Tuesday, March 22, 2016

Nasi Dagang di Cyberjaya

Kalau sesiapa yg follow blog Moon mmg sure akan tahu yang Moon ni mmg hantu nasi dagang dan , mmg selalu juga masak nasi dagang. Sebab kalau ada buat makan makan ke apa, memang menu utama adalah nasi dagang hahahha.

Nasi dagang ni yang penting adalah kuah dia...nasi pun penting juga.

Moon prefer nasi dagang putih yang Terengganu berbanding nasi dagang beras merah. Sebab bila beras merah tuh dia ada rasa cam hampas padi sket. Sebenarnya ok je . Tapi banding putih and merah, Moon suka putih.

Ni sebenarnya dah lama try kedai nih. Tapi ni baru teringat nak up kat blog. Hari tu Moon upload kat IG and FB saja.

Asalnya plan plan nak breakfast kat Puffy Buffy ( roti canai pakcik tu sedap, apam balik pun sedap ) . Sebab masih awal kan...so masa lalu tuh nampak plak kedai MAKANG ni. Apa lagi terus korner masuk parking hahahha . Keluar je kereta, bau yg familiar menusuk hidung ...bau nasi dagang wey. Terus decide breakfast kat MAKANG ni

 tuh...nampok je perkataan MAKANG tuh terus berenti. Dok tengok blakang doh ...kiranya nih first time la akak dtg makang sining. Nok test gop sedak ke dop

 Kedai penuh hokey ....nampak ramai org duk makan . So Pak Sutan cop meja kat luar dulu n Moon masuk dlm order laaaaaaaaa

nampok dop nasik dagang sebesen tuh ....hahahahha .

Nasi Dagang
Nasi Lemak
Nasi Minyak

Tuh standard breakfast kat Ganung. Pagi pagi makang berat doh. Macam nok gie kerja kat sawah kekdahnya hahahhahaha . Tapi ni very the standard la ....lunch makang nasik plop

Orang belakang Moon pun order 'nasik lemok ser, nasik lemok ikang ader dok ' ....sah mmg org Ganung jugop yg mari cari kedai makanan Terengganu




Moon amik nasik dagang kuah lebih . Kena ada cili baru la berapi bila makan. Kenyek cili tuh sekali ngan nasik dan kuah ...pergggggggg sedapppppppp .  Baru la makan sambil lap hidung hahahha sedap tahap neleh air hidung hahahhaha . Menitik peluh kat belakang leher bagai ....

Pak Sutan nak makan nasi dagang jugak. Tapi ikan dah habis...maka dia amik nasik minyak. Nasi minyak pun sedap. 

Memang sah tukang masak org Ganu ni. Payah hokey nak jumpa nasik dagang yg sedap . Kebanyakkan nye semua kuah kuning yg cair tuh. Yang rasa rempah n manis manis susah sket . 

Akak bagi nasi dagang ni 4.5  dari 5 bintang. Kalau tak mmg dapat 5 dah....tapi ikan yg akak dapat tuh tak beberapa sedap . Mungkin ikan mati air (  rebus asing n masuk dlm kuah ) di letak dlm kuah. So tak sempat meresap rasa kuah dlm ikan tuh. Mebi sebab org ramai kan...so tuh je cara cepat nak top up ikan. But still still sedap hampir nak menjilat kertas coklat tuh hahahhaha . 

Bila pegang je senduk kuah masa nak cedok kuah tuh....dah nampak dah pekat n merah molek je kuah....ngan cili berenang renang . Perggggggggggg terus rasa nok gie makan nasik dagang skrg nih

Nasi minyok superb ...5 bintang

Sapa nok terai boleh la gie cuba. Cari je Bank Islam Cyberjaya. Kedai MAKANG ni betul2 kat belakang Bank Islam tu. 

Mmg puas hati . 

Moon makan nasi dagang n teh o ais kena RM 7 

ok latew...ni Cyberjaya kan........nila dah kerja hampir 12 tahun kat Cyberjaya ni, apa je kedai yg best mmg kita org akan try la . Tapi skrg ni terlalu banyak plak ...so kita filter, mana senang parking kita pergi. Hahhahaha 

Yeyyyyyyyyyy Cyberjaya ada port makan best lagi. Nasi Dagang kedai MAKANG, mung tunggu aku datang plop besok besok ni

p/s : tak sure plak waktu operasi dari pukul berapa ke pukul berapa. Hari tu tak sempat nak tanya...Moon pergi waktu pagi. Kalau kita terserempak kat sini sila la lambai ngan sudu yer ...hahahah


Baru jumpa FB dia org  : Restoran Makang

Bau busuk

Pagi tadi lepas hantar Isk Yaya ke sekolah, tetiba bau busuk la sangat dlm kereta. Sebenarnya dari semalam lagi duk bau busuk ni.

Pagi tadi juga Yaya bagitau nak suruh basuh beg sekolah dia malam nanti. Katanya dia ada beli ayam goreng kat sekolah hari tu untuk Sarah. Ayam tuh letak dalam beg sekolah ...lepas tuh lupa nak keluarkan. Mungkin dah tak boleh makan sebab dah basi. Beg tu dia akan pakai utk sekolah petang nanti plak.

Moon assume dia beli ayam goreng tu semalam

Tapi bila bau beg dia , busuk mcm bau bangkai.

Tu tanya Pak Sutan ...ni beli ayam goreng semalam atau minggu lepas ni

Terus keluarkan semua buku. Akhirnya jumpa la satu plastik berisi ayam goreng yg tinggal hanyalah tulang dan isi semer dah jadi mcm jeli . Rupanya sah ayam minggu lepas....nampak tak betapa cutinya anakanda saya ni.

Isi ayam tuh dah jadi berlendir dah. Nasib duduk dlm plastik berlipat. Nak muntah mummy keluarkan plastik tu. Nasib tak kena buku, tapi bau dia ..pergggg mmg menusuk ke lobang hidung

Patut la semalam masa amik budak2 ni dari nerseri, Pak Sutan dah duk tanya sapa bau busuk ni. Rupanya beg sekolah Yaya

Friday, March 18, 2016

Jualan langsir di Sarah Hughes Globe

Sticky post until 18 March
Please scroll down for new entry

Assalamualaikum n Hi semua

Ok kepada yg bertanya bila Kak Moon nak buat sale lagi kan .....ni nak bgtau bermula Jumaat ni akan ada sale khas utk u ols .

Jemput datang ya. Bagi yg terlepas masa sale lepas, boleh dtg time sale kali ni


Boleh dtg ramai ramai kay . Beli kain langsir raya awal awal. Hantar terus utk tempah ,....so nanti dekat dekat nak puasa boleh fokus pada baju raya je sebab langsir umah dah setel...betul tak. Kalau korang beli lambat2 tak da org nak jahit heheheh

kat Globe ni pun boleh tempah jahit ...siap dalam masa 2 minggu cam tu

Meh dtg bawak kawan kawan dan sedara mara...bawak mak lagi afdal heheheheh. Kain kat lvl 7 ni mmg cantik dan berkualiti. Orang yg first time dtg mmg terkejut tgk harga special VIP. Sebab tu Kak Moon kata kalau naik lvl 7 masa sale VIP kena cari Kak Moon dulu. Sebab Kak Moon akan bisikkan harga special utk korang ....auw

Harga VIP apply utk satu tingkat 7 ...bukan kain kain tertenu sahaja ya. Semua kain....kat kesah la kain black out ke...kain kusyen ke ...kain langsir cotton ke...kain satin ke....kain baldu ke...semer sale. Sebab tuh la sale nih 3 hari je .



Moon tak dapat nak upload semua kain yg ada kat lvl 7 ni sebab ada banyak hokey.... ada yg plain, corak, day curtain, black out dan banyak la....so sama mcm nak pilih kain baju ...kain langsir nih kita kena pegang n rasa baru la boleh pilih...lepas tuh ley tgk perbandingan harga .

Kat lvl 7 ni luas dan selesa ...so anda boleh pusing n pusing banyak kali utk pilih kain hahahhah tapi jangan pusing lebih dari 3 kali. Nanti konpius n takboleh nak decide kain mana yg nak beli hahahahha . 



 
Kenapa kena dtg time sale Kak Moon buat 

Sebab...kain masa ni jadi murah ...tapi 3 hari sahaja tau. Mcm kain velvet kat atas tu biasa RM 80 per meter ...tapi kalau sale kak Moon jadi dalam RM2X aje . Sorry takley letak harga sebab bahaya banyak spy muahahha . So bila korang dtg baru Kak Moon bgtau kat korang tau. 

Atau ckp je kat staff saya follow blog Kak Moon. Dia org mmg akan bagi harga special Kak Moon untuk korang. 

So jemput datang pada 18, 19 dan 20 hb ni ya . Naik terus ke lvl 7 

Kak Moon akan ada kat sana pada Sabtu dan Ahad ya 

Harga kain pula 

Ada RM 5 semeter 
RM 8 semeter 
RM 10 semeter 
RM 15 semeter 
RM 25 semeter 
RM 45 semeter 

So ada pelbagai jenis kain n harga yg pasti ada utk menepati budget anda 

 Last sale, ramai sangat rg beli kain black out tu sebab kain mmg elok n tebal...lepas tuh jadi murah plak kan...mmg org berebut  lah beli yg tu


Kak Moon dalam dilema ni nak pilih yg petak2 turquoise tu atau dark coklat utk rumah 

Bahagian kain printed bunga bunga cinta pun mmg cepat je habis roll yer la kan sebab harga blog Moon RM15 semeter sahaja...


ni la kain blackout bidang 110 yg mmg  laju je that day. Yer la sebab jadi murah u ols ...mana nak dpt kain blackout harga cam ni kan . Sekarang plak musim panas. Kalau bilik mengadap matahari mmg perlu pakai langsir yg tebal n blackout cam ni.  So that tak la berbahang sangat bilik tu.


kain bidang 110 ni pun laju terjual . Semua org tak perasan masa kain ni kat rail...tapi bila tunjuk yg dah siap n cantik ada kepala n kaki semua pakat serbu yg ni. So kalau kat sana just bgtau Kak Moon korang nak yg mcm mana . Nanti Kak Moon akan assist korang n sembang2 ngan korang.  Kalau nak tanya kain ni kat mana...kain tu kat mana. Kak Moon dah hafal dah rak rak kain kat sini hahahha 

Tapi jangan la pulak tunjuk gamba langsir 2 thn lepas ke apa yg amik kat blog akak ni sebab kain kat Globe ni mmg tak lama sebab mmg laju je habis. Kadang org nak repeat beli corak yg sama pun tak dapat tau. Kalau rezeki korang ada....adalah. Kalau tak ada, kena la pilih kain yg lain 


jemput dtg la ya ....n im sure anda akan berpuas hati punyer . 

Saya Kak Moon langsir melaporkan hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...