Friday, July 28, 2017

Barang kahwin

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua

Ada yang merindui diri ini tak. Hahahhah kemain la tuan blog, kemain lama abaikan blog . Ok u ols jangan marah tau . Tuan blog ni ada aje ...cuma dia jadi pemalas sket lepas tu cam tak tahu nak share apa . Tunggu la karang anak dia dah 4 , mungkin password blog pun dia lupa ahakssssssss


Hari tu terbukak balik gamba kawen . Aduiii gamba kawen 13 thn lepas. Tu pun sebab ada adik sorang ni yg teringin nak tgk gamba kawen Kak Moon . Bila duk selongkar n cari tu ternampak la barang barang kahwen yg buat sendiri dulu .

Masa Moon kawen dulu. mmg A-Z mmg semua buat sendiri . Buat sikit sikit lama lama jadi la kan. Plus masa tuh baru je kerja ...so duit mmg bajet bajet je. But kita kena pegang pada " ukur baju dibadan sendiri' kalau kita mampu nak siapkan sederhana maka bersederhana la . Kalau mampu lain la citernya kan .

So setiap bulan bajet fokus utk beli apa ...utk buat apa semua .


maaf la yer kualiti gamba kamera 2004 . Bekas telur ni gigih moon buat sendiri. Kutip manik sebiji sebiji masukkan dlm tali tangsi n anyam jadi raga kecik ni tau . Cer sekarang korang suruh akak buat ....mmg akak tak ingin dah u ols . Sebab mmg renyah. Bayangkan sebiji sebiji lama lama jadi raga .

Mmg aim nak kaler cream je tapi kedai manik tu kehabisan kaler cream ...so separuh bakul manik ni jadi macam macam kaler hahahhaha . 

Ni mmg muat letak telur . Masa ni dapat buat 100 bakul . Gigih sangat kan . Tapi mmg puas hati kalau buat sendiri. Dia punya puas hati tu kekal sampai ke hari ni la ........hover daks?

 Ni pun buat sendiri jugaks . Ala ala lovely lace gitew ....cream , lace n bunga maroon . Nak beli bunga riben maroon tu macam mahal sangat so kita tuka la bunga murah je . But still ia nampak sangat lawa kan .....

Yang ni mmg buat utk bagi pada rombongan belah lelaki sahaja. Bekas ni adalah bekas berkaki yg plastik tu . Tak ada plak gamba penuh .

 Yang ni tak buat sendiri hahhahah yang ni order kat Terengganu. Masa ni makcik ni amik singgit kot sebekas .

Moon cuma letak riben n bunga sahaja . Bekas ni masih elok lagi sampai sekarang ada 2 3 Moon simpan wat kenangan.

Tapi sekarang tak pasti ada lagi ke tak bekas mengkuang ni

 nampak tak tema ala Lovely Lace tu . Nak beli yg kat Lovely Lace tak mampu kan ....gigih masuk Lovely lace curi idea. Cam ni pun murah sangat lahai buat sendiri . Tengah tengah malam duk diam diam jahit bantal kecik ...jahit lace sorang2 . Bila ingat balik mmg nampak kesungguhan disitu .

hantaran pun dah bercampur dah ...Moon nak krim maroon ala lovely lace ....mama plak cream campo gold .

bila tgk hantaran ni jugaks teringat kat set perfume tu . Lepas few months kawen...umah kena pecah masuk . Perfume perfume tu semua dia angkut . Tak ada rezeki la kan .

Nanti nak cari lagi la gamba gamba preparation kawen . Ada dlm cd tapi kena cari mana cd tu hahahhahah .

Ok tu je nak share ....dia biasa la nak masuk bulan 8 mmg dia throwback aje la manjang . Kadang sembang ngan Pak Sutan n recall balik mcm mana kita org pergi merata naik motor kriss dia tu gie cari barang kawen .

Gelak teringat gamba kawen yang burok ...pelamin burok ...baju besar ....kain baju senteng semer tu . But at the end yang penting kita still bersama ....tu yg penting kan . 


Thursday, July 20, 2017

Ujian MGTT

sebab terlepas date 17 hb maka gigih call klinik set appointment lain. So dia suruh dtg 19 hb . So pergi la pagi pagi pukul 8 amik darah. Dah la jenis spesis badan je tebal tapi urat kemain susah nak nampak ( sebab isi banyak sangat sampai urat pun tenggelam ) mmg ready je utk di cucuk jarum 2 3 kali . Sambil nurse nak cucuk sambil tu jugak mata tak berkelip tengok tang mana dia nak cucuk jarum tu . Kalau masuk tak sakit sangat maknanya kena la urat ...kalau tak masuk betul mmg sakit n lebam la tangan tu .



So masa semalam bacaan puasa ok sangat cantik 3.8 cam tu

Lepas 2 jam minum air gula 8.1

Fasting 3.8 
2 jam lepas minum air gula 8.1 

( masa preggy kan Sarah pun bacaan cam ni gaks )


hamekkkk mmg melepasi 8 la kan . Dah la lepas minum air gula kena jumpa doc sebab kebetulan mmg appointment kan. dekat sejam tunggu giliran dipanggil masuk bilik . Kepala pun naik pening dah minum air manis leting leting tu . Duk kembang kembang tekak ni . Menguap pun dekat 50 kali kots

Petang terus nurse call . Puan, puan kena datang jumpa dokter besok ya puan . Yer baikkkkkkkkk . Bagus kan sebab menyerah je sebab mmg dr zaman Isk, zaman Yaya n zaman Sarah mmg kena cam ni laaaaaaaa bertabah la . Nasib lepas beranak elok je jadi nya .



APA ITU MGTT

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil. 

Bermula pada 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mewajibkan kepada ibu hamil untuk menjalani ujian MGTT atau MOGTT. Hal ini disebabkan kes diabetes dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap serius.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Malah ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran. Selain daripada itu, anda mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut.

Prosedur MGTT/MOGTT
  • Ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Anda perlu berpuasa penuh tetapi dalam keadaan tertentu, anda hanya boleh meminum air kosong.
  • Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 hingga 3 ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  • Anda perlu meminum air glukosa yang disediakan oleh pihak klinik. Lazimnya, amaun air gula ini ialah 75mg glukosa di dalam 200ml air kosong.
  • Anda perlu menunggu selama lebih kurang 2 jam tanpa dibenarkan untuk makan dan minum. Jika berasa loya, maka anda perlu berehat atau berbaring.
  • 2 jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah.
  • Secara umumnya, bacaan MGTT/MOGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Walau bagaimanapun, jika bacaan anda berhampiran (borderline), anda mungkin diminta untuk melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L, anda akan diarahkan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) pula dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Golongan Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Untuk Menjalani MGTT/MOGTT Pada Awal Usia Kandungan antaranya :-
  1. Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30);
  2. Wanita yang pernah hamil anak bersaiz besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg);
  3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.
Walau bagaimanapun, ujian ini juga perlu dilakukan jika :-
  1. Ibu hamil yang telah berusia 35 tahun ke atas;
  2. Ibu hamil pernah mengalami glycosuria lebih daripada 2 kali sewaktu hamil
Bila Ujian MGTT/MOGTT Perlu Dilakukan?

Biasanya, ujian MGTT dibuat ke atas ibu hamil opada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini akan dilakukan lebih awal.




So seperti kanndungan yg sebelum ni maka lepas ni kena tukar diet . Kena makan beras Faiza Taj Mahal tu atau makan beras perang . Kurangkan minuman manis . Padahal Moon la jarang minum air manis sebab mmg hantu air masak ...takpa lepas ni minum banyak lagi hahhahaha .

Dari semalam duk intai tester glucose dlm darah tu . Malas dah la sekarang kalau kena g cek darah 4 kali sehari . Lain la kalau umah tepi klinik kan . Ni duk intai kat LAZADA hahahah



Moga semua ok sampai la beranak Inysaallah

Tuesday, July 18, 2017

lupa tarikh appointment

Pagi tadi kelam kabut uruskan anak anak kat umah . Siapkan makan dia org semua . Sekarang anak anak dah besar cam ok sket sebab masing masing boleh uruskan beg pakaian utk ke nerseri dengan sendiri . So mummy boleh siapkan beg Sarah sahaja.

Tgh bayangkan nanti anak 4 cam na la kalut nya pagi pagi ku ...oh tidak .

Sebab pagi akak selalu kalut la Pak Sutan bagi kelonggaran utk  duk relax n reset minda. Gie breakfast sama sama . Bukannya takley makan kat umah ...kadang pun makan kat umah ngan anak anak. Tapi dapat duduk relax n breakfast ngan tenang pada waktu pagi amatlah penting utk kita org . Baru la masuk kerja tak stress ...tu la resepi kita org ( bunyi cam poyo je kan hahahhaha padahal kerja 1 opis je pun ) but masa minum pagi ni la nak sembang nak cakap apa apa senang . So baru la takder kes tarik muka ke apa .... percaya la dah 13 tahun kita org mmg cam ni .


sambil minum sembang sembang bertentang mata auwwwwwwww ....sambil tgk kehijauan kiri kanan . Nampak sangat dah tua kan ...sekarang tempat kalut kalut dah bagi sakit kepala hahahah



Sebab tu kita org rajin cari port breakfast yg senang n mudah . Nak tempat yg relax tak laut n bersih serta makan sedap . One of the kedai adalah Ummiza Cafe kat area umah kita org tu . Kita org g kerja dari BBST mmg lalu kot jenderam tu , jalan kampung .


pagi dalam kol 8 tu dah ada lauk dah sebab mmg ramai org yg on d way g kerja ke Putrajaya tapau lauk lunch terus . Termasuk la kita org . Ada akak tu Moon selalu perasan dia siap bawak tupperware isi lauk . 

Kadang kat Cyberjaya ...ikut ikut time jugak la . Tapi Ummiza Cafe ni la selalu kita org singgah hahahhaha . Kadang kalau lewat mmg lauk licin . Sebab kol 2 -3 pm mmg dah tutup dah kedai . Kalau lauk habis cepat lagi cepat tutup .

so tadi lepas makan kenyang dah bihun ngan sambal extra ...terus g opis . Masuk lift, sampai lvl 2 bunyi notification phone. Ingat meeting ke hapa ....skali MGTT kat kinik

Terus tgk buku pink . Macam mana la boleh lupaaaaaaaaaaaa rupanya test minum air gula hari ni aiyarkkkkkkkkkkkkkk


Dah la semalam gie 2 3 open house. Jiran pun ada buat kenduri aqiqah . Siap dia hantar lauk kambing lagi kat umah . Malam tadi siap makan nasik lauk kambing lagi at 10 pm . hahahhahaha sepatutnya dah takley makan dah hahahahhaha ....oh my goat


Terus call KK tapi bahagian ibu n anak tak angkat . Mungkin tengah sibuk ...tgu la kol 2 karang call balik .

Moon duk ingat besok yang kena MGTT ...dah set Selasa saya MGTT padahal Isnin laaaaaaaaaaaa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...