Wednesday, September 20, 2017

Potong rambut di Mesa Mall Nilai

Ada mall baru bukak area Nilai. Nama dia Mesa Mall, kita org baru je berpeluang pergi beberapa minggu lepas . Saja nak jalan jalan dalam tu sebab ramai kata best .

Dia cam ke dalam sket tau Mesa Mall ni . Masuk simpang cam nak gie NCI Nilai . Mesa Mall ni adalah bangunan rumah kat atas n mall dia bawah .

Surprisingly tempat dia macam kedalam sket tapi mall dia sangat lawa n macam high class . Mmg cantik sangat, rasa macam pusing2 dalam Sunway Pyramid je gitew . Tapi lom banyak kedai yg bukak lagi.

Masa duk pusing2 tu nampak plak banner Pro Cut ni. Kebetulan Yaya nak potong rambut. Sebab dia ni pemalas sangat nak ikat rambut kan...apa kata kita zass je rambut dia tu


Cam ok gaks kan RM 12 . Kita potong pendek sket . Pro cut ni atas Jaya Grocer ...naik escalotor ke tingkat 1 sebelah ngan food court n dalam kedai baju . 

 Kecik je kedai gunting rambut tu , tapi selesa kat dalam . Nampak dia potong rambut Yaya pun elok je . 1 rambut pun tak jatuh kat baju ...kat leher semer clear . Yang potong tu pun cermat je buat kerja .


 Kemain lagi ...siap dapat blow rambut bagai ..

Lepas siap potong rambut gie ronda dalam Jaya Grocer tu n makan kat Subway di bawah tu . Nanti next month ley pergi lagi sebab masa tu misti dah banyak kedai bukak .

By the way Mr Diy kat dalam ni sangat best n sangat besarrrrrrrrrrrrrrr


Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Hari ni hari pertama UPSR 2017 . Selaku mak harus la akak nervous u ols . Tahun lepas tgk org update pasal anak periksa semua akak masih lom paham tahap nervous tu macam mana. Tapi bila skrg tiba giliran akak, anak masuk periksa baru la akak mengerti level nervous tu macam mana .



Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .


Ni jadual peperiksaan


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 
 UPSR 2017 Exam Date Calendar

Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk 

Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin . 

Kita usaha , doa n tawakal . 

Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.

Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan . 

Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik . 


Monday, August 21, 2017

Happy 12 Birthday Iskandar

Selamat Hari Jadi ke 12 anak sulong mummy....Sutan Iskandar.

My first born son yg masa kecik kuat mengamuk. Lambat bercakap masa kecik...tapi skrg dia yg stress dpt 2 adik pompuan yg bercakap je sepanjang masa hahhahah. Tapi tetap layan adik adik ngan baik walaupun kuat mengusik.

Isk mmg boleh diharap. Nak kejut bangun tido senang, panggil nama sekali 2 pun dah bangun n terus ke bilik air kalau pagi2 . Dia ni light sleeper cam mummy jugaks. Kalau Yaya jenuh nak kena sentuh tepuk2 baru dia sedar. Kalau ada apa apa nak mintak tolong pun senang dia akan buat elok elok. 

Anak teruna yg dah nak sama tinggi ngan mummy dah. Si sulong yg tetap manja kededek...yg still dtg tido kat riba mummy bila dia nampak Sarah dah tak bertempek ngan mummy. Si sulong yg suka dicuci telinganya , dipotong kukunya. Kalau dah letak kepala kat riba kita ...dia tarik tangan Moon letak kat kepala dia. Di minta digosok gosok. Walaupun rambut kamu keras n kerinting bak brokoli mummy tetap sayang Isk.

Cakap je kaki mummy lenguh dia la dulu yg datang picitkan.







Si sulong ni la jugak yg tak pernah mintak apa apa . Beg koyak pun diam je n pakai je sampai lunyai ...selipar jadi kecik pun dia pakai jugak...suar senteng pun dia belasah jugak pakai 


Tanya nak adiah apa ? Tak pernah pun bgtau nak hadiah mahal mahal. Paling paling dia mintak pun kek je sebijik makan sama sama kat umah . Umor dia kan mmg akan nak tab nak phone kan sebab tgk kwn kwn ada. Dia tahu Pak sutan ada phone lama....yg phone lama screen pecah tu jugak dia mintak . Janji dpt main game kejap2 pun jadi la . So mummy ngan Daddy syukur sangat sangat dapat anak yg baik n amat memahami seperti Isk.


Tq Abg Isk. Mummy Daddy n adik adik semua sayangkan Abg Isk. Walaupun Isk dah ada adik adik, ingat la Isk la yang pertama membawa seri dlm hidup mummy n daddy. Isk la yang mummy tgk tiap tiap hari ...tatap muka Isk puas puas. Sampai sekarang pun mummy tetap g gosok kepala Isk tiap kali Isk tido malam malam . Tenung muka Isk yg dah tak baby dah. Muka dah jadi muka budak besor dah . Kumis pun dah naik terang.

We love u Isk. Mummy doakan Isk berjaya dunia n akhirat.

Happy Birthday my beloved son.


 12 Tahun

Abg Isk yang dah makin tinggi sekarang . Semua baju n seluar dah jadi senteng semuanya . Kalau dia senyum mmg hilang terus bibir  hahhahaha cam tu la senyuman si sulong ni hahahah  

 11 Tahun

10 Tahun

9 Tahun

8 tahun

7 tahun

 6 tahun

5 tahun


4 tahun

3 tahun

2 tahun

1 tahun

wah #throwback betul ni . Tak sangka anak mummy dah besar panjang dah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...