Tuesday, June 05, 2018

Ephyra Matte Glow Foundation


Nak share ngan korang baby baru dari Ephyra . Semua misti dah tahu pasal Ephyra Lips yg sangat best tu kan . Ni ada produk baru plak u ols . Ephyra Matte Glow Foundation . Masa mula mula owner dia Puan Amiza ada tanya kat IG siapa nak try tester . Akak la orang pertama angkat tangan. Yer la kita nak la cuba kan 

Kak Moon sekarang dah anak 4 tak kuasa la nak make up lama lama . Sekarang make up lite lite je yang pantas n senang . So dari dulu mmg jenis pakai krim muka je n tepek compact powder , eyeliner sket , mascara sket n calit lipstik. Kadang lipstik tu jugak akak tepek kat pipi takyah blusher hahahhaha bukan selekeh tau tapi nak cepat .

Kak Moon dah cuba dekat 2 minggu . Mmg tiap tiap hari tepek ni je u ols . Akak ada anak kecik mana sempat nak belek muka lama lama kat cermin . Sekarang baju pun cari yg tak perlu gosok hahahhaha . 

Size dia comel je . Walaupun 15 ml mampu tahan sehingga 2 3 bulan . Kebetulan Ephyra Lips ada keluarkan 2 warna baru maka kita cuba juga . Kak Moon ada semua warna Ephyra Lips tau . My fav yg selalu Kak moon pakai adalah Cranbery Quin , Scarlet Plum , Summer Blaze . Sekarang Ruby Chic sebab duk pakai 4 hari berturut2 hahahha .


Kelebihan Ephyra Matte Glow Foundation 

  • Ada SPF 30 yang melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB
  • Full coverage yang mana dapat tutup cela dan parut dimuka
  • Kaya dengan Vitamin E yang melembabkan kulit
  • Menjaga dan merawat kulit ( whitening, anti aging, brightens skin tone )
  • Tahan sehingga  12 jam dan tak membuatkan muka berminyak walaupun pakai lama
  • Memberi kesan glowing pada wajah
  • Tidak membuatkan liang pori tersumbat
  • 1 tona warna saja - berubah mengikut tona kulit masing2 & buatkan ia blend secara natural. 
  • Tesktur yg tidak berminyak & bila dipakai tidak rasa melekit pada muka

Kandungan : 15ml
Harga : RM58 ( SM ) / RM62 ( SS )




Ephyra Matte Glow Foundation sudah mula dijual pada 1 Jun hari tu tau.

Satu warna berubah mengikut tona kulit masing masing . Masa mula mula dapat tester hari tu risau jugaks sebab dia nampak mcm coklat . Takut bila pakai tak sesuai . Tapi lepas dah sapu dia blend dengan sangat bagus . 

Kak Moon jenis muka kuat berpeluh tau . Kat area mata n area kumis manja ni kan . Area tu mmg selalu berpeluh . Sebab tu Kak Moon jarang pakai foundation tebal tebal yg beli kat kedai sebab bila pakai rasa bertopeng . Lepas tu siap boleh nampak peluh tu hahahha . Kadang nampak bercapuk sebab area eyebag dan hidung serta atas bibir akan hilang dulu . Dah bercapuk capun serupa muka org tak siap plak kan . 


Tapi so far pakai dah dekat 2 minggu Ephyra Matte Glow Foundation ni ok . 

  • Tak rasa macam pakai topeng atau tebal
  • Rasa ringan je 
  • Nampak natural so konon natural beuty la kan walhal tepek Ephyra Matte glow ni jers
  • Lagi berpeluh lagi nampak dewy , bukan nampak berminyak tau . 
  • Pakai sket je cukup satu muka ...pelik sungguh . 
  • Senang nak dicuci tanpa rasa melekit atau berminyak 
  • Sesuai utk org yg nak cepat n nak makeup tapi taknak nampak hover hahah
  • Mmg sesuai untuk daily wear


  
Ni la warna dia . Mula mula cam coklat sket . Tapi bila sapu kat muka dia akan ikut tona kulit kita . Kak Moon tgk kawan yg putih melepak pakai pun nampak elok . Yang kulit sawo matang pakai pun cantek 


Kak Moon kalau keluar g kerja ke mmg ni la makeup harian . Ni pakai Ephyra Matte Glow Foundation , mascara sket n Ephyra Lips warna Ruby Chic 


Husband akak plak selalu kata jangan make up tebal tebal , nanti muka awak nampak pelik . Padahal dia malas nak tunggu lama kan hahhahahah . Ni adalah jenis bersiap yg dalam kereta pun boleh . Picit Ephyra Matte Glow Foundation , sapu rata rata kat muka . Pakai jari je u ols . Pastu sapu Ephyra Lips ....doneeeeeeeee 


Ephyra Lips 2 warna baru , Ruby Chic dan Katy Cherry



 Ruby Chic ni warna dia cam oren ke coklat sket . Mcm warna batu bata tu 

Kathy Cherry plak warna dia more pada pink ala ala dusty pink ke peach sket 


Warna baru yang meletops




Ni antara warna lain yang ada dalam range Ephyra Lips . Akak ada semua warna ni tau . Warna fav adalah Cranberry Quin , Summer Blaze dan Scarlett Plum . Warna baru plak Kak Moon kerap pakai Ruby Chic . Warna lain pun pakai bergantung pada acara ...gitew . 


 Ia adalah cream to matte lip cream . Maksudnya mula mula kita sapu dia akan mcm berkrim , lepas tu dia akan kering n menjadi matte . Tapi walaupun ia matte , dia tak bagi bibir kita kering kontang . Nak cuci pun senang .



Info lanjut boleh layari :

Web : https://oceanlife2u.com/
FB : https://www.facebook.com/ephyracosmetics
Instagram : @ephyracosmetics



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...