Monday, November 23, 2015

Pementasan Teater Muzikal Amal Kanak-kanak “Jasa Putera”

Hari tu Liza Masrina aka Jija tanya sama ada nak tak join tgk teater kanak kanak. Moon pun apa lagi ...terus setuju je hahah sebab budak2 nih pun tak pernah tgk lagi teater. Last tgk ala ala teater tuh pun masa pergi Hong Kong dulu ...tuh pun dah bertahun.


Teater nih pun dekat aje...kat UM sana je. So mmg tak susah la nak pergi kan. Janji jumpa ngan Jija kat UM saja. Jija nih la yg kait topi utk Sarah n buat baju Frozen utk Yaya

SINOPSIS MUZIKAL ‘JASA PUTERA’ ( credit to their FB Page)
Mengenai seorang putera raja yang berjiwa rakyat. Beliau disayangi oleh semua rakyat jelata, kerana sikapnya yang tidak membeza-bezakan antara kerabat istana dan rakyat kebanyakan. Putera Izzuddin mempunyai sahabat karib iaitu, Haikal, Kamal, Sharmila,,Lily dan Alissa 

Pada hari Ulang tahun yang kedua belas Putera Iskandar telah mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada ayahandanya tetapi Putera tidak gembira dengan hadiah yang dianugerahkan oleh Sultan. Hadiah yang di perolehi itu membuatkan dia mesti berpisah dengan sahabat- sahabat beliau yang sudah dianggapnya seperti saudara sendiri. Sultan tetap juga berkeras dengan keputusannya untuk menghantar Putera Iskandar belajar ke luar negara . Putera sangat kecewa.

Sultan berpendapat bahawa Putera harus mendapat pendidikan Bahasa Inggeris di luar negara. Ini di sokong kuat oleh Penasihat Sultan. Titah sultan adalah muktamad.

Untuk tidak mengecewakan Sultan, Putera Iskandar merayu kepada Sultan agar membawa pakar-pakar dari Barat . Perjanjian antara Sultan dan Putera Iskandar di tetapkan di mana dalam tempoh enam bulan Putera mesti menggilap ilmu supaya menjadi permata yang bersinar.

Kelas pembelajaran Bahasa Inggeris bermula dan Putera tidak melupakan sahabat karibnya dan rakyat jelata untuk belajar bersama. Selepas enam bulan berlalu….

Berjayakan Putera membuktikan………atau Putera terpaksa berangkat keluar negara?

Jom kita saksikan...


pementasan di buat kat Dewan Tunku Canselor UM

 Cik Ara n Cik Maryam...2 amoi yg rambut panjang tutup mata ekkeke


with kids n with Jija....tq dear sebab ajak Moon join tgk teater ni








Mmg best teater nih 

Abg Isk duk tersipu malu bila nama dia di sebut2....hahah padahal mmg watak tuh nama Putera Iskandar,,,hishhhh Isk plak yg perasan. Nasib baik la Raja tak bernama Sultan Mahmood...kalau tak ngan daddy dia skalik pun perasan hahahha

Budak2 yg berlakon teater Jasa Putera nih amat berbakat n pandai berlakon. Menyanyi pun sedap....hebat la dia org. 

Dalam masa yg sama ada juga dia org selitkan pembelajaran bahasa Inggeris ...wow tak sangka sangka. In between ada nyanyian semua...so kids mmg enjoy sangat . 

Saya bagi 5 bintang...sebab bukan kids je suka...mak mak pun suka. Teater nih ada banyak nilai2 murni.



picture taken from Jasa Putera Facebook Page

Kalau ada lagi pementasan macam ni ...Moon misti akan bawak budak2 dtg ...


Friday, November 20, 2015

Zaman main Mirc

Semalam nampak org duk share pasal Mirc nih ...ni mmg zaman remaja akak u olssssss . Masa ni zaman belajar. Baru 18 thn, baru kenal apa itu chatting . Sonok nya main chatting.

Masa tuh rasa teruja ngan seronok nak carik kawan. Nak kenal org lain. Mana main dah tulis2 surat bagai kan...kita chatting aje

Zaman tu glamer giler Mirc nih

Kadang sanggup masuk lab semata mata nak main chatting . Hahhahahah . Kat kolej masa tuh ada 4 ke 5 lab room. Nak masuk kena tinggalkan student id n tulis nama kat buku. Masuk lab terus cari pc yg boleh chatting. Kalau dah duduk tuh mmg sejam dua gaks la melekat.

Kadang tukar chat window tuh pada kaler hitam sebab baru la nampak cam wat programming semer hahha padahal programming chatting


masuk pun cari channel yg best best je . Kadang kalau ramai sangat lelaki tak syok gaks sebab lelaki suka nak mengayat je lebih kan.....kadang org hi  5 6 org

bila dah start chatting , hanya kekal chatting ngan yg best je n yg tak cakap mengarut.

siapa awek yg nama best cam Ninacun ke awekbandar , preetygirl mmg jadi buruan la kan...hahahhaha

Moon masa zaman Mirc nih sempat la kenal 2 3 org.

Sempat la kenal sorang yg siap jiwang2 karat sampai naik takut . Siap kata mak dia nak chat la....pastuh siap...semekom mira ...acik ni mak pada mr y. Omg, menakutkan hokey....terus blok hahah.

Tapi ni la zaman nak belajar semer2 nih. 

Tapi bila start kenal Pak Sutan mmg terus stop Mirc. Giler kentang penangan org bercinta hahahha. Yer la duk chat ngan dia je la...ley chatting live lagi takyah lapor diri masuk lab plak tuh .

Mana taknya time Moon baru masuk lab n nak masuk Mirc terus dia pun dtg duduk sebelah. Macam mana nak chatting kan hahahhahaha.

Ni mmg kenangan betol...n bila kuar pasal Mirc semer pun duk pikir balik apa nama Nickname chatting kan

Pak Sutan dia kekal panggil Miera sebab tuh la nama nickname Moon hahahhahah. Budget hot la kannnnnnnnnnnnn

Kenangan mengusik jiwa betol. Nanti anak anak kita yg duk main whats app skrg ....in future misti dia org plak yg gelak2 bila cerita pasal whats app nih sama cam kita bercerita tentang Mirc



random


So sempena cuti sekolah nih nak ajar dia org basuh kain 
gosok baju 
kemas dapo 

agaknya mummy dia boleh goyang kaki tak? hahhahaha


yuppppp sangat betul dan sama sama la kita berusaha menjadi yg terbaik utk anak anak kita

ini mmg terbaik.....saya mempunyai kaki yg agak kembang kat depan. Jadi, amatlah mustahil utk pakai kasut muncung mcm ni ...buat masa tuh kuku ibu kaki panjang sket mmg sakit wooooo. Mmg kaki terpenyek kat dalam tuh ...

Nampak org pakai mcm cantik. Tapi bila cuba sendiri aduiiiii cam na la dia org jalan pakai kasut nih auchhh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...