Monday, August 21, 2017

Happy 12 Birthday Iskandar

Selamat Hari Jadi ke 12 anak sulong mummy....Sutan Iskandar.

My first born son yg masa kecik kuat mengamuk. Lambat bercakap masa kecik...tapi skrg dia yg stress dpt 2 adik pompuan yg bercakap je sepanjang masa hahhahah. Tapi tetap layan adik adik ngan baik walaupun kuat mengusik.

Isk mmg boleh diharap. Nak kejut bangun tido senang, panggil nama sekali 2 pun dah bangun n terus ke bilik air kalau pagi2 . Dia ni light sleeper cam mummy jugaks. Kalau Yaya jenuh nak kena sentuh tepuk2 baru dia sedar. Kalau ada apa apa nak mintak tolong pun senang dia akan buat elok elok. 

Anak teruna yg dah nak sama tinggi ngan mummy dah. Si sulong yg tetap manja kededek...yg still dtg tido kat riba mummy bila dia nampak Sarah dah tak bertempek ngan mummy. Si sulong yg suka dicuci telinganya , dipotong kukunya. Kalau dah letak kepala kat riba kita ...dia tarik tangan Moon letak kat kepala dia. Di minta digosok gosok. Walaupun rambut kamu keras n kerinting bak brokoli mummy tetap sayang Isk.

Cakap je kaki mummy lenguh dia la dulu yg datang picitkan.







Si sulong ni la jugak yg tak pernah mintak apa apa . Beg koyak pun diam je n pakai je sampai lunyai ...selipar jadi kecik pun dia pakai jugak...suar senteng pun dia belasah jugak pakai 


Tanya nak adiah apa ? Tak pernah pun bgtau nak hadiah mahal mahal. Paling paling dia mintak pun kek je sebijik makan sama sama kat umah . Umor dia kan mmg akan nak tab nak phone kan sebab tgk kwn kwn ada. Dia tahu Pak sutan ada phone lama....yg phone lama screen pecah tu jugak dia mintak . Janji dpt main game kejap2 pun jadi la . So mummy ngan Daddy syukur sangat sangat dapat anak yg baik n amat memahami seperti Isk.


Tq Abg Isk. Mummy Daddy n adik adik semua sayangkan Abg Isk. Walaupun Isk dah ada adik adik, ingat la Isk la yang pertama membawa seri dlm hidup mummy n daddy. Isk la yang mummy tgk tiap tiap hari ...tatap muka Isk puas puas. Sampai sekarang pun mummy tetap g gosok kepala Isk tiap kali Isk tido malam malam . Tenung muka Isk yg dah tak baby dah. Muka dah jadi muka budak besor dah . Kumis pun dah naik terang.

We love u Isk. Mummy doakan Isk berjaya dunia n akhirat.

Happy Birthday my beloved son.


 12 Tahun

Abg Isk yang dah makin tinggi sekarang . Semua baju n seluar dah jadi senteng semuanya . Kalau dia senyum mmg hilang terus bibir  hahhahaha cam tu la senyuman si sulong ni hahahah  

 11 Tahun

10 Tahun

9 Tahun

8 tahun

7 tahun

 6 tahun

5 tahun


4 tahun

3 tahun

2 tahun

1 tahun

wah #throwback betul ni . Tak sangka anak mummy dah besar panjang dah


2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

happy birthday

ibuhebat said...

Macam down memory lane bila scroll tgk gambar2 lama isk. Kejap je dah besar panjang anak2 kita kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...