Friday, May 25, 2018

Buffet Ramadhan di 9Kedondong Ampang



Assalamualaikum ,

Selamat berpuasa semua . Apa khabar anda semua ...ucapan macam YB plak  kan .

Weekend baru baru ni sempat bawak anak anak berbuka puasa kat luar . Yer la kebelakangan ni Mummy dia org sedikit bz and masih bersedih . Tapi kesian plak anak anak n Pak Sutan . Dia orang pun cukup la baik sebab memahami n mmg bagi ruang kat mummy dia . Pak Sutan pun laju je setuju bila ajak g buffet kat 9 Kedondong ...untuk suri hati dia kan , dari Sepang ke Ampang Hilir pun sanggup dia bawakkan .

9 Kedondong ni terletak kat Ampang Hilir . Senang nak cari . Dari Sepang on je Waze . Kebetulan Ahad hari tu jalan clear . Laju je kita org sampai . Lagi pun ni kali ke 2 Moon dtg sini . Last time datang utk sesi make up make up AnneSuraya n Kaay Cosmetic .

9 Kedondong ni adalah banglow tepi jalan . Mmg besar kawasan dia . Khemah buffet terletak belah belakang rumah ni . .Khemah pun bukan sebarang khemah. Khemah lawa hokey .

Parking kereta kat tepi tepi jalan je . Mmg nampak semua org park cam tu . Lagipun kawasan ni tak sibuk .


Budak budak ni kemain happy sebab dpt makan buffet . Tahun lepas langsung tak makan buffet mana mana tau . Masa tu kan mak dia org ni kenderaan berat mengandongkan Baby Nain ...bila malam je jadi lembik hahahah .


kebetulan terserempak ngan Mimy . Harus la kita posing dulu . Tetiba mak rasa cam special plak sebab tgk tempatnya kemain la lawa tertutup.



Tempat pun tak sesak sangat . Sebab stroller baby pun boleh masuk n parking betul betul tepi meja . So kalau ada anak kecik tu jgn risau la . Cuma tak sure kat sini ada high chair ke tak sebab anak akak kecik sgt lagi hahahah .

Moon ingat Moon sorang je bawak stoller rupanya ramai yg bawak jugak n tak mengganggu lalu lintas pun  .  Abg Isk tugas dia menjaga adik . Alahaiii teruna dah anak akak . Ok Abg n Kakak jaga adik jap yer ...mummy nak usha makanan .




Meja makan kat tengah tengah semua dan stall makanan di tepi tepi .


Stage pun ada hiasan . Penat akak tahan Sarah dari naik atas tu . Duk kata nak masuk rumah kecik ...nak masuk rumah kecik hahahha


Makanan di stall :

 minuman panas , teh tarik dan kopi o 



 Yong Tau Foo , ada sup tomyum dan sup biasa 




Noodle station , ada mee goreng mamak dan laksa Sarawak



Pulut mangga dan serawa durian u ols . Ni la stall yg kerap akak singgah . Kuah durian dia pekat likat n sedap . 


 ABC pun ada . Yang ni Abg Isk 5 kali dia gie amik ABC 


Dessert , ada cream caramel juga tapi masa Moon snap ni lom kuar .  Nampak sangat dtg awal awal sebab nak usha makanan ...la la la la

 hilang rindu kat tepung pelita . Dapat makan kat sini ...nyaman nye masuk tekak


Buah buahan 

Jom tengok nasik dan lauk pauk atau main dishes pulak . Akak ni tekak orang melayu , apa apa memang cari nasik . Nasik jangan dilupakan u ols . 



Hidangan lauk pauk kampung dan nasik :


 Ayam percik 


Daging Black Pepper 


Sambal Udang Petai


Ikan Keli Sambal Berlado

 Siput sedut 

 Lala masak Thai sedap ni


Sayur Brokoli dan cendawan 

Do u like broccoli ...yes i dooooo yes i do ( pengaruh layan anak tgk u tube kids la ni )

Ada juga ulam ulaman serta sambal belacan . 



ni bahagian bbq ..udang dia gumuks gumuks ...pastu ada kambing bakar jugaks 




tempat memang selesa . Semua muka tak sabar tunggu waktu berbuka .  1 meja boleh duduk 10 orang dan takder berlaga siku .

Lepas dah berbuka ringan ingan , boleh gie solat maghrib berjemaah dulu . Lepas tu boleh sambung makan balik . Kat sini ada solat terawikh berjemaah juga tau . Senang, takyah kuar gie mana mana pun . Tempat solat pun depan mata je .




Tempat solat selesa . Telekung pun ada di sediakan . Beraircond plak tu . Moon kejap kejap masuk dalam ni susukan baby . Senang ...nyaman je bersila dlm tu . Siap ada 3 4 org geng bersila. Yer la mana aci kita je makan . Anak anak kecik ni pun nak juga hahahha . 

Siap ckp kat Yaya ...best kan kalau kita ada rumah besar cam ni . Yer la lawa kat dalam ni . Yaya kata taknak la mummy , nanti jauh Yaya nak naik . Nanti mummy suruh Yaya naik atas amik phone la amik tu la amik ni la ...

Eh dia ni meluah perasaan plak ...yer laaaaa mummy tak suruh dah la . Jom gie amik wuduk kita solat sama sama . 

Sekali dia masuk dlm bilik air tu dia plak excited ..mummy best nya kalau kita ada tandas besar cam ni siap ada bath tub . Mummy pun membalas ...taknak la mummy nanti Yaya sket sket suh mummy teman sket sket suh teman sebab takut bilik air besar sangat hahhahah. Mungkin 2 beranak ni overload makan ni hahah. 



Nanti boleh repeat lagi datang kat sini . Sebab puas hati makan . Mmg berbaloi la ngan harga dia . 


Kemain la Baby Nain , sonok ramai org nak dukung dia . Muka maintain plak tu masa ngan Auntie Suraya . Ngan Auntie Comel dia perati je . 


Tempat selesa n sesuai bawak anak anak . Kalau bawak mak ayah pun sesuai sebab dia org pun takder perlu jalan jauh . Nak solat pun senang .  Kalau umor 60 thn ke atas bayar harga kanak kanak je . Ni Moon share kan info n harga dia ya 

Kalau nak dpt diskaun lagi mention surayax9kedondong  akan dapat lagi diskaun 10% dari total bill . Ni akak dah ajar cara nak dpt diskaun ni . 




Buffet Ramadhan 2018 "Selera Warisan Desa" 9 Kedondong, Jalan Ampang KL

TARIKH
18 Mei sehingga 10 Jun 2018

MASA
 6.00pm - 10.00pm

LOKASI
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

HARGA
RM55 nett dewasa (13-59 tahun)
RM28 nett kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 nett Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C nett Kanak- kanak ( 0-6 tahun)


SPECIAL PROMOTION
BUY 10 GET 1 FREE 1 for 1 table
Kod Diskaun 10 % from total bill- just mention surayax9kedondong 


FOR BOOKING
Contact : 016 – 886 8311 (Miss Rabia) / 017 – 2250705 (Mr Haziq)
Facebook:  9Kedondong FB
Instagram:  9kedondong 


1 comment:

Farikica said...

Wow... tq for the info... memang sedp nampaknya semua food...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...