Wednesday, November 08, 2017

mengkait

Acara kait mengkait ni ada musim . Dulu kemain la rajin kait bunga bunga utk lekatkan di cekak lepas tu jual . Ingat lagi masa tu pernah buat utk jualan raya . Mmg tak menang tangan. Gigih sangat la masa tu. Lepas sahur tak tidur mmg mengkait je kijernya .

So ni start pregnant ni nak la buat something utk baby dalam perut ni kan. Atleast ada la topi kait ka atau selimut yang maknya kait ngan penuh kasih sayang ....cewahhhh


Demam nya bermula bila masuk laman web yg jual benang benang ni . Perggg cam kena sawan jap . 
Terus berkenan kat semua kaler . Sekarang dah senang dah nak beli benang sebab dah banyak tempat jual . Kat Lazada ke Shopee pun ada . Nasib jugak kadang harga RM 8 kadang 10 so tgk offer jugak . Kadang ley jadi lagi murah ...so rajin rajin la gie intai n filter.

Salah satu kedai benang online Malaysia yang Moon suka masuk adalah Cotton House . Kedai dia kat Penang n kita pun ley buat pembelian online. Mmg giler tgk benang benang dia . Ada macam macam jenis n macam macam harga la kan ikut budget u ols .  

So benang di atas sampai last month. Yg gumuk2 tu adalah utk projek blanket baby . Scan nampak cam boy . Tapi takmo la warna biru kan...kita tuka kaler lain plak. So merah n putih n coklat . 

Sampai je benang terus test buat bunga dulu . Bunga ni je la akak pandai pun u ols . Ni pun belajar sendiri kat u tube. Play n pause n buat , play n pause n buat. Cam tu la akak belajar u ols ....bila guna benang milk cotton ni terus bunga jadi gemuk...segemuk tuan yg mengaitnya hahahhaha.

Tapi lawa la pakai milk cotton ni sebab dia kurang berbulu. Walaupun dia lagi mahal dari benang Minlon atau Wina ke apa tapi mmg sedap mengait pakai benang ni. Dia jadi smooth je n sudah pastinya kurang bulu bulu .  Moon siap tanya Jija my friend yg mmg taiko kait mengkait ni . Sebab mmg nampak topi atau kasut dia kait cantik . Dia la share pasal benang milk cotton ni. Walaupun mahal sket tapi puas hati . Milk cotton ni ley menjangkau harga RM15 seketul ya utk 50grm benang . Kalau rajin ley servey kat tempat yg murah lain . 

Yang kaler campo campo ni nama dia Candy Cotton . 

 Projek mengkait blanket baby pun bermula. Moon suka tgk single stich sebab dia cam kemas tapi dia kecik so mmg makan masa sket la kan. Since Moon masih ada masa sampai bulan Dec maka mari la kita mulakan ....caiyoookkkk .

ni la hasil single stich dia cam X X X ...so mmg nampak kemas .Nanti Moon share kat u tube link utk pakai single stich ni ya u olsssssss..


 Ni la blanket yg masih in progress ...slow je progressnya tapi berjalan la jugak kan ....skrg lagi panjang dah . Moon buat besar sket ni so ley pakai lama . Pastu hari tu benang krim habis ....kena order lagi . Nanti once dah siap Moon share kan ngan u ols k .

Cita cita tu kadang tinggi mengunung tapi nak buat tu mmg nak kena curi masa sangat sangat . Dah balik kije kita dah gaduh nak masak utk anak anak  . Nak kemas lepas masak agi. Kain baju yg jemur subuh tadik nak kena angkat nak kena lipat nak kena susun. By the time baru nak letak punggung kat kerusi n pegang benang n jarum kait ....si kecik dlm perut nih joget joget cam nak rabak perut. Mata pun separa bukak separa tutup . Cam ni la org bekerja yg ada anak anak n bawak perut lagi hahahhaha . Rasanya semua kita pun cam ni kan . Im one of the working mother yg kepenatan di dunia nih hahhaha .

Ada yg ingat Moon ada maid....no sayang akak tak ada maid. Akak la maid nya hahahhah . Nanti tgk la anak 4 nanti kalau akak tak kurus jugak tak tahu laaaaaaaaaaaaaa hahahha

Ok ni  kat bawah ada video u tube yg korang ley refer k . Akak pun belajar dr u tube tau ...kalau akak boleh u ols misti boleh jugak .

Kena take note ni ...lagi besar benang lagi besar jarum kena pakai


Baby Blanket Single Stich


Baby Blanket Double Crochet (  ni lagi cepat )


Basic stich ....Single stich ...half double crochet ...double crochet ...treble crochet



Ni plak adalah hasil buat utk Sarah masa dia baby lagi . Maknya dlm pantang mmg kebosanan sket ....so gigih la belajar buat kasut baby bagai . Kemain lagi bunga besar atas kepala .




Friday, November 03, 2017

33w pregnant

Assalamualaikum semua .

Kak Moon dah masuk 33 minggu dah u ols . Sekarang perut pun maju kedepan je. Tido pun payah nak pusing kiri kanan hahaha. Kadang terjaga tengah malam sakit pinggul sebab lama sangat mengiring .

Alhamdulillah mengandung kali ni tak pernah kena lagi cramp kaki. Masa zaman Isk Yaya n Sarah mmg selalu kena. Nasib baik la Pak Sutan yg susah nak kejut bangun tidur tu biasanya , boleh bangun cepat kalau kita jerit sebab kaki cramp. Sekali panggil je terus sepantas kilat bangun n picitkan kaki . Kali ni dia plak tanya ...napa awak tak cramp cramp lagi ek . Eh jangan mintakkkkkkkkkk sakit wooooooo.

Few more weeks to go u olsssssssssssss

Tapi dari semalam perut dah duk mengeras mengeras ni . Lain macam plak . Masa zaman mengandung kan Sarah pun masa cam ni la dia duk rasa contraction. Terus ke hosp n zasss dapat Dexa n kena tahan wad . Hope kali ni tak mcm dulu . Tapi kalau berterusan gaks rasa cam ni sampai besok ...mmg serah diri je la kan.

Hujung bulan ni nak wat sale langsir . Sempat lagi kan ....hope masa tu akak masih larat la nak g Globe n jumpa u ols sebelum akak bersalin akakakkaka .  Nanti kita share tarikhnya ya utk sale tu. Dah tak larat nak jawab dah bila lagi akan sale .....so ni mmg kena buat jugaksssssss .

Gambar Kak Moon tak ada ke ?

Hahahahhaha nanti akak upload kan k . Perut mak yong dedek ni

 ni la je gamba yang paling latest . Tu pun sepupu akak yg snap kan . Muka pun dah kembang kembang dah ( eh bukan asal dah kembang ke )




His first chemo session

Semalam Moon upload di FB .

Today will be his first chemotherapy session.

Be strong Lib and @bqsrhm . Kami semua sentiasa doakan agar semua dipermudahkan dan berjalan lancar.

@umiaminah_ hugs.

* 1 month after major operation. Result dtg kemungkinan its a cancer. So dia kena undergo few session of chemotherapy for 6 month.


dengan izin Allah he will be fine.Insyaallah Talib akan ok sebab tumor yg tumbuh di usus besar berjaya di buang sepenuhnya.

Sebagai langkah berjaga jaga sebab kita tak sure kan sama ada cell ada ke bahagian lain ke tak. Maka chemo perlu di lakukan. Insyaallah kondisi n kesihatan dia ok n tak dlm keadaan sakit. Sama sama kita doakan. Some people undergo chemo n mampu teruskan hidup seperti biasa. Sama sama kita doakan dia pun sama. He's a fighter.


Since ramai yg tanya n PM n DM tanya pasal perihal Talib ...Moon share kat sini terus la ya  kadang tak sempat nak jawab semua . 


Ada yang tanya napa Talib kena buat chemo . Sebab last month kan dia baru buat major operation kan. Sebenarnya operation tu kena dibuat sebab ada tumor di usus besar belah kanan dia . So disebabkan strong family history belah papa n Pak Sutan yang si abang pun pernah buang diatas sebab yang sama . Maka dia pun kena la buang jugak . Sebab dia punya tumor tu besar jugak .

So tumor tu dihantar la ke lab utk cek sama ada ia cancerous atau pun tidak. Macam kes papa n Pak Sutan it does not contain any cancer cell. Tapi utk Talib ada trail of cancer cell in the biopsy.

So bila ada result ia ada sel kanser maka ia dihantar ke Pusat Kanser Negara  utk rujukan dan tindakan seterusnya . Doc nasihatkan dia utk buat chemo session. Sebab sah ia ada cancer cell dan cancer cell ni mmg laju je nak ke tempat lain. Kita plak tak tahu mana dia dah pergi kan.

So langkah mencegahnya adalah thru chemo
 

So Doc dah setkan dia utk 12 session . 8 session IV and 4 session ubat sahaja untuk 6 bulan . Lepas 12 session ni takyah buat dah

 Talib n Baqis yg masuk n dengar penerangan dari doc . Doc pun dah explain dengar detail . Tq atas concern semua n kata kata semangat . Insyaallah kita semua +ve about this . Baqis pun sentiasa di sisi Talib n bagi kata semangat .

 Doc kata lepas chemo dia mungkin akan lemah kejap ..tapi sehari dua dia akan ok n boleh g kerja mcm biasa .

Insyaallah dia org ni kuat ... kita dah pernah lalui saat saat sukar seperti ni sebelum ni kan ...Insyaallah kali ni misti kita boleh lakukan lagi ...caiyoook .

Mama duk sedih je bila dengar news ni ...call nangis2 . Tapi dah explain dah kat mama semua n mama pun dah +ve dah . Ada org kata nanti botak la lagi sakit la . Tapi lain org lain kesannya dan bergantung pada jenis kanser apa . Talib pun sihat Alhamdulillah. Dah gain near 10kg after operation hahahhah .

We try not to focus pada -ve side of the treatment. Walaupun kita sedar atas semua risiko yang ada . So kami focus more on the +ve side . Tu la yg Moon slalu ckp kat Baqis . Ianya bukan mudah but kita pasti ley laluinya . Ia merupakan satu pengalaman dlm kehidupan juga .

Sama sama doakan agar Talib kuat. ...acctually dia dah prepare mentally n physically tu . Mungkin pengalaman lalu dah sediakan dia lebih awal. Jadikan dia kuat serta dipermudahkan semuanya ya .

Tq atas doa semua .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...