Sebelum cuti sekolah hari tu, sekolah Isk ada jemput Ustadz Don dan topik yg dibincangkan adalah mengenai Wakaf. Ustaz Don juga merupakan icon wakaf.
Rupanya Wakaf ni sangat besar dan banyak hikmahnya.
Si Isk plak duk sibuk kata
Ni Ustadz Don bagi ceramah 30 minit je tau
Napa 30 min plak
Yer la 30 minit bersama Ustaz Don
hahahhaha. Bagus sangat pihak sekolah anjurkan acara seperti ni. Malam tuh kami semua pergi. Sarah letak kat nerseri kejap...so bawak Isk n Yaya je. Mmg penuh org dtg malam tuh dan sangat meriah
Banyak penerangan mengenai wakaf. Dia pun bgtau apa beza sedekah ngan wakaf. Wakaf ni , kita akan dapat pahala selagi mana barang yg kita wakafkan itu digunakan.
Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala
wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah.
Pertama kalinya ada wakaf kapal terbang. Misti kita pun hairan kan...macam mana nak wakaf kapal terbang...bukannya kapal terbang tuh murah. Sebab tuh duit yg kita sumbangkan tuh kita niat utk wakaf kapal terbang. Kalap terbang tuh akan digunakan bagi org utk pergi Haji. Bayangkan betapa ramai umat Islam dapat nikmati wakaf ni. Malam tuh, dia org explain jugak pasal wakaf kapal terbang ni
Sedikit penerangan wakaf yg diambil dari Perbadanan Wakaf Selangor
Pengertian Wakaf
No comments:
Post a Comment