Tuesday, April 10, 2018

Fame Raya Special Edition

Last week Moon berkesempatan ke Majlis Pelancaran Fame Raya Special Edition . Filla whats app n jemput ...harus la akak takkan lepaskan peluang ni kan . Kita harus suport kawan kawan kan.

So since event adalah petang kol 3 maka Moon apply half day that day. Gigih kan ....muahahah


 Memang meriah sangat . Tema dia adalah kebaya . Sangat klasik n old skool aje . Meja meja ditutup ngan kain batik . Ramai yg pakai baju kebaya .


 Akak idak la berkebaya sebab cutting akak marvelous sangat . Kang pitam plak org nengoknya hahah. Kathy Jem n Yana pun ada . Tauke Kaay Cosmetic

 With Usmi , stokis Putrajaya . Moon biasa kalau nak barang Fame mmg buzz Usmi je senang g amik kat dia je

ni plak ngan Amiza , founder Ephyra . Kebetulan dapat jumpa kat sini . Inanie pun ada ..Inanie ni blogger femes tau . Ephyra n Fame ni berjiran je .So dia org mmg bersaing secara sihat u ols . Mcm ni la suasana niaga yg sihat kita nak tgk kan . So proud ngan dia org ni .



With Fillanie , Elly n Mimy


With Mimy . Gamba banyak akak cilok je dr org sebab tak sempat nak snap snap gamba sangat sebab duk bz sembang ngan org pastu menyelit merata rata utk  mergamba hahahahah vleyyyy


Meriah sangat kannnnnn .

Jom kita tengok apa yang ada dalam Fame Raya Special Edition . Kotak dia sangat keras n cantik hokey ...siap ada kebaya merah kat depan . Nangis tgk pinggang dia yg ramping tu



Ada 2 warna kat dalam ni beserta ngan cermin . Packaging mmg cantik sangat sangat 



Ada 5 sampul duit Raya juga kat dalam ni . Sayang la nak guna , sebab comey sangat 


Ni la 2 warna kat dalam ni . Almond n Scarlet . Moon suka sangat ngan Scarlet tu sebab dia ala coklat2 sket . Almond plak dia dlm range ala ala Nude . 


Harga dia RM 85 n sangat limited . Sesuai utk dibeli buat diri sendiri atau diberikan pada yg tersayang ....

Kau suka tak hadiah yang aku kasi 

Ya aku suka 

#yaakusuka 

So anda boleh la kejar semua agent agent Fame tau . Nak beli dr website Fame terus pun boleh tau 


Monday, April 09, 2018

Youtube channel yg saya suka


1- Blimey

ni adalah 3 org awek korea n dia org selalu buat video pasal Malaysia . Bermula masa 1st time dia org cuba pelbagai jenis meggi Malaysia ....skali tersangkut buat macam macam . Dr jenis jenis makanan Malaysia hinggalah respon nyanyian artis Malaysia . Lagu Dato' Vida pun dia org tahu tau hahahhah . Siap dtg ke Malaysia lagi .

Moon suka tgk dia org ni ...nak nak masa dia org cuba masakkan malaysia...sonok hokey

Lagipun reaction dia org sangat ikhlas gitu .


cute je dia org neh 
Siap dia org layan cerita Munafik lagi . Pastu makan Durian nanti u ols boleh masuk channel dia org ni ...bestttt 


2- Chasing a Plate - Thomas  and Sheena

Ni pun best , pasangan ni kalau video makan makan dia mmg dia org akan makan betol betol. Lepas tu reaksi dia org pun terbaik . Siap explain lagi rasa macam mana . Hari tuh pernah tgk dia review masak lemak cili api salai ...terus lapar perut . Terus rasa cam nak pergi kedai yg dia org makan tu 
Sheena plak kalau makan siap buat bunyi ermmm errrmmm ermmm sambil goyang badan maknanya sedap sangat latew
Asalnya tgk satu video aje terus sangkut n tgk semua video dia . Sekarang dia org duk jelajah India plak. Tapi kalau kita tgk harus la sebab nak tengok video dia org makan makan kat Malaysia . Dia org cuba pelbagai makanan . Dari makanan Melayu ke makanan Cina n India . Siap gie kenduri kawen lagi hahahah 
 Cari video related to Malaysia . Even dia makan burger tepi jalan pun boleh nampak sedap ...acaner 


3- Maangchi 
seronok tengok dia masak masakkan Korea . Siap buat chilli paste sendiri lagi . Pastu cara dia cakap english pun cute hahah

Kalau untuk make up make up plak suka tgk channel kat bawah ni 

4- Pony make up 

Cara dia make up simle tapi sweet sangat sebab make up style Korean kan . 

5- Julia Graff
Moon lama follow channel dia ni. Dari dia tembam sampai la la ni dah kurus hahhahah 

Korang plak canner ...ada tak channel yg korang slalu masuk 

Oooh ya Moon jugak suka tgk channel 
- Cupcake Aisyah 
- Nisha Ezzati 
- Tried n Tested Channel 

Friday, March 30, 2018

Direct D Kajang

Kita org mmg kaki cari barang yg boleh dapat great bargain tau . Beberapa tahun lepas mmg Pak Sutan selalu ajak pergi Direct D. Rasanya orang lelaki yg suka gadget misti tau Direct D Subang . Dia area shop lot je . Asalnya 1 kedai je kemudian jadi banyak kedai . Tapi nak dtg sini , susah nak dpt parking hahahha .


( pic google )

Kita org plak bukan la pilih brand sgt tapi more pada kegunaan n keperluan phone tu dan utama nya harus la yang tak terlalu mahal . Moon ingat lagi masa tuh baru lepas bersalin kan Sarah, 5 thn lepas dah tu . Habis je pantang Pak Sutan ajak pergi Direct D Subang sebab dia nak belikan phone baru utk Moon . Masa tuh dapat Lenovo pun happy kemain . Sebab kebetulan masa tu phone rusak kan .

Sekarang dah ada Direct D kat Kajang . Bangunan betul betul depan pintu masuk bahagian kecemasan Hosp Kajang .  Kebetulan that day kita org bawak papa ke Hosp utk appointment , terus dpt jalan pusing dlm Direct D ni .

 tu dia bangunan punya tinggi . Dari jauh boleh nampak dah .


Kita org cross jalan je dr Hosp utk ke Direct D Mall Kajang ni . So senang nak cari yer 



ia di Ground Foloor tu aje ye . Boleh tahan juga luas nye . 











ada macam macam brand n pastinya harga kat sini sangat menarik . Yang tu korang kena dtg tgk sendiri la yer n boleh compare ngan kat tempat lain . 





Duk berkenan sangat Honor yg tengah tu sebab nampak gamba kamera dia cantik . Ada dual lense depan n belakang tapi effect bokeh dia tuh nampak artificial sangat . Ada sapa sapa pakai honor ke ...korang ley adjust ke depth of field tu atau kelabu yg belakang potret tu banyak mana ? ni duk angkat letak angkat letak hahahhaha .

Harga dia dlm 6 ratus lebih kot . Hari tu ada nampak kat IOI City mall phone Honor ni installment 0% interest , nyaris akak tergoda u ols ...tapi sebab phone sekarang masih elok elok ada so reason utk beli yg baru tak beberapa kuat so kuatkan imannnnnn hahahah .


  Range Redmii pun banyak . Moon sekarang pakai Redmii . Dah 3 thn dah n so far mmg tip top je Redmii ni . Tapi duk nampak yg screen besar plak ....bahaya duduk dlm ni lama lama .

So bila kat Direct D sila tgk harga n compare2 k . Sebab dia akan ada harga set ori n set import . So dua dua harga ni ada banyak beza k . Sila la tanya sales person tu apa beza dia semer k . Bab warranty n etc .


So kalau sesiapa area Kajang tu ley la kalau nak cuci cuci mata atau tercuci poket sekali kat sini .


hahahhah motip ?   #peminatGoblin #KimShin


Apa alamat dia ?

akak tak tahu alamat penuh but cari je Hosp Kajang tu ....nampak la Direct D tu ya . Sebelah tuh shopping mall tu apa nama ntah . Dah lama tinggal kan Kajang lepas papa pencen ni . Kalau tak mmg tiap tiap weeken balik penjara kajang .

Direct D Megastore pun ada satu kat area PJ mengadap Federal Highway . Apa apa u ols ley cek web dia org la k ...since korang anje anje malas nak search kan ...klik je url tu



Website: www.directd.com.my
Facebook: fb.com/directdteam
Business Hours: 9am-9pm daily 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...