Moon baru dapat tahu pasal apps ni. Kita dah mak mak ni kan memang kalau boleh nak penjimatan yg maksima. Kalau boleh nak dapatkan best bargain gitu. Moon nampak pun sebab nampak iklan kat Instagram . Biasa kita dengar Cutipedia ...Babypedia yg Lisa Surihani n Yusri tu kan . Kali ni Hargapedia .
So meh la kita test ok ke tak app ni
Korang boleh download Hargapedia App ni kat Playstore.
Hargapedia ni adalah App yang bantu kita untuk bandingkan harga harga barang dari pelbagai pasaraya. Ada lebih kurang 4438 item dan lebih dari 40 pasaraya tersenarai dalam ni .
Pasaraya Uncle Muthu atau Pasaraya Mak minah atau Pasaraya Ah Chin mungkin tak tersenarai :) ok tak lawak kan ...ok jom baca seterusnya ( nyorok belakang pintu sebab cuba wat lawak tapi tak menjadi muahahah )
Lepas dah install terus boleh guna. Takyah register apa apa pun. Ok la kan so boleh godek godek dulu
Contohnya kali ni Moon nak cari lampin untuk anak , so kita cuma type je brand apa kita nak dan search.
Nanti dia akan tunjuk semua jenis dan harga serta pasar raya mana yang harga paling murah. Moon baca, dia kata harga harga dalam Hargapedia tu akan di update setiap hari. Mana pasaraya yang tengah offer murah, yang tu kita terjah dulu hahha.
So dia tunjuk Dawny duk tgh murah kat Lulu. Tapi kalau jauh nak pergi. Lulu ni kat area KL tu kan . Kita ley filterkan dan pilih pasaraya yg berhampiran dengan kita. Cam kat atas tu Lulu ngan Tesco pun beza dekat seringgit juga.
Oh ya, Watson dan Guardian pun ada dlm list tau. Moon ni plak dah la pantang masuk dalam Watson . Asalnya nak beli syampoo je . tapi nanti terbabas n amik macam macam . Biasala orang perempuan ni memang dia pantang nampak offer dan harga murah .
Ada banyak tau pasaraya yg dia org compare kan harga dalam lebih 40 retailer . Macam area rumah Moon ada Tesco, Giant dan Econsave. So memang kita orang memang pusing 3 ni aje. Tapi bila dah pakai apps ni boleh pergi ke pasaraya yg tgh offer paling banyak hahha. Tetiba boleh request dgn En Suami utk bawak ke pasaraya yg jauh sket..lol.
Ni nampak plak offer butter murah kat TMG ...hahhaha jenuh plak nak google mana la TMG ni . Area umah korang ada ke TMG , nak kirim butter 10 ketul please . Angan angan nak buat kueh raya kononya tahun ni . Harap harap angan angan menjadi kenyataan la .
So jom siapa plan nak buat kueh raya boleh klik under 50 top item for Raya tu . Kalau buat kueh raya lebih, jangan lupa bagi kat Moon sekali tau sebab ai bagitau mana nak beli butter murah ....eh tetiba kannnn
Kalau u ols suka tgk pamplet atau brochur , boleh klik je tang View tu nanti akan keluar cam kat bawah ni
kalau nampak Brochure ni lagi bahaya u ols . Kang nak aim satu barang je nanti terbabas beli macam macam hahahah
Korang boleh juga follow IG @Hargapedia sebab mmg selalu dia org akan highlight apa yg tengah murah. Kadang kalau tersinggah Giant akan bukak app ni tgk apa tgh murah kat Giant . Senang kita gie sambar best offer dulu
So jom jd mak mak n pengguna bijak. Try la u ols install dulu n usha harga barang yang korang misti akan beli everymonth. Sharing is caring
Kawan Moon siap bgtau dia mmg selalu intai harga diaper n susu di hargapedia sebab 2 benda ni mmg benda yg dia akan selalu stok kan kat rumah. Tak baik tau U tak share ngan I pasal Hargapedia ni tau . Mana aci U sorang je dapat beli barang murah ....ni mak sentap ni. Mak ketinggalan keretapi la ni.
Apa pendapat Moon mengenai Hargapedia
Sangat bagus sebenarnya sebab kita boleh tgk apa best offer dan pasaraya mana yang tengah buat sale . Barang barang mcm lampin pakai buang dan susu serta barangan lain kan harga dia berubah ubah . Kalau sebelum ni kita jenis walk in je , kira nasib la kan kalau kebetulan dapat offer harga murah . Tapi kali ni tidak lagi sebab kita dah tahu awal awal dah mana pasaraya yg offer murah. Atau kat parking tu boleh tengok apa yg murah kat sini . Kan mudah .
Moon harap barang barang akan ditambah lagi dan filter function akan ditambah utk display the lowest price first . Amboiiii nak yang termurah aje kan Moon ni . Good effort Hargapedia team ...all the best n tq sebab create app yg sesuai utk mak mak cam akak ni ....
Ok Pak Sutan jgn buang masa intai kat shelf shelf ni . Jom kita tgk apa yg paling murah kat Hargapedia tu , mana yang paling murah, yang tu kita beli hahhahaha bijak tak ..........