Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Hari ni hari pertama UPSR 2017 . Selaku mak harus la akak nervous u ols . Tahun lepas tgk org update pasal anak periksa semua akak masih lom paham tahap nervous tu macam mana. Tapi bila skrg tiba giliran akak, anak masuk periksa baru la akak mengerti level nervous tu macam mana .



Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .


Ni jadual peperiksaan


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 
 UPSR 2017 Exam Date Calendar

Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk 

Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin . 

Kita usaha , doa n tawakal . 

Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.

Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan . 

Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik . 


4 comments:

mama tisya said...

good luck utk Isk...mak2 mmg neves kn..saya 2019 baru nk merasa neves nanti ank nk upsr

Raihan said...

Good luck buat isk..In Shaa Allah..semoga dipermudahkan semuanya.

norasiahnasir said...

semoga isk tenang menjawab soalan...

p.s : mumy please cool okeh..huhuhu

Unknown said...

semoga anak akak berjaya! In sha Allah, ada rezeki dia bila dia berusaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...