Thursday, November 26, 2015

Sri Intan Port Dickson

Ke PD lagi hahah sempena cuti Deepavali hari tuh. Pergi dekat dekat saja sebab senang hahahha. Call je Sri Intan PD tanya ada kosong tak. Rezeki budak2 ni sebab mmg ada kosong. So utk staff TM dapat harga muroh. Tapi tak la murah sangat, rasa dulu dulu  lagi murah. Takpa la zaman sekarang mana ada benda turun...semer naik naik naik. Tapi still affordable la utk apartment 2 bilik...sangat selesa.

Ajak Talib join sama tapi dia plak kije...tapi dia akan cuti keesokkan nya . Maknanya bila kita org cek out baru dia boleh cek in.

So kami dulu spend 3 hari 2 malam kat sini. Si Sarah la punya seronok. Last time masa dtg Moon tgh pregnantkan Sarah.


Tgk la si kecik tuh, semua drawer dia bukak. Lepas tuh berlari ke sana ke mari...




Kali ni dapat unit bawah. Ok la sket kan...senang nak lari ke kolam renang. Budak-budak nih mmg pantang nampak kolam. Kalau boleh time tuh jugak nak terjun. Bukak baju pun laju2...nasib tak koyak baju. Macam la kolam tuh boleh lari ( hahahha padahal mummy dia masa kecik pun macam nih jugaks la la la la la ) 



bila dah mandi manda harus la lapar kan. So jalan je kat tepi tepi tuh banyak kedai. Semua pun nak coconut shake. Pak Sutan cuba Lime Shake...sedap sangat, Rasa macam ice cream split tuh.

Malam semer tido lena sebab kepenatan hahha


Besoknya pergi cari breakfast. 

Yang best nya kat Sri Intan PD nih sebab semua ada keliling resort nih. Jalan sket dah jumpa pantai n jumpa kedai2. So mmg tak susah...semernya dalam walking distance aje .

Budak2 nak main basikal ke ...naik kuda ke ...semer ada kat tepi nih. Tambah plak ni public holiday, mmg meriah dan ada macam macam aktiviti



breakfast nasik lemak tepi pantai ...sambil tgk laut...pergggg syiok. Lepas tuh jalan balik ke bilik lalu kot pantai


Patutla pantai nih nampak bersih, sebab dah ada org sapu...bagus la kan. Tapi yg tak bagusnya pengunjung ni la suka tinggal sampah merata rata...jaga la kebersihan sket kan. Kalau anda mampu bawak nasik bawak pinggan mangkuk bagai....bawak la plastik sampah sekali utk bersihkan lepas piknik. Tak susah pun kan. Kalau semua ada kesedaran sivik, pasti pantai2 kita akan bersih.

Ni kadang pampers anak pun ada tepi pantai...adeh.



cam comey je Abd n adik. Masa ni Pak Sutan bawak Yaya balik sebab biasa la anak anak ni. Time makan la nak terberak...nak terkencing

Masa zaman Isk kecik lagi la. Tiap kali ke kedai makan je misti nak berak without fail . Sebab tuh kadang pilih jugak tempat nak makan...pilih jamban yg elok. Sebab kalau yg koto kita plak masaalah sket nak cuci kan.


 cuaca mmg cerah ...syukur Alhamdulillah dah tak ada jerebu


Si Sarah pun sama naik nak mandi pantai. Baru je lepas makan nasik lemak banyak. Skali dia tertelan air laut yg masin terus termuntah n kuar semer nasik tuh...aduiii . Ingat kan dia tak mo mandi dah. Sekali lagi seronok nak mandi. 



Bila dah panas ...kita gie sambung mandi kat kolam plak 


Talib, Baqis n Rafiq dah sampai...since boleh cek in at 2 pm maka mari la kita lepak2 dulu...kami cek out kol 12


 Sampai2 je dia dah melompat2 dah nak masuk kolam. So bagi la dia org mandi kolam di kala panas nih kan. Terus garing je sorang2

Kami lepak ngan Talib n Baqis pergi lunch semer...lepas tuh kita org balik umah. Dia org stay kat sana lagi la sebab mertua Talib pun join sama.

Balik tuh rasa macam rugi plak tak pergi cari ikan bakar ke apa ...terus Pak Sutan melencong ke Bagan Lalang. Puas hati makan kat Bagan lalang hahahha

  

Antara cust terawal..org baru je bukak kedai kami dah duduk dah kat kerusi hahahha. Order mcm biasa ikan pari bakar, sotong goreng, pahat sweet sour pecah telo..kerang bakar...apa lagi ek. Ha Nasik lemak kat Senandung Malam ni sedap. Sos kicap dia pun sedap..

Masuk kereta semer anak anak  tertido kekenyangan n kepenatan.

Percutian yg pendek n seronok ..n dekat hahah


Incase rakan rakan TM nak pergi just call nom ni k . Ada banyak lagi kat lain lain di sini tp yg nom Tanjung Bungah cam lain je. Sebab hari tuh kami pergi walk in n nom baru adalah 04-8995492

Sri Intan Resort Sdn Bhd
Phone No.
:
06 662 7262
Fax No.
:
06 662 7663
Office Hour
:
7.00 am – 10.00 pm (daily)
E-Mail
:

4 comments:

Saniah said...

part ada kolam renang tu yang saya suka,, tu point no satu kalau ajak anak2 tido luar,, thanks for the sharing kak,,^_^

Nieda Ramly said...

pernah tidur Sri Intan di LAngkawi

Unknown said...

Seronok tengok anak Puan enjoy Sri Intan. Saya dah baru bersara TM .Masa khidmat Telekom Malaysia kerap bawa anak anak ke Sri Intan semenjak 1996 lagi bermula Sri Intan di Langkawi.Teringin nak pergi ke PD sekali lagi.Rasa terkilan TM dah jual resort. Hj Salahuddin .Bangi.

Unknown said...

Seronok tengok anak Puan enjoy Sri Intan. Saya dah baru bersara TM .Masa khidmat Telekom Malaysia kerap bawa anak anak ke Sri Intan semenjak 1996 lagi bermula Sri Intan di Langkawi.Teringin nak pergi ke PD sekali lagi.Rasa terkilan TM dah jual resort. Hj Salahuddin .Bangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...