apa . Awak buat salah awak kena tahu. Sebab awak buat salah la mak atau ayah tegur ni .
Sekarang semer duk kata nak saiko anak la apa la . But i still believe anak salah time tu juga tegur time tu juga kita betulkan . Tapi jgn la tengking melalak plak ...tegur elok elok la .

ok u olsssssssss hidup kena chill la .........jgn gado gado. 

* jika anak anak autisme , kita takleh nak kata apa . Anak buah Moon pun autisme n tahu sangat lasak dia cam na . But ada kawan yg pakar dlm Autisme ni pun selalu pesan . Kalau anak normal kita perlu pesan 10 kali ....anak Autisme kita kena pesan 50 kali ....jgn putus harapan tegur n tegur . 

p/s : u may agree n mungkin juga tak setuju . But dlm hal besarkan anak mmg la tak ada right n wrong. But kena kena didik anak kita utk kenal mana yg betul mana yg salah .

- Umah saya tak banyak barang kaca pun so dont worry .Saya suka budak budak dtg umah sebab ngan saya skali jd budak budak. Anak anak saya pun nakai jugak tapi mmg mak dia selalu je bagi jelingan maut n cubitan halus dikaki kalau nakal.Sebab macam tu la saya dididik dari kecik . So saya buat benda yg sama ngan anak anak.

- saya ulas komen chef wan saja n berdasarkan pengalaman sendiri . u ols hentam akak ...akak ban terus muahahahhaha ( takut gaks kena kecam tu ) sekarang ni payah nak cakap A pun payah nak cakap B pun payah sebab bila tegur hal anak anak mak pak boleh bergaduh ....hati tetiba jadi serapuh kulit popiah digoreng garing .

- tetiba ada plak PM kata saya nak menunjuk anak anak saya baik ....aikkkk 10 kali akak baca takder plak mention . Mention anak anak selalu kena marah n dtangan tangankan ada laaaaaaaaa konpius makkkkkkkkkkkkkkk. Akak duk tekankan ibubapa kena betulkan kalau anak anak buat salah . Budak budak mmg la budak budak. Kuar kuar dia bukan terus pandai ..........


ramai org komen n like status ni n rata rata share pengalaman masing masing. Rupanya ramai org yg ada pengalaman cam ni . Rasa apa Chef Wan rasa. But kita org Melayu cakap berlapik...kesian kot org terasa. Jgn tipu laaaaaaaaa....kalau ia tak berlaku kat anda . Anda pasti pernah menyaksikan hal cam ni kan kan kan.

Ada 2 3 org PM Kak Moon. Malas nak share siapa sebab dia pun ada point. Mungkin anak dia adalah jenis yg jenuh dia ajar n pukul n buat semer tapi tetap peel sama for what ever reason. Akak tak berani nak judge awak tp awak dah siap siap judge n hentam akak. Tak apa akak maafkan awak mungkin minggu ni awak stress pasal topik ni. So akak highlight je la apa summary dia

Yer la anak awak je la baik 
TQ sebab bg pujian tu. Akak anggap tu pujian . Ikhlas atau sindiran akak anggap la tu pujian. TQ 

Anak saya pun banyak kurangnya . Selalu kena tegur. Selalu kena marah. Makan tumpah ...cakap kasar ngan adik adik ngan abg atau ngan kakak. Terus saya marah time tu jugak. Buat umah sepah mmg time tu juga kena marah. Sebab apa marah? sebab sayang. Tak ada org marah sebab suka suka . So sebab tu anak kita...kita ada hak utk marah tu je konsep dia. Kita mmg naluri ibu mmg tak suka org marah anak kita. Even laki kita marah pun ...kita sentap ni kan plak org luar .  

Anak awak la dengar cakap awak Awak la the best parent kat dunia ni 
Ishhhh idok la begitu . But saya cuba utk jadi ibu bapa yg terbaik utk anak anak anak saya. Tidak kah anda juga mahu begitu?

Kalau tak boleh terima budak dtg umah awak jgn jemput org . Tutup je pintu jgn bg org dtg senang. 
Siapa plak wat statement cam tu. Umah saya la paling suka terima budak budak. They can come over when ever they like. Saya suka budak budak selesa n siap boleh bergolek golek kat umah saya. Sebab saya pun pernah jd kanak kanak ....n memori ni la kita simpan sampai besar. Gie makan umah kwn ...mak kawan kita masakkan nasik bg makan buat air . Alhamdulillah semer yg dtg umah adalah budak yg baik baik semer . 

Isunya adalah bila anak buat salah mak pak diam je ...buat tak nampak buat tak dengar tu je . Asal panjang lebar sampai suh tutup pintu bagai . Nampak sangat awak tgh marah ni.  

Skrg Allah bg awak anak baik tunggu la esok esok awak plak dpt anak nakal baru awak tahu . 
Jgn la doa yg tak elok. Saya doakan parents yg dah buat segala usaha tp anak still tak makan nasihat , agar anak anda lembut hati. Dengar nasihat n behave. 



Anak yg dtg tu rezeki . Apa apa dia org buat tu ujian utk awak . 
yer betul .......tapi jika ia ujian buat tuan rumah. Ia ujian utk anda juga . Baru ujian org kata kat org lain . Anda laks terasa lebih apa citer kan . Ujian utk semua la kan. 

So hikmah di sebalik nya apa . Anda la list kan sendiri 

Jgan ingat saya tak ajar anak saya. Jenuh pukul marah semer tak jalan . So salah saya ke ?

Ntah la mungkin salah makcik yg tinggal sebelah kedai ruincit hujung pekan tu . 


Tetiba jadi hangat u olssssssssss. U ols ingat akak ni Fadhilah Kamsah ke ....Prof Muhaya ke . Tu susahnya bg pendapat yg tak ngam ngan pendapat u ols terus u ols sentap. Terus hentam ...nasib baik u ols still sopan PM . Ok please forgive me but boleh tak kalau anda tak amik serius hal ni atau amik serius pasal apa akak tulis. If its menusuk hati u ols ...then please forgive me. Sebab akak tak ada nak cari pasal n gaduh atau salahkan sesiapa.

so u ols lepas dah pun . Akak pun jd konpius ngan korang yg tentang sangat sangat ni . Ok la tutup kes . Kalau tak puas hati meh chat ngan akak. Nak lepas geram pun boleh muahahhahaha 
Azzura list kan ngan tepat sekali ...so akak share ngan u ols k . Kalau u ols setuju setuju la ...kalau tak ....takley kata apa la kan

Tapi cara mak bapak kita ajar kita dr kecik juga la yg terbaik. Buat salah mmg kena ......buat baik dapat pujian. Konsep senang kan. Salah tetap salah. Betul tetap betul . Siapa makan cili dia rasa pedas, 


Baca entry penuh di IBUROSE

 
Nur Azzura Zakariah Yeee faham budak melasak..
Tapi ada batasnya...

Pantang sungguh kalau budak perangai macam bawah ni tapi parents dia boleh muka tenggiling je buat dunno like "it's ok, budak budak kan. Biasa laa tu..."

- physical to other kids. tolak, gigit, pukul, ludah, cekik, etc

- jenis cakap lucah, kurang ajar, bad words (bodoh, bangang, babi, etc)

- mengejek dgn ckp gemok, miskin, bodoh, etc

- main barang kaca rumah tetamu. Bahaya untuk dia. Kang pecah dia gak sakit.

- jenis main melompat naik turun tangga macam kat padang permainan. Kang jatuh oii 

- kalau budak kecik mak bapak sila lah suap. Tak payah nak eksperimen makan sendiri kat rumah orang buat kotor. Korang nak eksperimen anak makan sendiri buat laa kat rumah sendiri.

Tolong lah faham beza ada adab bila pergi melawat rumah orang atau di tempat awam dengan tak ada adab. Waima anak atau mak bapak tu sendiri.

*** remark atas ni semua hanya ditujukan untuk ANAK TIPIKAL SAHAJA, anak anak yang tiada isu medikal macam autism, adhd, hyperactif, etc. Sekian
 

Monday, July 03, 2017

Memasukki 2nd Trimester


Kalau org pompuan ni mmg tahu la bab bab trimester ni kan

Alhamdulillah, dah melepasi 13 minggu . Rasanya loya loya n muntah muntah dah berkurangan. Mual kadang kadang tu masih ada tapi tak la muntah teruk macam sebelum ni .

Baru baru ni balik beraya kat Taiping pun still boleh buat kerja n masak masak bantu mama . Kalau tak mmg sebelum ni lembik je . Sampai kadang terpikir adakah sebab faktor usia hahahhaha . Mama pun banyak kali suh gie rehat . Tapi tak sampai hati la pulak nak gie baring baring sementara semua org duk sibuk kan .

But malam still ngantuk awal. Pukul 9 malam tu dah mmg nak tido dah. Mata macam kena gam. Nak bukak pun payah .

Makan ok je cuma kurang minat kat ikan. Dalam peti ice kemain banyak ikan....tappi semua belum dikuarkan utk dimasak. Nak persiang ikan pun cam tak lalu ....hover kan . Padahal kemain dulu suka ikan ....nak nak ikan masak sambal .

Jerawat kat muka naik teruk masa minggu Raya . Raya ke 2 dia dah naik bapok besor kat pipi ....kiri kanan plak tu . Redha je la kan sebab masa mengandungkan Isk dulu lagi teruk naik jerawat. Siap naik kat badan ....ni nasib dia naik kat muka aje . Bertabahla mungkin ini pembawakkan budak.


Hari ni dah masuk 14 minggu . Perut pun makin membesor . Spesis perut tebal, tahu tahu mengandung je terus nampak obvious buncitnya . Sekarang mmg pakai seluar n kain yg getah je .

Ni lega seikit sebab hanyut hanyut n pening kepala tu macam dah kurang .

Entry raya bakal menyusul ya . Semalam baru sampai umah . Terus kejar setelkan kain baju semua ...selagi baju kotor tak dicuci , selagi tu la tak aman hidup akak . Sambil menjemur kain , sambil membayangkan cam na la idup aku lepas ni anak 4 tak ada maid. Moga diri ini dapat kurus n ramping muahahhahahahhaha .

ok u olsssssssssss jangan malas malas kat opis tu .......cuti lama kan . Akak cuti seminggu tauuuuuuuuuuu hahahhaha . Seminggu kat Taiping, mama bagi makan macam macam . Naik seriau nak pijak penimbang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...