Tuesday, October 03, 2017

Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1899

Jika anda mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan anda. Dari hadapan mungkin tidak berbeza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan anda terpukau melihatnya.


Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan PRO 7 dan PRO 7 Plus di Malaysia. Tempahan kedua-dua telefon pintar akan dibuka bermula 15 September sehingga 20 September 2017. Jualan di seluruh Malaysia boleh didapati bermula dari 21 September 2017.

Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799
Peranti ini unik kerana dilengkapi skrin mini sekunder AMOLED pada bahagian belakang.


Meizu PRO7 dan PRO7 Plus boleh dibeli secara offline di SINI 



PRO 7 menggunakan pemproses Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB storan. Meizu PRO 7 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas dan Hitam. PRO 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD.

Manakala PRO 7 Plus dilengkapi pemproses terbaik Mediatek, Helio X30 10-teras bersama 6GB RAM dan 128GB storan.PRO 7 Plus hanya disediakan dalam warna Hitam sahaja. Meizu PRO 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh,

Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED.




Bateri di dalam PRO 7 berkapasiti 3,000mAh dan PRO 7 Plus pula 3,500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W (5V/5A). Ia boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.


Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12MP f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP f/2.0. Tapi kalau ada previu di skrin belakang ni, boleh guna kamera belakang terus untuk swafoto.


Boleh menggunakan kamera belakang untuk berswafoto . Apa yang membuatkan ia berbeza adalah kerana kini anda boleh melihat gamba anda ketika swafoto dengan adanya skrin dibahagian belakang. 





Berminat?

Thursday, September 28, 2017

Pembedahan Talib

Moon ada update pasal pembedahan Talib ( adik Pak Sutan aka my BIL ) semalam kat FB n IG .  Tak sempat nak update berita sepenuhnya kat blog . Ni buat entry utk kenangan sendiri dan juga boleh dijadikan rujukan buat masa depan . 5 thn lepas Moon ada buat entry Kisah Pembedahan Pak Sutan . Yesterday kita org mmg bukak balik entry tu n tgk balik lepas operation semua cam na . Dua dua pun dah lupa dah hahahha .

Since kita org dah tahu pasal colon ni dari kes pembedahan papa 13 tahun lepas n pembedahan Pak Sutan 5 tahun lepas , kita org cam mentally prepare sket sebab we know what to expect n tahu apa procedure n recovery process lepas operation semua . 

Semalam Talib buat pembedahan buang usus besar . Alhamdulillah semua berjalan lancar . Dia masuk Operation Room at 11.20 dan keluar pada jam 5 petang .


3 minggu lepas , dia ada buat colonoscopy sebab dia ada notice dia duk cirit birit on n off utk beberapa minggu. Jadi dia tak sedap hati dia g kinik n mintak surat refer ke hosp utk Colonoscopy . Doc mmg bagi terus sebab dia ada citer pasal strong family history belah Papa . Papa n Abg pun dah buat pembedahan buang usus semua .

colonoscopy : masuk kamera kot bawah utk teropong dalam usus besar . Ini utk tgk keadaan colon kita macam mana

 Colonoscopy adalah kamera masuk kot bawah 
Endoscopy adalah kamera masuk kot atas / mulut 

 Area usus besar kita . Doc jumpa tumor tu di ascending colon . Belah usus besar belah kanan near apendik .


Apa dokter jumpa ?

Masa dia gie colonoscopy ni kita org ada pergi jugak sebab cam tak sedap hati je. Pak Sutan pun dia mmg rasa nak pergi sangat sangat sebab dia pun risau kot Talib ada macam dia n Papa . Sebab Talib pun badan dia susut.

Pagi dia colonoscopy n endoscopy serta ultrasound semua  . Tghari dokter dtg bagitau finding. Unfortunately dokter jumpa tumor di sebelah usus besar belah kanan berhampiran apendik. 

Gambar tuh adalah gamba tumor tu dari pandangan depan dan belakang.  Dalam 3x4cm cam tu . 

Tumor ni adalah berasal dari polyp . Bila besar / jenis aktif, dia akan membesar atau berakar kuar dari usus. Since a very strong family history kita a bit prepare juga. Walaupun sedikit cam terkejut jugak but Papa n Pak Sutan pun ok sampai sekarang...Insyaallah. Ni semua kuasa Allah kan. But mmg kena pergi periksa secara berkala every year.

Pak Sutan bgtau Talib jgn risau apa sebab dia kena buang usus belah kanan je. Nasib tak buang semua sama macam Papa n Abg. 

Dokter terus bg appointment operate minggu hadapannya.



weekend tu mmg kita org g umah Talib n Baqis sebab mama pun ada kat sana. Mmg standby dtg siap siap utk operation yg dijadualkan Selasa 

Pak Sutan diap gie ikut Talib potong rambut bagai sebab Abang ngan Adik rambut dah panjang cam sabut kelapa dah . Tetiba si Abg pun masuk saloon rambut bagai. Biasa potong kat mamak je kan . Terus rambut ada style gitew hahahah . Muda seposen Pak Sutan.

Selasa lepas sepatutnya dia akan masuk operation room pukul 12 . Kami pagi2 mmg dah sampai tunggu dia . Masa ni dia pun dah siap puasa dr malam . 

Masa ni dia ok lagi walaupun muka dia nampak cuak sket kan . Sebab ni kan major operation kan 

 Masa ni tunggu utk nurse dtg amik dia ...dah pukul 11 am ni .  Tetiba Nurse kata tunggu dulu sebab dokter bius n dokter bedah nak jumpa dulu . Pagi pagi dia buat Ct Scan  . So dokter nak explain pasal CT scan pagi tadik 

 Sempat la Pak Sutan kacau kacau Talib . Yer la, mama dah sedey sedey dah tu . Kang Talib jadi makin risau plak kan . Sutan kata mmg nerves tau sebab dia tau la kan dia pernah lalui semua tu dulu.

Dokter dtg kata tak dpt buat hari ni sebab atas sebab sebab yg tak dpt di elakkan . Dianyer bacaan pun tinggi so tak dpt buat lagi utk elak risiko kan .  Sempat dokter explain apa dia jumpa dlm CT scan semer.


 Teleng teleng support team tgk apa yg dokter tunjuk. Walaupun tak reti tgk tapi dokter mmg explain detail . So dia suh Talib discharge dulu n dtg next week. Dia bagi few medication dulu utk Talib ...terus Talib tarik napas lega n terus makan bukak puasa . Sebab tak jadi operate kan

Jumaat sampai Isnin, mama n Papa serta Rafiq dtg umah kita org . Sebab mama nak bagi Talib relax n bertenang.

26 September 2017

Talib warded balik utk operation. Isnin malam dokter amik bacaan dia semua dah dlm keadaan normal n optimal. So konpom pembedahan akan dijalankan Selasa 12 tghari. 


Masa ni awal awal pagi lagi ni . Masih ada senyuman di wajah 

 Katil dewan bedah dah sampai dah . Kena masuk awal. Pukul 11 dewan bedah dah panggil

 Masa ni mama duk kat tepi Moon duk baca mcm mcm doa ...Ya Allah selamatkan la anak ku Ya Allah. Boleh nampak mata mama berkaca je . Yer la mak mana tak risau kan


Masa ni dah kena tolak dah .

 Kita org semua kena tunggu kat luar . Mama ngan Papa susah hati . Pembedahan akan berjalan selama 5 jam.

 Pukul 5 , Talib dah ditolak masuk ke wad. Masa ni dia mamai mamai lagi maybe due to ubat bius tu kan.


Masa dia sedar dia duk aduuuuuuuu aduuuuuu perut Lib ...awat rasa cam ni . Dia dah start rasa sakit dah . Yer la dia bukak dr abdomen hingga bawah pusat . 


Open surgery ni biasanya panjang dia dlm 12-16 inch. Yg Talib ni tak sure sebab Pak Sutan tgk, dia kata sama mcm dia tapi still ditutupkan . So kita tak sure sangat berapa panjang . 

Operation ni walaupun remove Ascending Colon sahaja , tapi still jugak kena open surgery besar .

 Masa ni dia dah start rasa perit n sakit semua . Laju je tangan dia tekan pain killer . Masuk pain killer dia lena sat ...dalam 5 min je lena siap dengkoq . Lepas tu terjaga duk adu adu ...tekan lagi lena balik. Cam tu la . Tgk dia cam tu mmg flash back balik zaman jaga Pak Sutan dulu . Cam ni la keadaannya ngan wayar berselirat sana sini  . Urin bag ...bag keluar cecair lepas operation , drip ..pain kiler mmg penuh bdn ngan wayar . But cam ni 2 3 hr lepas tu dah boleh gerak gerak dah sket .

Malam tu Baqis jaga ...ni taken from her IG - Night 1

  • bqsrhm Cepat sembuh bang Mut. Siapa lagi nak gaduh dgn kita. So far keadaan bang Mut stabil. Dah start berpeluh, dah boleh tidur. Dah makan ubat, dah drip antibiotik, dah boleh bercakap. Doc bius dah prepared kan 80ml morphine kalau-kalau ubat bius dari doc bedah dah habis kesannya. Morphine sblm ni habis dlm masa sejam, doc bius pun terkejut sbb cpt sgt habis. But tak boleh makan lagi, cuma drip air shj. Tidur dia tak lena, selang 2 saat terjaga. “Umi mana?”, “B baca apa?”, “sekarang pukul berapa?”, “tak tidoq ka?”, “ni boleh cabut ka?”, “kerongkong sakit”, “awat panas?”, “bila boleh makan?”, “dengkuq kuat ka?”. Lels, tidoq la bang Mut 😌.
 Get well soon ya Lib . Dont worry, kami semua ada duk tgk Lib ni

Terima kasih untuk doa kalian . Tetiba ramai yg PM tanya macam mana boleh detect apa simtom nyer . Saya pun duk cirit dekat sebulan ni n etc . Suddenly semer jd susah hati

Simptom 

Lain org lain simptomnya 

Papa : Dia duk kembung perut. Everynight mmg dia kembung na kan sapu minyak. Mama kata najis papa berbau busuk n jadi hitam. Tu yg Papa g hosp request utk colonoscopy .

Pak Sutan : Dia takder simptom sangat. Masa tu dia 31 thn which is sangat muda utk pemeriksaan colon n etc ni but sebab papa n belah papa sangat kuat sejarah ngan sakit cam ni . Dia pun takmo tunggu lama , dia serah diri je sebab dia perasan ada darah kat najis dia . Bukan fresh blood but darah yg melekat pada najis tu pun bukan banyak. Mungkin tuhan gerakkan hati dia utk tertengok that day. Itu sahaja....tu yg terus ajak dia g hosp . 

Sebab lepas papa dah operate mmg dokter pesan ...ask your children to come over and see me. Ask them to do a colonoscopy . Its better early than late .  

Talib : Dia duk cirit dalam 2 minggu . Dia ingat dia salah makan ke apa tapi dia rasa cam tak sedap hati . Dia gie kinik n mintak refer letter terus . Memula dokter taknak bagi sebab ingat dia cirit biasa je kan. Tpi lepas dia citer family history mmg dokter bagi refer letter terus utk colonoscopy n masa tu la jumpa .


Jika ada sebarang perubahan pada badan anda ...segera pergi utk pemeriksaan ok . Kadang ada simptom macam ni tak bermakna anda ada kanser usus atau sakit dlm perut. Mungkin ada punca lain . Talk to your doctor k. 


Tanda-Tanda Kanser Usus
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur dengan darah.
  • Najis berwarna kehitaman
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa.
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu.
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat dan letih lesu.

Faktor Kanser Usus

1. Umur
Warga emas mempunyai risiko yang tinggi kerana 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Kehadiran Polip Dalam Usus
Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.

3. Keturunan
Sekiranya terdapat ahli keluargaa anda yang mempunyai sejarah menghidap kanser usus,maka anda juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

4. Menghidap Kanser
Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko untuk mendapat kanser usus.

5. Pemakanan
Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya kanser usus. makanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat meningkatkan lagi risiko diserang kanser usus.

6. Merokok
Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Oleh itu,golongan perokok mempunyai 30-40% risiko untuk menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7. Minum Alkohol
Terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

8. Berat Badan Obesiti
Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser usus.


Thursday, September 21, 2017

Blood Glucose Monitor

Moon beli alat ni utk cek gula dalam darah . Mmg setiap kali mengandung mmg kena asyik minum air gula aje n asyik kena kawal gula dalam darah aje . Dari zaman mengandungkan abg Isk sampai la sekarang . Maklumla wanita agam macam akak ni sah sah la berat more than 80kg muahahhah berat nanang nanang.

Dulu dulu alat ni mahal cam seratus lebih . So setiap kali nak amik bacaan gula dalam darah, memang kena gie klinik. Jenuh jugak kalau kebetulan kena buat BSP yg kena buat 4 kali amik bacaan tu


Bacaan BSP yang sihat

8 am - bacaan darah dlm keadaan puasa di malam hari sampai pagi  ( kena bawah 5.3 )
2 jam selepas breakfast ( kena bawah 6.7 )
2 jam selepas lunch ( kena bawah 6.7 )
2 jam selepas dinner ( kena bawah 6.7 )


So masa mula kena BSP setiap bulan tu mmg terus bukak Lazada cari n masa tu jumpa la yg murah aje below RM 50


ni brand Cofoe . Sebab apa pilih yg ni adalah...sebab masa tuh yg ni paling murah n complete. Maksudnya takyah beli strip atau jarum cucuk tu asing .

Ada yang lain kena beli asing asing . Ada jugak yg setiap strip n jarum tu mahal . So yang ni cam murah dan ramai yg bagi review bagus . Tu sebab Moon pun amik yg ni aje .

Tapi sebab ni dr luar negara , maka lambat sket la nak sampai kat kita . Dlm 2 minggu jugak Moon tgu .

Ni dah 3 4 kali dah pakai Blood Glucose Monitor ni dan ya ampun senangnye kijer kijer nak cek glucose dalam darah ni u olssssssssssss . Takyah susah2 ulang alik g kinik semata mata nak amik bacaan darah .

Result pun dalam masa 5 saat sahaja . Terus dpt bacaan .


ada bag kecik macam ni. Jadi senang la nak letak dlm handbag . Kat opis pun boleh buat test jugaks . Sekarang Moon buat BSP sebulan sekali . Nampak bacaan pun cantik . Gamba ni di snap bulan lepas . 2 hari lepas ada buat lagi utk BSP kali ke 3 . Masa BSP ni mmg Moon mkn seperti biasa . Sebab nak tgk mcm mana badan kita singkirkan gula tu .

Dokter pun da pesan kalau mmg tak ada diabetis makan je macam biasa . Kecuali kalau bacaan tu sangat tinggi maka kena la kawal pemakanan dan kurangkan pengambilan gula . Tapi amat penting buat ibu hamil utk makan makanan berkhasiat di tempoh kehamilan .

So masa Moon nak buat entry ni ...masuk la Lazada sebab nak bg la link alat ni kat korang . Sekali nampak ia jadi lagi murah u olsssss

Tgk tu ada offer 72% . Masa Moon beli hari tu offer 50% aje . So siapa nak ni mmg peluang utk dpt beli pada harga murah .

Kalau korang nak tgk jenis lain pun ada banyak kat Lazada tu . Just search : Blood Glucose Test 

Harga BSP Murah
Alat BSP




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...