Tuesday, November 17, 2015

Cili Cili KL


haaaaaaaaa siapa makan cili dia yg rasa pedas

kecik kecil cili padi.

tetiba plak kuar peribahasa melayu yg menggunakan perkataan cili . Ni sebenarnya nak cerita pasal satu produk keluaran Bumiputera kita. Nama dia Cili Cili...cute je nama dia kan. Masa Moon buat sale kat Globe hari tuh sempat la Moon order juga. Kebetulan dealer Cili Cili KL ada jugak nak join sale ...maka elok bebenor la kan. Boleh la hantar kan sekali Cili Cili yg Moon order  tuh. Lepas tuh boleh sopink langsir ahaks


Ha siap bergambar berlatarbelakangkan langsir lagi ....hahahhaha 





Ni la antara ramuan yg di gunakan. Kita panggil cili bengala kan...Moon plak panggil cili mat salleh hahahah

Sedikit info mengenai Hot Sauce CiliCili



CiliCili Hot Sauce dihasilkan secara "HOMEMADE" mggunakan bahan-bahan segar

Tanpa bahan pengawet & pewarna tambahan

Warna setiap batch kadang kala sedikit berubah disebabkan oleh
 - Warna bahan mentah yg digunakan
 - Perubahan suhu bahan mentah

Mild Hot Sauce 
-boleh berubah menjadi warna "Creamy Orange" , "Striking Orange" , "Red Orange"

Green Hot Sauce
- boleh berubah menjadi "Creamy Green"  "Moss Green"

- Antara Minyak & Air
- Hanya perlu goncang semula
- Jgn risau... Rasanya tidak berubah

Sos Beku / Pekat
- biarkn seketika pada suhu bilik
- rendamkan botol sos ke dlm air panas
- Sos sedia dimakan

Cili Cili tidak mggunakan bahan pengawet
Tanpa pewarna tiruan
Dijamin selamat & semula jadi


Moon cuba 2 jenis terus...yg Mild dan juga yg Green yg sedikit pedas. Cicah ngan ayam goreng panas panas mmg sedap


Kalau kita dah pernah rasa hot sauce kat Nando's ...rasa dia mmg lebih kurang. Ada rasa masam2 cuka and heat dari cili tuh. So ianya mmg berbeza ngan sos cili biasa


Kalau ada buat BBQ pun sesuai hidang ngan sos ni

 botol dia pun comey aje kan.


Cili Cili nih berharga RM12 sebotol 
( Offer, harga asal adalah RM15 )

 Leeza, pengedar Cili Cili KL bagitau...sos nih pun boleh di pakai utk buat marinate. So Moon pun cuba la perap dada ayam ngan Green Sauce ni n besok nya bakar atas pemanggang ajaib tuh. Perg rasanya sedap. Moon tambah garam n gula sket kat ayam tu then curah je sos.

Ada rasa tangy sket ...masam masam.

malam tadi ada buat wanton....ada 2 jenis. 1 tu Moon goreng dan 1 lagi Moon steam. Harus la nak cuba ngan dipping sauce Cili Cili nih

percubaan kedua nampak lagi elok wanton ni kan. Gigih la buat ngan Cik Yaya


Moon lagi prefer Green Hot Sauce sebab dia ada rasa pedas sket. 

Maaf la kalau ada org terliur hahahhaha . So ni Moon dah cuba dan juga dah rasa...anda bila lagi. just buzz je Leeza atau mana mana agent Cili Cili KL k. 

Boleh juga diletakkan dalam masakan. Dekat page dia org ada ramai yg share pelbagai cara utk guna Cili Cili ni



Facebook : CiliCili KL
IG :  @Cilicilikl
Whatsapp Leeza : 01123115105
Email: cilicili.kl@gmail.com 

 


Monday, November 16, 2015

Hantaran dan sireh junjung

Ni bila dah dekat musim cuti sekolah pasti ramai yg mencari2 idea utk buat hantaran dan sireh junjung kan.

Last few weeks ada org tanya pasal sireh junjung talib kawen hari tuh. Tapi lupa dah dia pm kat FB atau kat email.

Akak share kat sini je la yer Fizah ( ingat nama dia je sebab sama ngan nama adik ipar moon )

ni adalah sireh junjung Talib nikah hari tuh . Ni my MIL yg buat ...Moon cuma sediakan tapak aje. Yg lain semua mama buat. Mama kata kalau takder sireh junjung cam tak best aje n macam tak lengkap aje.

Ni warna mint green kot ..kan...



konsep adalah semer masuk bakul hahah. Gigih akak buat barang hantaran masa dalam pantang hahahha

Nanti bakul2 nih ley guna balik...nak letak bedak ke ...nak letak barang make up ke...nak letak bawang merah n bawang putih pun boleh hahahhahaha


memandangkan jalan jauh jugak kan...maka kek biar je dalam kotak tuh n balut net sajers hahahha

ni plak adalah sireh yg kakak ipar pada my sister yg buat masa adik moon kawen kat Terengganu. Sangat simple tapi sweet.

hope sapat membantu dik Fizah ya ...

Kedai Lampu Murah House Of Lighting Puchong

Ni la kedai paling best utk beli lampu. House of Lighting kat Puchong tuh

Dulu masa Moon nak masuk umah, mmg lampu 1 umah beli kat sini je. Mmg rambang mata tgk lampu lampu kat sini. Dah la cantik...murah murah plak tuh

ni la kedai nya. Dulu blog Moon mmg hit banyak masuk sebab ramai yg cari kedai lampu murah. So mmg tetiba dapat banyak pulak soalan dari mereka yg nak beli lampu. Siap ada yg email say thank you sebab sudi share pasal kedai lampu murah nih. Mmg semua yg pergi sini mmg akan puas hati la

Last week pergi kejap ngan pak sutan. Sebab nak tukar lampu kat foyer umah. Lampu kat umah hari tuh pecah lepas tuh kaki mentol tak boleh buat kuar dari soket tuh. Dah tak cukup mentol.

Tetiba kan terus rasa nak tuka lampu baru.

Yer la sebab boleh beli lampu murah....anytime pun boleh tukar lampu ( omg tetiba ayat cam org kaya ...apa kes )



Skrg dah 3 4 pintu dah kedai dia. Org mmg seperti biasala....penuh memanjang kat dalam ni. Masuk masuk dalam kedai terus kepala dongak ke atas...banyaknya lampuuuuuuuuuuu

lepas tuh sekarang sistem dia org sangat efisien....dah ada sistem nombor. Yg assist kita pun baik baik semua.


 cam comey je....tapi kita org mencari something yg bewarna hitam utk matchkan dengan perabut dan lampu kat meja makan



 Kotak kotak ni sangat pelik tapi sangat cantekkkkkkkkkkkk ...sangat modern dan ala ala hipster


kipas pun ada macam macam jenis



  

 
 
 Yg 3 serangkai RM 129 ni cantik kan. Ada 3 bentuk berbeza...berkenan la sangat. Tapi cam tak sesuai plak letak kat foyer umah tu

 
Mmg kalau masuk kat dalam ni semua pun nampak lawa. 

Tak sempat nak snap banyak lagi gambar sebab bateri phone habis hahahhaha. Penat juga la leher nih sebab duk tgk atas je. Nak beli 1 lampu je tapi dekat sejam nak pilih hahahhaha 

So berjaya la beli 1 lampu ....nanti Moon share lampu mana Moon beli k 

So sesiapa nak masuk umah atau nak cari lampu baik pergi ke kedai lampu murah ni...House of Lighting. Mmg berbaloi baloi


Business Hours:
Tue - Sat : 10:30am - 8:00pm
Sun : 12pm - 5pm
Mon : Off

Address :
No.33 & 35, Jalan BPU 6, 
Bandar Puchong Utama, 
47100 Puchong,Selangor.

Facebook : House of Lighting 


Entry pasal House of Lighting 2009 masa mula nak masuk umah dulu . Segala lampu n kipas mmg beli kat sini je .

Sebab dapat lampu murah ...2 3 tahun sekali pun boleh tukar lampu . Kalau ada rasa cam bosan dah tgk lampu kat umah tu ley la tukar hahhahahah . Ruang diberi nafas baru , tukar cat n tukar lampu terus jadi lain . Lampu ni pun we ols beli di House of lighting 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...