Showing posts sorted by date for query frozen. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query frozen. Sort by relevance Show all posts

Monday, November 23, 2015

Pementasan Teater Muzikal Amal Kanak-kanak “Jasa Putera”

Hari tu Liza Masrina aka Jija tanya sama ada nak tak join tgk teater kanak kanak. Moon pun apa lagi ...terus setuju je hahah sebab budak2 nih pun tak pernah tgk lagi teater. Last tgk ala ala teater tuh pun masa pergi Hong Kong dulu ...tuh pun dah bertahun.


Teater nih pun dekat aje...kat UM sana je. So mmg tak susah la nak pergi kan. Janji jumpa ngan Jija kat UM saja. Jija nih la yg kait topi utk Sarah n buat baju Frozen utk Yaya

SINOPSIS MUZIKAL ‘JASA PUTERA’ ( credit to their FB Page)
Mengenai seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Beliau disayangi oleh semua rakyat jelata, kerana sikapnya yang tidak membeza-bezakan antara kerabat istana dan rakyat kebanyakan. Putera Izzuddin mempunyai sahabat karib iaitu, Haikal, Kamal, Sharmila,,Lily dan Alissa 

Pada hari Ulang tahun yang kedua belas Putera Iskandar telah mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada ayahandanya tetapi Putera tidak gembira dengan hadiah yang dianugerahkan oleh Sultan. Hadiah yang di perolehi itu membuatkan dia mesti berpisah dengan sahabat- sahabat beliau yang sudah dianggapnya seperti saudara sendiri. Sultan tetap juga berkeras dengan keputusannya untuk menghantar Putera Iskandar belajar ke luar negara . Putera sangat kecewa.

Sultan berpendapat bahawa Putera harus mendapat pendidikan Bahasa Inggeris di luar negara. Ini di sokong kuat oleh Penasihat Sultan. Titah sultan adalah muktamad.

Untuk tidak mengecewakan Sultan, Putera Iskandar merayu kepada Sultan agar membawa pakar-pakar dari Barat . Perjanjian antara Sultan dan Putera Iskandar di tetapkan di mana dalam tempoh enam bulan Putera mesti menggilap ilmu supaya menjadi permata yang bersinar.

Kelas pembelajaran Bahasa Inggeris bermula dan Putera tidak melupakan sahabat karibnya dan rakyat jelata untuk belajar bersama. Selepas enam bulan berlalu….

Berjayakan Putera membuktikan………atau Putera terpaksa berangkat keluar negara?

Jom kita saksikan...


pementasan di buat kat Dewan Tunku Canselor UM

 Cik Ara n Cik Maryam...2 amoi yg rambut panjang tutup mata ekkeke


with kids n with Jija....tq dear sebab ajak Moon join tgk teater ni








Mmg best teater nih 

Abg Isk duk tersipu malu bila nama dia di sebut2....hahah padahal mmg watak tuh nama Putera Iskandar,,,hishhhh Isk plak yg perasan. Nasib baik la Raja tak bernama Sultan Mahmood...kalau tak ngan daddy dia skalik pun perasan hahahha

Budak2 yg berlakon teater Jasa Putera nih amat berbakat n pandai berlakon. Menyanyi pun sedap....hebat la dia org. 

Dalam masa yg sama ada juga dia org selitkan pembelajaran bahasa Inggeris ...wow tak sangka sangka. In between ada nyanyian semua...so kids mmg enjoy sangat . 

Saya bagi 5 bintang...sebab bukan kids je suka...mak mak pun suka. Teater nih ada banyak nilai2 murni.



picture taken from Jasa Putera Facebook Page

Kalau ada lagi pementasan macam ni ...Moon misti akan bawak budak2 dtg ...


Thursday, June 04, 2015

Rawatan Terapi Pelangsingan Badan & Kecantikan di Mayfair


 Badan skrg bagai di pam pam yer . Walaupun still BF n sepanjang hari sibuk , akak still tak kurus kurus yer . Baru2 nih naik penimbang ....nak pitam la rasanya . Sebab penimbang kat umah tuh dah lama habis bateri . Baru baru nih baru Pak Sutan letak bateri ....so pijak je penimbang terus rasa nak cabut balik bateri penimbang tuh . Berat hokeyyyy sama berat cam nak beranakkan Sara ...huk huk terus pukul mulut sendiri laju laju sebab asek makan je kan .

So bila berpeluang ke Mayfair harus la Moon jadi excited giler . Terus lompat bintang 20 kali hooorayyy .  Lagi pun Moon mmg tak pernah pun masuk tempat2 cam nih so mmg perasaan teruja tu mmg lebih la .



Appointment Moon pukul 2 ptg . Tapi sebelum pukul 2 dah ada kat situ . Nampak sangat keterujaan nya tu kan . So yg Moon pergi nih adalah di Mayfair , Pavillion Bukit Bintang KL . Naik ke lvl 7 ...so kat atas sana mmg utk kecantikkan je n nama dia adalah Beuty Hall . Lawa la sangat kat atas nih . Macam masuk dalam hotel je .

 Pak Sutan pun teman kan Moon . Treatment yg Moon akan buat tuh akan amik masa dalam 3 jam . So dia pun volunteer diri pergi tgk wayang sementara tunggu Moon siap . Dia mmg suh Moon enjoy je relax masa treatment . Tq daddy  sebab sangat memahami muehehhehe

So utk appointment hari nih kita buat rawatan badan n muka ...auw




Mula mula kena la isi borang dulu . Maklumat diri n apa yg kita paling risau kat badan kita ...mcm tang perut ke ...peha ke cam tuh . Lepas dah isi semua tuh , kita akan di timbang berat ...part nih la yg memalukan ..tapi apa nak malu kan . Org Mayfair kata , jgn malu . Semua yg dtg sini mmg nak jadi cantik kan ...terus rasa confident up balik hiksssss .

 gigih mengisi borang hahahhaha

 di beri minum teh bunga dulu

 kebetulan masa nih mmg tgh ada problem kat skin . Semer yg tepi muka yg tertutup kat tepi tudung ...mebi sebab peluh maka cepat naik kat area nih .

Utk analisa kulit muka pulak , dia akan letak kamera di kulit kita n terus keadaan kulit muka tuh kuar kat screen . Alamak , tu kulit muka ai ke . Euww teruk nya . Dia kata kulit Moon sangat kering . Bila sangat kering la kulit akan hasilkan lebih minyak . So sebab minyak berlebihan tuh la akan menyebab kan jerawat . So dia advice utk lebih banyak minum air n moisturize kan kulit n pakai gel atau water base moisturizer . Baik la ...saya akan lebih tekun utk menjaga kulit wajah . Bila dah umur meningkat mmg kena lebih sket la jaga kulit wajah kan . So dia cadangkan utk buat Perfect Skin 1 .


 So selepas tuh kita akan jumpa Consultant plak . Dia akan analisa badan n kulit muka . Sebab kita nak buat rawatan muka jugak kan . So memula dia akan pegang lemak2 di badan nih . So my biggest concern harus la tang perut nih . Due to pregnancy , mmg tang perut akan ada extra skin . So dia kata , dia akan fokus on perut utk slimming punya treatment .


So lepas dah jumpa consultant ...terus pergi simpan barang . Ruang simpan brg pun besar ...simpan kasut semer . So terus di bawa masuk bilik treatment ...so yg akan handle Moon nih nama dia Elsa .

Terus berkumandang lagu Frozen dlm kepala...let it go ...let it go ...

Yer ...i will let go of all my lemak lemak nih ...ada sapa sapa kurang lemak ? Nak tak ai bagi lemak ai neh percuma hahahahah

 Elsa suh salin baju dulu ...semer dia org sediakan yer . So simpan la semer baju korang dlm almari kat dalam tuh ya

ok ... dah nak mula treatment k .

Memula dia start dengan Slim Master n Heat Circulation treatment . Mayfair Bodyline gunakan mesin yang warna merah tuh . Mesin tu ada electron stumulation yg akan menghancurkan lemak . Memula tuh Elsa buat sebelah perut je . Selesai je , dia suruh tgk perbezaan ...mmg berbeza yer . Sebab sebelah perut n pinggang yg di rawat lagi kecik n terbentuk  .

Masa tuh boleh  dengar bunyi la nyik nyik nyikkk kat telinga kita ....hahahha siap Moon tanya kat Elsa tuh ...eh u ada dengar tak

I tak dgr ...ni u je dengar

Slim Master session plak adalah intensive ulta-sound yg akan generate micro-bubble yg akan bantu hapuskan lemak jugaks . Kemudian akan di serap badan n akan di keluarkan dr badan ...ia jugak bantu decompose the fatty acid menjadi tenaga


  

strap tuh la akan di lekatkan pada badan ..kat peha n perut semer . Dia akan rasa denyut2 kat muscle semer 

 Kemudian pergi je berdiri atas VKT  (Vibration Kinetic Therapy) tu untuk 10 minit . Mmg bergegar 1 badan wooo  . ..mengikut Elsa , 10 min atas VKT mampu membakar 500 kalori ...tuh bersamaan ngan 2 jam main tenis

Selesai tuh ...kita teruskan pada CLA Chilli Slimming . Masa nih krim akan di sapu kan keseluruh badan kemudian di balut dengan platik . Dah macam mumia dah aku rasa ...kemudian baring n duduk bawah heat blanket . Elsa siap suh tido .

Macam mana mau tido sebab tetiba Moon berpeluh sangat sangat sampai basah kepala n muka semua . Tetiba rasa lama plak ...padahal kejap je pun . tapi dlm hati ...bagus la panas cam nih biar cepat cair lemak aku hahah .

Habis je waktu Elsa dtg cek n dia siap tgk berapa banyak peluh yg kuar ...and she said very good . Mana tak good nyer mmg basah macam lepas mandi ...

Then pergi la mandi . Kat dalam center nih siap ada tandas n bilik air yang sangat selesa . Cream chilli tuh tak la panas sangat mebi sebab heat blanket tu lagi hangat kot ...tapi lepas mandi mmg segar sangat rasa badan .

So bila dah setel badan ....peluh pun dah kuar semua . Maka di teruskan ngan facial plak utk sejam ...huahua bahagia nya.

Masa facial nih sangat best sebab siap ley lena lagi .

 Untuk perfect skin 1 nih memula dia akan buat double cleansing , kemudian steamkan muka utk bagi lembut semua ..kemudian dia akan buat extraction atau buang semer black head .

Kemudian Intensive Cell Lift digunakan . Masa nih satu roda besi di guna utk urut muka . Ia akan merampingkan muka n menggalakkan muka utk menghasilkan collegen dan menegangkan kulit . Sekaligus mengurangkan garis garis halus dan kedutan

Kemudian pakai face n eye mask . Last sekali muka di sapu dengan pelembab n sunblock

 rasa lega sangat ...now i know kenapa org suka datang utk sessi pampering n treatment macam nih . Sebab mmg syiok sangat
Tuh la Elsa yg sangat sporting n baik sangat . Buat treatment pun sangat lemah lembut . On my left plak adalah Cherrie yg beri consultation n juga sale manager kat sini






Korang tahu tak pasal rancangan realiti Impian anggun yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair yg selalu di tayangkan kat TV? Impian Anggun ni menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008.
 
Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu para wanita di luar sana untuk  mengembalikan keyakinan diri  dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit .

Korang boleh layari FB n laman web Impian Anggun k  .

Sapa nak dapat rawatan dari Mayfair jugak ...sila angkat tangan . Sebab korang berpeluang untuk menikmati pakej hebat dari Mayfair dan Impian Anggun ni . 10 org yg pembaca bertuah akan dapat customised treatment . 

Apa korang perlu buat ?


PERTAMA : follow FB Impian Anggun 






KEDUA : Nyatakan sebab kenapa korang nak dapat treatment percuma nih di dalam ruangan comment .

"Saya nak sessi rawatan dari Mayfair kerana..............................................................................."


KETIGA : korang kena comment sebelum 19 June 2015





Untuk bulan June 2015 , Mayfair tgh adakan promosi



Friday, March 06, 2015

Koperasi Mummy

Hahhahah bunyi cam gempak je padahal koperasi kecik la sangat . Barang2 alat tulis stok dalam box kotak kasut je

Masa zaman Isk dulu mmg asyik hilang je manjang alat alat tulis nyer . Mmg hampir setiap hari la kena ganti pencil dalam pencil box . Bukan sekolah pagi je yang hilang nya , sekolah petang pun sama . Macam2 alasan la yg kuar bila tanya mana pensil pensil tu semer

kawan pinjam tak pulangkan

tadik ada eh mana plak

kawan tak der pensil so isk bagi kawan la

tu belum masuk pemadam ...pembaris ...gunting n gam lagi . Mmg kije asek cek pencil box anak je . So sebab skrg dah 2 org pegi sekolah . Mummy dah tak nak pisang berbuah 2 kali ..maka kali nih mummy perkenalkan sistem sapa hilangkan dia kena bertanggungjawab ....biar tahu sayang barang sket .

Sapa hilangkan kena beli dari stok mummy . Nasib la banyak mana hilang , sendiri mau ingat .


Ni bukan la nak amik untung atau berkira ngan anak but they have to learn dan tahu macam mana utk jaga harta benda . Sebab tiap kali dia org hilangkan ia menunjukkan dia org cuai dan tak sayang barang and at the same time membazir sebab asyik nak kena ganti je ...

So Moon punya la panjang bagi ceramah n taklimat kat Isk n Yaya .

Selepas perkenalkan sistem ni terus dah makin berkurang kejadian barang barang hilang ....walaupun kadang dia org beli tuh pun dari duit mummy dia bagi jugak .

Tapi tak kesah la atleast dia org tahu ...kalau aku tak hilangkan barang n tak perlu bayar...boleh simpan duit dlm tabung . Tapi ni sebab kena ganti maka berkurangla duit

Kadang kalau dia org behave n bantu ngan house chores moon akan bagi upah sket ...so kadang duit yg bagi tuh ajak pegi kedai 2 hengget . Kemain happy la dia org . Masuk kedai 2 ringgit pun bahagia yg amats . Yer la kalau minggu tuh dapat extra RM 10 , masuk kedai 2 ringgit ley beli 5 barang . Mau nya tak happy bebudak nih . Kadang benda2 yg murah n simple pun dah cukup membahagiakan bebudak nih . Hhahahha sebenarnya Moon pun suka masuk kedai RM 2 hahahahhaha .

Tapi lepas nih koperasi kotak kasut mummy kena upgrade sket sebab ada budak tuh , duit baki dari sekolah dia belanja pergi beli sticker kat kedai buku sekolah . Sapa lagi ....cik Yaya laaaaaaaaaa

Jaga la ...nanti koperasi kotak kasut mummy akan jual buku notebook kecik frozen ...pencil kaler ....sticker n manik manik semer hahahhahaha ( tetiba tuan koperasi over excited plak )

Wednesday, September 03, 2014

Random pic

Ni acara last week kot rasanya ...penghujung Syawal .  Masa ustadz tuh doakan utk Palestin berkaca je mata semer org sebab dia pun sebak ...apa lagi menitik2 air mata sensorang

masa nih semer duk bergamba ngan Heliza Helmi . Alahai comey sungguh la dia ...kecik kiut miut tapi suara besar . Heliza share jugaks pengalaman dia ke Gaza n melihat anak anak di sana . Masa Heliza bgtau , masa dia org jejakkan kaki ke bumi Palestin dia org rasa tenang sangat sangat . Allah campakkan ketenangan dlm hati masing masing walaupun tapak itu adalah tapak peperangan . Masyaallah

Bila dia nampak budak budak nak pegi sekolah dia tanya . Kenapa ke sekolah skrg kan tengah perang ...kesian ...tapi anak anak nih ckp jgn kesian pada kami ..kami nak pergi mencari ilmu supaya kami boley berilmu dan berjuang demi Allah .

kuat betol anak anak nih


Yg nih plak duk berator ....berator amik makanan hahahhah dan Moon adalah org yg last skalik ekekekek ....barisan lelaki pendek je ..barisan pompuan kemain bersimpang siur .

Pastuh ada plak sessi gotong royong kat opis ..lepas gotong royong ada makan hahahah ...tq jemput kita org join mkn skalik 

  
mmg banyak makanan ...so merasa la serba sikit ( ley caya ke serba sikit tuh muahahah )
  
rendang ayam kampung Kak Lina yg sangat sedap

 roti jala ada ...lomang pun ada ...alamaks terus rasa lapa

Laksa yg sedap ...mkn sampai nanges2 sebab tergeget cili ....sandwich Kak Ram mmg tervaek ...sandwich 5 tingkat . Sempat interview kak Ram tanya cam na buat ...atas sekalik sardin , mayo telo , mayo salad , mayo carrot and last mayo timun ...mmg sedap ...

ok lap air liur semer ......

 Hari nih bos bos besar dtg opis ....hu hu ....see those kemah semer . Yup ada mkn hari nih ...

terus gosok2 perut ....haiiii perut aci tak mkn tapi nko stay cam tuh je statik tak buncit ke hapa muahahahah

dan for the first time in forever ( sila nyanyi ikut tune citer frozen ) dalam lift neh ada red carpet ....sebab bos besar is coming ...hu hu ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...