Tuesday, July 24, 2018

Kisah Chemo

Assalamualaikum semua . Misti yang follow IG Kak Moon mmg tau pasal Talib kan. Dia undergo chemo session sekarang . Selepas pembedahan buang colon last year , dokter rekemen utk undergo chemo.

So dia kena 8 session . So buat kat Institut Kanser Negara Putrajaya .

So ni dah 3 session dia buat kena masuk wad . Kena duduk wat 3 hari 2 malam . Alhamdulillah Talib ok n dia pun sgt strong . Kadang kalau tgk dia cam tak caya dia tgh Chemo sebab dia makin bam bam hahahahha ampun Lib akak kutuk depan depan hahahah .

 

Kita org biasa during lunch hour akan gie lawat dia . Lagi pun session dia ada banyak kali . Tiap kali kami pergi misti bawak nasi Arab kat dia . Sebab kami kije Cyberjaya kan tak jauh pun ngan Putrajaya ni . Turun tapau n terus ke hosp . Sonok tgk dia makan hahahhaha . Hari tu pergi dia tengah tido . Pak Sutan kejut dia ...tanya 

" Hang nak makan dak ...abg bawak nasik Arab ni "

Terlebil2 dia bukak mata n bangun . Terus duduk n bukak bekas nasik hahahha lawak la hang ni Lib . 

1 session 3 hari 2 malam . Rehat 2 minggu 

baru next session . Cam tu la cycle dia . Sebelum ni ada yg makan ubat oral Xeloda , ubat pil . Makan ubat utk 4 session cam tu selama 2 minggu . Tapi Talib kata kesan yg telan ubat tu lagi kuat . Tangan n kaki dia jadi hitam sket . Kulit kering . Dia rasa payau dalam mulut . Pastu kulit dia kering n mcm surnburn mandi pantai tu . Tapi yg masuk drip ni nampak dia ok n kemain rambut belah tepi hahahhaha . 



Amboi Lib , kemain hang salam Papa lagu tu . Cam salam ngan Agong je . Dalam drip bag purple tu la ubat chemo dia . 


 Ni session dia ke berapa ntah . Mama n Papa kebetulan mmg ada sini sebab papa kena minor operation ( ha yang tu nanti akak citer entry lain . Mmg bulan ni penuh ativiti hospital ) . Habih waktu melawat at 2 terus la kena masuk opis u ols .

Waktu melawat adalah 12.30 tghari - 2 tengahari , petang plak 4 petang hingga 7 mlm kalau tak silap

Baqis akan dtg lepas kerja . Lagi pun dia kena nak amik Rafiq lagi . Dont worry Baqis, we ols ada ley belikan makan utk dia hahahha ( lauk hospital dia usik skettttt je hahahhaha kemain la tak lalu ) . Akak kalau masuk hosp akak plak paling tak sabar nak makan makanan hospital hahhaha pelik je kan.


Ni ada 1 lagi last session kot lepas tuh takyah buat dah . Nampak dia cam ok kan .. dia pun kata badan dia tak rasa apa sangat . Siap rehat 2 3 hari pastu masuk kerja selamba je dia ni . 

Tq semua yg bg ucapan selamat . Insyaallah dia ok ni . U ols jgn risau k . Hari tu siap ada yg follow IG akak cam Talib sebab kebetulan husband dia pun tgh chemo jugak hari yg sama . Siap ley duduk bersembang lagi hahhahah 2 org pesakit ni kad wad hahah . Rupanya sama jugak kes Talib , colon cancer stage 3 , chemo 8 session . Nanti mana tahu next session ley jumpa lagi . 


Wednesday, July 18, 2018

BookXcess Cyberjaya

Book Xcess Cyberjaya , kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia . Tamarind Square ni sangat dekat ngan opis kita org . Masa dlm pembinaan lagi dah nampak kain rentang bagitau akan ada kedai buku 24 jam. Sejak tu mmg duk tunggu bila kedai buku tu nak bukak . 

So baru baru ni sempat la pergi . Moon mmg suka masuk kedai buku . Plus, Book Xcess buku dia selalu dijual murah murah kalau nak compare ngan kedai lain tapi buku semua buku bahasa Inggeris la .


Lokasi Book Xcess , Tamarind Square , Cyberjaya 

Cyberjaya ni kan besar kan . So Landmark dia near MMU , Sekolah Kebangsaan Cyberjaya . Rasanya kalau Waze mmg nampak terus Tamarind Square ni . Nanti naik kot Ramp tepi ada sing utk ke Book Xcess . Bangunan ni cantik, ala ala tak siap n bersimen je tapi lawa n siap ada taman n pokok pokok besar lagi . 


akan nampak sign ni kalau dr tempat parking terbuka 


ni plak kalau dr pintu belah dalam 


Sangat besar ya . Boleh refer floor plan di atas sebagai rujukkan . Moon mmg ronda semua lorong pastu cam geram kat semua buku . Semer best best . Tempat pun selesa n sejuk . 

  pusing la 20 kali dlm ni mmg tak busan . Ke akak je ada sindrom suka tgk buku .

 Bahagian buku anak anak pun best 

 
ada kerusi n meja juga utk duduk duduk 


geram kan tgk n harga dia pun sangat berpatutan 

 Bahagian ni la akak suka ...bahagian buku kaler kaler . Akak dulu sempat demam warna warna ni tau . Skrg ada baby tak sure sempat ke tak .


Dulu buku buku warna ni kemain bapak mahal kan . Siap akak punya teringin siap order kot lazada tp bila dapat kualiti mmg la tak cun . Masa mewarna pun lunyai je kertas hahahhaha tapi minat punya pasal, bedal aje . 


 Tp tgk ni RM 19.90 hokeyyyyyyyyyyyyyyyy hokeyyyyyyyyy akak duk angkat letak angkat letak. Nafsu nak memiliki buku ni membuak buak tapi memikirkan ada ke masa nak kaler ni . Terus letak balik . Nanti akak dtg beli u tauuuuuuuu .


 Wall ni pun best . Sangat best utk ber selfie hahahhaha



kali ke 2 pergi , kita org bawak sekali anak anak . Dia org pun seronok datang sini 


 Buku buku cam ni menarik sungguh la

 Ni pun akak tergoda ...sempat baca few pages . Tgk la potongan harga tu .....phewww 

 

So kalau tak tahu nak kemana , boleh la datang ke Book Xcess Cyberjaya ni. Sangat best dan luas dan ianya dibukak 24 jam u olssssssss



Tuesday, June 26, 2018

Raya 2018

Tahun ni sama juga seperti tahun tahun sebelumnya kita org balik beraya kat umah Mama n Papa di Taiping . Kali ni raya cam tak bersemangat sket . Kadang kadang dia datang teringat kat arwah Bg Lan. Dia mmg kalau raya mmg dia akan dtg beraya ngan kita org . Kat Taiping pun pernah dia datang jugak .

Baju raya semua cari last minute  . Beli kat Taiping je semua . Nasib la bebudak ni chill lagi kecuali Sarah la . Duk tanya bila nak beli baju raya Sarah ni . Nasib la ada n beli kat Taiping hahhaha .

Kami balik 2 hari awal sebab tahun ni Talib n Baqis pun dpt cuti 2 hari awal . Kali ni semua ada  memang meriah umah . Padahal Pak Sutan 3 beradik aje pun ahahahha . So sempat la keluar jalan jalan sama sama . Tengah tengah malam pun merayap lagi area Taiping pergi area bazaar g cari songkok , sampin n baju melayu Nain.


kami semua keluar kejap ke Aeon Taiping . Cari baju budak budak . Semer tak ada lagi kasut Sarah ngan Yaya pun tak ada . 


Mmg terlupa bawak stroller Nain . Nasib la Aeon ada benda alah ala sroller nih . Kemain syiok dia tido . Sian la Pak Sutan ngan Talib letih berjalan hahahha pantang nampak kerusi ....siap landing terus ...ok jom larik n pura pura tak kenal dua orang kat bawah tu .........aku la poserrrrrrrrrrr 



dah petang petang ni mari la kita pulang ke pangkal jalan . Jom balik n sediakan makan utk berbuka puasa plak  . 

Kali ni tak dpt buat Nasi Dagang, sebab jenuh pusing pasar tak der sekor pun ikan tongkol . Mama dah buat kuah kacang , sambal ikan kelapa , rendang ayam n ketupat . So kita amik tender wat nasik ayam la di hari pertama sebab apa apa pasti akan ada org cari nasik ( akak n anak anak laaa ) . Bak kata Pak Sutan , Moon ni makan la mee ke nasik impit ke selagi tak jumpa nasik selagi tu la dia lapar .......tak baik kutuk ai tauuuuuuuuuu ( padahal mmg betol pun ) . Kalau balik Taiping , Mama dah tahu dah pagi pagi akan ada 2 org yg lapar nasik . Suami dia n menantu dia nih haaaaaaaaaaa muahahhahaha . 

Pagi raya semua pakai syantik syantik ..........syantik keeeeeeeeeeee 

Boleh plak Moon terlupa wat balik kamera . Biasanya tiap tahun , Moon la pegang tender amik gamba . Tahun ni Moon kelaut sket ....so cilok je la gamba gamba yg di snap pakai phone .


Tq Lib n Umi bantu siapkan anak teruna n anak dara akak ni . Gigih Uncle dia tolong lipatkan sampin utk Isk .


Apik Dondeng mmg dia berkepit ngan Bapak dia aje . Auntie Baqis n Nain ...kemain senyum ya kamu Nain oooi 


Mari la kita amik gamba dulu sebelum makan . Nanti semua misti dah berfeluhs2 . Longgarkan ikatan sampin masing masing ......

Tapi dlm banyak banyak gambar satu gambar makanan pun tak ada hahahahha . 




Huiih Abg Isk dah sama tinggi Auntie Umi ngan Daddy dah . Tahun depan sama tinggi ngan Uncle Talib dah la . Talib suggest ajak g bergamba kat Spritzer ...gigih kan we ols



Mama n Papa dengan cucu cucu



gitew , gamba di taman Spritzer hahahha tapi sonok ...walaupun basah keti masing2 hahahha 


Kita bagi A1 buat Pak Sutan n Talib atas good effort dia org nak snap gamba adik pompuan nan satu ni hahahhahah 



Selamat Hari Raya dari kami semua ....untuk andaaaaaaaaa


sempat snap sekeping dua je pastu Sarah terus nak lari dah sebab dia nak g main golf mini tuh hahahhaha . . Konsep kami tahun ni coklat campo2 . Coklat ala duet gitu . Pak Sutan n Isk sama , Yaya n Sara sama , me n Nain sama . Jadi laaaaaaa, semua pun beli ready made aje . 



Raya pertama takda buat apa sangat . Jiran2 dtg bertandang kemudian kami makan n makan muahahhaha . 



Mama , Papa , Umi , Yaya n Nain 


Sementara kami bergambar gambar , Rafiq duk ngan Bapak n Nani 


Di balik tabir gitew 


Tq Baqis n Lib 



Kejap aje dia nak duk bergambar ....kemudian ...........


dia larikkkkkkkkk hahahah Apik Apik ...


Raya ke dua ke Penang . Ini adalah acara wajib . Mama mintak buatkan laksam utk Auntie Zizah n Uncle kat Penang .  Pagi pagi memasak dulu then terus off to Penang .  Alang ke Penang sempat singgah umah kakak kat sana . Abg dr Kedah pun siap turun Penang ...so dapat la kumpul beraya .


masa ni pun dah malam dah . Kononnya nak cari pasemboq ...tapi lom ada org menjual sangat . Last last tapau nasik dalca n makan kat rumah aje . 


Sempat jumpa ngan Abg ulong jugak . Siap dia bawakkan durian kampung bagi kat kita org . Nasib baik semua hantu duyan ....perjalanan dr Penang ke Taiping sangat harum ngan bau durian dlm kereta . Tapi puas hati,semua dapat makan . Tq Bang Boy . 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...