Monday, November 23, 2015

Pementasan Teater Muzikal Amal Kanak-kanak “Jasa Putera”

Hari tu Liza Masrina aka Jija tanya sama ada nak tak join tgk teater kanak kanak. Moon pun apa lagi ...terus setuju je hahah sebab budak2 nih pun tak pernah tgk lagi teater. Last tgk ala ala teater tuh pun masa pergi Hong Kong dulu ...tuh pun dah bertahun.


Teater nih pun dekat aje...kat UM sana je. So mmg tak susah la nak pergi kan. Janji jumpa ngan Jija kat UM saja. Jija nih la yg kait topi utk Sarah n buat baju Frozen utk Yaya

SINOPSIS MUZIKAL ‘JASA PUTERA’ ( credit to their FB Page)
Mengenai seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Beliau disayangi oleh semua rakyat jelata, kerana sikapnya yang tidak membeza-bezakan antara kerabat istana dan rakyat kebanyakan. Putera Izzuddin mempunyai sahabat karib iaitu, Haikal, Kamal, Sharmila,,Lily dan Alissa 

Pada hari Ulang tahun yang kedua belas Putera Iskandar telah mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada ayahandanya tetapi Putera tidak gembira dengan hadiah yang dianugerahkan oleh Sultan. Hadiah yang di perolehi itu membuatkan dia mesti berpisah dengan sahabat- sahabat beliau yang sudah dianggapnya seperti saudara sendiri. Sultan tetap juga berkeras dengan keputusannya untuk menghantar Putera Iskandar belajar ke luar negara . Putera sangat kecewa.

Sultan berpendapat bahawa Putera harus mendapat pendidikan Bahasa Inggeris di luar negara. Ini di sokong kuat oleh Penasihat Sultan. Titah sultan adalah muktamad.

Untuk tidak mengecewakan Sultan, Putera Iskandar merayu kepada Sultan agar membawa pakar-pakar dari Barat . Perjanjian antara Sultan dan Putera Iskandar di tetapkan di mana dalam tempoh enam bulan Putera mesti menggilap ilmu supaya menjadi permata yang bersinar.

Kelas pembelajaran Bahasa Inggeris bermula dan Putera tidak melupakan sahabat karibnya dan rakyat jelata untuk belajar bersama. Selepas enam bulan berlalu….

Berjayakan Putera membuktikan………atau Putera terpaksa berangkat keluar negara?

Jom kita saksikan...


pementasan di buat kat Dewan Tunku Canselor UM

 Cik Ara n Cik Maryam...2 amoi yg rambut panjang tutup mata ekkeke


with kids n with Jija....tq dear sebab ajak Moon join tgk teater ni








Mmg best teater nih 

Abg Isk duk tersipu malu bila nama dia di sebut2....hahah padahal mmg watak tuh nama Putera Iskandar,,,hishhhh Isk plak yg perasan. Nasib baik la Raja tak bernama Sultan Mahmood...kalau tak ngan daddy dia skalik pun perasan hahahha

Budak2 yg berlakon teater Jasa Putera nih amat berbakat n pandai berlakon. Menyanyi pun sedap....hebat la dia org. 

Dalam masa yg sama ada juga dia org selitkan pembelajaran bahasa Inggeris ...wow tak sangka sangka. In between ada nyanyian semua...so kids mmg enjoy sangat . 

Saya bagi 5 bintang...sebab bukan kids je suka...mak mak pun suka. Teater nih ada banyak nilai2 murni.



picture taken from Jasa Putera Facebook Page

Kalau ada lagi pementasan macam ni ...Moon misti akan bawak budak2 dtg ...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...