Showing posts sorted by relevance for query meminang. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query meminang. Sort by date Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Sejarah ringkas nabi junjugan kita

Sempena Maulidur Rasul besok ..meh kita sama sama lebih mengenali  Nabi kita iaitu
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."
 credit to Ahmad Sanusi Husain 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.


BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)


3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)


7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)


8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

 

Thursday, September 29, 2011

Pegi meminang anak dara

Tujuan utama balik Terengganu adalah sebab nak pegi memetik bunga di laman orang hahah tetiba mak jadi skema ...auww




Antara hantaran dr pihak lelaki utk pihak pompuan. Asal nya nak merisik tapi alang terus jadi tunang hahhaha . Masa semua org duk sibuk siap siap nak ke umah pompuan ...bebudak nih duk main kat rabbit
ok jom jom kita pegi ....pegi mandi cepatsssssss

ha si baju biru tew la adik Moon . Kami share tarikh lahir ...moon 30 jan 1980 and dia 30 jan 1982 ....so mmg dr kecik mmg arwah mak kalau sambut bday mmg kami sambut sama sama ...pandai my mom planning hahhaha ...
dah sampai dah rombongan hahahha

di sambut oleh keluarga pihak pompuan

sarong cincin

salam ngan bakal kakak ipa hahahha tetiba rasa tua plak bila adik dah tunang n nak kawen

kecik je yg tengah hahahhaha tak pa Fizah jgn takut tau ...kami nih nampak je besar tp baik hati tau hahahhah ( perasaaannnnnnnnnnn ...nyampahnya im so phattttttt padan muker mencekik lagi kannnnnn )

That is my Mak Chu ...my mom nyer adik bongsu . My Mom ada 4 beradik je and my Mom je yg besar cam kita org ...yg lain semer kecik2 je hahah

Insyaallah kalau ada jodoh tahun depan kiter berjumpa lagi dehhhh . Suka sangat tgk mata fizah ....so coklat . Tak yah nak bercontact lense pun hahhahah . Nih 1st time jumpa ngan Fizah nih ...misti dia takut tgk kakak Mat sorang neh . My sister yg Terengganu tew mmg dia duk slalu jumpa dah

Me with my beloved sister ( My sister muka mak n ai muka ayah ) ...the best sister ever . Masa mak meninggal dia form 5 ...dia lah yg jaga makan minum kami semer ...me and 2 lagi adik lelaki and alhamdulillah kami dapat abg ipa yg the best jugaks . Thanks kak e ...love u so much ...so Fizah ...sila tgk muker kami nih ...kami akan jadi kakak ipar paling best tauuuu hahahhahah peace yaalllll

adik lelaki Moon sorang agi tak der dalam gamba ....adik adik kemain besar ...abang ( belah kiri ) kemain kecik hahahhahah

Insyaallah langsung nya tahun depan dalam Mac ...so sapa sapa mak andam di Kuala Terengganu sila kasik ai u ols nyer contact kay muahahhahah tetibaaaaaaaaaaaaa nak sponsor pun vleyyyyyyyyyyy nanti bisa dapat liputan di Moon punya belog ( apa nko ingat nko artis ke nak sponsor2 ...hahahhah gulppppp)











Monday, May 04, 2009

my adik ipar dah tunang

Ringkasan je ek ...besok aii bagi berita sepenuhnya
Cuti yg panjang ...apa kita org buat ? Kami ke Pontian meminang anak dara org hahahah untuk en Talib . Congrats to Noorma n Talib . Selamat bertunang . Pasti idop terasa lebey manis kan skrg ekekekkeke .
* gambo di soluk dari facebook dia akakka sebab moon lupa bwak hard disk yg ada gambo nih . Size kecik sket .
Kami pegi serang umah norma ngan 6 buah kereta . Sah sah la kami dah 1 kereta since Isk dah kat depan n me n Yaya kat blakang . Adeh nak ke Pontian je tapi dekat 5 jam lebey jugers duk dalam kereta . Almaklumla ramai org nya jap jap berenti jap jap berenti . Sian juger pak drivernya ngantuk doww . Tambah plak berkonvoi ni kan .

Sangat cantek mama gubah sireh ..very sweet n sangat lawo ...aiii like . Cincin nyer pun lawo pandai kowang pilih , kecik je jari norma ..lepas jari kelingking akak je ha
sweet kan ...kicik je org nya kalau nak di compare kan ngan adik sutan yg giant itew . Kowang tgk sutan cam dah besar n tinggi kan ...adik dia lagi la tinggi darik dia hahhahaha . Berita sepenuh nya pada hari kejadian akan di ceritakan besok .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...