maaf lama tak mencoret dalam blog. Tetiba cam terhenti semua masa . Banyak benda yg Moon perlu uruskan memandangkan Moon adalah adik yg ada kat sini . Adik beradik lain semua ada di Terengganu , Penang n Kedah .
Arwah duduk studio room sahaja . Mmg utk sorang sahaja . Studio nya simple n sangat kemas . 1 ruang ada ruang utk letak katil n tv semer ...ada dapo n tandas . Semua complete . Tapi dlm kecik2 pun 2 3 trip gaks angkut barang dia .
last trip kita org g cabut katil dia . Sempat tido kat sana sebab nanti nak kena jumpa tuan umah nak pas kan kunci semer .
Tq Pak Sutan n anak anak yg banyak bantu kemas kemas n angkat barang turun ke parking . Banyak trip jugak dia org ulang alik naik turun .
Rumah pun dah kasi kemas elok elok . Semua kita org kasik lap bersih bersih . Bila jumpa ngan owner, dia naik n cek semua n pastikan keadaan bersih . Ada few documents yg perlu ditandatangan . Lepas bagi kunci ni takder la ley dtg dah
Sorry Sarah kita dah tak dapat pergi dah sebab Pak Lang kan dah tak ada .
Bila Pak Lang balik mummy ...
sobsss sobssss Mummy kena telan air liur dulu baru ley explain ke Sarah . Sekarang tiap tiap malam mmg dia baca Al-Fatihah buat Pak Lang.
So bila selesai satu perkara banyak perkara lagi akan dtg pulak . Moon doa agar semua dipermudahkan. Arwah dr dulu mmg selalu pesan mcm mcm . Dia tahu dia tak ada anak . Dia selalu ingat adik adik dia . Apa apa pun selalu sebut pasal adik adik n anak anak buah dia dulu . Moon ingat sampai sekarang . Dia pun kata bila Abg tak ada nanti adala yg duk akan kejar something so be prepare k . Dulu tak paham sgt maksud dia ...now I know .
Org akan gunakan agama utk 2 benda je n highlight tuntutan agama ni ....1 : bila lelaki dia nak kawen lain n tambah cawangan . 2 : bila bab harta peninggalan . Betol la org kata masa susah semua lari krik krik bila senang semer kejar .
Luckily arwah ada ramai kawan kawan . Semua duk follow up n hulurkan bantuan . It does make everything a bit easier .
Moon berharap dapat laksanakan amanah dia sebaik mungkin . Al-Fatihah buat Arwah Bang Lan .
2 comments:
AL FATIHAH
Al-Fatihah buat arwah
Post a Comment