Nasi dagang ni yang penting adalah kuah dia...nasi pun penting juga.
Moon prefer nasi dagang putih yang Terengganu berbanding nasi dagang beras merah. Sebab bila beras merah tuh dia ada rasa cam hampas padi sket. Sebenarnya ok je . Tapi banding putih and merah, Moon suka putih.
Ni sebenarnya dah lama try kedai nih. Tapi ni baru teringat nak up kat blog. Hari tu Moon upload kat IG and FB saja.
Asalnya plan plan nak breakfast kat Puffy Buffy ( roti canai pakcik tu sedap, apam balik pun sedap ) . Sebab masih awal kan...so masa lalu tuh nampak plak kedai MAKANG ni. Apa lagi terus korner masuk parking hahahha . Keluar je kereta, bau yg familiar menusuk hidung ...bau nasi dagang wey. Terus decide breakfast kat MAKANG ni
tuh...nampok je perkataan MAKANG tuh terus berenti. Dok tengok blakang doh ...kiranya nih first time la akak dtg makang sining. Nok test gop sedak ke dop
Kedai penuh hokey ....nampak ramai org duk makan . So Pak Sutan cop meja kat luar dulu n Moon masuk dlm order laaaaaaaaa
nampok dop nasik dagang sebesen tuh ....hahahahha .
Nasi Dagang
Nasi Lemak
Nasi Minyak
Tuh standard breakfast kat Ganung. Pagi pagi makang berat doh. Macam nok gie kerja kat sawah kekdahnya hahahhahaha . Tapi ni very the standard la ....lunch makang nasik plop
Orang belakang Moon pun order 'nasik lemok ser, nasik lemok ikang ader dok ' ....sah mmg org Ganung jugop yg mari cari kedai makanan Terengganu
Moon amik nasik dagang kuah lebih . Kena ada cili baru la berapi bila makan. Kenyek cili tuh sekali ngan nasik dan kuah ...pergggggggg sedapppppppp . Baru la makan sambil lap hidung hahahha sedap tahap neleh air hidung hahahhaha . Menitik peluh kat belakang leher bagai ....
Pak Sutan nak makan nasi dagang jugak. Tapi ikan dah habis...maka dia amik nasik minyak. Nasi minyak pun sedap.
Memang sah tukang masak org Ganu ni. Payah hokey nak jumpa nasik dagang yg sedap . Kebanyakkan nye semua kuah kuning yg cair tuh. Yang rasa rempah n manis manis susah sket .
Akak bagi nasi dagang ni 4.5 dari 5 bintang. Kalau tak mmg dapat 5 dah....tapi ikan yg akak dapat tuh tak beberapa sedap . Mungkin ikan mati air ( rebus asing n masuk dlm kuah ) di letak dlm kuah. So tak sempat meresap rasa kuah dlm ikan tuh. Mebi sebab org ramai kan...so tuh je cara cepat nak top up ikan. But still still sedap hampir nak menjilat kertas coklat tuh hahahhaha .
Bila pegang je senduk kuah masa nak cedok kuah tuh....dah nampak dah pekat n merah molek je kuah....ngan cili berenang renang . Perggggggggggg terus rasa nok gie makan nasik dagang skrg nih
Nasi minyok superb ...5 bintang
Sapa nok terai boleh la gie cuba. Cari je Bank Islam Cyberjaya. Kedai MAKANG ni betul2 kat belakang Bank Islam tu.
Mmg puas hati .
Moon makan nasi dagang n teh o ais kena RM 7
ok latew...ni Cyberjaya kan........nila dah kerja hampir 12 tahun kat Cyberjaya ni, apa je kedai yg best mmg kita org akan try la . Tapi skrg ni terlalu banyak plak ...so kita filter, mana senang parking kita pergi. Hahhahaha
Yeyyyyyyyyyy Cyberjaya ada port makan best lagi. Nasi Dagang kedai MAKANG, mung tunggu aku datang plop besok besok ni
p/s : tak sure plak waktu operasi dari pukul berapa ke pukul berapa. Hari tu tak sempat nak tanya...Moon pergi waktu pagi. Kalau kita terserempak kat sini sila la lambai ngan sudu yer ...hahahah
Baru jumpa FB dia org : Restoran Makang
nk tanye camane nk buat Nasi Dagang Trg? TQ... ^_^