Showing posts sorted by date for query nasik dagang. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query nasik dagang. Sort by relevance Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Nasi Dagang di Cyberjaya

Kalau sesiapa yg follow blog Moon mmg sure akan tahu yang Moon ni mmg hantu nasi dagang dan , mmg selalu juga masak nasi dagang. Sebab kalau ada buat makan makan ke apa, memang menu utama adalah nasi dagang hahahha.

Nasi dagang ni yang penting adalah kuah dia...nasi pun penting juga.

Moon prefer nasi dagang putih yang Terengganu berbanding nasi dagang beras merah. Sebab bila beras merah tuh dia ada rasa cam hampas padi sket. Sebenarnya ok je . Tapi banding putih and merah, Moon suka putih.

Ni sebenarnya dah lama try kedai nih. Tapi ni baru teringat nak up kat blog. Hari tu Moon upload kat IG and FB saja.

Asalnya plan plan nak breakfast kat Puffy Buffy ( roti canai pakcik tu sedap, apam balik pun sedap ) . Sebab masih awal kan...so masa lalu tuh nampak plak kedai MAKANG ni. Apa lagi terus korner masuk parking hahahha . Keluar je kereta, bau yg familiar menusuk hidung ...bau nasi dagang wey. Terus decide breakfast kat MAKANG ni

 tuh...nampok je perkataan MAKANG tuh terus berenti. Dok tengok blakang doh ...kiranya nih first time la akak dtg makang sining. Nok test gop sedak ke dop

 Kedai penuh hokey ....nampak ramai org duk makan . So Pak Sutan cop meja kat luar dulu n Moon masuk dlm order laaaaaaaaa

nampok dop nasik dagang sebesen tuh ....hahahahha .

Nasi Dagang
Nasi Lemak
Nasi Minyak

Tuh standard breakfast kat Ganung. Pagi pagi makang berat doh. Macam nok gie kerja kat sawah kekdahnya hahahhahaha . Tapi ni very the standard la ....lunch makang nasik plop

Orang belakang Moon pun order 'nasik lemok ser, nasik lemok ikang ader dok ' ....sah mmg org Ganung jugop yg mari cari kedai makanan Terengganu




Moon amik nasik dagang kuah lebih . Kena ada cili baru la berapi bila makan. Kenyek cili tuh sekali ngan nasik dan kuah ...pergggggggg sedapppppppp .  Baru la makan sambil lap hidung hahahha sedap tahap neleh air hidung hahahhaha . Menitik peluh kat belakang leher bagai ....

Pak Sutan nak makan nasi dagang jugak. Tapi ikan dah habis...maka dia amik nasik minyak. Nasi minyak pun sedap. 

Memang sah tukang masak org Ganu ni. Payah hokey nak jumpa nasik dagang yg sedap . Kebanyakkan nye semua kuah kuning yg cair tuh. Yang rasa rempah n manis manis susah sket . 

Akak bagi nasi dagang ni 4.5  dari 5 bintang. Kalau tak mmg dapat 5 dah....tapi ikan yg akak dapat tuh tak beberapa sedap . Mungkin ikan mati air (  rebus asing n masuk dlm kuah ) di letak dlm kuah. So tak sempat meresap rasa kuah dlm ikan tuh. Mebi sebab org ramai kan...so tuh je cara cepat nak top up ikan. But still still sedap hampir nak menjilat kertas coklat tuh hahahhaha . 

Bila pegang je senduk kuah masa nak cedok kuah tuh....dah nampak dah pekat n merah molek je kuah....ngan cili berenang renang . Perggggggggggg terus rasa nok gie makan nasik dagang skrg nih

Nasi minyok superb ...5 bintang

Sapa nok terai boleh la gie cuba. Cari je Bank Islam Cyberjaya. Kedai MAKANG ni betul2 kat belakang Bank Islam tu. 

Mmg puas hati . 

Moon makan nasi dagang n teh o ais kena RM 7 

ok latew...ni Cyberjaya kan........nila dah kerja hampir 12 tahun kat Cyberjaya ni, apa je kedai yg best mmg kita org akan try la . Tapi skrg ni terlalu banyak plak ...so kita filter, mana senang parking kita pergi. Hahhahaha 

Yeyyyyyyyyyy Cyberjaya ada port makan best lagi. Nasi Dagang kedai MAKANG, mung tunggu aku datang plop besok besok ni

p/s : tak sure plak waktu operasi dari pukul berapa ke pukul berapa. Hari tu tak sempat nak tanya...Moon pergi waktu pagi. Kalau kita terserempak kat sini sila la lambai ngan sudu yer ...hahahah


Baru jumpa FB dia org  : Restoran Makang

Friday, March 11, 2016

weekend lepas

dah nak masuk weekend lain baru teringat tak post apa apa pasal weekend lepas hahahha. Sebab ahad mlm tu mmg dah flat n demam sampai la selasa. Rabu plak kena g meeting...walaupun kepala punya la pening tapi tahan jugak la kan. Dengan suara yg serak serak basah hahahha.

Sebenarnya Ahad hari tuh ada buat makan makan sikit. Adik Moon yg lelaki tuh nak kawen. Dah merisik bulan 2 hari tu . Tapi terus kira tunang terus la. Mula mula masa adik bgtau dia nak kawen cam terkejut jugak sebab dia ni la yg slalu buat kakak dia pening kepala

Dari zaman sekolah lagi dia ni mmg nakal skit. Kakak dia ni la yg selalu pergi pejabat sekolah jumpa cikgu la. Macam macam  la ...ngan kes panjat pagar  sekolah la ..kes hisap rokok kat tangga la. Semuanya sebab ikut kawan punya pasal. Memang menguji kesabaran betul. Belum lagi part dia main phone umah main call sapa ntah sampai bil tepon dekat seribu. Berbulan jugak la nak bayar bil tepon. Tapi dalam nakal nakal dia tuh tak pernah la dia kurang ajar ke apa. Kena marah ke kena bantai ngan getah paip pun dia diam je. Rupanya payah hokey nak besarkan budak lelaki ni.

so bila dia dah start berkawan ngan 'si dia' nampak dia makin ok. Dah kenal erti tanggungjawab n etc . Mmg nampak banyak perbezaan dia. Syukur sangat sangat. Dalam nak marah marahh tuh still jugak ada rasa sayang kan. Yerlah.. arwah mak meninggal masa dia umor setahun lebih. Masa masih duk menyusu badan. Lepas tuh mmg life dia sedikit kesian....n tukar2 tangan semua. Kalau nak kenang mmg sedih sket. So bila dia dapat kenal ngan org yg baik baik ni memang rasa lega sangat . Semua ni kan part of perjalanan hidup masing2 kan.

Tak sangka family perempuan pun baik yg amat. Masa dia bgtau suh pergi jumpa family perempuan, Moon marah jugak sebab dia baru kerja kot. Kerja sebelum ni macam macam masalah . Ngan org tak bayar gaji la...lepas tuh rekemen kerja lain dia plak tak suka...lepas tuh tanam anggur pun lama. Mmg slalu la si kakak kakak ni membebel. Risau jugak apa nak ckp ngan family perempuan semua kan.

So masa pergi nak merisik tuh tawakal je ...buat la jugak barang sket . Sebab takkan la nak pergi umah org jalan loi je mcm tuh. Atleast nak la bawak buah tangan yg elok sket. Buah n manis manisan sket.

Tapi Moon mmg terkejut sangat sebab family perempuan mmg baik sangat yg amat. Syukur sangat sangat . Masa tuh Moon sorang je pergi ngan makcik makcik Moon. Masa drive nak balik sempat berenti kat RnR n sembang ngan my sister kat Trg siap ala ala sedey . Oooooh im so tau fu fa . Mungkin rezeki dia dapat mertua yg amat baik mana tahu kan.

So last weekend family perempuan pula datang ke umah. Since Moon je ada kat sini maka buat kat umah Moon aje.

Bawak hantaran utk di gubah siap siap. Bincang apa yg patut...letak tarikh n etc . Alahai mmg lancar sangat ...syukur sangat sangat . Bincang pun senang, yg penting kita buat yg wajib n halalkan hubungan saja. Yg lain lain kita buat kemudian. Di zaman sekarang tak sangka ada lagi yg mudah mcm ni. Kalau tak biasanya zaman sekarang pihak perempuan mintak mcm mcm kan. Tapi dia org nih mcm tak apa ...kita buat simple je ...bagi mudah semua. Buat apa nak susah2 kan. Mintak Allah permudahkan segalanya.

So Moon masak nasik dagang dekat segantang juga....cukup petang habis licin. Tapi mmg puas hati sangat sangat bila masak n buat makan makan ni


tuh je gambar yg ada....Moon duk bz berbincang n sembang. Dah gaya cam nak kawenkan anak plak kan. Tuh la, abah tak dpt dtg sebab ibu baru lepas operate . So Moon kena la amik alih. So multi tasking kannnn hahahhaha . Terus mlm nya demam hahahahha sebab mmg duk bersin2 dari hari Sabtu lagi...tapi gagahkan jugak diri. Nasib la ada my aunty, my causin Alia n my sister Nina. So boleh la bantu clearkan apa yg patut. 

Moga semuanya dipermudahkan .  




Tuesday, February 16, 2016

Homestay Studio Dungun

Ni adalah kali ke 2 kami ke sini. Ramai org PM Moon mintak contact Homestay Studio Dungun ni...dan ramai juga yg dah pergi. Moon jumpa homestay studio ni pun masa moon duk google kat internet. Bila dah pergi n rasa sendiri duk kat sini, terus Moon simpan nom ni  elok elok dalam phone n park kat blog terus. Senang lain kali nak pergi. Serta senang utk u ols jugak nak refer .

Entry : First time ke Homestay Studio Dungun
Entry : Unit baru Homestay Studio Dungun ( Studio two )
Entry : Unit baru Homestay Studio 3 ( Rumah 4 bilik, 3 bilik air ) entry Feb 2017

Ni pun booking mengejut. Bila dapat berita bapa saudara meninggal, terus msg Yad tanya homestay studio dia kosong tak malam nanti. Sebab kami nak tido je satu malam.

Nasib la Yad bagitau kosong...tapi ada student sekarang ni yg akan cek out lewat dlm pukul 7 mlm .

Moon kata tak apa la kan sebab kami pun akan sampai malam. Sebab akan ke umah makcik dulu . So Moon share ngan korang incase ada apa apa urusan di Dungun. Stay la kat Homestay Studio Dungun ni. Mmg selesa n luas...

Bila kata Homestay Studio, ia bermaksud bilik tido n ruang tamu semua dalam 1 ruang. So kalau untuk kami anak beranak ni mmg sesuai sangat dah la .

 Jalan masuk ke Jalan Melati 3.  Dah boleh nampak pagar homestay studio si Yad ni

 Homestay Studio ni terletak tepi umah dia je. So mmg dalam pagar . Dia akan bagi kunci dan sekali remote utk autogate.

 Ni alamatnya k. Sangat senang nak cari, tak susah pun...boleh terus waze ke sini

Gambar ni pun Moon amik waktu siang. Sebab malam yg kami sampai, kami drop bag je kat homestay nih n terus ke umah makcik n stay sana sampai malam. Balik bilik dah ngantuk n terus tido semua.

So lepas breakfast nasik minyak n nasik dagang , balik bilik n pack2 barang sebab dah nak balik KL balik dah. Lepas check out singgah rumah makcik balik kejap.

Gambar tak la beberapa cantik sebab tak bawak balik kamera pun. Nama pun balik mengejut kan...baju pun main campak2 je dalam beg.

So semua gambar dari phone sahaja


 
 
 
Bilik sama seperti dulu ....Yad ada tambah langsir dah utk tingkap depan dan ada aircond dekat area katil .
Mmg sejuk dan nyaman je tido

Lengkap dengan
Peti sejuk
Iron n Iron board
Almari, hangger n ampaian
Pinggan, mangkuk, cawan gelas n teko serta kettle
Sabun cuci pinggan pun ada
sabun mandi n syampoo serta towel pun ada
Sejadah, Al-Quran
Astro dan Wifi
2 tilam extra
2 selimut extra

 

Ni la gambar kat dalam Homestay Studio Dungun ni. Masa ni dah nak cek out ....tapi napa bilik kemas je kan.

Kami ni dah biasa kije housekeeping hotel ( masa zaman belajar dulu part time housekeeping kat JW Marriot ) so mmg mata tak tahan la tgk keadaan nak cek out sepah2 .

Pak Sutan pun dia mmg akan tegangkan balik cadar2 tu semua n make sure bilik kemas n tak sepah2 . Nasib kita org tak cabut cadar n sarung bantal siap siap n campak tepi kan hahahhaha.

So ni dah jadi mcm habit dah.

 Dah ada gazebo kat depan bilik Homestay Studio. So kalau nak lepak2 makan pun sedap ni ...bebudak pun suka duduk kat sini.
 Ni dia punya complete....siap dengan ampaian . Kalau nak jemur baju ke, towel ke...memang tak ada masalah. Pak Sutan siap usik, nasib Yad tak letak mesin basuh kat belakang, kalau tak misti awak dah pergi baguh baju baju kotor ni. Amboooiiii mengata terang terangan kan.

Tq so much Homestay Studio Dungun serta ownernya Yad sebab sudi accommodate kami walaupun hanya utk 1 malam. Nanti akak sefamily datang lagi tau...sebab nak rasa duduk di Studio Two pulak .

Memang berbaloi baloi n puas hati duduk macam ni. Sebab kereta boleh masuk sampai ke porch depan...so kalau barang banyak mmg senang nak angkat.

Duduk homestay tapi yg ada style sket hahahhaha

Oooh ya lupa nak bagi contact

Whats app Yad 019-970787 / 0199707879 Facebook: Studio Homestay Dungun

Just whatsapp je Yad n bgtau dapat from blog kak Moon k   . Charge semalam adalah RM100 ke RM120, sila konpomkan balik ngan Yad k 


Latest update: ( curik dari fB Yad hahahha )

Ni Yad dah bukak Studio 3 plak...lawanya


Monday, February 15, 2016

breakfast yang paling best

Ni masa kita org balik ke Terengganu kejap. Pagi2 dah lapar perut n keluar dari Homestay Studio Dungun tu cari makan. Tak cari jauh pun...keluar simpang Taman Melati tu...kami berlegar2 kat situ je. Berenti je mana mana kedai yang ada periuk besar besar. ...pasti ada nasik dagang n nasi minyak.

 pergggg mmg best feel makan di warung tepi jalan ...bau plak gulai nasi dagang yg wangi semerbak

 
 huishhhhh tgk nih pun dah jadi terliur balik. Sarah makan banyak nasi minyak ni...plus gulai ayam dia sedap n manis manis .

sedap sangat .....kalau sesiapa pergi jalan jalan kat Terengganu, cuba la makan nasik minyak n nasik dagang n nasik lemak ikan ....perggg mmg sedap.

Ni nasib baru di Dungun, kalau balik Kuala Terengganu harus semer kedai pergi singgah kot. Moon sempat tapau nasik dagang juga satu hahahha dasar perut sgt .

Tapi sebab kebetulan balik mengejut maka kita makan la apa yg ada sebab nanti dah nak balik KL balik dah

Thursday, September 17, 2015

Kembali ke Rahmatullah, Babah Sam

Petang semalam mendapat berita yg sangat mengejutkan. Kawan kita org terlibat dlm kemalangan jalan raya. Masa mula mula group whats app bagitau mmg mcm tak percaya. Terus ke wall Zizie utk tgk...mmg betul.

Pastuh radie pm bgtau Sam dah tak der.

Innalillahiwaninnalillahirojiun



Zizie n Sam adalah member dari zaman fotopages lagi. Walaupun dah karang hang out together tapi still keep in touch

Allahyarham adalah seorang yg sangat baik. Ingat je Sam mmg benda pertama kita ingat adalah dia seorang yg sangat caring n suka budak2. Walaupun nampak cam rock tapi baik la sangat org nya. Pernah dtg umah makan makan. Kalau nampak Moon up gambar nasi dagang misti dia akan komen kata lama tak makan nasik dagang nko Moon ... :(

Kalau lepak sama sama mmg dia la akan tgk budak2. Budak2 nih mmg kamcing giler dengan dia.


Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya

Salam Takziah buat keluarga Sam serta Zizie n anak beliau Fenriz.

Hugs to Fenriz n Zizie. Sedey plak bila tgk Fenriz...muka dia sebijik muka babah dia. Fenriz jgn sedey ya Fenriz. Sentiasa doakan Babah ya.

Sama sama kita sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham Shamudin Bin Teguh

Tuesday, September 08, 2015

buoh bom Terengganu

sebab ini adalah kueh fav maka akan di buat satu entry khas utk simpan resepi. Nanti bila bila senang n ada masa boleh bukak balik blog n cari resepi hahhaha

Last week kakak Moon ada dtg dari Terengganu. Sebab dia naik flight je maka boleh la kirim kueh2. So dia belikan buah bom dalam rm5 ke Moon.

Moon makan sorang je hahahah ...temolok sungguh la weiiii

macam lamer sangat dok makang kueh neh. Rasa nye sedak n nyuk nyuk sket...isi ikang pung sedap. Moon kalau balik Terengganu mmg misi mencari kueh Bom, nasik dagang, nasik lemok ikang n nasik minyok....pergggggggg. Petang2 plop gie kat org jual kueh dekat gong kapas tuh....mau pitam nok pilih kueh. Macang macang ader....sedia duit je nok beli




Credit picture n recipe to Tahrunnisah Jali  yg share resepi nih kat FB
Resepinya
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tpung gandum
sedikit garam
2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok
caranya
dlm satu bekas, campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam...sebatikan
kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan.. adunan ni tak keras dan tak lembik..mcm nak buat onde2.. tutup kejap adunan ni ngan kain tau plastik elak dia keras..
inti sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1/2cawan kelapa parut -
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering..siap
bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh...leperkan diatas tpak tangan..kemudian taruk inti ikan..tutup balik dan bulatkan balik...buat sampai abis adunan..
lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan dtg..nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll
panaskan minyak dlm periuk /kuali ..minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang tu... panaskan minyak..dah panas. nak tau minyak tu panas atau tidak..cuba letakkan sikit aje (secoet)adunan..kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas .tutup api/alihkan sebelah yang takde api ..biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi..jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti..dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api ... buka api perlahan ye..
goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut... kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning..angkat... kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni..



Thursday, October 16, 2014

Nasi dagang

Asal masuk blog kak moon je citer pasal nasik dagang . Pagi pagi pun dah kuar gamba makanan hahahah

sebenarnya kalau ada acara makan makan di umah misti kenkawan semer request nak nasi dagang . So ada kawan ni nak tempah tapi mak idak la reti nak amik tempahan semer nih . Buat si kecik tuh meragam ...kesian tempahan org . So kita org plan nak la buat kelas belajar memasak ekekek .

Isk n Yaya duk kagum tgk ikan jaws hahahah ikan yu . Moon mmg tak pernah pun mkn ikan Yu nih . Bila dah kawen ngan sutan , baru la reti nak mkn . Mama buat kari ikan yu , pergggg pekat likat . Sampai ke petang tangan bau kuah kari hahahah ...baik punya mami penang punya kari yu . Ikan yu nih bagus tau ..budak2 pun bagus kalau bg makan . Ada cleaner opis dulu selalu pesan suh mkn ikan yu , dia kata habis cacing2 dlm perut mati ...bagi kat anak anak suh mkn tau . 

tapi my MIL punya kari ikan Yu adalah tervaek ...mama nak kari ikan yuuuuuuuuuu ( kelip mata laju laju )

misi mencari ikan ...frust betul ikan aya yg elok tuh tak der ...yg banyak ikan aya kurik tuh je . Sebenarnya boleh je kalau nak wat ikan aya kurik tuh tapi keras sket la kan 

 Moon nak cari yang neh ..ikan aya hitam ..sebab yg neh sedap n kurang hanyir sket n isi dia lembut n putih  . Kalau dah masak tuh , isi ikan di gebu je ...hahahah hebat tak penerangan ai .. ikan nih dia bintik2


Tapi kat pasar banyak aya / tongkol nih je ...ada line kat belakang dia . Tapi sebab dah tak der ...maka angkat je la 2 ekor yg maha besar akakakka .

 abaikan la pinggan campo2 tuh hahahah ..

since nak ajar org masak belah mlm ...maka pagi tuh buat la sikit sebab pak sutan kemain la kan mcm org mengidam ler  nak mkn ...tak puas makan kata nya . Baik la cik abg si intan payung ...adinda buat kan la sikit utk kanda tau ..tuh pun sebab dia setuju nak tolong angkat periuk pengukus masa duk masak nasik akakak
 Siap ....Isk ngan Yaya makan banyak . Mmg puas hati la mkn ...Sutan siap call Talib . Kebetulan Talib pun cuti so dia dtg la mkn ...Baqis kena kije hari tuh ...so tapau je la utk Bqs

 so anak anak kita breakfast lunch n dinner nasi dagang je la kay hahahah ...

Aduuu sedap hokey ...makan letak kuoh banyok banyok bagi banjir , pahtu kenyek plop lada ..perggg pijor mulut nok kabo ke mung ...

Sekali dah nak siap siap bahan utk kelas memasak bersama cik moon sekalik air tak der hahahhahahah . Hoyyeeehhh ...sebab pencemaran tuh kan ...so banyak kawasan terjejas . So hikmah di sebaliknya ley tido awal hikssssss...mata pun ngantok duk makan nasik dagang ..


Resepi


So sapa nak belajar buat sila la tgk video neh ...nih pun moon amik dari u tube mokcik neh mmg org ganung . Moon pakai beras wangi je plus sket beras pulut untuk nasi dagang

Untuk kuah plak ada 2 cara sama ada nak tumis ataupun tak yah tumis . Mcm moon , moon suka tumis dulu ...dlm video yg moon share neh dia tak tumis ...pun boley . Mana mana yg kita suka







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...