ni gamba weekend lepas kot. Tgk kat phone tadi n lupa nak up pasal cerita nih. Pak Sutan la ajak pergi ke stadium ni utk jalan jalan bagi budak2 lari, Masa nih jerebu tak la seteruk 2 hari lepas n ramai org joging kat situ.
Mek Sarah tuh sempat la ikut mummy dia jalan 1 round. Nak lari risau plak retak stadium tuh kang hahahha.
masa nih pun dah petang dah pun..so tak der la nak duduk kat situ lama lama
Sarah plak duk bising geli nak sentuh rumput. Bila dia menjerit jerit geli lagi la abg ngan kakak dia kenakan dia n letak dia utk duduk atas rumput.
kalau lepas dia lari mmg merata2 la budak nih lari
mula mula pak sutan letak Sarah atas bahu ok lagi
Yaya tgk dia pun nak jugak...tu kira ok lagi la kan
sekali yg sulong nih pun nak jugak ...Pak Sutan pun layan je kan. Mummy yg tgk nih pun terasa berat bahu memikul hahahha
Nanti udara dah bersih n habis jerebu kita dtg lagi k. Skrg takley la semer duk batuk kong kong kong malam malam.
Pssstt......
Offer #moonpunyerkupon masih berlangsung ya u ols. Sampai akhir bulan nih sahaja dapat harga murah mcm tuh. So sesiapa yg belom pergi n mmg tengah tercari cari kain langsir yg cantik n murah....cepat cepat pergi ke lvl7 Sarah Hughes Globe k'
Petang semalam mendapat berita yg sangat mengejutkan. Kawan kita org terlibat dlm kemalangan jalan raya. Masa mula mula group whats app bagitau mmg mcm tak percaya. Terus ke wall Zizie utk tgk...mmg betul.
Pastuh radie pm bgtau Sam dah tak der.
Innalillahiwaninnalillahirojiun
Zizie n Sam adalah member dari zaman fotopages lagi. Walaupun dah karang hang out together tapi still keep in touch
Allahyarham adalah seorang yg sangat baik. Ingat je Sam mmg benda pertama kita ingat adalah dia seorang yg sangat caring n suka budak2. Walaupun nampak cam rock tapi baik la sangat org nya. Pernah dtg umah makan makan. Kalau nampak Moon up gambar nasi dagang misti dia akan komen kata lama tak makan nasik dagang nko Moon ... :(
Kalau lepak sama sama mmg dia la akan tgk budak2. Budak2 nih mmg kamcing giler dengan dia.
Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya
Salam Takziah buat keluarga Sam serta Zizie n anak beliau Fenriz.
Hugs to Fenriz n Zizie. Sedey plak bila tgk Fenriz...muka dia sebijik muka babah dia. Fenriz jgn sedey ya Fenriz. Sentiasa doakan Babah ya.
Sama sama kita sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham Shamudin Bin Teguh
Pagi ni group whats app sekolah anak laju je sebab hari nih mmg teruk jerebu kan. Tadik masa pergi hantar anak anak dah macam duduk kat cameron dah rasanya. Bau asap pun teruk
Budak2 nih pun pagi tadi bangun batuk2 n sakit tekak. Kita pun pedih je mata
Si Sarah plak mmg duk batuk...risau plak kat dia.
Kat group whats app ada diskus katanya kalau IPU sampai 200 baru sekolah di tutup. Lama jugak kan....kalau 2 3 hari cam nih sian la budak2 skolah. Kita ni ok lagi kot kan sebab duk dalam opis but still boleh rasa n bau kan.
ni plak adalah bacaan IPU utk hari nih
Kalau besok bebudak nih still batuk kena buat surat bertulis pada pihak sekolah la kan.
Laman web DOE takley bukak...mebi sebab ramai sangat nak cek IPU
Yg tambah stress tuh bila musim2 jerebu nih boleh plak org sapu sapu sampah pastuh bakar daun daun kering ....kalau kita ada sebaldi air la kan. Rasa nak jirus ke api tuh atau kat org yg membako tu...ni yg buat nak kata 'akai takdak ka'
Last week Moon ada up kat IG pasal theMaksuBrand ni kan
Sebenarnya Moon jarang pakai tudung instant sebab rasa cam terkelepet je n muka mak yg bulat nih bertambah bulat plak kalau pakai yg melekat cam tudung syria ke apa kan. Tapi tgk org pakai lawa aje....acaner
Since theMaksuBrand tgh buat offer n sale yg menikam kalbu maka apa kata kita cuba. Tak cuba tak tahu kan
so kita pakai yg kaler hitam ni
Sangat cepat la nak pakai takyah gosok pun. Kalau nak cepat mmg boleh capai je shawl ni n serlum ...habis cerita
Ianya labuh n menutupi dada serta scallop dia pun elok je. Moon amik gamba cam ni so that korang boleh tgk labuh n panjang shawl ni
Amik yg panjang tu letak je atas kepala ....senang ...n adjust scalop kat dada tu. Tak letak jarum peniti pun ok ..tapi utk keselamatan pin kan yer. Kalau anak yg sikit2 nak peluk nak cium maknya maka kena la pin hahah utk lebih selamat hahahha
Moon suka sebab walaupun dia lembut but still Moon boleh buat muncung sket. Akak kan peminat muncung2 nih. Bila takder muncung terus tak konpiden vleyyyyyyyy hahahah
Kain ni Silky lycra cotton..
Panjang 1.8 mtr n lebar 60cm
Harga RM 50
But now on sale for RM20 only
ni warna Tiffany Blue ..
Kesimpulannya saya elok pakai yg warna gelap baru la kurang kembung sket pipi tuh hahahah ( padahal mmg dah kembung kan la la la la)
Ada banyak warna lagi so kkorang ley gie intai ya...cepat2 kang habis.
Habib semi instant shawl
Ada jugak Aisyah glitter cotton lycra...Moon suka sangat yg glitter tuh n terus order 2 lagi
Sebab dia cam merelit sket tapi tak over ha cam tu hahahha
Aisyah adalah shawl panjang so kita boleh pin je ikut cara yg kita suka. Masa amik gamba tudung atas, shawl Aisyah masih basah di ampaian sebab duk pakai shawl tuh sehari sebelum tu. Lepas dah amik gamba terus cam....alaaaaaaa shawl biru bling bling sayaaaaaaa belom kering hahahhahah .
Takpa nanti sampai lagi 2 shawl glitter tuh Moon up gamba lagi tau. Tapi ada 2 3 gamba snap pakai phone n dah up kat IG moon. NI mmg highly recommended kay sebab kain dia best n berat u ols....jom la beli yg glitter nih baru la geng ...eh tetiba kannnnnnnnnn hahah
So sesiapa nak beli shawl yg gorjes nih pada harga sale sila la cepat2 pergi contact dia org k
Malam tadik rasa cam pendek aje masa. Masak masak lauk simple utk budak budak. Sarah makan menambah 4 pinggan. Terkejut Moon tgk dia makan. Rasanya sebelum makan tadik semua dah Bismillah n siap baca doa makan. Apa kena plak tetiba dia makan berselera semacam ni. Tapi Moon happy je dia berselera sebab last week dia demam n mmg tak makan sangat. Mungkin selera dia dah dtg balik.
Budak comot. Kerusi Sarah la paling win hahahhaha takyah susah susah beli highchair. Atas kerusi nih juga senang mueheheh. Anak ke 3 cam nih la jadinya
Yang bagus nyer, lepas makan mmg without fail misti dia berak punya hahahah. Lepas dah salin baju semer terus la mata dia mengantuk. Perut dah kenyang....apa lagi. Tido la kan. Rupanya dia nak ajak naik atas utk tido. Since mummy ada kije sket...apa kata korang naik dulu ngan daddy k.
Moon plak malam tadik sibuk sket ngan order org n nak update page kain langsir. Sebenarnya ada banyak kain langsir kat lvl 7 tuh. Tak dapat la Moon nak upload semua. So Moon pilih jer yg mana top seller utk bantu mereka yg duduk luar dari KL utk beli secara online. So semua urusan penghantaran mmg Moon buat sendiri. Tapi utk bulan 9 je la sebab mmg once upload je mmg tak berenti la phone tuh duk bagi notification. Rupanya ramai juga yg tak tahu macam mana nak guna kupon n macam mana sale ni berjalan n etc. Tapi mana yg mmg dah selalu pergi kemain ya korang gumbira yaaaaaaa.
Baru tgh duk layan n reply email org tetiba dengar " mummy sarah nak susu '
So naik la atas dulu utk layan si kecik ni. Dia org kalau ngan Pak Sutan mmg payah nak lena...kalau sejam mmg sejam la dia org duk bergumbira n bergurau senda. Siap Isk yg besar tuh boleh main panjat2 bapak dia...Yaya pun sama. Korang buat daddy macam playground korang kan. Cuba kalau ngan Moon ....dah takyah nak main main geletek2 bagai. Tido cepat
Harapkan Pak Sutan tido kan budak2 sekali bila Moon naik je, dia plak yg terus lena. Misti dia lega sebab Moon dah naik hahahahha.
Sarah dpt je upah dia mmg lena terus la....di iringi dengkuran Pak Sutan yg merdu itu hahahah. Pak Sutan kata budak2 nih kalau ngan dia mmg payah nak tido. Kalau ngan mummy cepat je tido.
Maybe sebab Moon ni bosan sket kot. Kalau ngan daddy dia org boleh main main lagi kan, siap boleh main teka teki, Sapa jawab salah akan kena geletek. Mmg menjerit2 la Yaya n Isk bila kena geletek ketiak. Silap2 Isk ngan Yaya suruh pak sutan geletek Moon jugak. Bila Moon marah n suruh tido cepat boleh plak dia org kata ala tak sporting la mummy nih. Masalahnya besok sekolah yang oooiiiiiiiiiiiii
Dah lama tak pergi ke pejabat pos utk ngepos barang. Since Moon ada nak kena pos few langsir org maka gigih pergi cari pejabat pos. Dulu, pejabat pos cyberjaya ada di terminal bas kan. Tapi comey sungguh la pejabat pos tuh. Kadang pergi nak pos barang pun ngeri. Sebab nya barisan mmg panjang. Masa tuh mula la terpikir dengan semakin padatnya Cyberjaya nih kenapa la pejabat pos comey la sangat.
pic google
So tadik pergi la ke pejabat pos baru yg terletak di Shaftsbury Square yg terletak di P5
wahhh nampak sangat best kan. Bagus gaks dia pindah ke sini sebab ada banyak parking, Tak lah macam dulu masa kat terminal tuh. Asyik nak menyirap je darah bila pergi tapi tak ada parking. Bukan org parking kereta sebab pergi lunch ke hapa tapi org letak kereta kat situ sebab dia org nak pergi kerja. So sepatutnya ada la parking utk kita gie makan...tapi disebab kan dia org park kat situ...parking mmg penuh je manjang. Dengarlah luahan hati org yg dah dekat 12 thn kat Cyberjaya nih.
Rasanya kalau park kat tepi MCMC pun ok sebab dia ada laluan terus dari parking atas ke pejabat pos. So mmg mudah la kan
tetapi
tetapi
punya la syok tgk kat luar lawa kan....hairan gaks napa ramai org duduk tunggu kat luar. Rupanya dalam tu comey aje n penuh. Ada 2 row kerusi kat dalam mengadap kaunter. Sempit aje....so kalau org berdiri kat kaunter mmg ngam ngam je bun bun kita ngadap muka org duduk. Kalau org yg tgh deal kat kaunter tuh melepaskan angin ....mmg terus kena muka hahahhaha. Itu la perumpaan nya.
I think pejabat pos cyberjaya kena la luas sket kan....sebab kalau peratikan load n bilangan org yg mengunjungi pejabat pos nih mmg la banyak dah. Jumlah org di Cyberjaya 10 tahun dulu mmg la berbeza ngan Cyberjaya sekarang.
Pejabat Pos Cyberjaya sekarang mmg di kedudukan yg strategik dah n banyak parking, cuma kalau ia luas sket kan elok n selesa.
Sistem dah bernombor n ada kerusi utk pelanggan duduk ...tak mcm dulu kita kena berdiri n beratur kan which is sangat bagus..
Since nombor saya sangat jauh lagi kena tunggu 34 org lagi baru sampai turn....maka marilah kita angkat kotak n balik ke opis sahaja. Takkan nak berkampung tunggu kat situ plak kan.
Nanti korang pergi tgk sendiri la n jangan plak pergi bayangkan kalau org terlepas angin kena tak muka org yg tgh duduk hahahhaha. Itu perumpamaan yg Pak Sutan sebut secara spontan hahahhahah mebi ok je kan tapi kalau org besar sket berdiri kat kaunter n org besar sket duduk kat kerusi mmg rasa cam mintak lalu di dalam panggung wayang la.
saya yg frust sebab takley pos barang....skali terus ke pej pos dengkil aje.selesai........ataupun mingkin saya dtg pada waktu yg salah
sebab ini adalah kueh fav maka akan di buat satu entry khas utk simpan resepi. Nanti bila bila senang n ada masa boleh bukak balik blog n cari resepi hahhaha
Last week kakak Moon ada dtg dari Terengganu. Sebab dia naik flight je maka boleh la kirim kueh2. So dia belikan buah bom dalam rm5 ke Moon.
Moon makan sorang je hahahah ...temolok sungguh la weiiii
macam lamer sangat dok makang kueh neh. Rasa nye sedak n nyuk nyuk sket...isi ikang pung sedap. Moon kalau balik Terengganu mmg misi mencari kueh Bom, nasik dagang, nasik lemok ikang n nasik minyok....pergggggggg. Petang2 plop gie kat org jual kueh dekat gong kapas tuh....mau pitam nok pilih kueh. Macang macang ader....sedia duit je nok beli
Credit picture n recipe to Tahrunnisah Jali yg share resepi nih kat FB
Resepinya 2 cawan tepung pulut 4 sudu besar tpung gandum sedikit garam 2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh 1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok
caranya dlm satu bekas, campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam...sebatikan kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan.. adunan ni tak keras dan tak lembik..mcm nak buat onde2.. tutup kejap adunan ni ngan kain tau plastik elak dia keras..
inti sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung 2 biji bwang besar (sederhana besar)* 2 ulas bawang putih* sedikit halia* 1cawan santan cair 1 sudu lada hitam ditumbuk halus garam, gula 1/2cawan kelapa parut -
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering..siap
bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh...leperkan diatas tpak tangan..kemudian taruk inti ikan..tutup balik dan bulatkan balik...buat sampai abis adunan.. lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan dtg..nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll
panaskan minyak dlm periuk /kuali ..minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang tu... panaskan minyak..dah panas. nak tau minyak tu panas atau tidak..cuba letakkan sikit aje (secoet)adunan..kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas .tutup api/alihkan sebelah yang takde api ..biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi..jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti..dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api ... buka api perlahan ye..
goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut... kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning..angkat... kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni..
Jumaat lepas dapat bungkusan. Sibuk Pak Sutan tanya apa tu apa tu. Sekalik bini dia bukak, terkejut dia. Sebab dia tak sangka plak bungkusan tuh ada bilis, udang kering n sotong kering. Zaman sekarang main order online aje...senang kan. Order , transfer n tunggu barang sampai.
Marliza la nih dia upload gamba dried food dari Sabah. Terus la Moon yg sangat mak mak ni terpikat, Perggg terpikat pada ikan bilis. Eh, ikan bilis goreng ngan bawang n cili padi sedap wo . Kena plak ngan nasik lembek sikit panas panas. Kalau makan time hujan lagi la sedap....ngan bilis rangup krup krap krup krap..pastuh tergigit plak cili padi...berair mata kejap kepedasan.
Nampak plak dia upload gamba lagi la teruja....hover angat kak moon neh kan
so harus la mak order
nak kuar gie kedai pun asyik tak sempat aje kan. So order saja
Ikan bilis mata biru
1 kg rm 60
Half kg rm 32
Sotong kering 200 grams rm 20 400 grams rm 35
Udang kering 1 kg rm 45 Half kg rm 23
Ada banyak lagi...korang tgk kat album dia je la ek. Akak share ngan korang je.
hahahha blog nih dah jadi blog macam2....sesuai ngan mak mak. Kejap kain langsir kejap ikan bilis. Baru la nama nya blog serbaguna. Betol tak auw auw awu
Kak Moon berjaya memenangi 1 jam Shieldz. Masa memula tgk Facebook page dia org akak dah excited dah sebab sapa sangka ada n wujudnya benda yg kita boleh pakai utk monitor anak anak kita dan yg terbaiknya sebab kita boleh tahu mana lokasi mereka. SO bila ada jam cam ni ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan pada kita betol tak.
akak menang jam nih satu u olssssss
Fungsi Jam Shieldz ni
- Track lokasi mengunakan GPS - Boleh call masuk dan call keluar
- Buat panggilan kecemasan SOS pada nombor yg kita setkan
- Ibu bapa boleh control secara remotely
- Shieldz Fence ni macam kita set berapa jauh anak kita boleh pergi. Kalau melebihi kawasan kita akan dalam alert di phone
- Anti Lost sebab kita boleh jejaki balik jam tuh
- Pedometer utk tahu berapa banyak calori n berapa step kita jalan
- Health monitor
- Low Batery alert...notofication akan dihantar pada phone
- Remote Shutdown. ....hanya ibu bapa je boleh off kan jam ni melalui phone ibu bapa
- Route record, boleh tahu perjalanan anak kita...mana dia pergi
Yer la sekarang nih plak macam macam kes. Setiap kali tgk org share kes culik ke apa rasa cam nak gugur jantung ni. Kadang tuh takut nak bukak n baca.
Moga anak anak kita selalu dalam lindunganNya
Ok sambung pasal jam ni. Moon dapat jam ni last week....excited la sangat dapat hahahahha sebab Moon dah tgk video macam mana jam ni berfungsi.
So masa tuh dah tekad dah kena beli jugak walaupun 1 utk anak anak. Incase kita keluar jalan jalan kan....boleh la pakai kan kat anak.
Sangat menarik bukan. Masa mula mula moon tgk pun Moon dah berkenan sangat sangat. Siap msg n tunjuk kat Pak Sutan lagi
Masa ni baru dpt. Shieldz Malaysia poskan terus pada Moon. Gigih hokey bukak n charge. Ada usb semua utk charge.
So apa yg kita perlu buat adalah utk activate kan jam ni
Jam ni memerlukan simcard. Yer la utk dia mampu menerima n membuat panggilan.Simcard juga perlu mempunyai data utk tujuan GPS n tracking.
Kebetulan Moon ada 2 simcard dalam phone. So amik je 1 utk letak dalam phone ni. Utk kerja2 pasang ni mmg tenderkan pada Pak Sutan hahahah. Lepas tuh kita org berdua cam jakun jap test merata rata kat opis. Yer la in order utk ajar anak pandai pakai, mak bapak kenalah test n pakar dulu betol tak? hahahha alasan sangat, padahal both of us pun excited sangat hahahha.
Nanti kita akan dapat buku panduan macam mana nak activate kan jam ni. So semua tuh perlu di buat pada handphone penjaga. Jadi Moon test dalam phone Moon. Scan je QR code dalam manual tuh n install je.
Senang saja....kena masukkan nom phone 1 n 2. So harus la masukkan nom Moon n Pak Sutan. Lepas tuh ada lagi 10 nom lain yg kita boleh masukkan. So incase tak dapat call mak bapak ada nom lain yg anak anak kita boleh call.
Bila tekan Map, kita boleh nampak mana lokasi. Semalam test ngan Pak Sutan....siap boleh tahu alamat lagi ...wah hebat sangat. Pastuh boleh main call call la yg paling best. Bunyi clear sangat ....wah bertambah kagums hokey. Kalau mak pak pun dah teruja cam ni...bebudak lagi la kan.
Kalau incase lupa letak jam kat mana dalam umah ....kita boleh call jam. Canggih betol ..Moon biasa buat gurauan kalau lupa letak jam n puas cari tak jumpa jumpa ....misti Moon akan cakap
Ala ...cer miss call jam tuh
sekalik............ada jam yg kita boleh miss call...hahahhahahah bila kita tekan locate device terus jam tuh bunyi cam jam loceng. wahhhhhhhh.
Kalau bateri jam dah lemah atau jam di tanggalkan, ibu bapa akan dapat notification.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la ke Facebook SHIELDZ MALAYSIA